Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday 4 June 2013

Written on

Cerita Saya ke Phuket Bahagian 1

Assalammualaikum semua!!

Fuh, baru sempat nak tulis blog. Rasa cam dah penuh sarang labah2 kat blog saya ni :)

Maaflah semua sebab lambat nak update blog. Al kisahnya, bibik saya bercuti dari 24/5 till 5/6. Jadi saya sangat busy menyiapkn persiapan percutian kami sekeluarga ke Phuket. Dan pulang dari Phuket, saya terpaksa handle semua tugas2 rumahtangga seorang diri kerana bibik masih belum pulang. In shaa Allah, dia akan pulang arini dan saya kena menjemputnya di LCCT. Saper2 nak jumpa saya, jom jumpa di sana (Perasan artis). hahaha....

Ok, untuk makluman semua, kami sekeluarga telah melancong ke Phuket pada 24/5 sehingga 28/5  
(4 hari 3 malam).

Kami pergi satu family bersama mak & ayah mertua saya. Semua kos ditanggung oleh mr hubby. Actually hubby memang buat peruntukan untuk makan angin bersama mak & ayah nya setiap tahun. Dia tak bagi duit bulan2 to his parents, sbb dia kata mereka dh banyak duit. hahaha.

So dia janji nak bawa mereka melancong ke luar Negara setiap tahun. Dulu kami pergi melawat Melbourne pada 2010. Disebabkan kesibukan hubby yg memanjang, so tahun 2013 baru lah kami berpeluang melancong ke luar Negara.

Mulanya kami plan nak pergi melancong ke Indonesia, tetapi disebabkan cuti hubby yang singkat, so kami just pergi dekat2 jer. Survey punyer survey, akhirnya Phuket menjadi pilihan kami.

Mak dan abah dalam Aero train KLIA

Tiket flight dah di book on 10th April 2013. Kami naik Malaysia Airlines (MAS) sebab tgk harga Air Asia pun cam lebih kurang. Beza beberapa RM, so better kami ambik MAS.

Total harga tiket utk 6 adults + 1 infant RM3k. (act lepas balik dr Phuket, baru saya realize Fire fly lagi murah. Xperlah, bukan rezeki kami).

Ok, saya akan ceritakan kisah kami di Phuket di bahagian 2 nanti yer. Utk kali ini, saya just nak share pengalaman semasa di airport.

Utk makluman semua, Hubby saya ni pemegang kad Enrich Gold (sebab dia selalu travel, so dapatlah kumpul point utk upgrade Enrich card). Banyak sangat keistimewaan bila hubby ada Enrich card Gold ni.

Pertama, kami semua dapat check in kat Business Class lane. Fuh, merasa jugaklah masuk lane Business class (walaupun tiket kami Economy Class). hikhikhik...

Check in at  Business Class lane, KLIA

Keduanya, saya berpeluang ikut hubby masuk ke MAS Golden Lounge. Sangat best ok! Yerlah first time dapat masuk (hubby dh selalu masuk, so dia tak heran pun). hahaha...

Hanya saya dan baby Fateh dapat ikut masuk ke Golden Lounge. Oh yer. Saper2 yang tak tahu, Golden Lounge ni adalah tempat rehat sebelum penumpang menaiki pesawat. Biasanya, hanya penumpang yang menaiki First Class atau Business Class jer yang layak utk masuk. Dalam tu ada sofa nak rlieks, ada makanan, toilet dll.

Overview on Golden Lounge

Sebab tu saya sangat excited bila dapat masuk ke Golden Lounge. Yerlah, nak tunggu dapat naik Business Class, bila lah lagi yer dak (Tak per, kalau kumpul point banyak dalam Shaklee, Shaklee pun akan bagi naik Business Class utk convention trip nanti. so kena usaha keras dari sekarang. hehehe).

Semasa di Golden Lounge, macam2 kami order. Mee wantan lah, cappuccino lah, chocolate drinks lah etc. Kat situ pun , ada macam2 foods & drinks served. Ada ice cream Haagen Dazs lagi tu...

Seronok baby Fateh dapat golek2 kat sofa

Macam2 kami makan. hehehe...

Hot Chocolate drink ordered by me :P


Mak dan abah jaga dua orang lagi anak kami (Ammar & Sumayyah) di Kids zone. hehehe....




Sebenarnya orang yang paling gembira dapat naik kapal terbang ni adalah 2 orang anak kami; Ammar & Sumayyah. Dulu, masa pergi Melbourne, mereka masih kecil, so tak berapa ingat sangat pengalaman naik kapal terbang. Masatu tahun 2010. Kemudian, tahun 2011 kami sekeluarga pergi ke Kota Kinabalu. Dan lepas tu, tak pernah bawa anak2 naik flight lagi.

Tahun 2010 melawat Melbourne; masatu Ammar 1 yr 11 mth & Sumayyah 4 mth

Tahun 2011 melancong ke Kota Kinabalu; masatu Ammar 3 yrs & Sumayyah 1 yr old


Oleh kerana kerja hubby yang selalu travel, so banyak kali lah saya bawa ammar & sumayyah pick up babahnya di airport. Dan setiap kali ke airport, mereka berdua mesti bertanya "Bila ammar/ maya nak naik flight? Asyik babah jer naik flight..."

Dan bila kami bgtahu ttg rancangan kami nak ke Phuket, setiap hari Ammar mesti tanya "Ummi, dh school holiday ke belum? Ammar xsabar nak naik flight ni" hehehe....anak2 ummi ni mmg pandai cakap. Celoteh mereka lah jadi penghibur hati saya bila hubby berada jauh di sisi.

Oklah, saya kongsikan gambar2 semasa di airport. Mata saya dah kuyu sangat ni. Jam pun dah menunjukkan 2.45 am. Yerlah, hanya waktu ni saja saya berkesempatan nak tulis blog. Waktu lain, sibuk dgn anak2 dan urusan Shaklee bisness (gi pos brg, layan pm customer, layan anak2 Shaklee etc).






In shaa Allah akan saya kongsikan cerita2 menarik semasa di Phuket di bahagian 2 nanti yer.

So stay tune ~

Sekian dulu....


Wassalam ~
Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?





Hubungi saya:

Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176

Share on Facebook



Share this case:

0 comments:

Post a Comment

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.