Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, 5 March 2013

Written on

Kisah 2 Hariku Sakit & Hikmah Di Sebaliknya…


Alhamdulillah, baru pulih dari cirit-birit yang sangat teruk & diikuti dgn demam panas. Allahuakbar, bila diuji dgn kesakitan, barulah kita akan menghargai nikmat kesihatan yg Allah berikan….

Dalam entry saya yg lepas (klik sini), saya pernah beritahu pd pembaca semua, sejak bersalinkan baby Fateh , saya tak pernah mengalami sakit yg serius (demam , selsema. Kecuali batuk masa dalam pantang). Memang betul…inilah pertama kali saya mengalami sakit yang agak teruk. Cirit birit dan kemudiannaya demam panas.

Kemungkinan demam panas yang terjadi disebabkan cirit birit saya yang teruk, dan badan mengalami kekurangan air. Maka suhu badan juga meningkat….

Alhamdulillah, sekarang sudah beransur pulih…walaupun masih sedikit cirit, dan tekak masih tak berapa ok (loya, rasa nak muntah dsb). Sekurang2nya saya sudah mampu utk menaip blog. Hehehe…

Di sebalik sakit yang saya alami, banyak sangat hikmah yang saya perolehi…

1)      2 hari sakit yg teruk, dan bila masuk hari kedua, sales Shaklee saya masuk menderu2, RM1K++. Benarlah janji Allah, di sebalik kesukaran, ada kesenangan, di sebalik kesempitan, ada kemudahan. Allah uji saya begini, Dia gembirakan saya dgn yang ini. Terima kasih Allah…
 

2)      Saya SANGAT2 menghargai nikmat kesihatan yang Allah berikan. Sebenarnya, sebelum saya sakit, pernah terdetik di dalam hati ini “Aku xpernah sakit, mcm mana yer kalau aku sakit??” Nah, Allah bg saya merasai sakit > dan baru saya sedar, kenapa saya tidak diuji dgn kesakitan selama ini. Kerana saya memikul tanggungjawab yang sgt besar dalam rumahtangga saya. Saya lah ibu, sayalah ayah, sayalah doctor, sayalah driver, sayalah chef  kpd anak2…Bila saya sakit, saya xmampu nk beri perhatian kpd anak2, bila saya sakit, saya xmampu nk hantar ammar ke sekolah, bila saya sakit, saya sendri yg terpaksa gagahkan diri pergi ke klinik mencari ubat (dlm keadaan badan yg lembik akibat buang air lebih 20 kali sehari), bila saya sakit, saya xmampu nak beri komitment pada kerja2 jemaah. Allah….Ampunilah aku. Kerana itu, saya sedar, betapa PERLUNYA SAYA MENJAGA KESIHATAN DIRI.


3)      Bila diuji dgn kesakitan, saya juga sangat2 menghargai masa bersama anak2:

 
a)      Saya tersedar bahawa anak sulung saya, Muhammad Ammar (5thn) sudah semakin dewasa. Bila saya sakit, banyak kali ammar datang dan peluk saya, sambil berkata “Ammar sayang ummi”. Dan kemudian dia akan cuba memicit kepala saya sepenuh hati. Oh, Allah, Kau kurniakan aku anugerah yang sangat terindah…..


b)      Sumayyah juga semakin dewasa….walaupun tidak se ‘dewasa’ Ammar, tapi sumayyah dgn gayanya yang comel akan datang baring di sebelah saya tanpa saya sedar (waktu saya melepek di atas katil kerana keletihan). Bila saya terjaga, terkejut saya bila melihat sumayyah sebelah saya sambil berkongsi selimut. Dan kemudian hanya tersenyum memandang saya. Oh, terasa dia sebenarnya cuba utk memahami kesakitan yang saya alami. U’re so cute my little girl!


c)      Fateh juga cuba medapatkan perhatian saya. Walaupun bibik beri EBM sepajg hari, tetapi bila masa nak tidur, Fateh xboleh tidur tanpa saya di sisi. Bibik terpaksa bawa Fateh naik ke bilik dan akhirnya dia terlena di sebelah saya. Allahuakbar, anak2 adalah nikmat yang terbesar dalam hidup saya…


4)      Sakit juga buat saya sgt menghargai nikmat pembantu rumah. Terasa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd hubby kerana keluarkan duit utk bayar gaji pembantu rumah, walaupun saya tidak lagi bekerja. Kerana sememangnya saya sangat memerlukan khidmat pembantu rumah, terutama sekali dalam keadaan beliau yg jauh di sisi.
 

5)      Dan banyk lagi hikmah yang saya perolehi. Dan yang pasti, semuanya menjadikan saya hamba yang semakin bersyukur…
 

Walau apa pun, saya redha dgn kesakitan yang saya alami. Mudah2an ianya kafarah dosa utk saya membersihkan diri saya ini.

Punca sakit saya?? Wallahua’lam…

Hari ini, saya hanya makan antibiotic yg doctor bagi. Selebihnya saya makan Vitamin Shaklee (Vitalea, B complex, Vit C). Alhamdulillah, rasa badan bertenaga selepas 2 hari tidak menyentuh apa2 vitamin.

Yang pasti, suami saya telah berjanji sesuatu (ni akibat merajuk dgn dia). Biasalah ,org dalam keadaan sakit ni, hatinya mudah sensitive. Hehehe…

Suami telah berjanji, bila dia balik nanti, dia nak masak nasi lemak bersama2 dgn saya. Hehehe…saat romatik kami masa mula2 kawin dulu. Tq abang busyuk!!

Oklah, cukup setakat ini coretan saya pada hari ini. Moga ada manfaat utk semua…

 








Ingin mencari supplemen yang sesuai dengan diri dan keluarga anda??




Hubungi saya:

Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
Sms/Whatsapp: +6013-6971176


Share on Facebook



Share this case:

0 comments:

Post a Comment

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Follow by Email

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.