Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday 15 May 2013

Written on

Saya Yang Suka Travel

Assalammualaikum semua!!

Hari ni malas nak cerita pasal Shaklee. Saya nak perg 'mengembara minda' saya ke dunia luar. hahaha..Sebenarnya nak mengenang semula saat2 travel saya zaman dulu kala.

Sejak kecil, saya memang suka jalan2. Mungkin kerana family yang hobinya suka jalan2, maka kami adik beradik semua kaki jalan. Tapi kami jalan dekat2 Malaysia jer...al maklum, bukan orang senang. Jalan pun naik van, sebab kami adik beradik ramai. Paling advance pun, naik feri gi Langkawi dan Pulau Tioman. Naik kapal terbang? Jauh sekali....

inilah keluarga kami. ramaikan??? ish ish ish

So saya ni xpernah lah merasa naik kapal terbang dari kecik sampai abis Universiti. Dan saya selalu terfikir, camner lah orang naik kapal terbang tu yer? Camner mereka masuk dalam perut kapal terbang tu dari atas tanah? Memang jakun sungguh....

Tapi oleh kerana semangat yang tak pernah padam, saya selalu berangan nak naik kapal terbang. Dari form 5 lagi. Dulu berangan nak sambung belajar kat overseas, sebab nak naik kapal terbang. Tapi result SPM xpower sangat, maka belajarlah saya di Universiti Teknologi PETRONAS. Walau apapun, saya tetap bersyukur sebab di universiti itulah saya bertemu 'roomate' saya skang, mr hubby yang best! (sebelum dia dapat fly ke UK).

inilah cik abe saya (gambar: di biliknya masa study di UK)

Nak dipendekkan cerita, suami saya bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master di UK. So kami plan kawin dulu, then baru dia further studies. Proses pernikahan kami sangat carli caplin; suami hanya pulang ke Malaysia 2 minggu sebelum majlis kahwin kami. HIV test? Dia pos ic ke Malaysia, dan abangnya yang menyamar jadi 'dirinya' utk buat ujian HIV. Teruk kan? hahaha...

Kami hanya buat majlis di sebelah perempuan, sebelah lelaki lepas dia balik Malaysia for goods i.e. abis Master.

Maka bermulah episode indah dalam hidup saya > satu demi satu Allah makbulkan impian saya.

Tahun 2006:
* berjaya mengenggam degree
* berjaya dapat kerja awal dgn starting gaji RM2500 (tak sempat nak rasa 'tanam anggur')
* berkahwin dgn jejaka pilihan hati saya Mohd Dzuha :P

Tahun 2007:
* travel ke overseas; Sheffield, Paris, London, Italy (yuhuuuu, akhirnya berjaya naik kapal terbang! Emirates Airlines)
* berjaya memiliki kereta sendiri; Honda City Vtec (yang masih pakai sampai sekarang)
* husband pun berjaya dapat kerja xlama lepas balik Malaysia

Tahun 2008:
* mengandung anak pertama
* trip to Korea & Singapore (naik kapal terbang lagi. hehehe....kali ni naik MAS)

Berbalik cerita travel tadi, saya sebenarnya memang nakkkkkkkkk sgt2 gi overseas. Seriusly! Dari kecik lagi, saya suka baca news paper setiap kali bulan puasa. Kan ada ruangan 'Salam Perantauan'. So saya berangan2 suatu hari nanti gambar saya pun akan keluar dalam tu. hahaha...tp sampai skang, xpernah keluar pun. kikikiki...

Apapun, rasanya berkat buat baik pada ibu/bapa juga berkat kawin awal, Allah tunaikan hajat saya 7 tahun selepas itu. Lepas kawin, berderet saya dapat jalan2 gi overseas.

Memang saya suka giler dapat travel overseas. Rasa fikiran ni tenang, rasa lapang n tak rasa stress compared kalo asyik duduk kat Malaysia jer. So guys, kumpullah duit utk pergi mengembara.... seriusly berbaloi!

Dan apa target saya sekarang? Saya nak dapatkan FREE 6 STAR TRIPS DARI SHAKLEE. In shaa Allah, aim saya untuk melancong dan menikmati percutian mewah yang ditaja 100% oleh Shaklee next year...

Jom saper2 nak join saya, mari kita jana pendapatan dgn Shaklee. Tak rugi buat Shaklee...bonus dapat banyak, kawan2 bertambah, kesihatan badan bertambah baik. Dan ada peluang pergi melancong pulak tu.

** psst...semalam bonus Shaklee masuk (15/5/13), dan alhamdulillah bonus saya RM6K++. Oklah, saper nak bg kan? kan?

Anyway, sebelum saya tutup entry ini, saya kongsikan gambar2 trips saya zaman dulu kala...Happy Watching!


Note: Gambar2 di bawah ni masa pergi Sheffiiled (February 2007)

 
 
 




Note: Gambar2 di bawah ni pulak sewaktu melawat Paris (February 2007)





Note: Gambar2 ni pulak masa di Sheffield waktu summer (July 2007)






Note: Yang ini pulak, sewaktu melawat Italy (July 2007)





Note: Melawat London (July 2007)






Note: Melawat Korea June 2008 (masa ni mengandungkan ammar; my 1st baby)






Note: Melawat Singapore (Jan 2008)  - masa ni lum preggy. patut letak gambar ni dulu. aiseh...



 

Note: Melawat Melbourne (Oktober 2010)






Note: Melawat Hengelo (April 2012)




Note: Melawat Istanbul April 2012 (masa ni tgh sarat preggy my 3rd baby)







Note: Melawat Amsterdam (April 2012)






Tahun 2013??? In shaa Allah kami gi holiday cuti sekolah akan datang. Dekat2 sini jer...

Tahun 2014?? Saya akan pastikan dapat ke overseas secara PERCUMA, ditaja sepenuhnya oleh Shaklee!

Sekian dulu coretan petang ini

Wassalam ~


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?




Hubungi saya:

Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176

Share on Facebook



Share this case:

0 comments:

Post a Comment

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.