Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday 4 July 2013

Written on

Kenapa Saya Pilih Bisness Shaklee??

Dah lama sebenarnya saya nak tulis entry berkaitan tajuk ini...

Ramai juga yang bertanya, kenapa dalam banyak2 jenis bisness, saya pilih bisness Shaklee??

Kenapa tak cuba bisness jual tudung ker, jual baju kanak2 ker, jual pinggan mangkuk ker? Atau kenapa bukan bisness buat kek, coklat dsb? Or yang lebih advance, bisness property? hehe....

Jawapan saya: Saya nak buat bisness yang boleh REPLACE gaji enginner saya, saya nak buat bisness yang tidak memerlukan saya untuk tinggalkan anak2 di rumah, saya perlukan bisness yang flexible (bila saya terpaksa ikut hubby out station, saya masih boleh running bisness saya).

Dan semua tu saya dapat melalui bisness Shaklee!!

Alhamdulillah, sudah hampir 10 bulan ++ saya berkecimpung dalam bisness Shaklee.  Banyak sebenarnya kemudahan yang saya nampak bila saya buat bisness Shaklee ni berbanding dgn bisness2 lain...

Antaranya:

1) Simple

Dulu saya pernah terfikir nak buat bisness home made chocolate, siap pergi class belajar buat coklat lagi. Alhamdulillah, memang berbaloi belajar sebab kos buat coklat ni sangat murah tapi harga di pasaran adalah tinggi.

Homemade chocolate done by me for my sister's engagement
(Tahukah anda, kos buat ni tak sampai RM20 pun!)


Tapi saya surrender... sebab apa? Sangat leceh & time consuming! Ditambah saya punyai anak2 kecil yang super duper aktifnya, memang bisness ni tak boleh dilaksanakan langsung!

Bayangkan, nak buat 16 biji coklat pun, mengambil masa almost 1 hour! Ni termasuk decorating, letak dalam box etc. Sebab apa lambat? Sebab time kita nak masukkan coklat dalam acuan, time tulah my son datang "ummi, nak coklat.. ummi, Ammar nak try buat...ummi, bla bla bla...."

Tu belum termasuk kerja2 selepas siap; basuh perkakasan membuat coklat yang so oily!

Lets d picture talks itself
(muka puas hati lepas dapat makan coklat!)


Untuk dapat pulangan yang tinggi pulak (at least untung RM1.5K sebulan), saya perlu ambil banyak tempahan, dan bila banyak tempahan, sah2 lah, lagi banyak masa yang perlu diperuntukkan, lagi banyaklah saya 'berhutang' masa dgn anak2. Oh No No No! This is not my choice...

Btw, syarat suami saya, kalau nak berhenti kerja, perlu dapat income tetap at least RM1.5k selama 6 bulan berturut2 tak kira apa saja bisness yang saya buat. Sebab? Dia tak nak saya buat hangat2 tahi ayam, even RM1.5 k tu xderlah besar mana, at least bila dia tgk consistent saya boleh dpt in a row, so dia berani bagi green light utk saya resign. Tapi apakan daya..bisness coklat tak mampu memenuhi syarat tersebut :(

Selepas itu, saya belajar buat cup cakes & sweet bun pulak. Pun perkara yang sama yang saya lalui... leceh & time consuming!

Menghadiri kelas membuat Cup cakes & sweet bun


Ini sangat berbeza bila saya buat Shaklee... saya boleh jalankan bisness Shaklee ni sambil saya main dgn anak2 saya, sambil saya mengajar mereka, sambil saya susukan baby saya... boleh buat solat duha, baca Quran...it's really flexible! Semua di hujung jari....


2) Tidak perlu modal yang besar

Asbab kedua kenapa saya suka buat bisness Shaklee? Sebab ianya tidak perlu modal yang besar. Hanya RM75 sahaja (yuran untuk menjadi ahli Shaklee), dan itupun, seumur hidup!

Alhamdulillah, bonus Shaklee saya pun makin lama makin besar. In fact, dah boleh cover dah modal awal2 saya join Shaklee...

Ada yang tanya saya, berapa figure yg tepat sebenarnya bonus2 saya tu? Oklah, saya share sedikit yer (nak kasi bakar semua yang baca. hehe):

Sept 2012 : RM389.84 > ni masa awal2 start serius dlm Shaklee, hanya sekadar share dgn kwn2 ofis
Oct 2012 : RM2,322.02 > time ni saya dah mula buat bisness secara Offline + Online
Nov 2012 : RM1,940.67
Dec 2012 : RM3891.89
        ..
        ..
        ..
        ..
cukuplah share takat ni.....

For me, lebih baik bonus yang dapat tu sedikit tetapi bertambah dgn konsisten setiap bulan. Daripada mula-mula join modal & bonus terus banyak (like others MLM), lepas tu tak konsisten dan mungkin ada masa takde income langsung (kata2 dari my SIL yg pernah join other MLM sebelum made up her decision to join Shaklee).

So lebih baik kita bermula dgn yg kecil dan biar ia (bisness) berkembang menjadi ladang epal yang ranum, yang kita hanya perlu menunggu waktu menuai sahaja di akhirnya. Betul tak?


3) Mobile (bergerak), tidak perlu buka kedai, hadir meeting dsb

Sebab yang ketiga, kenapa best sgt buat Shaklee ni; sebab ianya Mobile! Pergi lah ke mana sahaja, anda still boleh running bisness ni 24/7. Betul tak tipu!

Masih tak percaya? Salah seorang 'anak' Shaklee (downline) saya telah buktikannya. Boleh tgk blog beliau di sini:

http://anisahhanif.blogspot.com/

Dua bulan beliau mengikut suami out station ke US, tetapi masih mampu menguruskan bisness Shaklee beliau, masih mampu melayan pm customer, masih mampu membuat promosi, dan yang paling best, beliau mampu mendapat bonus 4-angka selama 2 bulan berturut2 even duk di US, even duk jauh dari Malaysia! Hebat kan??

This is what we call... d power of internet!!

Kita hanya perlu share tentang Shaklee with others, buat promosi sikit2, share kebaikan produk2 Shaklee..then bila ada org berminat dan nak beli, boleh email terus ke Shaklee utk order dan Shaklee akan hantar direct pada customer. Bayaran? Senang saja, ada banyak pilihan. Nak gunakan credit card boleh, debit card boleh, or bank transfer pun boleh (bila customer bayar, anda terus transfer ke Shaklee). Hah, senang x?

Sebab tu saya kata, bisness Shaklee ni Mobile. Pergi lah ke ceruk rantau Negara mana sekalipun, asalkan ada internet, semua boleh dilakukan! Tidak ada yang mustahil.. bisness di hujung jari!

Note: Anda yang di luar Negara pun nak tahu bagaimana caranya? Senang sgt2.. semua bisness dijalankan melalui online, melalui transaksi yang selamat. Coaching pun through online ok? :) sila pm saya yer kalau berminat nak tahu...


4) Tidak perlu simpan stok

Saya pernah terbaca 2 kisah sahabat Shaklee yang pernah mencuba bisness perniagaan; satu bisness MLM syarikat xx. Dan satu lagi bisness perniagaan baju kanak2.

Sahabat pertama; join bisness MLM; beli stok sampai ribu2. Upline kata jual jer. Kalau tak habis stok, upline akan beli semula stok tu. Tapi tak der maknanya. Upline beliau sekarang pun dah join other MLM. haha...

Sahabat yang kedua pulak; bisness baju kanak2. Mengikut katanya, margin untung bisness baju kanak2 ni agak tinggi (terutama apabila membeli secara borong dari Negara China), tetapi dia tak mampu untuk teruskan. Sebab apa? Komitmen sangat tinggi; fesyen baju berubah2, perlu upload gambar selalu, deal dengan pelbagai sizes, materials etc.. and she gave up! This was not her way...

Ini sgt berbeza kalau anda buat bisness Shaklee. Anda tidak perlu risau tentang modal nak besarkan bisness ada atau tak, atau perlu risau untuk habiskan stok brg2 dgn segera untuk pusing modal, sebab... produk Shaklee is ready stok di branch2 Shaklee! Kita hanya menjadi agen tgh utk promosikan produk Shaklee, dan jika ada customer nak beli, just make an order, Shaklee will deliver until at the door step! Kemudian di hujung bulan, Shaklee akan bayar bonus based on selling yang kita buat. Hah, senag tak? Bonus pulak tu.. fuh, mmg mahsyuk! (tetapi ada caranya..semua ni akan diajar dlm secret group kami :P)


5) Ilmu dunia & akhirat

Satu lg yang best nyer buat Shaklee ni, saya dapat banyak ilmu dunia & akhirat. Mcm mana saya dapat? Yes..by Choosing the right group.

Ilmu2 ni bukan syarikat Shaklee yang bagi yer... tetapi dalam secret group kami. Secret group Jutawan Muslimah! Dalam group ini, saya belajar bagaimana menjadi seoarang Leader, bukannya Boss.. saya juga belajar ilmu marketing, dan yang paling berharga, saya belajar ilmu ukhrawi; bagaimana mendekatkan diri kpd Allah melalui perniagaan!

Serius sahabat2...sangat berbaloi ilmu yang saya pelajari. Sebab itu, sebelum anda join sesuatu MLM, pastikan anda pilih group @ upline yang boleh bimbing anda sehingga anda Berjaya; bimbing anda bukan sahaja kaya di dunia, malah kaya di akhirat!


5) Syarikat Shaklee

Dan yang terakhir, apa yg best nyer bisness Shaklee ni? Sebab syarikat Shaklee itu sendiri!

1) Produk2 Shaklee berkualiti & mampu milik

> Nak kurus? boleh...hanya serendah RM84 sebulan dah boleh kurus badan!
> Nak kulit cantik? boleh...hanya serendah RM40 sebulan!
> Nak badan sihat? hanya serendah RM28 sebulan!
> Nak vitamin yang selamat & semulajadi utk pregnancy? hanya serendah RM83 sebulan!

hah, apa lagi? semua golongan tidak kira miskin atau kaya, bekerja atau menganggur, student atau married, semua boleh cuba vitamin Shaklee...

(boleh refer previous entry saya: Ye ker Vitamin Shaklee ni mahal??)

2) Produk2 Shaklee sentiasa berkesan, sentiasa selamat, sentiasa mesra alam

> Syarikat Shaklee dah lebih 50 tahun di pasaran dunia, so anda masih ragu2 dengan kualiti produk2 nya?
> Bagi saya, pilihlah syarikat yang stabil & kukuh untuk anda jalankan perniagaan sebab mereka dah lalui banyak pengalaman, teknologi yang tinggi, kajian yang banyak..so why doubt??
> Ini jaminan Shaklee: Sentiasa berkesan, sentiasa selamat, sentiasa mesra alam (Biidznillah)



3) Produk Shaklee Lengkap!

> Rangkaian produk Shaklee meliputi semua aspek kehidupan:

• Set A (Optimum set)
• Set B (Breastfeeding set)
• Set C (Confinement Set)
• Set D (Skin Care/Beauty Set)
• Set E (Breastfeeding with Calcium)
• Set F (Feminine Set)
• Set G (Allergy, Gegata, Sinus, Eczema, Athama)
• Set H (Immune Booster)
• Set I (Pregnancy Set - 1st/2nd/3rd trimester)
• Dan banyak lagi seperti set untuk Diabetis, Vitamin untuk pelajar, kanak-kanak dan lain-lain.
 
So bukan untuk kurus saja yer, bukan untuk cantik saja yer, bukan untuk suami isteri saja yer...semua golongan pun boleh.

You just name it! Semua ada....

4) Peluang menjana income yang sangat banyak dari Shaklee

> Untuk makluman semua, secara asasnya, apabila anda menjadi ahli Shaklee, anda berpeluang mendapat 3C iaitu:

• Cash (bonus + untung runcit)
• Car bonus
• Convention trip

Alhamdulillah, 2C saya dah rasa; Cash + Car bonus. Target saya sekarang ni untuk dapat C yang ketiga; Convention trip!


Ahli group kami yang Berjaya mendapat 6-start trip dari Shaklee! (6 star ok, bukan 5 star lg dah). So faham2 jerlah, bagaimana layanan yg dapat, hotel yang diberi..fuh 1st class u!




5) Pasif Income

> Ok yang ini saya akan ceritakan dalam entry yang akan datang. Cukuplah saya explain setakat ini dulu kelebihan join bisness Shaklee di bawah group saya.

> Akan datang, kita cerita tentang pasif income pulak yer

> Boleh tgk Cashflow Quadrant by Robert Kiyosaki di bawah ini (ini adalah kunci yang saya cari selama ini)


Tahukah anda??

** 90% manusia bekerja untuk mendapat hanya 10% kekayaan di dunia ini (E & S)
** hanya 10% sahaja manusia tergolong dalam mereka yang bekerja untuk mendapat 90% kekayaan! (B & I)

In shaa Allah, saya berada dalam family B = Business Owner.

Nanti kita cerita2 lagi yer... saya nak kena uruskan anak2 saya dahulu.


Note: BTW, jangan terasa hati yer buat kwn2 saya yang buat bisness bakery, jual tudung, jual buku dan sebagainya. Ini hanya sekadar perkongsian pengalaman yang saya rasai sepanjang tempoh saya menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Apapun bisness yang anda lakukan, jangan bimbang...anda tetap hebat! Hebat kerana mengikuti sunnah Rasulullah untuk berniaga. Bukankah 9/10 sumber rezeki itu datangnya dari perniagaan? So tidak kira apa saja bisness, anda tetap di track yang betul! Tahniah!


Sehingga berjumpa lagi. Stay tune ~

Wassalam....



Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?





Hubungi saya:


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176


Share on Facebook



Share this case:

2 comments:

  1. Adakah anda memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan? Ia mengambil
    pinjaman untuk membayar bil-bil anda? Pada masa ini kami tawarkan
    pinjaman pendidikan, pinjaman perniagaan, pinjaman rumah, pinjaman pertanian,
    pinjaman peribadi, pinjaman kereta, dan lain-lain Jika anda perlu
    menyatakan minat anda ke atas pinjaman, supaya kita boleh
    menghantar maklumat lanjut kepada anda.
    Hubungi kami melalui e-mel: sandradonaldloancompany@gmail.com.
    Terima kasih
    +1 951 703 6414

    ReplyDelete
  2. Adakah anda mencari pinjaman perniagaan, pinjaman peribadi, gadai janji, kereta
    pinjaman pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tidak bercagar, risiko
    modal, dll ... Anda berada di tempat yang tepat
    Penyelesaian pinjaman anda! Saya seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan
    Individu dan perniagaan pada kadar faedah yang rendah dan berpatutan
    Kadar faedah sebanyak 3%. Hubungi kami melalui e-mel: powerfinance7@gmail.com

    BORANG PERMOHONAN PINJAMAN
    **********************
    Nama penuh anda:
    Negara / Negeri:
    Jumlah Pinjaman:
    Tempoh
    Telefon:
    Pendapatan bulanan:
    Pendudukan:

    Menunggu tindak balas pantas anda.
    Semoga Allah memberkati anda.
    IBRAHIM MUSA
    kuasa Perkhidmatan Kewangan Pvt.
    Hubungi Kami Di: powerfinance7@gmail.com
    WhatsApp Nombor +919717357946

    ReplyDelete

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.