Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday 29 October 2013

Written on

Ini Kisahku......

Mengharungi samudera mahligai nan suci
Penuh gelombang silih berganti
Semua adalah ujian penguat cinta
Bila hati bicara

Kekadang tak perlu terucap kata kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bahgian hidupku
Karena hati bicara

Kata menjelmakanmu kisah berjutakan cerita
Hadirmu dihidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Kurasa yang kau rasa karena hati bicara

Kekadang tak perlu terucap kata kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bagian hidupku
Karena hati bicara

Kata menjelmakanmu kisah berjutakan cerita
Hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Kurasa yang kau rasa karena hati bicara






Ingin menyertai group Shaklee kami??





Hubungi saya:


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176
Read More

Share on Facebook



Sunday 27 October 2013

Written on

Ini Cerita Adik Saya :)

Biarlah video ini yang berbicara....cerita kisah hidup adik saya...

In shaa Allah kisah hidup saya selepas ini yer :)

 



Ingin menyertai group Shaklee kami??





Hubungi saya:


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176
Read More

Share on Facebook



Thursday 24 October 2013

Written on

Teruskan Fardhu Kifayahmu Duhai Wanita!


Sungguh tinggi pengorbanan seorang doctor
- sentiasa 'ada' untuk pesakitnya

Sungguh besar jasa seorang guru
- tidak pernah berhenti mendidik anak bangsa

Sungguh mencabar kerjaya sebagai engineer
- demi mendukung cita2 negara berteknologi tinggi

Sungguh mulia kerja seorang cleaner
- demi memastikan keselesaan & kebersihan di setiap tempat


....dan terlalu banyak lagi bidang pekerjaan yang melibatkan seorang wanita. Sungguh, saya sangat kagum pada seorang wanita yang keluar bekerja dan dalam masa yang sama, mampu menguruskan anak2, suami, ibu, ayah dan lain2.

- Para Kerani Wanita
- Para Akauntan Wanita
- Para Arkitek Wanita
- Para Tukang Masak Wanita
- Para Jururawat Wanita
- Para Pensyarah Wanita

Walau apa pun bidang pekerjaan yang mereka ceburi, hakikatnya mereka bekerja demi memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah!

Ya, saya juga suatu masa dahulu termasuk dalam golongan yang terpaksa bekerja 8 am-5 pm demi sebuah tuntutan...

Walaupun kini sudah bergelar suri rumah tangga sepenuh masa, tetapi hakikatnya saya masih bekerja. Dan tidak pernah sama sekali terdetik di hati ini, memperlekehkan wanita yang keluar bekerja. Jauh sekali untuk membandingkan dgn diri yang bekerja dari rumah....

Sahabat2ku...

Maaf andai ada yang terasa hati dgn tulisanku sebelum ini. Bukan niat saya untuk mengajak anda berhenti kerja...

Teruskan lah cita2 mu duhai wanita! Teruskan usaha mu membantu keluarga duhai para isteri!

Anda sangat diperlukan dalam era dunia masa kini...

Namun, dalam anda memenuhi tuntutan fardhu kifayah ini...sudah tentu anda tidak dapat lari dari bebanan hidup masa kini....


Desakan hidup yang sangat hebat pada masa kini akan menjadi punca masalah begini berlaku:


Tidak dapat tidak, 90% punca permasalahan adalah datangnya dari faktor kewangan...
- ya, gaji yang diperoleh tidak mampu menyediakan sebuah kehidupan yang selesa buat kita semua... !

Nah, andai ini terjadi, di manakah keikhlasan kita dalam memenuhi tuntutan fardhu kifayah ini?? Bagaimana mungkin kita menjadi seorang pekerja yang produktif andai dibelenggu dgn masalah2 bebanan hidup??

Kerana itulah, saya cuba bercerita...cuba utk menulis, cuba utk memberitahu anda bahawa ada jalan keluar utk masalah ini...

Ya, ini adalah silap pengurusan kerajaan yang tidak cekap sehingga membebani rakyat dgn begitu teruk sekali..

Namun kita tidak dapat berbuat apa2 melainkan menuggu ketibaan hari mengundi dalam 5 tahun yang akan datang...

Lalu, apa yang boleh kita lakukan dalam masa 5 tahun ini??

> Mengeluh?
> Redha dgn kehidupan yang dilalui sekarang? Keluar pagi, balik lewat malam??
> Bergossip dan terus berasa cemburu dgn mereka yang tidak perlu keluar bekerja tetapi masih mampu mendapat RM 4-5-6 angka sebulan?
> Serahkan segala2nya kpd takdir tanpa perlu berbuat apa2?

Ramai Jutawan Shaklee dari group kami yang masih bekerja walaupun telah mendapat income yang stabil dari Shaklee setiap bulan. Dan ada yang mampu menjadi Master Shaklee walaupun masih lagi bekerja makan gaji!

Super upline saya sendiri merangkap junior saya di UTP dahulu, juga masih lagi bekerja ketika menjalankan perniagaan Shaklee ini. Sewaktu beliau mendapat bonus RM30K dr Shaklee, status beliau masih lagi seorang jurutera di sebuah Oil & Gas company yang besar!

Dgn 3 orang anak yang masih kecil, hidup tanpa maid, suami yang selalu ke off shore, bagaimana beliau menjalankan perniagaan Shaklee ini? Bagaimana beliau berkorban masa & tenaga menguruskan masa sehari2; antara tuntutan kerja, anak2 yang masih kecil, customer2 Shaklee, juga melayan anak cucu cicit Shaklee itu sendiri??

Hebat bukan?? Ya jgn dipandang rendah pada wanita yg bersifat penyayang & lemah lembut itu!

Anda juga mampu menjadi sehebat beliau, andai anda tahu APA PASSION ANDA?? APA PUSH FACTOR ANDA??

Teringat kata2 dari salah seorang ahli group Shaklee kami:

Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"

Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."

Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

Bila Ibubapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka, adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

Bila Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita, dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.

Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alas n?

Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita? Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....

Lalu apakah kita tiada PUSH FACTOR sebegini untuk mak dan ayah kita??

Tidak teringinkah kita mendapat lebihan wang setiap bulan dr 'part time' kerja kita sebagai Shaklee Independent Distributor?

....dan ketahuilah juga sahabat2ku, andainya anda berhajat utk menjalankan perniagaan Shaklee ini, anda tidak perlu pun berhenti kerja..

...andai anda berhajat mendapat extra income RM3k sebulan dari gaji anda, anda sgt2 dialukan ke group Shaklee saya.

...Tidak sama sekali "Once Shaklee, No Work Anymore!"

No! No! No!

Teruskanlah Fardhu kifayahmu duhai Wanita!

> ibu2 mengandung sgt memerlukan seorang doctor muslimah seperti anda!
> seorang pelajar sgt memerlukan sentuhan dan tunjuk ajar dari seorang guru wanita seperti anda! kerana andalah pengganti ibu mereka di sekolah...
> sesebuah company masih memerlukan kepakaran dari seorang jurutera wanita seperti anda!
> sebuah organisasi masih memerlukan pekerja wanita seperti anda!

...dan dalam masa yang sama, teruskan usahamu untuk membantu meringankan bebanan keluarga...

...teruskan usahamu membantu suamimu yang sering sakit kepala akibat duit yang tidak cukup...

.....teruskan usahamu agar kau mampu memberi lebihan pendapatan buat ibu & ayah mu di kampung...

....teruskan usahamu dalam berniaga ini agar kau mampu menyumbang lebih utk agamu, Islam!

Salam Jumaat yang penuh barakah....



Izinkan saya untuk membantu anda menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan melalui Shaklee.....





Hubungi saya:


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176


Read More

Share on Facebook



Sunday 20 October 2013

Written on

Aku, Collagen & Candle Night Dinner....

"When you arrived here, I'll bring you to Candle Night Dinner..."

Kata2 suami dalam telefon ketika aku merancang utk bertemu beliau di tempat beliau 'out station'...

Tak pernah terfikir pun bila dah anak 3 ni, nak pergi candle night dinner. hihi...

Malam sebelum pergi, aku jadi risau sangat kerana terpaksa tinggalkan anak2 dgn bibik. Jujurnya, sejak jadi Working-At-Home-Mama (WAHM) ni, aku jarang sekali tinggalkan anak2 dgn bibik kecuali ketika hendak pergi pos barang Shaklee. Waktu lain, aku akan bawa semua anak2 ikut sekali walaupun menghadiri training, coaching, or any event Shaklee.... (ni salah satu yg buat aku rasa best giler buat Shaklee sebab mana2 pergi boleh bawa anak2. hihi)

Ok, sebelum pergi, macam2 aku pesan pada bibik...

"Jangan buat apa2 kerja masa saya tak ada, tgk budak2 ni je. Terutama Fateh, nanti dia jatuh dsb"

"Ya Puan, puan jgn risau..budak2 ni ok.." balas bibikku.

Antara gembira + risau...finally suami kata, "Ok, jom..." dan aku pun pimpin tangannya keluar rumah.

"Ummi, ummi nak pergi mana??" Anakku, Ammar bertanya sejak dari melihat aku bersiap...

"Ummi nak keluar dgn babah sekejap je sayang..."

"Pergi mana?"

"Pergi Paddy House"

"O..tgk house. oklah, ammar tak nak ikut. Ammar nak stay dgn Maya n Fateh"

Fuh bicaranya dalam "bahasa campur" itu melegakan hatiku....

Maka sampailah aku ke tempat dinner kami...

"Hi, kenalkan this is my wife.." Suami memperkenalkan aku kepada penyambut tetamu. Oh, yer..orang di situ memang sudah kenal dgn suamiku kerana suami selalu makan bersama team2 projeknya di sana (ketika meeting, discussion etc).

Aku senyum dan menundukkan kepala....

But seriously..aku tergamam dapat makan di situ kerana tempatnya so elegant. Alhamdulillah....

Teringat suami pernah berkata suatu masa dahulu...

"Awak ni pakai bomoh ker? Asal makin hari makin sayang kat awak ni?"

Suami berseloroh. Hehe...Malu I ~

psst: Rahsianya? Sedeqahkan Fatihah buat suami dan....reward diri dgn good nutrition. Of course combination yg hebat Alfalfa + Collagen; suatu perkara terbaik pernah ku hadiahkan pada diri ku sendiri.

Syukur pada Allah atas pertemuan ini....


Aku yg sudah 30s series...anyway, muka ni xpakai apa2 make up, cuci muka pun idak yo. sbb I jenis malas nak tepek2 krim. hehe...



Menu Dinner kami....


My loving husband.... syg abg sgt2!


Jom cuba Shaklee Collagen Powder! This is the best reward utk anda...percayalah :)


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?





Hubungi saya:


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176
Read More

Share on Facebook



Saturday 19 October 2013

Written on

Collagen dan saya....

Tahukah anda...

"Kolagen membentuk 90% protein matriks tulang2 dan 2/3 tulang rawan articular dewasa. Oleh itu, kehilangan kolagen juga boleh menjejaskan kesihatan tulang2 anda dan sesendi"

Lalu menyebabkan:

1) Tulang menjadi lemah
2) Stiff joints atau sendi kaku

Jadi anda silap kalau beranggapan pengambilan kolagen adalah utk cantik semata2.

Bagi saya...pengambilan makanan tambahan yang mengandungi kolagen bukan bertujuan untuk menolak proses penuaan tubuh. Proses penuaan tetap akan berlaku! Ianya adalah lumrah & proses semulajadi alam. Tetapi yang membezakan ia adalah FAKTOR MASA!

Perasan tak, ada orang yg umur baru 20-an tetapi dah nampak mcm mak2 orang? Dan ada juga, umur dah 40-50an, tetapi orang ingat seperti baru masuk 30 series. Apa faktor ynag menyebabkan perkara ini terjadi??? Secara pantasnya, kita akan cakap "ni mesti jaga makan, jaga badan, org kaya dll"

Mari kita lihat apa faktor2 yang menyebabkan proses penuaan berlaku (aging effects):

Inilah antara faktor luaran yang mempercepatkan proses penuaan kita!


Jadi bila ada org yang nampak tua dr usia sebenar, mungkin dia melalui kehidupan yang 'tidak sihat' seperti di dalam gambar dan dia tidak melakukan sebarang tindakan!

AWAS!! Buat mereka, anak2 muda yang baru sahaja memasuki alam pekerjaan...inilah situasi sebenar yang anda akan alami!

Kalau anda tidak jaga pemakanan dari sekarang, tidak jaga aktiviti fizikal anda..jangan sedih kalau anda nampak tua dr usia sebenar! (esp para wanita yer...)

Semakin usia meningkat, kolagen di dalam badan semakin berkurangan.

Kemerosotan semulajadi ini boleh dipulihkan melalui makan tambahan!

Alhamdulillah...saya telah amalkan pengambilan Shaklee Collagen Powder sejak dari Januari 2013..

All n all, what I can say..it is superb!

Dah tak payah nak pakai apa2 skincare.. SKII ke, Kose ke, yang malas nk gi buat facial..hah buat je masker Collagen Shaklee. Habis cerita, cara sihat & semulajadi dgn hanya duduk di rumah :)

Saya tidaklah mengatakan , saya jadi wow!, jadi gorgeous, jadi cun melecun bila ambil Collagen Shaklee ni..tetapi saya sendiri merasakan perubahan yang sgt best pada diri saya sejak mengamalkan Collagen Shaklee. In shaa Allah perubahan yang baik itu adalah untuk suami tercinta saya. Cukuplah dia yang menjadi 'juri' untuk saya. hihi...

Halangi tanda awal penuaan dengan memperlahankannya melalui PENGAMBILAN SUPLLEMEN KOLAGEN... kerana anda tidak mungkin dapat mengelak perkara2 di bawah dari berlaku yang menyebabkan kolagen dalam badan anda semakin berkurrangan!

Sorry to say...inilah reality kehidupan kita sekarang

Jom cuba Shaklee Collagen Powder! Kerana kesihatan & kecantikan diri anda terlalu BERHARGA....


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?





Hubungi saya:


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176
Read More

Share on Facebook



Friday 11 October 2013

Written on

Cameron...Kisah Percutian Si Pari2

Wow..kontroversinya tajuk!

Siapa pulak si pari2 yang dimaksudkan???

Hah, inilah si pari2 tersebut...

Si pari2 Cilik yang rasa nak ku gigit!
 

Haha...sebenarnya diri sendiri yang teringin nak jadi si pari2, pergi bercuti dgn putera idaman, tetapi apakan daya... si pari2  ini telah beranak 3. kihkihkih....

Jadi kisah si pari2 bercuti dgn putera idaman telah bertukar kepada kisah si pari2 cilik bercuti dgn girangnya bersama ummi & babah tercinta. haha (tu gambar kat atas tu..)

Alhamdullillah, akhirnya berjaya juga kami sekeluarga merancang percutian ke Cameron Highlands. Walaupun dalam keadaan suami yang sedang sibuk + sgt stress dgn projek nya yg delay. Tak per bang...sabar sikit je lagi, pasni dh boleh resign, n start your own bisness. Deal!

Oklah..all n all, what I can say, percutian kami ke Cameron was Superb! Highly recommend for those yg sedang kusut kepala, yg sedang bermasam muka suami isteri, pergilah bercuti ke Cameron Highlands.. Serius, romantic you!

Bagaimana kami boleh plan bercuti ke Cameron?? Sebenarnya my hubby sgt stress dgn projeknya, jadi dia yg cadangkan utk pergi bercuti ke Cameron sbb tempatnya sejukkkk. Hubby ambil kesempatan utk pulang ke Semenanjung sempena Accessment nya pd hari Jumaat. Jadi selepas selesai, saya terus pick up hubby di ofis dan kami terus bergerak ke Tapah. Our maid hantar ke kampong, jd percutian kali ni mmg purely kami anak beranak!

Ok, serius best sgttttt Cameron! Actually saya dah banyak kali pergi Cameron, masa zaman kecik2 dulu, juga masa time belajar di Universiti. Memang banyak kali lah pergi dgn kwn2..

Tetapi percutian kali ni terasa lain dr yg sebelum ini sebab saya pergi dgn cinta hati saya..dan saya fully utilize setiap moment bersama hubby n anak2. Terasa setiap saat, aktiviti yang sgt menyeronokkan yg kami lalui!

Day 1:
- Check in hotel
- Gambar2 kat hotel
- Pergi dinner
- Jalan2 ambil angin malam

Day 2:
- Breakfast di hotel
- Strawberry picking
- Cactus farm
- Dinner di Hotel

Day 3:
- Check out Hotel
- Menikmati Scones & Strawberry cake di ladang Teh Boh
- Strawberry farm again utk merasai strawberry with fresh cream, so yummy!


Yes, aktiviti kami nampak simple tapi ianya PENUH KEPUASAN buat kami. Sampai hubby cakap "Definitely I'll go this place again"

psst: Lepas ni, kita pergi berdua je yer. ehem ehem...hehe...

So jom layan gambar pulak...

Note: Those yg merancang percutian romantic dalam Negara, maka bolehlah memasukkan Cameron Highlands sebagai one of your destination.

Happy watching my pictures!


Day 1: Check in @ Century Pines Resort Hotel
 



Day 2: Breakfast di Hotel
 




Day 2: Strawberry Picking (or lebih sesuai strawberry 'cutting'? )
Eat them with fresh cream!
 



Our desert of d day! I love strawberry like crazy...hehe
 

My hubby yg sentiasa di'ganggu' oleh bosnya, huh!

Cactus Farm!



Dinner di Equatorial Hotel
 


Day 3: Breakfast di Hotel
 


Sungai Palas Tea Boh Estate

Menikmati Scones & Strawberry cake di tepi Ladang Teh. Fuh, kalau berdua ni, mmg romatic habis!
 



Angin sejuk dan kuat!

Our staying Hotel for 2 nights....


So sekian dahulu cerita si pari2 mengembara ke Cameron Highlands. Sehingga berjumpa lagi. Wassalam ~


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?





Hubungi saya untuk khidmat konsultansi secara percuma! Juga untuk mendapatkan jadual makan vitamin yang terbaik untuk anda...


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176


Read More

Share on Facebook



Thursday 10 October 2013

Written on

Dahulu Ia Mimpi, Sekarang Ia Realiti....

" Tgklah...satu thn dr sekarang, bonus saya mesti 5 angka.."
"Hurm..." Suami mencebik bibir...

Masih terbayang2 perbualan saya dgn suami suatu masa dahulu.

Ya, siapa yang hendak percaya pd org yg br sethn jagung buat bisness Shaklee ni...

Bkn kata suami, diri sendiri pun tak percaya yg saya boleh dpt income sebanyak tu. Dalam hati ni, "Eh, betul ker aku boleh dpt koman2 pun RM10K sebulan??"

Tetapi kerana mata hati saya telah nampak apa yang telah dicapai oleh mentor2 Shaklee saya, maka saya SANGAT YAKIN bahawa saya juga berpeluang merasai keadaan tersebut walaupun waktu itu, saya sendiri tidak tahu bagaimana utk mencapainya!

Masih ingat lagi perkongsian dr great mentor saya, Kak Cery:

Kenaikan bonus dlm MLM mula2 mmg sikit.. dari puluh2.. naik ratus.. baru dtg ribu2 semua...
dia tak berkadaran dgn USAHA yg diberikan.. ia proportional...
maksud saya.. awal2 keluar duit byk, usaha banyak.. tapi bonus sikit jer..mmg MLM mcm tu
tapi lama2... bonus lagi byk dari usaha... IT TAKES TIMES...


Bonus sy lately mmg naik byk.. sampai sy pun tak expect dah...sy ingat lagi..

Mac -RM35K
Apr-RM41K++
May-RM47K++
Jun-RM67K++
July-RM80k++

Saya bagi past 5 mths.. sbb bulan sebelum2 tu bonus just naik RM2-3K sahaja.. tapi start Mac..dia naik RM5k..pastu naik RM10k..actually mmg target Jun dah cecah RM50k.. and thn dpn target RM100k...tapi lebih2 lak.. ape2 pun ALHAMDULILLAH


Saya baca statement ini setahun yang lalu (Aug 2012). Bila saya baca, terus saya cakap "If she can do, why not me??"

Dan kerana itulah, saya telah surakan kpd hubby "My bonus will reach 5 figures in 1 year from now" Walaupun hubby hanya mencebikkan bibirnya sahaja...namun seperti yg saya telah katakan di atas, mata hati saya telah nampak apa yg saya boleh capai di depan saya.

Benarlah...kalau anda hajatkan sesuatu, pastikan ANDA TULIS IMPIAN tersebut!

Dan YESS, saya telah tulis impian saya...

Dan Allahuakbar,  terduduk saya bila melihat bonus yg telah dicreditkan ke akaun Maybank saya utk bulan August 2013.....

Aug 2013 > genap setahun saya berada dalam bisness Shaklee!!
 
Bonus 5 angka, dan ianya adalah REALITI!!

Sahabat2, juga buat semua para pembaca setia blog saya...

Bukan niat saya utk mendabik dada, jauh sekali utk menunjuk2....tetapi saya nak anda tahu, tiada yg mustahil jika anda benar2 menghajatkan sesuatu.

Terus terang saya katakan, saya memang perlukan duit yang banyak! Saya perlukan 'ia' utk membantu org2 di sekeliling saya, saya perlukan 'ia' utk menyokong aktiviti Jemaah, saya perlukan 'ia' utk membina masa depan anak2 saya!

Ya, saya perlukan duit yg banyk utk membantu ibu saya yg susah, saya perlukan duit yg banyak utk bantu adik saya yg tgh belajar, saya perlukan duit yg banyak agar saya dan suami dpt sekolahkan anak2 kami di sekolah yg terbaik, saya perlukan duit yg banyak agar kami suami isteri mampu memberi yg terbaik kpd anak2 kami (makanan, pakaian, tempat tinggal, kereta), saya perlukan duit yg banyak agar saya tidak berkira2 utk infaq ke jalan Islam, saya perlukan duit yg banyak utk lebih bnyk memberi....

Maka salahkah utk saya bermimpi sedemkian??

Ya, dahulunya Ia adalah MIMPI, kini ia menjadi REALITI!!

Terima kasih Allah!

Terima kasih abang kerana mencabar saya suatu masa dahulu ➳ ♥

Juga Terima kasih wahai para pelanggan Shaklee yang sentiasa menyokong bisness saya!

Dan terima kasih buat para mentor yang tidak jemu2 mencurahkan  ilmu kpd saya; ilmu dunia & akhirat!

** Buat mereka yang tercari2 side income, pendapatan tambahan... tidak salah saya katakan jika anda cuba utk berjinak2 dgn dunia perniagaan Shaklee. Percayalah! Anda tidak akan rugi, anda tidak akan menyesal....In shaa Allah!

psst: Impian terbaru saya sekarang,

"MY BONUS WILL BE 6 FIGURES in 1 YEAR FROM NOW"

Semoga Allah permudahkan jalan saya...

Wahai Allah, letakkankan akhirat di hatiku, dan dunia di tgnku....


Jom sama2 kita bermimpi!




Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?





Hubungi saya untuk khidmat konsultansi secara percuma! Juga untuk mendapatkan jadual makan vitamin yang terbaik untuk anda...


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176
Read More

Share on Facebook



 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.