Hah, hari ni suddenly nak menulis ttg kisah lampau saya. Menulis tentang kekesalan diri ini yang tidak pandai mengambil peluang, yg tidak pandai mengatur strategi dan tidak pandai merancang kehidupan. Bunyi cam teruk kan? huhuhu....
Baiklah, kisahnya bermula Januari 2012. Waktu di mana saya telah terbuka hati utk join
Shaklee setelah didoktrin oleh junior saya, Hafsah. hehehe...
Sebenarnya, niat asal makan Shaklee totally for my pregnancy. Tidak pernah terfikir sama sekali yg suatu hari nanti, saya akan berhenti kerja dan melakukan Shaklee secara full time!
Kuasa Allah, setelah 8 bulan join, barulah hati ini terbuka untuk buat Shaklee secara serius! Itu pun kerana tak sengaja menjengah group Shaklee di bawah my mummy, Hafsah...dan suddenly terbaca ttg Success Story seorang lawyer yg berani terjun ke dunia perniagaan Shaklee kerana tidak puas dgn kerjayanya yg sering meninggalkan anak2 walaupun income sungguh mahsyuk!
Sahabat2 semua....
Point yang saya nak higlight di sini bukan semata2 nak suruh anda join Shaklee...tidak, sama sekali tidak. Saya cuma nak anda semua ambil iktibar dari kesilapan saya, yes, kesilapan kerana tidak pandai merancang dan lambat sangat bertindak....
Saya resign sebagai jurutera kilang di Senawang pada Feb 2011, dan memulakan kerjaya sebagai jurutera di company baru yg terletak di Kajang pada Mac 2011. Pada April 2011, kami suami isteri telah berkenan membeli sebuah rumah teres corner lot di Setia Alam.
Rumah yg masih dalam pembinaan
Memandangkan rumah itu dijangka siap April 2012 (1 thn), maka kami malas nak berpindah randah. Niat asal, kononnya bila rumah kami siap, kami malas nak bawa barang2 di rumah sewa, plan nak beli barang & perabot baru. So kami decide, stay saja di Senawang, dan saya travel ke Kajang setiap hari (husband mmg out station, so tak der masalah utk dia tinggal kat mana2 pun).
Travel ulang alik Senawang-Kajang menggunakan LEKAS menaiki Honda City memang costly! Duit minyak sehari RM15, dan duit tol pun, sehari RM15 pergi balik. So total RM30/ sehari. Tu tak termasuk duit makan lunch lg, duit servis kereta lagi bla bla bla....
So gaji saya RM1000++ dah habis utk travel sahaja (termasuk servis kereta yang kena selalu servis dek kerana mileage yg asyik due).
Tetapi Allah kurniakan saya seorang suami yang cukup2 pandai & bijak. Melihat gaji saya yg mengalir mcm air, beliau mengambil tindakan menukar kereta iswara kami kpd NGV. So duit petrol cut dr RM15 sehari kpd RM6 saja sehari!
Maka travellah saya setiap hari selama 1 tahun lebih (Mac 2011 - June 2012).
Selepas melahirkan anak ketiga kami, Muhammad Fateh pada June 2012, perasaan utk kembali bekerja totally gone! Waktu tu, Allah saja yg Tahu betapa hati ini meronta2 utk tidak mahu kembali bekerja! Tetapi apakan daya, saya masih tak mampu utk berhenti kerja.
Disebabkan perasaan yg malas sgt nak kerja, jadi utk memotivasikan diri ini semula, saya telah memujuk suami utk berpindah ke Bangi. Alasan saya, saya nak dekat dgn anak2. Jadi saya tak derlah stress sgt sewaktu kerja.
Saya bertekad, once saya masuk kerja pada Sept 2012, saya sudah berpindah ke Bangi.
Entah bagaimana, waktu mula2 masuk kerja, saya telah tidak sengaja memperkenalkan Shaklee kpd rakan2 di tempat kerja. Bermula dgn perbualan di surau, akhirnya saya telah menjadi rujukan mereka utk beli produk2 Shaklee sehingga bulan tersebut sahaja, saya mampu menjana sales sebanyak RM3000!
Selepas itu, barulah saya nampak yang saya boleh pergi lebih jauh dalam Shaklee...
Dan kekesalan saya pun bermula:
> Kenapalah aku xstart share about Shaklee dr awal2 sedangkan aku dh pun menggunakan Shaklee sejak kandunganku mencecah usia 4 bulan!
> Kenapalah aku masih was2 nak share about Shaklee kpd rakan2 ofis sedangkan aku dah pun rasa kebaikan Shaklee; badan aku still energetic walaupun terpaksa travel sejauh 110km setiap hari, terpaksa balik lewat mlm even perut dh semakin membesar!
dan yang paling saya kesali:
> Kenapa aku lambat sgt buat Shaklee???? Sehingga suami aku terpaksa keluarkan duit sebanyak RM1300 setiap bulan utk bayar sewa rumah di Bangi sedangkan 4 bulan selepas itu, aku telah berhenti kerja!!
Kalaulah dari awal lagi, saya rajin baca info2 di group Shaklee, dan tahu bahawa saya mampu menjana pendapatan yang setanding dgn gaji engineer saya, pasti saya tidak jadi utk berpindah rumah. Sebabnya?? Saya tahu, saya dh boleh brhenti kerja dan tiada alasan utk berpindah ke Bangi lagi kerana ingin dekat dgn tempat kerja.
Dan sudah pasti, duit suami saya tidak akan melayang utk kos2 perpindahan dari sebuah rumah sewa (yang sewanya hanya RM380 sebulan) ke sebuah rumah sewa yg lain (yg sewanya RM1300 sebulan). Dan kos2 perpindahan semuanya menelan belanja hampir ribu2 banyaknya!
Ya Allah, Kau rahmatilah suami ku kerana pengorbananya terhadap kami sekeluarga ....
(sob sob...mata ni pun dah start berair).
(sob sob...mata ni pun dah start berair).
Kerana itu, sahabat2 semua....rancanglah kehidupan anda dgn teliti. Jangan teragak2 utk cari passion anda, utk cari apa kemahuan anda..Rancang, fikir & bertindak segera!
Walaupun saya telah membazirkan hampir 8 bulan masa saya bersama Shaklee, namun saya bersyukur, saya masih belum terlambat utk berjaya dan capai impian saya. Ya, Impian utk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa, melihat anak2 membesar depan mata sambil duit RM ribu2 masuk ke dalam akaun. Be Working-At-Home-Mama (WAHM).
5 bulan usaha, struggle habis2an (Sept'12 - Jan'12), dan akhirnya tanggal 15Jan'12, saya berjaya menghantar surat perletakan jawatan saya. Yes, berjaya menghantar surat perletakan jawatan setelah income Shaklee setanding gaji engineer saya!
Alhamdulillah, impian menjadi Working-At-Home-Mama telah menjadi kenyataan. Syukur pada Mu ya Allah....
Rumah kami pun dah siap. In shaa Allah, akhir tahun ni kami bakal pindah....
Oleh itu, Remember my dear friends...
Fast Action, Fast Result!
Terhegeh2 Action, Terhegeh2 Results!
Jangan lambat mengatur langkah....
Find your passion and Go for It!!
Sekian dahulu celoteh saya :)
Wassalam...
Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda?
Hubungi saya:
Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176
0 comments:
Post a Comment