Entah menagapa, diri ini yang tidak gemar langsung menonton drama Indonesia, boleh 'terlekat' pada drama ini.
Babak hari ini yang sangat menyentuh hati..yang buat jiwa ini terusik bila mana Mas Azam mengetahui isterinya tidak mampu mengandung...dan dia berjanji akan setia terhadap isterinya biarpun mereka ditakdirkan tidak mempunyai anak.
Dan yang buat aku menangis lagi bila saat Husna, begitu cerewet & meminta macam2 dari suaminya. Dan si suami terus sabar, malah bangun bertahajjud memohon doa dr Allah minta diberi kesabaran (mereka berdua tidak mengetahui bahawa apa yg sedang dialalui itu adalah ragam orang yg sedang mengandung).
Aku menangis kerana aku teringat saat kali pertama aku disahkan mengandung....begitu gembira suami mendengar khabar berita ini.
Begitu juga bila aku mengandung kali yg kedua...sungguh baik layanan suami terhadap diri ini sehinggakan suami ku pernah berkata:
"entah kenapa, saya semakin sayang pada awak setiap kali awak mengandung...."
Ya Allah, kurniakan rasa nikmat ini buat sahabat2 ku yang masih belum menerima cahaya mata!
Apa yang pasti, jalan cerita Dari Sujud Ke Sujud ini sangat baik dan banyak pengajarannya!
Mari kita dengar lagu tema Dari Sujud Ke Sujud ini... (mata ini sudah mula berair!)
Moga ada manfaat untuk semua!
Hubungi saya:
Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176
0 comments:
Post a Comment