Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, 30 April 2013

Written on

Barakah Bisness

Assalammualaikum & Selamat Hari Pekerja to all!!

Memandangkan hari ni semua 'off', so meh kita borak2 pasal bisness. Kalau borak pasal duit ni, mesti semua mata terbeliak kan? kan?




Kenapa saya tulis tajuk ni, Barakah Bisness? Sebab tajuk ni sgt saya suka....coz my passion is MONEY! hehehe....

Sejak saya berhenti kerja, dan menjalankan perniagaan Shaklee secara full time, saya dpt rasakan begitu bnyk perbezaan antara makan gaji & makan sendiri tidak makan gaji. Sangat berbeza!

Dulu, masa makan gaji, duit tu mmg cukup2 utk belanja. Sebab saya ni jenis yg sgt takut berhutang, so saya akan pastikan setiap bulan, bila dapat gaji, saya akan bayar hutang siap2, derma siap2, bg ibu ayah siap2, letak kat savings siap2...pastu lasttttt sekali baru letak kat wallet utk belanja.

So biasanya wang terakhir di wallet saya adalah dalam RM200! Wang itulah saya nak guna utk makan lunch, utk duit poket selama satu bulan...kot teringin nak makan Secret Recipe ker, KFC ker, boleh lah guna duit tu. (Minyak petrol & grocerry guna credit card - so akhir bulan br bayar).

Kadang2 saya suka bawa bekal pergi kerja, seriusly jimat! Saya xkisah bila mana ofismate keluar makan & saya pulak, dok kat surau makan. hehehe. Sambil makan, sambil layan FB kat Iphone. Layanzzz, mmg best! Rasanya zaman nak hu ha hu ha dgn rakan2 dh habis kot, dan saya lg suka hu ha hu ha dgn my warriors...

 Inilah barisan warriors saya....


Oh, yer. Lagi satu, memang tabiat saya, saya TAK SUKA letak duit yg banyak kat wallet
1) bahaya
2) takut saya suka belanja bila tgk duit bnyk, so at d end, terover belanja.

Dan saya tahu, gaji saya xderlah besar mana yang membolehkan saya belanja sesuka ati saya....

TAPI, yang saya nak share dgn pembaca2 setia saya....sangat beza ok sejak saya buat bisness Shaklee!

Setiap hari, wallet saya sentiasa berisi duit. Kalau customer bayar, saya akan cepat2 bank in ke akaun. Tp lepas tu, datang lagi customer bayar duit...and my wallet never putus dgn duit. Seronok ok!

Dulu2, kalau nak belanja lebih sikit, mesti berkira. Tambah kalau dgn suami saya, lg saya sgt berkira nak belanja. Sebab saya tahu, gaji dia lg besar dr saya. Dalam hati ni kata "buat apa nak belanja suami aku, duit dia lg bnyk dr aku"

Tapi sebenarnya kawan2, bila kita belanja org yg kita sayang, feel dia lain....seriusly! One word to describe....KEPUASAN.

YES, satu kepuasan bila dapat belanja org yg kita sayang. Betul, tak tipu... (agaknya camtulah yg abg rasa selama ni yer).

  First time dapat belanja hubby makan Steak! - dgn duit bonus Shaklee :)


Satu lg bezanya, dulu saya hanya mampu nak derma & bg ibu ayah dalam angka 3. Now tak main dah angka 3, main angka 4 jer sekarang. Chewah...hahha. Eh, tak niat nak menunujuk yer, Nauzubillah....

Cuma nak bgtau semua, berkat nya kita buat bisness, hidup kita TIDAK PERNAH PUTUS DGN DUIT. Dan kita TIDAK MUDAH BERKIRA2 UNTUK NAK BELANJA ORG YG KITA SAYANG (suami, anak2, mak ayah). Dan lagi, kita DAPAT BERSEDEQAH LEBIH BANYAK bila kita buat bisness, xkisahlah walaupun secara kecil-kecilan.

Jadi kawan2, moh lah kita start berbisness. Tak kisah walaupun anda makan gaji, tp cuba lah berjinak2 dalam bisness. Walaupun sekadar nak share dgn member, sekadar nak jadi agent tgh...tp mulakanlah ber bisness. Tak rugi...

Ingat.. 9/10 sumber rezeki tu datangnya dari perniagaan. Tapi kalau anda tak mulakan dari sekarang, bagaimana anda nak rasai kemanisan berbisness tu kan? kan?

"We Make A Living By What We Get, We Make A Life By What We Give" - Winston Churchill-

In shaa Allah, income Shaklee saya dah melepasi gaji engineer saya (dalam masa 8 bulan buat Shaklee). Dan saya sedang berusaha utk mencapai 5-figures income. Saya yakin, by end of this year, saya dah capai impian tersebut. In shaa Allah...

So, saya stop setakat ini dulu. Mana terlebih, mana terkurang, mohon ampun dan maaf saya pinta. Tidak niat menyakiti sesiapa, sekadar melayan fikiran yg rajin nak menulis hari ni.

Wassalam...


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan hanya duduk di rumah?




Hubungi saya:

Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176
Read More

Share on Facebook



Tuesday, 23 April 2013

Written on

Jangan Lambat Mengatur Langkah

Assalammualaikum para bloggers sekalian!

Hah, hari ni suddenly nak menulis ttg kisah lampau saya. Menulis tentang kekesalan diri ini yang tidak pandai mengambil peluang, yg tidak pandai mengatur strategi dan tidak pandai merancang kehidupan. Bunyi cam teruk kan? huhuhu....

Baiklah, kisahnya bermula Januari 2012. Waktu di mana saya telah terbuka hati utk join
Shaklee setelah didoktrin oleh junior saya, Hafsah. hehehe...


Sebenarnya, niat asal makan Shaklee totally for my pregnancy. Tidak pernah terfikir sama sekali yg suatu hari nanti, saya akan berhenti kerja dan melakukan Shaklee secara full time!

Kuasa Allah, setelah 8 bulan join, barulah hati ini terbuka untuk buat Shaklee secara serius! Itu pun kerana tak sengaja menjengah group Shaklee di bawah my mummy, Hafsah...dan suddenly terbaca ttg Success Story seorang lawyer yg berani terjun ke dunia perniagaan Shaklee kerana tidak puas dgn kerjayanya yg sering meninggalkan anak2 walaupun income sungguh mahsyuk!

Sahabat2 semua....

Point yang saya nak higlight di sini bukan semata2 nak suruh anda join Shaklee...tidak, sama sekali tidak. Saya cuma nak anda semua ambil iktibar dari kesilapan saya, yes, kesilapan kerana tidak pandai merancang dan lambat sangat bertindak....

Saya resign sebagai jurutera kilang di Senawang pada Feb 2011, dan memulakan kerjaya sebagai jurutera di company baru yg terletak di Kajang pada Mac 2011. Pada April 2011, kami suami isteri telah berkenan membeli sebuah rumah teres corner lot di Setia Alam.

Rumah yg masih dalam pembinaan


Memandangkan rumah itu dijangka siap April 2012 (1 thn), maka kami malas nak berpindah randah. Niat asal, kononnya bila rumah kami siap, kami malas nak bawa barang2 di rumah sewa, plan nak beli barang & perabot baru. So kami decide, stay saja di Senawang, dan saya travel ke Kajang setiap hari (husband mmg out station, so tak der masalah utk dia tinggal kat mana2 pun).

Travel ulang alik Senawang-Kajang menggunakan LEKAS menaiki Honda City memang costly! Duit minyak sehari RM15, dan duit tol pun, sehari RM15 pergi balik. So total RM30/ sehari. Tu tak termasuk duit makan lunch lg, duit servis kereta lagi bla bla bla....

So gaji saya RM1000++ dah habis utk travel sahaja (termasuk servis kereta yang kena selalu servis dek kerana mileage yg asyik due).

Tetapi Allah kurniakan saya seorang suami yang cukup2 pandai & bijak. Melihat gaji saya yg mengalir mcm air, beliau mengambil tindakan menukar kereta iswara kami kpd NGV. So duit petrol cut dr RM15 sehari kpd RM6 saja sehari!

Maka travellah saya setiap hari selama 1 tahun lebih (Mac 2011 - June 2012).

Selepas melahirkan anak ketiga kami, Muhammad Fateh pada June 2012, perasaan utk kembali bekerja totally gone! Waktu tu, Allah saja yg Tahu betapa hati ini meronta2 utk tidak mahu kembali bekerja! Tetapi apakan daya, saya masih tak mampu utk berhenti kerja.

Disebabkan perasaan yg malas sgt nak kerja, jadi utk memotivasikan diri ini semula, saya telah memujuk suami utk berpindah ke Bangi. Alasan saya, saya nak dekat dgn anak2. Jadi saya tak derlah stress sgt sewaktu kerja.

Saya bertekad, once saya masuk kerja pada Sept 2012, saya sudah berpindah ke Bangi.

Entah bagaimana, waktu mula2 masuk kerja, saya telah tidak sengaja memperkenalkan Shaklee kpd rakan2 di tempat kerja. Bermula dgn perbualan di surau, akhirnya saya telah menjadi rujukan mereka utk beli produk2 Shaklee sehingga bulan tersebut sahaja, saya mampu menjana sales sebanyak RM3000!

Selepas itu, barulah saya nampak yang saya boleh pergi lebih jauh dalam Shaklee...

Dan kekesalan saya pun bermula:

> Kenapalah aku xstart share about Shaklee dr awal2 sedangkan aku dh pun menggunakan Shaklee sejak kandunganku mencecah usia 4 bulan!

> Kenapalah aku masih was2 nak share about Shaklee kpd rakan2 ofis sedangkan aku dah pun rasa kebaikan Shaklee; badan aku still energetic walaupun terpaksa travel sejauh 110km setiap hari, terpaksa balik lewat mlm even perut dh semakin membesar!

dan yang paling saya kesali:

> Kenapa aku lambat sgt buat Shaklee???? Sehingga suami aku terpaksa keluarkan duit sebanyak RM1300 setiap bulan utk bayar sewa rumah di Bangi sedangkan 4 bulan selepas itu, aku telah berhenti kerja!!

Kalaulah dari awal lagi, saya rajin baca info2 di group Shaklee, dan tahu bahawa saya mampu menjana pendapatan yang setanding dgn gaji engineer saya, pasti saya tidak jadi utk berpindah rumah. Sebabnya?? Saya tahu, saya dh boleh brhenti kerja dan tiada alasan utk berpindah ke Bangi lagi kerana ingin dekat dgn tempat kerja.

Dan sudah pasti, duit suami saya tidak akan melayang utk kos2 perpindahan dari sebuah rumah sewa (yang sewanya  hanya RM380 sebulan) ke sebuah rumah sewa yg lain (yg sewanya RM1300 sebulan). Dan kos2 perpindahan semuanya menelan belanja hampir ribu2 banyaknya!

Ya Allah, Kau rahmatilah suami ku kerana pengorbananya terhadap kami sekeluarga ....
(sob sob...mata ni pun dah start berair).

Kerana itu, sahabat2 semua....rancanglah kehidupan anda dgn teliti. Jangan teragak2 utk cari passion anda, utk cari apa kemahuan anda..Rancang, fikir & bertindak segera!

Walaupun saya telah membazirkan hampir 8 bulan masa saya bersama Shaklee, namun saya bersyukur, saya masih belum terlambat utk berjaya dan capai impian saya. Ya, Impian utk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa, melihat anak2 membesar depan mata sambil duit RM ribu2 masuk ke dalam akaun. Be Working-At-Home-Mama (WAHM).

5 bulan usaha, struggle habis2an (Sept'12 - Jan'12), dan akhirnya tanggal 15Jan'12, saya berjaya menghantar surat perletakan jawatan saya. Yes, berjaya menghantar surat perletakan jawatan setelah income Shaklee setanding gaji engineer saya!

Alhamdulillah, impian menjadi Working-At-Home-Mama telah menjadi kenyataan. Syukur pada Mu ya Allah....

Rumah kami pun dah siap. In shaa Allah, akhir tahun ni kami bakal pindah....
 

Oleh itu, Remember my dear friends...

Fast Action, Fast Result!

Terhegeh2 Action, Terhegeh2 Results!


Jangan lambat mengatur langkah....

Find your passion and Go for It!!

Sekian dahulu celoteh saya :)

Wassalam...


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda?




Hubungi saya:

Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176





Read More

Share on Facebook



Thursday, 18 April 2013

Written on

Nutriferon - Pengganti Panadol Ketika Percutian Sekeluarga

Alhamdulillah...

Selesai book tiket kapal terbang & Hotel penginapan utk kami sekeluarga. In shaa Allah, cuti sekolah akan datang (May-June 2013), kami sekeluarga akan terbang ke luar negara utk cuti2 family :)

Inilah negara yang bakal kami lawati. Cuba teka di mana?? hehehe....

Flight booking confirmed!
 
Hotel yang bakal kami inapi (betul ker ayat ni :P)


  
Salah satu persiapan yang kami bawa utk pergi melancong adalah sekotak Nutriferon! Yerlah, bukan senang nak travel dgn anak2 kecil ni. Macam kami, anak2 semua masih di bawah pengawasan yg TOTAL; mereka masih perlu dijaga dari segi makanan, pakaian, aktiviti dsb.

* Muhammad Ammar: 5 tahun
* Sumayyah: 3 tahun
* Muhammad Fateh: 1 tahun (on this coming 10th June2013)

Kalau yg dh sekolah Rendah & Menengah tu, mungkin senang sikit kot nak handle...

Saya masih ingat, dulu2 sebelum saya kenal Shaklee, benda wajib yang saya mesti bawa setiap kali travel (either balik kg or ikut hubby out station) adalah Paracatemol @ ubat demam. Sebab saya sgt susah hati kalau anak2 xsihat...


Ketika percutian ke Melbourne 2010

 
Ketika percutian ke Sabah 2011

Alhamdulillah, tahun 2012, saya mengenali Shaklee. Dan sekarang, kami hanya perlu bawa 2 benda:


Thrmometer

Nutriferon

Nak makan Nutriferon ni, senang jer...

Ambil sepeket sudah cukup bila dah rasa tanda2 xsedap pada badan seperti rasa nak demam, batuk, selsema dsb...

Harga sekotak Nutriferon ni agak mahal TETAPI bagi saya, ia setanding dgn kualiti produk nya. Yerlah, 40tahun kajian dibuat sebelum terciptanya Nutriferon ini. Boleh refer post saya tentang Sejarah tercipatnya Nutriferon ini (Sejarah Nutriferon) ...

Kandungan Nutriferon ni adalah ekstrak dari 4 tumbuhan:

1) Biji Labu
- merangsang pengeluaran interferon semulajadi dalam tubuh
- menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser

2) Biji Plantago Asiatica
- mengandungi polisakarida yg mengaktifkan sel2 imun badan

3) Honeysuckle Jepun
- menentang pencerobohan virus dan kuman

4) Bunga Safflower
- menghasil dan memperkuatkan keupayaan makrofaj dalam usah memusnahkan virus & kuman

Hah, banyak kan khasiatnya??

Kalau siapa ada wang yg lebih, bolehlah nak consume Nutriferon ni hari2.

Macam kami, makan bila perlu saja. hehehe...

Ok, apa lagi...sempena promosi harga runtuh Nutriferon, meh dapatkan dari saya!

Boost Up Your Immune System in Natural & Safer Way!

Sekian ~

Senyum :)



Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda?




Hubungi saya:

Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176








Read More

Share on Facebook



Written on

Changing Brand Can Change Your Life

[CHANGING BRAND CAN CHANGE YOUR LIFE]

Tahukah anda, hasil kajian yang dijalankan oleh UC Berkely School of Public Health menunjukkan, mereka yang mengambil SUPPLEMEN SHAKLEE memiliki tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang tidak mengambil supplemen langsung.
Ini berdasarkan 4 penanda biologi kesihatan bg mereka yg mengambil supplemen Shaklee:

1) Tahap Trigliserida (lemak yg wujud dlm badan & makanan) kurang sebanyak 33%
 
2) Nisbah jumlah kolestrol kpd HDL kolestrol kurang sebanyak 11%. HDL kolestrol membantu menyingkirkan kolestrol 'jahat' dalam darah
 
3) Tahap C-reaktif protein (yg boleh sumbang pd stress) kurang sebanyak 60%
 
4) Tahap Homosistenia (asid amino yg dihasilkan dlm badan secara semulajadi) kurang sebanyak 36%. Tahap rendah homosistenia dlm badan menyokong kesihatan jantung.

Hah, fikir2kan adakah anda berani mencuba produk di luar sana yang tidak diketahui kesan sampingan pada badan?? Yang tiada kajian yang dijalankan utk melihat kesan buruk pada badan??

Kesihatan adalah nikmat yang paling besar. Jgn PERJUDIKAN hidup anda hanya semata2 ingin kurus dlm sekelip mata, hanya semta2 ingin putih dalam seminggu?? Atau sekadar memberi alasan
"Mahallah nk beli vitamin..." 
"Cukuplah makanan aku seharian..."
"Alah, badan aku xperlukan supplemen..."

 Fikir2kan...
 
 
 
 
Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda?




Hubungi saya:

Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176 
 
Read More

Share on Facebook



Written on

Awas!! Jangan Tersalah Pilih Rumah

Sejak akhir2 ini, saya dikunjungi dgn berbagai pertanyaan tentang Shaklee samada dari kawan2 yg dikenali, rakan2 FB, malah bloggers sendiri.

Yang peliknya, mereka yang bertanya itu sudahpun mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Saya tidak berniat untuk 'tidak melayan' persoalan2 yang diberikan, malah saya suka untuk berkongsi rahsia/ tips2 dgn sahabat2 semua. Juga rasa sangat2 gembira andai kata 'sharing' yang diberi dapat membantu memotivasikan mereka yang memerlukan.

Cumanya, kadang2 terasa pelik apabila soalan yang diajukan itu soalan yang terlalu basic.

> Bagaimana nak kira UV??
> Bagaimana nak contact Shaklee??
> Apa set vitamin yg nak makan??
> Apa set vitamin yang ada dalam Shaklee??

dan banyak lagi soalan2 ASAS yang saya terima......

Baiklah, saya beri analogi seperti berikut:

Dalam sebuah taman perumahan, ada banyak keluarga yang mendiami di situ. Keluarga A, keluarga B, Keluarga C dll.

Setiap keluarga, ada mak, ayah & anak2.

Memandangkan mereka tinggal di taman perumahan yg sama, jadi bentuk rumah mereka adalah sama....

TETAPI apa yang membezakan adalah keadaan dalam rumah tersebut. Keluarga A, anaknya sekian2 ramainya, cara susunan dalam rumah juga berbeza dgn Keluarga B dan Keluarga C. Aktiviti harian juga berbeza, cara pengurusan rumahtangga juga berbeza...

Rasanya tidak 'manis' bukan, sekiranya anak si A datang kepada keluarga si B bertanya:

> bagaimana nak masak?
> bagaimana nak basuh baju?
> bagaimana nak kemas rumah?

sedangkan keluarga A masih mempunyai seorang mak & seorang ayah....



Begitu juga kita dalam perniagaan Shaklee ini..yes, kita berurusan atas syarikat yang sama, produk yang sama TETAPI cara pengurusan adalah berbeza antara distributor A, distributor B & Distributor C.

Kadang2 saya rasa kesian bila ada yang datang kpd saya juga kpd 'anak2' Shaklee saya, mengadu bahawa upline mereka tidak guide, tidak beri apa2 input dan membiarkan mereka seorang diri mencari info ttg Shaklee.

Dan mereka2 ini berhasrat utk menukar upline tetapi apakan daya....ianya tidak semudah yang disangka.

YES, menukar upline, tidak semudah seperti menukar baju. Sekali anda sign up & bersetuju utk menjadi downline seseorang, anda akan terikat dgnnya seumur hidup anda. Ya, SEUMUR HIDUP ANDA!

Walaupun Shaklee ada memberi peluang utk anda menukar upline, tetapi prosedurnya bukan semudah A,B,C...

Syaratnya:
1) Anda tidak boleh membeli apa2 produk Shaklee selama 1 tahun menggunakan ID anda
2) Selepas 1 tahun, anda perlu membuat surat rayuan kpd Shaklee utk menukar upline

Bayangkan, dalam tempoh 12 bulan, anda perlu 'off' dari Shaklee, sedangkan dalam masa yang sama, ada orang yang mampu menjana income RM3k, RM5K, malah RM10K dalam tempoh 12 bulan bersama Shaklee!

Bagi saya, pada masa anda sign borang membership Shaklee di bawah ID saya, maka saya bertanggungjawab sepenuhnya utk bantu anda mengenali Shaklee dan pergi lebih jauh dalam bisness Shaklee. Downline itu ibarat anak buat saya, sebab itu saya perlu asuh, jaga supaya mereka akhirnya pandai berlari dan berjaya dalam dunia Shaklee.

Bukan sekadar Toucn N Go......


Jadi, sila berhati2 bila anda sudah buat keputusan utk join sebagai Shaklee Independent Distributor.

Jangan tersalah pilih upline, semata2 dgn alasan berikut:

"Kesian lah, orang ni dh lama approach aku utk join Shaklee"
"Aku join shaklee ni sbb si A dah bnyk tolong aku"
 
dan alasan2 lain yang akhirnya akan menjerat anda semua......

Berbuat baik biar kena pada tempatnya. Jangan sampai memakan diri sendiri.

Sekian dulu celoteh saya pada hari ini.

Senyum :)


Anak2 Shaklee saya ada yang telah berjaya mendapat 4-angka income hanya dgn berbekalkan modal serendah RM75!

Anda juga ingin seperti mereka?

Ingin join 'rumah Shaklee' saya yang happy, ceria, penuh dgn cas2 positif?




Hubungi saya:

Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
Sms/Whatsapp: +6013-6971176







Read More

Share on Facebook



Monday, 15 April 2013

Written on

Tips Untuk Berjaya Dalam Penyusuan Susu Ibu

Anda inginkan stok susu begini??


Mari baca sedikit tips di bawah. Mudah-mudahan apa yang saya kongsikan ini, dapat membantu ibu2 di luar sana dalam usaha mengikut sunnah Rasulullah S.A.W untuk menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun.

Moga ia menjadi satu amal jariah buat diri saya yang kerdl & hina ini....

Tips Untuk Berjaya Dalam Penyusuan Susu Ibu

1. Pastikan jadual pam yang teratur.
- Seeloknya prepare timetable untuk memudahkan 'monitoring', terutama sekali bagi ibu yang masih dalam pantang dan berhasrat untuk mengumpul stok susu.
 Contoh timetable yang boleh dibuat
- Jadual pam yang tidak teratur akan menyebabkan otak menghantar signal yang salah kpd badan dalam menghasilkan susu badan.
- Perlu diingat, penghasilan susu badan adalah berdasarkan konsep Supply vs Demand. Jika Demand/ Permintaan kurang, maka badan akan menghasilkan isyarat Supply/ Hasilkan susu badan kurang. Kerana itu, susu badan akan mulai kurang.
 
2. Lakukan Teknik Power Pumping sekurang2nya sekali sehari
- Power pumping merupakan teknik yg sangat berkesan utk ibu2 yang mengalami masalah susu badan yang semakin kurang.
- Power pumping adalah teknik mengepam susu secara kerap dalam masa 1 jam (ideanya adalah untuk meniru cara hisapan bayi semasa menyusu badan).
- Sangat digalakkan untuk ibu2 di luar sana yang mengalami masalah susu badan merudum akibat kerja yang tidak cukup masa utk pam secara konsisten, perubahan hormon, period, juga untuk ibu2 yang sudah menghentikan penyusuan tetapi berhasrat untuk menyusukan bayi semula.
- Caranya seperti berikut:
a) Single pump
> Pam sebelah kanan 10 minit, kemudian pam sebelah kiri 10 minit.
> Rehat 5 minit.
> Kemudian ulang semula langkah pertama & kedua sehingga cukup 1 jam.
b) Double pump
> Pam kedua2 belah selama 10 minit
> Rehat 10 minit
> Ulang semula langkah 1 & 2 sehingga cukup 1 jam
Note 1: Seeloknya masa yang disarankan utk melakukan power pumping adalah antara waktu malam ke subuh kerana hormon penghasilan susu sangat tinggi waktu ini.
Note 2: Tempoh kejayaan adalah bergantung kpd individu. Jgn fikir, susu akan banyak on d spot. Yg penting, buat secara konsisten sekurang2nya satu minggu. In shaa Allah, susu badan akan kembali banyak.
 
3. Direct feeding baby sekurang-kurangnya 2 jam sekali atau jika tidak boleh, pam.
- Ini penting terutama sekali bagi ibu yang dalam pantang, yang anaknya sering tidur atau ibu yang sudah bekerja. Jangan biarkan breast terasa penuh baru hendak pam. Perkara ini boleh mengganggu pengeluaran susu.
- Berilah susu ibu seberapa kerap yg bayi inginkan. Tidur bersama bayi di waktu malam adalah waktu paling bagus untuk stimulate pengeluaran susu. Jangan pula 'spare' susu botol di sebelah kerana risau bayi tidak cukup susu.
 
4. Sentiasa berfikiran positif
- Jgn sesekali mengatakan "Susu badan aku sikit, kena tambah formula, supaya baby kenyang dsb"
- Jgn bandingkan susu badan kita dgn orang lain. Perlu selalu bersyukur "Allah bagi aku susu sesuai dgn keperluan bayi aku"
- PENTING utk bayi yg baru lahir; JANGAN mulakan dgn susu formula kerana beranggapan bayi yg baru lahir dalam keadaan lapar. Perlu diingat, perut bayi yg baru lahir adalah sebesar 1 sudu kecil. Sebab itu, pada waktu tersebut, penghasilan susu ibu adalah sangat kurang (kerana Allah Maha Mengetahui sebanyak mana susu yg diperlukan oleh bayi yg baru lahir). Jika awal2 sudah sumbat dgn susu formula, bayi akan terbiasa utk minum dalam kuantiti yg banyak, dan seterusnya menyebabkan bayi akan menangis kerana mendapat susu yg sedikit dari ibu.
 

5. Amalkan pemakanan yang sihat.
- Ambillah supplemen sekiranya tidak mampu menjaga pemakanan seharian secara seimbang.
- Yang penting, makan makanan berkhasiat dan tidak skip makan semata-mata untuk kembali langsing dengan cepat. Sebenarnya ibu2 yang menyusu badan lebih senang menguruskan badan berbanding mereka yang tidak menyusukan bayi kerana penyusuan susu ibu akan membakar kalori2 dalam badan.
Vitamin Shaklee dapat membantu ibu2 yang ingin bertenaga semasa menyusukan bayi (Biidznillah)
 
6. Berdoa dan bertawakallah kepada Allah
- selalulah berdoa agar Allah mempermudahkan urusan kita dalam memberi yg terbaik utk si comel
Doa memperbanyakkan susu ibu

 

> Inginkan lebih banyak tips utk penyusuan susu ibu?
> Inginkan cadangan supplemen yang sesuai utk menjayakan penyusuan susu ibu?
> Inginkan jadual eksklusif cara pemakanan bagi ibu2 menyusu?

sms/whatsapp: Ainul 013-6971176






Hubungi saya:

Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
Sms/Whatsapp: +6013-6971176
Read More

Share on Facebook



Sunday, 14 April 2013

Written on

Nutriferon - Penemuan Terhebat Dalam Bidang Immunologi

Hari ini kita gali info tentang Nutriferon......

Apa itu Nutriferon?

NutriferonTM adalah salah satu produk Shaklee yang diklasifikasikan dalam kategori "Immune Support". Ia berupaya untuk boost up sistem imun badan seseorang dengan izin Allah.

NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.
Sebenarnya nama Nutriferon diambil sempena dgn perkataan Interferon. Mengikut definisi Wikipedia, Interferon bermaksud:


Interferons (IFNs) are proteins made and released by host cells in response to the presence of pathogens such as viruses, bacteria, parasites or tumor cells. They allow for communication between cells to trigger the protective defenses of the immune system that eradicate pathogens or tumors




Interferon (IFNs) adalah protein yang dibuat dan dikeluarkan oleh sel-sel badan untuk bertindak balas terhadap kehadiran patogen seperti virus, bakteria, parasit atau sel-sel tumor. Interferon membolehkan komunikasi antara sel-sel untuk mengaktifkan pertahanan perlindungan sistem imun yang menghapuskan patogen atau tumor.


Sejarah Nutriferon

Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954.

Selepas menbuat kajian selama 40tahun dan dan semakan semula beribu2 jenis sebatian & lebih 200 jenis herba yg berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu2nya interferon semulajadi di dunia (Nutriferon).

Beliau berjaya menemui ekstrak dr 4 tumbuhan iaitu BIJI LABU, BUNGA SAFFLOWER, HONEYSUCKLE JEPUN dan BIJI PLANTAGO mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.

Formula yang digunakan adalah semulajadi, selamat, tulen dan berkesan. Penemuan & rekaan beliau telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.

Dalam bidang perubatan, suntikn interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herpes dll. Tambahan pula, telah terbukti bahawa interferon amat berkesan melindungi diri dari jangkitan influenza dan berbagai2 jenis penyakit yang lain.

Dari mana datangnya Virus, Kuman dan Mirkrob?

Kita sentiasa terdedah kpd beribu2 jenis mikrob melalui pernafasan (hawa-dingin, gas buangan, asap, virus di udara, habuk), berjabat tangan, sentuhan dgn objek (perabot, habuk hama pd selimut, pengangkutan awam, peluh, air), makanan, latihan fizikal, persekitaran kerja dll.

Bagaimana Mikrob Menjejaskan Kita?

Apabila banyak kuman & mikrob menyerang kita pada suatu masa, teruaram sekali apabila tubuh kita kekurangan interferon dan sel-sel imun, kita akan cepat keletihan, stress, terganggu tidur atau dijangkiti flu, batuk, alergi, asma, ekzema, jerawat dll. Sel-sel yg teroksidasi dan tidak sihat membentuk lebih banyak radikal bebas yg seterusnya mengakibatkan degeneratif, penyakit kronik, kanser dll.

From blog kak Cery (my super granny dalam Shaklee):

Quote from her:


[BIJI LABU - kulit cantik - NUTRIFERON]

YOu all tahu tak.. antara makanan kegemaran Nabi Muhammad SAW adalah buah labu.. Ini dia Khasiat buah Labu :

 - kaya dgn Vitamin A
 -merangsang kulit halus berseri

 -tinggi antioksida.. memperlahankan proses penuaan

-bagus utk yg ada masalah paru2. Ambil bijinya.kisar bersama2 jus lobak merak..
 
* * * * * * * * * * * * * * * * *
Antara Manfaat Utama Nutriferon:

1) Mengukuhkan Sistem Imun dalam masa 3 hari - ianya adalah satu2nya interferon semulajadi di dunia. Kajian menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan keseluruhan sistem imun badan dgn mengarahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh bertindak utk membunuh; T-cells, B-cells, dan makrofag.

2) Melindungi dari Influenza - ia mengimbangi respon badan kpd alergi persekitaran & pencemaran udara, melindungi diri dari serangan virus, mikrob, termasuk selsema, alergi, inflamasi dan influenza.

3) Mempertingkatkan PMS - ianyan terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yg terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endoktrin iaitu kekejangan ketika haid, sakit belakang, sakit payudara, ,masalah jerawat, kegelisahan, imsomnia dan mood swing.

4) Melawan Kanser & Tumor - Interferon semulajadi mengandungi polisakaridayg merangsang dan mengaktifkan immunoglobin dalam melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain itu, ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.

5) Meringankan Stress & Kelesuan - ia berupaya mringankan kemudaratan yg disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan, dan gaya hidup yg sibuk.

6) Melambatkan Penuaan - Formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru itu, sel-sel akan menjadi lebih sihat.

7) Mengurangkan Infeksi Pesakit2 Hepatitis B & C - Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan spt kembung perut, rasa mual, muntah dll kpd Hepatitis B & C.

8) Memperbaiki tahap Menopaus - Hypertensi, tahap kolestrol yg tinggi, kitaran haid dan masalah lain berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik.

Jadi sesiapa yg berminat utk mendapatkan Nutriferon pada harga paling hebat, runtuh di abad ini, boleh hubungi saya.



Hubungi saya:

Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
Sms/Whatsapp: +6013-6971176

Read More

Share on Facebook



Saturday, 13 April 2013

Written on

Nutriferon - First Aid Kit untuk Keluarga


Alhamdulillah, bulan April 2013 ni, Shaklee beri promosi yang hebat utk semua; para ibu, ayah, anak2...

Tada....

 
Nota ringkas:
 
NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.


Nutriferon bertindak sebagai 1st Aid Kit utk semua. First Aid kit bila mana tiba2 anda diserang sakit, demam, selsema, batuk, senggugut, dan anda tiada ubat sewaktu sakit menyerang, maka ambillah sepeket Nutriferon.

Ok, kenapa saya katakan ini promosi yang hebat??

Cer tgk, bila cuti sekolah yang paling hampir? Akhir bulan 5 ni kan? Hah, nilah masanya utk anda rembat banyak2 Nutriferon. Murah berbaloi2. Promosi hebat ni tau...setahun sekali baru ada.

Beli satu, jimat RM20, beli 3 jimat RM60, beli 6 jimat RM220!! Hah, canner tu?? - contact saya kalau nak tahu lebih details yer (sms/whatsapp: 013-6971176).

Ok, berbalik kepada kisah 1st Aid Kits - kenapa saya katakan ia adalah satu keperluan utk emergency case? Sbb Nutriferon berupaya menjadi IMMUNE BOOSTER kpd tubuh badan manusia (Biidznillah). Kalau anda tiba2 terasa macam nak demam, ambil sepeket Nutriferon, in shaa Allah badan kembali bertenaga. Begitu juga yang dah alami tanda2 nak selsema, batuk dsb....

Saya boleh katakan, Nutriferon ni PERLU ADA di rumah setiap orang sekurang2nya satu kotak. (nak kata WAJIB ADA, nanti bunyinya cam lain pulak).

Nutriferon ni ala2 pengganti Pandadol lah senang cerita.....

Dan saya rasa, Shaklee buat promosi harga runtuh Nutriferon just at d right time! Yerlah, cuti sekolah....sure ramai parents dh rancang nk pergi holiday samada dalam mahupun luar negara.

Hah, cer citer sikit, kalau tiba2 masa tgh holiday, anak atau bapak anak diserang demam/ selsema dsb, apa yg anda nak buat?? Nak2, kalau tgh holiday kat overseas....mau pening dibuatnya.

Sebab tu saya sangat syorkan, anda bawalah Nutriferon ni at least 4-5 paket semasa anda pergi melancong/ berjalan2. Terutama bg mereka yang xsuka telan Panadol.

Bagaiman Nutriferon ni dikatakan pengganti kpd Panadol?? Ok, saya ceritakan sedikit dulu beberapa manfaat Nutriferon:

1) Mengukuhkan Sistem Imun dalam masa 3 hari - ianya adalah satu2nya interferon semulajadi di dunia. Kajian menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan keseluruhan sistem imun badan dgn mengarahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh bertindak utk membunuh; T-cells, B-cells, dan makrofag.

2) Melindungi dari Influenza - ia mengimbangi respon badan kpd alergi persekitaran & pencemaran udara, melindungi diri dari serangan virus, mikrob, termasuk selsema, alergi, inflamasi dan influenza.

3) Mempertingkatkan PMS - ianyan terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yg terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endoktrin iaitu kekejangan ketika haid, sakit belakang, sakit payudara, ,masalah jerawat, kegelisahan, imsomnia dan mood swing.

Bayangkan masa anda tgh2 seronok bercuti, tiba2 kena sengugut, pain killer  pulak xbawa (or ada yg mmg xnak mkn pain killer due to long term effect dsb), tak kan ada sanggup bunuh mood holiday anda terperap dalam bilik hotel sebab nak tahan sakit senggugut?

Pastu, katakan anak2 pulak diserang demam ker, batuk ker, selsema ker...di waktu anda sekeluarga tgh excited berjalan2, takkan anda nak korbankan waktu kegembiraan anda utk jaga anak yg sakit? Bila dh sakit, semua kena jaga - xboleh pergi tempat2 yg kotor, makan minum pun kena jaga....

Oleh itu, memiliki sekotak Nutriferon adalah solusi yang terbaik. Alhamdulillah, kami sekeluarga dah prepare siap2 Nutriferon utk bawa sekali masa percutian kami ke luar negara nanti (cuti sekolah akan datang).

 Alhamdulillah, flight bookong done!


Jadi untuk mereka yang inginkan percutian romantis (bg pasangan baru berkahwin), percutian yang menyenang & menggembirakan bersama2 keluarga, marilah dapatkan sekotak Nutriferon dgn harga yag hebat!!

In shaa Allah, nanti saya akan ceritakan banyak lagi manfaat utama Nutriferon, sejarah di sebalik penemuannya, cara makan dll.







Hubungi saya:

Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
Sms/Whatsapp: +6013-6971176





Read More

Share on Facebook



Monday, 1 April 2013

Written on

Mac yang penuh cabaran; April yang penuh harapan

Alhamdulillah, berjaya juga luangkan sedikit masa untuk menulis blog.

Frankly speaking, bulan Mac 2013 adalah bulan yang sangat mencabar buat saya, bulan yang begitu hebat saya diuji......

Allahuakbar, segala puji bagi Allah.......

Bermula dgn saya diserang cirit birit & demam panas (sini), kemudian anak2 pulak tidak sihat seorang demi seorang 2minggu selepas itu. Mungkin nampak macam biasa (yerlah, budak2 xsihat), tetapi waktu tu terasa sangat berat kerana kebetulan, bibik kami tiada di rumah dan suami pula jauh di Sarawak. Allah sahajalah tempat saya mengadu segala kesukaran & kepayahan mengharungi saat2 ketika anak2 perlukan perhatian. Kemudian datang pula masalah family saya yang sangat kritikal. Masalah ini buat saya menangis hampir setiap hari, buat saya tidak fokus pada bisness Shaklee saya, buat saya tidak mampu komit pada kerja2 dakwah saya. Dan dari situ, saya sedar, hidup saya ini sebahagiannya utk ibu & ayah saya. Kalau mereka berduka, saya juga turut merasa tempias & bahangnya....

Alhamdulillah, mungkin berkat saya berbuat baik kepada ibu/ayah, Allah gembirakan saya dgn kelahiran 2 orang anak Shaklee saya yang baru, yang bergelar Supervisor. Dan walaupun saya kurang promosi di FB & kurang update blog, tetapi saya mampu mencapai target sales saya & In shaa Allah, saya bakal memperoleh bonus > RM5K! Allahuakabar, kerdilnyer hamba Mu ini ya Allah.....

Yang pasti, saya telah selamat mendaftarkan ibu & ayah untuk menunaikan umrah pada bulan June ini. Alhamdulillah, 60% duit umrah ibu ayah adalah dari bonus Shaklee saya. 40% lagi dari adik beradik kami yg lain. In shaa Allah, next target adalah menghantar mereka menunaikan fardhu haji secepat mungkin.

Semoga Allah menerima amalan yang tidak seberapa ini. Matlamat saya dalam hidup ini adalah mencari redha Allah, dan kalau hendak di 'detail' kan, focus saya lebih kepada:

1) Membahagiakn ibu ayah
2) Menyumbang kpd kerja2 dakwah
3) Menjadi isteri yg taat & membahagiakn suami; qurratun ain kpd insan bernama Mohd Dzuha  Mat Saad
4) Mendidik anak2 dgn roh Al Quran, roh Iman & Islam

Walaupun mungkin nampak begitu sedikit fokus saya ini, tetapi saya percaya, ruang lingkup nya sangat BESAR.

In Shaa Allah, kalau kita mengejar Akhirat, Dunia akan mengejar kita. Tetapi kalau kita mengejar Dunia, Dunia itu akan sentiasa lari daripada kita (kita semakin tidak puas), dan dalam masa yg sama, Akhirat akan meninggalkan kita. Nauzubillah....

Moga Allah tempatkan saya di kalangan hamba2Nya yang mukminah....

Ameeen............

 
Ibu ayah yang sangat kusayangi. Moga Allah panjangkan umur mereka dalam keimanan...

Ok, April 2013 - bermula satu harapan & azam yang baru dalam hidup > Moga Allah permudahkan....














Ingin mencari supplemen yang sesuai dengan diri dan keluarga anda??




Hubungi saya:

Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
Sms/Whatsapp: +6013-6971176

Read More

Share on Facebook



 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.