Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, 15 May 2013

Written on

Awas!! Jangkitan Group B Streptococcus (GBS) Terhadap Ibu Mengandung

Hari ni terasa nak menulis tentang pregnancy....

Saya cuba gali info tentang GBS since saya pun salah seorang GBS carrier...

Ok, boleh tgk sumber di sini (GBS)

1. Apa itu GBS?

GBS atau nama panjangnya Group B Streptococcus adalah salah satu bakteria yang biasanya hidup dalam badan manusia. Dianggarkan, 1/3 daripada kita “membawa” bacteria GBS  ini di dalam usus badan tanpa kita sedari.
 
Bacteria GBS
Kira-kira 1/4 wanita juga adalah ‘pembawa’ bacteria GBS dalam faraj mereka. Kebanyakan wanita tidak mengetahui bahawa mereka dijangkiti GBS kerana kebiasaannya, ia tidak mendatangkan masalah atau menunjukkan gejala2 tertentu.
Walau bagaimanapun, (dalam kes-kes yang jarang berlaku), GBS boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian di kalangan bayi yang baru lahir.



GBS boleh menyebabkan jangkitan yang teruk pada bayi yang baru lahir, terutamanya pada minggu pertama selepas kelahiran (dikenali sebagai 'jangkitan permulaan awal'). Ia biasanya boleh menyerang bayi yang dilahirkan secara normal oleh ibu, dan tidak kepada bayi yang dilahirkan secara Csarean (C-section).
 
2. Bagaimana saya boleh tahu jika saya membawa GBS?
Terdapat ujian yang disediakan untuk mengesan jangkitan GBS. Ia boleh dilakukan dengan mengambil sampel 'swab faraj' dan diuji di makmal.
Kebanyakan wanita hamil mendapati bahawa mereka mempunyai GBS ini secara kebetulan, apabila doctor mengambil ‘swab faraj’  untuk memeriksa sesuatu yang lain. Jangkitan GBS ini boleh datang dan pergi; ada wanita yang mempunyai ujian positif terhadap jangkitan GBS pada awal kehamilan, tetapi tidak mempunyai GBS ketika tiba tempoh untuk melahirkan.
Jadi, adalah penting bagi wanita hamil untuk mengetahui bila bayi cenderung untuk dijangkiti bakteria GBS dan apa tanda-tanda jangkitan GBS terhadap bayi.
 
3. Saya sedang mengandung, apa yang perlu saya tahu mengenai GBS?
Bayi yang terdedah kepada GBS sebelum atau semasa kelahiran akan mengalami beberapa kesan buruk.
Walaubagaimanapun, masih tiada penejelasan yang sebenar mengapa sesetengah bayi boleh terkena jangkian GBS manakala yang lain tidak (saya sendiri pun telah mengalaminya bila mana anak pertama & kedua dijangkiti GBS, tetapi anak yang ketiga tidak dijangkiti langsung walaupun saya adalah pembawa GBS). Apa yang pasti , jangkitan GBS terhadap bayi yang baru lahir boleh dielakkan.
Wanita yang berisiko tinggi boleh diberikan antibiotik Intravena sama ada dari ketika ingin melahirkan atau ketika air ketuban telah pecah (whichever comes first) sehingga saat bayi dilahirkan.
Caesareans tidak digalakkan untuk mengambil antibiotic ini kerana GBS menjangkiti bayi melalui faraj ibu yang melahirkan.
Dan dalam kes yang jarang berlaku, GBS boleh menyebabkan jangkitan pada rahim dan saluran kencing bagi ibu2 yang baru mengandung.
 
4. Adakah bayi saya berisiko mendapat jangkitan GBS?

Ada beberapa faktor yang boleh membantu anda untuk mengesan samada bayi anda dijangkiti GBS atau tidak. Antaranya:




1.           Anda telah mula menunjukkan tanda untuk melahirkan sebelum 37 minggu kehamilan

2.           Air ketuban anda pecah dalam tempoh 18 jam atau lebih sebelum melahirkan

3.           Suhu badan anda meningkat 38degC/ 100 degF atau lebih semasa proses kelahiran

4.           Doktor telah mengesan bahawa anda pembawa GBS dalam faraj/ rectum anda semasa hamil

5.           Bakteria GBS telah dikesan dalam air kencing anda semasa menagndung (sekiranya ini berlaku, rawatan segera perlu dilakukan dan beberapa langkah berjaga2 perlu diambil semasa tempoh melahirkan)

5. Bagaimana proses kelahiran bayi saya perlu dilakukan?

Kajian menunjukkan bahawa dengan antibiotik intravena boleh mencegah jangkitan GBS kepada bayi yang baru lahir.

Bagi bayi yang berisiko tinggi, sebaik sahaja ia dilahirkan:




1.           Bayi perlu diperiksa oleh Pakar Kanak2 dengan serta merta
2.           Jika kedua-dua ibu & bayi sihat, dan anda telah diberi rawatan penuh dengan antibiotik intravena semasa proses melahirkan, bayi masih boleh diberikan antibiotik intravena
3.           Jika kedua-dua ibu & bayi sihat, tetapi anda tidak menerima rawatan penuh dengan antibiotik intravena semasa proses melahirkan, bayi boleh bermula pada antibiotik intravena sehingga doctor mengesahkan bayi anda bebas jangkitan;
4.           Jika anda atau bayi menunjukkan tanda-tanda jangkitan GBS, bayi  harus diberi rawatn antibiotik intravena SERTA-MERTA.


6. Apakah tanda-tanda jangkitan GBS pada bayi?

Jika bayi anda dijangkiti GBS, gejala berikut boleh berlaku selepas beberapa jam kelahiran:

1.       Bayi mempunyai masalah pernafasan

2.       Tekanan darah tidak stabil/ rendah

3.       Masalah buah pinggang

4.       Kurang menyusu

5.       Bayi nampak lesu


Malah, terdapat beberapa komplikasi yang lebih teruk seperti  Pneumonia, Meningitis atau Sepsis.
Jadi jangan ambil mudah yer soal GBS ini. Biasanya tanda yang paling senang untuk kita kesan samada kita ini pembawa GBS atau tidak, boleh lihat pada kadar discharge @ keputihan kita. Dan jika ada, segeralah minta doktor menjalankan 'swab faraj' test agar kita dapat melakukan pencegahan awal.

Alhamdulillah, bila saya mula amalkan vitamin Shaklee sejak kandungan mencecah 4 bulan, bayi saya tidak didiagnose mendapat jangkitan GBS, walaupun saya adalah pembawa GBS yang positif.

Dan ini sangat berbeza ketika saya mengandung anak pertama & kedua (yang hanya makan vitamin yang diberikan oleh hopsital), kedua2 anak2 saya terpaksa diberi rawatan antibiotik selama 3 hari berturut2 kerana masalah jangkitan GBS. Alhamdulillah, anak yang ketiga bebas dari jangkitan.

Sesungguhnya apa yang berlaku telah pun berada dalam perancangan Allah. Apa yang kita boleh lakukan sebagai hamba, berusaha & bertawakkal kerana Dia lah sebaik2 tempat meminta pertolongan.

Sekian dulu, moga entry ini memberi manfaat untuk sesiapa yang membacanya.

Waallhua'lam...


Wassalam ~


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?




Hubungi saya:

Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176

Share on Facebook



Share this case:

3 comments:

  1. Info d atas byk membantu...bila doc sahkn sy gbs positif...sy trus down coz xtau apa2. N today bila bca blog ni bru sy tau...i'm not alone...tq...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. jesz whooz... jgn risau, setiap penyakit, pasti ada ubatnya kecuali mati. doa banyak2 agar Allah permudahkan urusan kiat dlm setiap perkara :)

    ReplyDelete

 

Ainul Duha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Follow by Email

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.