Mari baca sedikit tips di bawah. Mudah-mudahan apa yang saya kongsikan ini, dapat membantu ibu2 di luar sana dalam usaha mengikut sunnah Rasulullah S.A.W untuk menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun.
Moga ia menjadi satu amal jariah buat diri saya yang kerdl & hina ini....
Tips Untuk Berjaya Dalam Penyusuan Susu Ibu
1. Pastikan jadual pam yang teratur.
- Seeloknya prepare timetable untuk memudahkan 'monitoring', terutama sekali bagi ibu yang masih dalam pantang dan berhasrat untuk mengumpul stok susu.
Contoh timetable yang boleh dibuat
- Jadual pam yang tidak teratur akan menyebabkan otak menghantar signal yang salah kpd badan dalam menghasilkan susu badan.
- Perlu diingat, penghasilan susu badan adalah berdasarkan konsep Supply vs Demand.
Jika Demand/ Permintaan kurang, maka badan akan menghasilkan isyarat Supply/ Hasilkan susu badan kurang. Kerana itu, susu badan akan mulai kurang.
2. Lakukan Teknik Power Pumping sekurang2nya sekali sehari
- Power pumping merupakan teknik yg sangat berkesan utk ibu2 yang mengalami masalah susu badan yang semakin kurang.
- Power pumping adalah teknik mengepam susu secara kerap dalam masa 1 jam (ideanya adalah untuk meniru cara hisapan bayi semasa menyusu badan).
- Sangat digalakkan untuk ibu2 di luar sana yang mengalami masalah susu badan merudum akibat kerja yang tidak cukup masa utk pam secara konsisten, perubahan hormon, period, juga untuk ibu2 yang sudah menghentikan penyusuan tetapi berhasrat untuk menyusukan bayi semula.
- Caranya seperti berikut:
a) Single pump
> Pam sebelah kanan 10 minit, kemudian pam sebelah kiri 10 minit.
> Rehat 5 minit.
> Kemudian ulang semula langkah pertama & kedua sehingga cukup 1 jam.
b) Double pump
> Pam kedua2 belah selama 10 minit
> Rehat 10 minit
> Ulang semula langkah 1 & 2 sehingga cukup 1 jam
Note 1: Seeloknya masa yang disarankan utk melakukan power pumping adalah antara waktu malam ke subuh kerana hormon penghasilan susu sangat tinggi waktu ini.
Note 2: Tempoh kejayaan adalah bergantung kpd individu. Jgn fikir, susu akan banyak on d spot. Yg penting, buat secara konsisten sekurang2nya satu minggu. In shaa Allah, susu badan akan kembali banyak.
3. Direct feeding baby sekurang-kurangnya 2 jam sekali atau jika
tidak boleh, pam.
- Ini penting terutama sekali bagi ibu yang dalam pantang, yang anaknya sering tidur atau ibu yang sudah bekerja. Jangan biarkan breast terasa penuh baru hendak pam.
Perkara ini boleh mengganggu pengeluaran susu.
- Berilah susu ibu seberapa kerap yg bayi inginkan. Tidur bersama bayi di waktu malam adalah waktu paling bagus untuk stimulate pengeluaran susu. Jangan pula 'spare' susu botol di sebelah kerana risau bayi tidak cukup susu.
4. Sentiasa berfikiran positif
- Jgn sesekali mengatakan "Susu badan aku sikit, kena tambah formula, supaya baby kenyang dsb"
- Jgn bandingkan susu badan kita dgn orang lain. Perlu selalu bersyukur "Allah bagi aku susu sesuai dgn keperluan bayi aku"
- PENTING utk bayi yg baru lahir; JANGAN mulakan dgn susu formula kerana beranggapan bayi yg baru lahir dalam keadaan lapar. Perlu diingat, perut bayi yg baru lahir adalah sebesar 1 sudu kecil. Sebab itu, pada waktu tersebut, penghasilan susu ibu adalah sangat kurang (kerana Allah Maha Mengetahui sebanyak mana susu yg diperlukan oleh bayi yg baru lahir). Jika awal2 sudah sumbat dgn susu formula, bayi akan terbiasa utk minum dalam kuantiti yg banyak, dan seterusnya menyebabkan bayi akan menangis kerana mendapat susu yg sedikit dari ibu.
5. Amalkan pemakanan yang sihat.
- Ambillah supplemen sekiranya tidak mampu menjaga pemakanan seharian secara seimbang.
- Yang penting, makan
makanan berkhasiat dan tidak skip makan semata-mata untuk kembali langsing dengan
cepat. Sebenarnya ibu2 yang menyusu badan lebih senang menguruskan badan berbanding mereka yang tidak menyusukan bayi kerana penyusuan susu ibu akan membakar kalori2 dalam badan.
Vitamin Shaklee dapat membantu ibu2 yang ingin bertenaga semasa menyusukan bayi (Biidznillah)
6. Berdoa dan bertawakallah kepada Allah
- selalulah berdoa agar Allah mempermudahkan urusan kita dalam memberi yg terbaik utk si comel
Doa memperbanyakkan susu ibu
> Inginkan lebih banyak tips utk penyusuan susu ibu?
> Inginkan cadangan supplemen yang sesuai utk menjayakan penyusuan susu ibu?
> Inginkan jadual eksklusif cara pemakanan bagi ibu2 menyusu?
sms/whatsapp: Ainul 013-6971176
Hubungi saya:
Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
Sms/Whatsapp: +6013-6971176
> Inginkan cadangan supplemen yang sesuai utk menjayakan penyusuan susu ibu?
> Inginkan jadual eksklusif cara pemakanan bagi ibu2 menyusu?
sms/whatsapp: Ainul 013-6971176
Hubungi saya:
Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
Sms/Whatsapp: +6013-6971176
0 comments:
Post a Comment