Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday 9 September 2013

Written on

Isteri Cerdik Yang Solehah, Penyejuk Mata, Penawar Hati....

Baru2 ini saya menghadiri Rumah Terbuka Alumni Sheffiled 2013 bertempat di UPM, Serdang. Oh, yer..Suami saya adalah bekas pelajar di University of Sheffiled, UK...sebab tu kami menerima jemputan ini.

Sampai saja di sana, memang suami saya melepaskan kerinduan kpd kwn2 kaum Adamnya; memang berborak abis....

Suami saya ni seorang peramah dan kelakar, hai mmg kenalah pergi majlis begini. Saya biarkan saja dia bersama kwn2nya, dan saya berborak dgn kakak2 ex-Sheffiled yg lain sambil memerhatikan anak2 saya; Ammar & Sumayyah bermain  (oh yer ada clown di majlis tersebut, mmg budak2 hepi lah!) Baby Fateh tinggal di rumah bersama bibik sebab sewaktu kami bersiap nak keluar, Fateh masih tidur, jadi tak sampai hati kami nak kejutkan dia...


 
Semasa majlis tersebut, diadakan juga upacara potong kek bagi meraikan orang2 yg lahir pada bulan September dan juga......

Pasangan Pengantin Baru!

Hah, kenapa saya highlight word di atas???

Kalau u all tgk background kat pentas tu, "Selamat Datang & Pengantin Baru Sheffiled 2013/2014"

Agak2 apa yg special nyer??

Mulanya saya pun tak jangka apa2, saya tepuk je tgn bila mereka umumkan pasangan pengantin baru tersebut. Saya tgk je saat mereka potong kek dll....

Saya juga sempat bersalam dan berbual sekejap dgn isteri pengantin baru tu; well..nampak agak muda...n a bit seksi! (even pakai tudung).

Dalam perjalanan pulang, barulah suami saya bercerita.

"Awak tahu, tu isteri baru Abang xxx... " bicara suami.

Saya terkejut. "What??? Mana isteri lama dia?"

Rupa2nya isteri beliau telah meninggal dunia akibat KANSER. Sedihnyer hati saya bila mendengar cerita suami. Hasil perkahwinan Abg xxx dan isteri nyer yg pertama, mereka dikurniakan 8 orang anak!

"Hurm...sedihnyer bang" itu saja yg mampu saya katakan....

Suami menyambung cerita, anak2 Abg xxx tidak merestui perkahwinan ayah mereka dgn isteri baru ni. Mereka membantah sekeras2nya terutama anak yang pertama.

Dan rupa2nya isteri baru Abg xxx ni adalah anak buah isterinya! Beliau dulu bekas pelajar Master di bawah Abg xxx! hurm....tulah jodoh namanya! (tp entah kenapa, dlm hati ni seakan2 sedang menangis...I dunnoe why!)

Sedih...rasa nak menangis, rasa benci pun ada! Sedih bila teringat abg xxx dgn gaya mudanya, dengan senyum lebarnya ketika di atas pentas!

"Sudah lupa teruskah beliau dgn anak2? Sudah tidak berharga lagikah kenangan2 silam bersama anak2? Sudah jemukah beliau mengingati saat bermain dgn 8 org anaknya????"

Yes, isteri muda, anak dara...lelaki mana tidak seronok kan?? For sure hidup seakan2 baru sahaja mendirikan rumahtangga buat PERTAMA KALI!

Tetapi sampai bila keseronokan itu akan KEKAL??

Malam itu, saya berbual dgn suami...

"Abang, apa pandangan abg tentang abg xxx?"

Suami memandang...agaknya beliau pun sudah dpt mengagak apa yg sedang bermain di fikiran saya. Beliaupun menjawab...

"Bagi saya, tindakan abg xxx berkahwin lain itu ok. Kerana ia fitrah seorang lelaki. Tetapi saya tidak bersetuju dgn cara abg xxx mencari pasangan hidup yg baru. Kalaupun ingin berkahwin lain, carilah isteri yang disukai oleh anak2, yang boleh anak2 melepaskan kerinduan kpd ibu mereka, bukan yang hanya seronok di mata sendiri..."

Bicara suami sudah cukup menyejukkan hati ini!

Buat para wanita, berdoalah moga Allah berikan yg terbaik utk diri kita. Moga Allah pinjamkan baki2 kehidupan2 kita utk terus menjaga amanah yang telah diberikan....

Buat para suami pula, carilah isteri yang boleh mendekatkan diri kpd Allah, yg apabila bersamanya, hati ini semakin cinta kpd Allah, semakin dekat dan takut kpd Allah! Dan yang penting juga, ia mampu mendidik anak2 dari benih anda sendiri menjadi hamba Allah yang mukmin/mukminah!

Sekadar bicara saya di petang hari...

Sesungguhnya saya bukanlah seorang yang sempurna, tetapi in shaa Allah, saya akan berusaha utk menjadi isteri yg sempurna di mata suami dan anak2!

Kerana mereka adalah anugerah yang tidak ternilai dalam hidup saya!

"Ya Allah, kekalkanlah kebahagiaan rumahtangga ku bersama suami; biarlah kami menjadi suami isteri di dunia dan di akhirat sana. Kuatkanlah iman kami demi meneruskan perjuangan dakwah kami...."



Terima kasih wahai suamiku!




Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176

Share on Facebook



Share this case:

0 comments:

Post a Comment

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.