Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, 23 February 2013

Written on

Perjuanganku ke arah WAHM (Suri rumah tangga sepenuh masa)


Alhamdulillah, akhirnya impian yang begitu lama terpendam dapat tercapai, be Working-At-Home- Mama (WAHM)!!

Mungkin ada sesetengah yang menganggap keputusan saya utk berhenti kerja & menguburkan profession sebagai seorang ENGINEER adalah satu tindakan yg kurang bijak. Tidak kurang ada yang berkata, “Alah, dia boleh lah…laki dia boleh support, even dia tak bekerja”

Hakikatnya, ramai yang tidak tahu susah-payah, suka-duka & liku-liku saya sebelum sampai ke tahap ini. Berapa banyak air mata yang mengalir, berapa banyak doa yg dipohon, berapa banyak emosi terganggu/ tertekan sebelum saya mampu mengambil keputusan utk resign. Allah knows better!

DIA lah teman saya, DIA lah penyejuk hati saya ketika saya stress & sgt2 tertekan, DIA lah tempat saya mengadu di saat kesukaran melanda…DIA lah Allah, Ya Wahhab, Ya Razzak, Ya Zaljala Liwal Ikram…

Syukur, saya bukan seorang yang boros, suka bermewah, suka berbelanja, suka membeli barangan berjenama. In fact, dari awal kawin hingga sekarang, kami hidup dalam kesederhanaan. Dan apabila berhenti kerja, tidak sukar untuk saya teruskan kehidupan walaupun sumber kewangan tetap, RM ribu2 telah tiada.

Mungkin ada yang Nampak saya pergi melancong, bercuti dsb seakan2 hidup mewah, tetapi sebenarnya banyak ‘kebetulan’ yang berlaku:

·         Melawat Paris, London, Italy pd 2007: kami suami isteri mengumpul duit. Waktu tu husband belajar di UK, dan beliau sanggup berkorban waktu cuti, bekerja di kilang melipat kotak, menjadi cleaner utk membiayai perbelanjaan kami di sana. Dan saya pula?? Waktu tu baru mula bekerja. Dan selama hampir 6 bulan bekerja, saya berkorban utk tidak membeli kenderaan (walaupun gaji starting RM2500 sebulan). Saya tumpang kawan menaiki motor ke tempat kerja, ambil teksi dsb. Dan sungguh kebetulan, kilang di tempat kerja saya, memberi imbuhan yang tinggi RM5k cash kpd ‘fresh engineer’ yang sanggup mengikat kontrak bekerja di kilang selama 2 tahun . Dari situlah saya dapat membeli tiket flight yg berharga RM3.5K sebanyak 2 kali (kali pertama Feb 2007, & kali kedua Sept 2007).

 

·         Melawat Amsterdam, Istanbul pd 2012: Ini juga satu kebetulan. Husband mendapat projek sementara di sana, dan saya pula, berpeluang membeli tiket flight secara PERCUMA (redeem dari Enrich points).

 

Dan banyak lagi kebetulan yang berlaku (dan semestinya KEBETULAN itu adalah rezeki & nikmat yg Allah kurniakan). Syukur Alhamdulillah…

Hakikatnya, kami bukan lah orang kaya…bukanlah orang yang terlalu senang, dan kerana itulah…saya masih bekerja dari awal kawin hingga lah anak ketiga kami lahir. Dan keputusan saya untuk berhenti kerja adalah setelah saya dan suami mengatur & meng-structure semula kewangan family kami.

Sahabat2 semua, bukanlah tujuan saya menulis entry ini utk berbangga, mendabik dada, menceritakan kisah hidup saya, tetapi saya nak anda semua tahu, ada ALTERNATIF lain sekiranya anda (khusunya kaum wanita, para ibu) yang juga bermimpi utk berhenti kerja & menjaga anak2 sendiri di depan mata.

Bukankah Allah telah menjanjikan “9/10 sumber rezeki itu datangnya dari perniagaan”?? Mengapa harus takut selagi kita taqarrub & menyerah diri kepada-Nya??

Perjalanan saya selama 6 bulan dalam bisness Shaklee telah 100% mengubah pemikiran saya…Suatu masa dahulu, inilah antara perkara yang sentiasa bermain di fikiran saya:

“Aku sangat takut berhenti kerja…”

- mcmmana nak bayar duit kereta?

- mcmmana nak bagi ibu duit belanja setiap bulan? Tak kan nak harapkan suami semata2?

- mcmmana kalau aku teringin nak beli barangan yang mahal tetapi xada duit poket sendiri?

- macammana aku nk bersedeqah / membantu org susah kalau xder duit sendiri? Xkan nak ambil duit suami & sedeqahkan?

-macammana aku nak bagi yang terbaik utk anak2?

(sekolah yg baik sudah pasti yurannya juga mahal, makanan yg baik sudah pasti wang yg tinggi juga perlu dibelanjakan, kereta yang selesa utk family sudah pasti harganya juga mahal)

– dan kalau aku tidak bekerja, sudah pasti kami tak mampu utk menyediakan keperluan di atas kerana sumber kewangan kami telah hilang separuh?

Dan banyak lagi ketakutan2 yang saya bayangkan apabila saya tidak lagi bekerja.

Ternyata, ketakutan & igauan ngeri ini hilang bila saya join bisness Shaklee.

Kini saya tahu, sebenarnya segala ketakutan yang saya fikirkan adalah disebabkan KESILAPAN SAYA yang tidak yakin bahawa Allah lah Pemberi Rezeki. Bila saya bekerja makan gaji, secara tidak sedar, saya menganggap bahawa syarikat tempat saya bekerja yang memberi rezeki., walhal saya sebenarnya diberi rezeki, dibayar gaji oleh MAJIKAN yang lebih Hebat, Maha Berkuasa ….Allah Azza Wa Jalla.

Dan apabila saya benar2 pegang pada prinsip ini, saya berani utk mengambil keputusan; meninggalkan kerjaya saya, meninggalkan gaji tetap saya, kerana saya yakin ADA PELUANG YANG BESAR MENANTI SAYA dalam dunia perniagaan. Dan lebih specific dunia perniagaan Shaklee. Dan saya tidak takut sama sekali akan jatuh bangun saya dalam bisness Shaklee kerana saya ada BISNESS PARTNER yang sentiasa ada di sisi saya…yang akan membantu saya di kala saya jatuh tersungkur, di kala saya hadapi masalah…

Allah, Dia lah bisness partner saya yang Maha Agung...

"Ya Allah, Kau letakkanlah aku di kalangan hamba2Mu yang dikasihi…"

Sebelum saya akhiri tulisan ini, ingin saya kongsikan dengan semua cerita ringkas yang dikongsi oleh kakak saya. Dan saya yakin, cerita di bawah dapat menjawab soalan anda semua KENAPA SAYA BERANI UNTUK BERHENTI KERJA…

A couple in the boat

A man just got married and was returning home with his wife. They were crossing a lake in a boat, when suddenly a great storm arose.

 The man was a warrior, but the woman became very much afraid because it seemed almost hopeless!

 The boat was small and the storm was really huge, and any moment they were going to be drowned. But the man sat silently, calm and quiet, as if nothing was happening.

 The woman was trembling and she said: “Are you not afraid? This may be our last moment of life! It doesn’t seem that we will be able to reach the other shore. Only some miracle can save us; otherwise death is certain. Are you not afraid? Are you mad or something? Are you a stone or something?"

 The man laughed and took the sword out of its sheath.

The woman was even more puzzled: What he was doing?

 Then he brought the naked sword close to the woman’s neck, so close that just a small gap was there, it was almost touching her neck.

 He said:” Are you afraid?”

 She started to laugh and said:” Why should I be afraid?, If the sword is in your hands, why I should be afraid? I know you love me."

 He put the sword back and said, : "This is my answer. I know Allah Loves me, and the storm is in His hands SO WHATSOEVER IS GOING TO HAPPEN IS GOING TO BE GOOD. If we survive, good; if we don’t survive, good ,because everything is in His hands and He will not do anything wrong. "

 

Dan kerana saya tahu, saya adalah ciptaan Allah, saya adalah milik Allah, dan sudah pasti Allah sayang akan setiap ciptaan Nya, saya tidak gentar utk menempuh alam perniagaan yang saya sendiri tidak tahu apa di 'hadapannya'. 

Because everything is in His hands and He will not do anything wrong!!

Sekian ~





Ingin mencari supplemen yang sesuai dengan diri dan keluarga anda??




Hubungi saya:

Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
Sms/Whatsapp: +6013-6971176

Share on Facebook



Share this case:

1 comments:

  1. berderau jgk darah baca post kakngah yg ni huhuhu... I want to be like you! yes, bussiness!

    Insyaallah,Majikan kita yg hebat tu akn sntiasa membantu! :)

    ReplyDelete

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Follow by Email

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.