Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday 16 May 2013

Written on

Berbaloikah Membeli Shaklee Untuk Pregnancy?


Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang Allah kurniakan kerana kita masih bernafas sehingga ke hari ini.

Rentetan dari entry saya berkaitan GBS (GBS), saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya semasa mengandungkan anak pertama sehinggalah anak yang ketiga. In shaa Allah, saya cuba untuk menulis berdasarkan pengalaman yang saya lalui, dgn tidak bias kepada mana2 pihak.
Saya mengenali perkataan GBS dari sejak mengandung anak pertama lagi, Muhammad Ammar kerana pada waktu itu, saya telah di diagnose oleh doktor sebagai "GBS carrier" atau "Pembawa GBS" yang positif.
Bagaimana doktor boleh mengesan bahawa saya "GBS carrier"? Sewaktu mengadung, saya sering mengalami kontraksi kecil seperti perut mengeras, perut sakit, kdng2 sukar utk bergerak. Lalu apabila diberitahu kepada doktor, doktor segera mengambil sampel "swab faraj" dan apabila dibuat ujian ke atas sampel tersebut, ternyata saya membawa kuman GBS dalam faraj.
Oleh kerana ini adalah pengalaman pertama, maka saya serahkan semuanya kepada doktor. Apa ubat yang doktor bagi, saya ambil. Dan saya juga tidak berani untuk mengambil apa2 vitamin selain yang dibekalkan oleh doktor.
Apabila anak pertama saya lahir, doktor telah melakukan ujian darah ke atasnya dan terbukti, anak saya dijangkiti GBS. 

Sejurus selepas bersalin, doktor pakar kanak2 segera datang berjumpa saya dan suami di bilik wad, dan memberitahu bahawa anak kami perlu diberi suntikan antibiotik selama 3 hari berturut2. Maka terpaksalah saya 'stay' di wad bersalin sehingga rawatan antibiotik dihabiskan.
Perkara ini berlanjutan ketika saya mengandungkan anak yg kedua, Sumayyah. Perkara yang sama juga berlaku, anak kami dikesan dijangkiti kuman GBS sejurus selepas dilahirkan. Dan rawatn antibiotik yang sama turut diberikan kpd anak kedua kami ini.

(AWAS!! GBS boleh mendatangkan bahaya kepada bayi sekiranya tidak diberi rawatan yang sepatutnya)
Apabila mengandung anak yang ketiga, Muhammad Fateh, saya telah bertekad bahawa saya perlukan sesuatu yang lain untuk anak saya. 

Azam yang paling kuat adalah untuk menyusukan anak saya sepenuhnya sehingga dia berumur 2 tahun (abang dan kakak nya hanya mampu diberi susuan penuh sehingga 6 bulan, dan selepas itu, susu badan saya mulai merudum walaupun saya masih 'pump' di ofis. Mungkin pada waktu itu, saya sentiasa stress dan penat dgn rutin harian saya).

Kenapa saya sungguh2 bertekad untuk tidak bercampur susu selain susu ibu?

Kerana, saya telah melihat sendiri bagaimana perkembangan anak pertama & kedua saya apabila mereka mula diberi susu formula; tahap kesihatan mereka semakin menurun dan sentiasa perlu 'warded' dalam tempoh pembesaran mereka.


Dalam tempoh 6 bulan ke satu tahun, banyak kali ammar warded kerana demam panas dan cirit-birit, dan semuanya berlaku selepas saya introduce susu formula 

Sumayyah juga sama; asyik warded selepas saya introduce susu formula
Sungguh! Terlalu pilu untuk dikenangkan....(kerana itu, sehingga kini, saya sanggup mengeluarkan duit yang banyak demi untuk memberi yang terbaik kpd kedua2 permata hati saya ini).
Asbab yang kedua, kenapa saya perlukan kelainan untuk anak ketiga saya ini?

Sebabnya, saya telah bertanya kepada pharmacist di hospital tentang vitamin yang di prescribe oleh doktor.

Pada waktu itu, saya telah dibekalkan oleh doktor 2 jenis Vitamin; Obimin & Neuro Gain. 

Pertanyaan saya kepada pharmacist di hospital Columbia tersebut; adakah vitamin yang diberikan ini sintetik atau semulajadi? Dengan terseyum, beliau menjawab "This is sintetic, mam"

Dushhhh...saya tersentap. Terus saya stop makan semua vitamin tersebut. Dan bermulalah episode saya mengenali Shaklee.
Sungguh sahabat2...!! Berbeza  rasanya apabila saya makan yang semulajadi dgn yang sintetik. Terlalu banyak! Kisah ini ada saya kongsikan dalam entry saya terdahulu (Vitamin Shaklee terbaik untuk ibu mengandung).
Antara manfaat besar yang saya rasai:
1) Tiada kejang urat semasa saya mengandung anak ketiga
2) Less back pain ketika mengandung anak ketiga
3) Badan still energetic even waktu tu saya terpaksa travel sejauh 120 km setiap hari; berulang alik ke tempat kerja (Senawang - Kajang)
4) Komitmen kerja yang tinggi pada waktu itu membuatkan saya terpaksa pulang sekitar jam 8-9 malam setiap hari, dgn keadaan saya yang sedang sarat mengandung 7/8 bulan. Namun, syukur saya masih mampu untuk drive pulang ke rumah, dan pada waktu itu, suami sangat jauh (berada di Amsterdam).
5) Dan yang paling ketara, anak ketiga saya disahkan BEBAS dari jangkitan GBS!
Allahuakbar! Syukur, Allah telah menemukan saya dengan apa yang saya cari selama ini.


Dan Alhamdulillah, sehingga ke saat ini (17 Mei 2013), anak saya Muhammad Fateh (11 bulan) masih tidak pernah warded walau sekali pun. (Nauzubillah, mohon Allah jauhkan dan memelihara kesihatan anak2 saya).
Dari cerita dan pengalaman saya ini, adakah puan2 rasa BERBALOI saya ambil Vitamin Shaklee???
Jawapan saya: SANGAT BERBALOI!
Walaupun saya mendapat vitamin secara PERCUMA di hospital Columbia (kerana kos pemeriksaan saya di cover sepenuhnya oleh PETRONAS), namun saya tidak sanggup memperjudikan anak ketiga saya ini dgn mengambil yang sintetik.

Saya tidak bermaksud untuk menidakkan vitamin yang diberikan oleh doktor; malah mungkin puan2 di luar sana serasi dgn vitamin tersebut.

Namun, pengalaman yang saya lalui sudah cukup mengajar saya JANGAN BERKIRA DGN HAL2 BERKAITAN KESIHATAN.
Maka saya tutup entry saya ini dengan satu kesimpulan:
IT IS A BIG WORTH  BUYING & PAYING FOR THE NATURAL PRODUCTS!!
 (AND OF COURSE SHAKLEE VITAMINS ARE ALL NATURALS)

Sekian dulu, in shaa Allah saya akan sambung semula entry saya 'Bagaimana GBS boleh dikesan dengan lebih awal dan Apa pencegahannya'.

Moga ada manfaat untuk semua.....
Wassalam ~

Note: Entry ini ditulis pada Mei 2013. Alhamdulillah, kini anak ketiga saya sudah pun berumur 2 tahun 5 bulan pada Nov 2014 (until now, dia tidak pernah sekalipun warded due to high fever or etc. Demam, batuk dan selsema juga boleh dikira sejak dari lahir sehingga sekarang... malah ubat2 juga sudah lama kami tidak ambil dari doktor. Dan saya juga berjaya memberi penyusuan penuh kepada Muhammad Fateh sehingga dia berusia 2 tahun. Alhamdulillah). 

Moga Allah pelihara kesihatan anak saya dan anak puan2 semua dari sebarang penyakit dan masalah. Ameen....

Maaf andai entry ini ada menyinggung hati insan lain. Sila abaikan sekiranya ia tiada kaitan dgn hidup anda di luar sana. Saya berkongsi hanya kerana ingin membantu ibu2 yang mengalami nasib seperti saya suatu masa dahulu. Moga dgn perkongsian ini, memberi sedikit solusi buat ibu2 yang senasib dgn saya suatu masa dahulu :)


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?





Hubungi saya:

Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176



Share on Facebook



Share this case:

0 comments:

Post a Comment

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.