Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday 5 June 2013

Written on

Cerita Saya ke Phuket Bahagian 2

Ok, sambungan entry saya terdahulu (Cerita Saya ke Phuket Bahagian 1). Kali ni saya nak share ttg perancangan kami sebelum melancong ke Phuket.

In overall, Phuket ni mmg best especially keindahan laut nya yang sangat mengagumkan! Seriusly sangat cantik! Subhanallah...hebat sungguh ciptaan Allah.



Cuma yang xbestnya...penuh maksiat mata sana sini. Sungguh! Bagi saya, xsesuai kalau nak bawa orang tua pergi berjalan ke sini. Saya pulak yang rasa malu n rasa bersalah bila tgk mat saleh tayang 'ehem ehem' di depan bapa mertua saya yang sudah bergelar Haji. Adush..sorry abah!


Dan saper2 yang x kuat iman, dinasihatkan juga TIDAK berkunjung ke Phuket. Bukan saja mat saleh, malah wanita Thai juga, pakaiannya...fuh, melampau! Bak kata ibu saya "Abis keluar Quran kat kepala tgk pompuan seksi2...."

Ada orang tanya saya juga, tak jeles ke bila pompuan2 'yang masih belum diberi hidayah' tu lalu depan hubby saya? Jawapan saya, "I'm ok..no jealous, no sakit hati because I always look sexy  di mata suami saya" hahaha...

psst...penangan Alfalfa + Collagen Shaklee :P

Ok, berbalik kepada plan yang telah kami aturkan sebelum ke Phuket, secara keseluruhannya, semua aktiviti2 sepanjang di Phuket telah diatur oleh Madam Ainul Shahrazad. hehehe... yerlah, kata dah jadi Working At Home Mum, xkan nak susah kan hubby lagi. Kira Fair n Square lah ; I'm d planner and hubby's d executer (tukang keluar duit). hahaha...

Ni antara plan yang saya dah buat

Ok, antara checklist awal yang saya buat utk ke Phuket:

1) Book tiket flight

2) Book hotel

3) Baca blog2 mereka yang dah pernah ke Phuket

4) Tgk kadar pertukaran mata wang Thailand vs Malaysia

5) List down barang2 keperluan yang nak dibawa ke Phuket

Saya cuba explain satu2 yer...

1) Book Tiket Flight:

Ok, yang ini saya masih kurang mahir. So tak dapat nak bagi tips camner nak cari tiket flight yang murah. Kalo ada saper2 yang nak share tips, sangat2 lah dialukan....

2) Book Hotel

Saya book hotel melalui Agoda. Seriusly senang and berbaloi! Actually saya dah few times book hotel melalui Agoda. Dan mengikut pengalaman saya, hotel rate di Agoda a bit cheaper compared to kita book direct dari hotel tersebut.

Dan yang best nya, kita boleh tahu review dari mereka yang dah pernah menginap di hotel tersebut.

Basically antara criteria hotel yang saya pilih utk menginap di Phuket:

a) Star rating (pilihan saya 3 star to 5 star hotel)
b) Review score (saya akan tgk score yang Very Good/ Fantastic/ Excellent jer)
c) Hotel rate (budget kami dalam RM100- RM200 semalam)
d) Room type (saya akan filter room type utk family atau yang boleh occupy 4 adults sebab xkan nak tinggal jauh2 dgn mak n abah kan?)
e) Other facilities spt Breakfast included or not, Wifi provided or not etc...

Filter punyer filter, akhirnya saya jumpa hotel yang sesuai! (tapi saya xnak share nama hotel tu kat sini, sure naik rating hotel tu. hahaha) - saper2 yang nak tahu, boleh comment/ email saya personally k?

What I can say, hotel tu mmg marvelous; murah & memenuhi criteria yang saya tetapkan!

Ni gambar dalam Agoda


Ni gambar sebenar hotel tersebut

Harga hotel utk satu malam RM180 tapi kami dapat 2 bilik hotel terus! Murahkan? Ada satu pintu besar, dan dalam tu dipisahkan oleh 2 pintu kecil ( 2 bilik).




Ada free wifi, free breakfast, ada swimming pool utk kanak2, ada tempat main utk anak2, bilik pun quite good and comfortable.... kira berbaloi sangat2 dapat 2 bilik dgn harga RM180 semalam beserta kemudahan2 lain!

Ok, boleh tgk gambar2 yang saya ambil di bawah ni.


Breakfast area


Dalam bilik hotel

note: in overall, saya boleh bagi rate 8/10 utk hotel ni....

3) Baca blog2 mereka yang dah pernah berkunjung ke Phuket

Yang ini, saya akan survey 3 perkara:
> blog mereka yang pergi single (dgn kawan2 saja)
> blog mereka yang pergi dgn family
> website tourist agent

point saya simple; saya nak tgk n nak compare semua aktiviti2 yang diceritakan oleh ketiga2 laman di atas. Yerlah, kami pergi melancong ni bawa anak2 kecil & orang tua, jadi aktiviti pun mestilah yang bersesuaian n at d same time, kami suami isteri boleh enjoy bercuti di Phuket.

Survey punyer survey, maka terhasillah plan yang saya upload di atas tadi.....

4) Tgk kadar pertukaran mata wang Thailand vs Malaysia

Secara mudahnya, RM1 = 10 Baht Thailand. Dan harga barang2 di sana, lebih kurang di Malaysia jer, malah ada yang lebih mahal dari Malaysia. Contohnya air kelapa sampai 60 baht (RM6), buah mata kucing sampai 200 baht sekilo (RM20 sekilo), brg2 lain seperti fridge magnet standard sperti di Malaysia; 30 baht - 40 baht sekeping (RM3- RM4 sekeping).

5) List down barang2 keperluan yang nak dibawa ke Phuket

Hubby dah pesan awal2 kat saya, dia hanya nak bawa satu beg sahaja. Maka, saya sebagai steri yang taat, perlu meng 'comprise' semua barang2 kami sekeluarga  utk dimuatkan dalam satu beg.


Ni lah jenis beg yang kami bawa

Antara list barang yang perlu dibawa:
> baju saya, hubby, anak2
> swimming suit
> susu, vitamins, thermometer
> passport/ flight ticket/ hotel reservation
> adapter
> sun glasses (hehe)

dan lain2 lagi...

Dan Alhamdulillah, semua Berjaya di packing dalam satu beg. Ok, next entry nanti, saya akan ceritakan aktiviti2 kami selama 4 hari berada di Phuket.

So stay tune ~

Moga ada manfaat buat semua.

Wassalam....

 
Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?





Hubungi saya:


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176








Share on Facebook



Share this case:

0 comments:

Post a Comment

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.