Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday 10 September 2013

Written on

Paris, I'm In Love!!

Tanggal 2 Sept 2006....

Bermula status ku sebagai seorang isteri kpd seorang lelaki bernama Mohd Dzuha Mat Saad....

2 minggu bergelar pasangan pengantin baru...dan selepas genap 2 minggu, suami terbang semula ke UK demi menyambung pengajian Master nya.

Dan aku meneruskan rutin harianku sebagai engineer di ON Semiconductor, Senawang, Negeri Sembilan....

Sedih? Menangis? Sunyi? Semua telah ku rasai dan ku lalui...suka atau tidak, itulah rencah kehidupan yang TERPAKSA ku tempuhi.

Februari 2007....

Suami membawa aku melawat UK; utk merasai dan melihat sendiri kehidupan beliau sebagai seorang pelajar di sana.

Hari pertama suami menjemput aku setiba di Sheffiled
 
Breakfast di rumah suami
 


Sepanjang berada di rumah suami (dalam sebuah apartment), aku melihat sendiri bagaimana gigihnya suamiku menguruskan masanya utk bekerja & belajar:

Sewal jam 7am, keluar bekerja sebagai cleaner selama 2jam

Pulang dari bekerja, bersiap pula utk ke kelas...

Kemudia petang, keluar semula bekerja selama 2 jam...

Bekerja sepagai part time cleaner demi utk mengumpul duit; membawa isteri berjalan2 ke luar Negara!

Dan akhirnya, tibalah masa utk kami terbang ke Paris!


Flight kami ke Paris; Easy Jet Low budget Plane

Hanya Allah yang tahu, betapa aku bahagia sepanjang berada di Paris!

Bukan kerana aku bangga dapat berkunjung ke sana, tetapi yang jauh daripada itu, aku SANGAT BAHAGIA kerana kami berdua 'bebas' buat sementara waktu!

Ya, bebas sementara dari memikirkan kesulitan hidup kami; suami tidak perlu memikirkan bebanan beliau utk belajar & bekerja, dan aku pula..tidak perlu memikirkan hal2 kerja di kilang yang sentiasa menyakitkan kepala! Kami JAUHHHHH dari semua itu walaupun hanya untuk beberapa hari!

Ya, hanya beberapa hari tetapi sudah cukup utk kami melupai kerumitan hidup kami sebagai pasangan jarak jauh! Cukuplah beberapa hari itu utk menjadi kenangan terindah buat aku dan suami, walaupun kami 'mengembara' dalam keadaan low budget couples!

Paris, We are in Love!!!

 



Azamku suatu hari nanti...aku mampu membawa suamiku utk melancong ke Paris semula! Ya, dgn duit ku sendiri..sebagai tanda terima kasih atas pengorbanannya selama ini....

In shaa Allah..selepas selesai urusan kami mengerjakan haji, aku akan merancang percutian kami berdua ke Paris!

Paris, tunggu kami datang!!!



Nasihatku untuk semua, jangan pernah berhenti berharap! Andai anda mengimpikan utk terbang ke luar Negara, lakarkan impian anda! Terjemahkan impian anda! Biar minda separa sedar anda berusaha untuk mencapai impian tersebut. Biar ia menjadi satu doa utk anda! Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar!

Nukilan rasa dariku sempena Anniversary kami yang ke-7 tahun!




Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176

Share on Facebook



Share this case:

0 comments:

Post a Comment

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.