Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday 18 November 2013

Written on

Cerita Saya ke Phuket Bahagian 3

Maaflah semua...mlmni baru sempat nak tulis aktiviti2 sepanjang kami sekeluarga melancong ke Phuket (ok walaupun cerita mcm sudah agak lapuk, tp rasanya better saya tulis supaya memori saya tak lupa. hihi).

Kepada sesiapa yang nak tahu cerita saya ke Phuket bahagian 1 & 2, boleh refer di sini:

Cerita Saya Ke Phuket Bahagian 1
Cerita Saya Ke Phuket Bahagian 2

Kali ini saya akan ceritakan segala aktiviti2 kami sepanjang 4 hari 3 malam kami berada di Phuket.

(oh yer, utk info sekali lagi, kami sekeluarga telah melancong ke Phuket pd 24 Ogos 2013 sehingga 28 Ogos 2013. Sudah 3 bulan berlalu, dan baru arini nak sambung cerita. teruk betul. tak perlah ek?)

Ok, kami bertolak ke Phuket menaiki pesawat MAS, pada jam 5.10pm dan sampai ke Phuket lebih kurang jam 5.25pm (Phuket awal sejam dari Malaysia). Perjalanan ke Phuket menaiki pesawat lebih kurang sejam setgh je...

Sejurus sampai di lapangan terbang Phuket, kami terus ambil teksi. Plan asal, kami nak naik minibus jer sebab murah... (ni ikut pembcaan saya di internet). Tp hubby ckp...leceh nak naik minibus sbb kami ramai. Nak kena tunggu van tu penuh dulu baru jalan...so kami sewa teksi je.

Ok, Phuket ni ada banyakkkkkkk sangat agen pelancongan. Memang dr pembacaan saya di internet, akan banyak pihak yg offer utk jadi tourist guide. Ramai juga yg advice ambil tourist guide bila tiba di Phuket, bukan di airport.

Tapi nak kata kami terkena atau memang dah itu yg telah ditakdirkan, pemandu teksi yang bawa kami tu, pi singgah pula di tempat agen pelancongan. Dia kata nak pergi sign apa ntah sekejap...Jadi kami pun tunggu jelah dalam teksi tu.  Masa dia keluar tu lah, tiba2 sorang pompuan yg agak berisi dgn berseluar pendek...masuk kereta sewa kami, dan kemudian beri salam.

"Assalammualaikum...I'm Muslim" (ok kami agak terkejut dan dalam hati, ohoho...muslim mcm ni??) > sedih pun ada :(

Perempuan tersebut offer pakej2 yang boleh kami ambil sepanjang di Phuket. Mujur saya ada buat survey sebelum datang ke Phuket, jadi saya dpt sedikit overview ttg aktivit2 di Phuket dan bayarannya. Dan memang apa yg wanita tersebut cakap, tidak jauh beza dgn survey yg saya buat...

Wanita ini sangat pandai bercakap ok sampai suami setuju ambil pakej yang ditawarkan.... Lagipun hari dah makin lewat, dan kami pun dah letih. Jadi suami kata, malas nak tunggu sampai Phuket baru nak cari agen pelancongan di sana. Jadi kami pun setuju dgn tawaran wanita tersebut. Kami ambil terus pakej utk 3 hari di Phuket...senang! Tak yah dah fikir2 lepas ni...

(seronok lah driver teksi tu dpt komisen sebab kami dah setuju ambil pakej dr agen tu....)

Kami tiba di Hotel lebih kurang jam 8.00pm. Badan pun mmg sgt letihhhh... mujur mak mertua saya ada bawa makanan. Jadi mlm tu kami makan bekal yg kami bawa je sbb semua dah tak larat nak keluar. hihi....

Ok, esoknya..bermulah aktiviti2 kami. Hurm, rasanya lebih baik saya summary kan aktivit2 kami. Saya pun xderlah banyak sgt nak mengarang, kikiki... (xde idea maaa tulis pjg2 ni :P )

Day 1:

> Setel dah booking tourist agent
> Check in hotel pun sudah
> makan malam pun sudah

Day 2:

1)  Breakfast di Hotel (kami makan yang mana boleh makan je.. telur rebus, buah, roti etc)

my hubby yg sentiasa ceria melayan anak2, ummi hanya suka tangkap gambar je :P


mak dan ayah mertuaku

2) Safari ride

> Ok next kami dijemput oleh wakil agent yg kami book semalam. Driver tu jemput kami di hotel terus...
> Kami kemudian dibawa ke Safari Park (wah nama cam glemer kan tp act mcm pergi ke kampong2 je..hihi)
> Di situ, kami dibawa naik Kerbau (jgn gelak ok?), lepas tu bergambar dekat kerbau yg LIVE (jgn gelak lagi ok?), lepas tu kami ditunjukkan proses bagaimana beras terhasil
> Selepas itu, kami naik GAJAH (wah yg ini best ok?)
> Lepas tu tgk pertunjukkan monyet pulak
> Selepas abis Monkey show, tgk Elephant show pulak...

Ok jom layan gambar. zassss....

Ok inilah aktiviti kami yg pertama..Buffalo ride. Jgn gelak ok?



Bergambar dgn Buffalo LIVE gitu :P




Menyaksikan Monkey Show




Ok yang ini serius BEST!! Elephant ride....


Last but not least..Elephant show


3) Phuket Fantasea

> Selepas habis Safari Ride, kami pun pulang ke hotel.
> Memandangkan cuaca agak panas, jadi badan kami sgt exhausted + dehydrated, maka kami semua sudah terbaring di bilik hotel yg beraircond
> Sudahnya, en suami yg keluar sorang2 pergi beli makanan utk lunch
> Malamnya, kami dijemput sekali lagi oleh tourist agent utk pertunjukkan Phuket Fantasea
> Yg ini serius BEST ok? cuma yg xbest...perempuan2 Thai yg buat pertunjukkan Phuket Fantasea semua seksi2X!
> But seriously the show is SUPERB! LIVE! AMAZING! Bayangkan semua binatang dibawa naik pentas! Gajah, burung, harimau, kambing, ayam, hah..acaner tu? Kami pun xjangka... tp binatang2 tu seriously very well trained! Semua teratur je buat persembahan termasuk sang harimau...
> Malangnya kami dilarang utk ambil gambar... hp & kamera diambil dan disimpan. Mereka strict betul xbg bawa kamera....
> Jadi tak dapatlah kami rakam aksi pertujukkan Phuket Fantasea
> Basically show tu tentang kisah kerajaan fantasi yang diserang oleh tentera yg jahat... maka adalah watak hero, heroin, sang jahat dsb...
> So kalau nak tahu, kenalah pergi sendiri....
> BTW, tiket utk masuk ke Phuket Fantasea adalah RM150 seorang, tp berbaloi sgt sebab siap Dinner, n dinner dia seriusly best! Makanan tu, fuh kecur air liur lah! Oh ye..ada makanan halal disediakn...

Ok, jom layan gambar pulak. Zasss..........

 

 

 

 


 

 


 



Day 3:

1) Breakfast di Hotel





2) Island Tour
>

 

 


3) Free activity
>

 

 


Day 4:

1) Breakfast di Hotel dan kemudian check out
>

2) Souvenir market
>

3) Cashew nut factory
>

4) Pearl Shop
>

5) Premium Outlet Factory
>

6)  Lunch
>

7) Airport
>

Ok, nanti saya sambung type lagi...Idea sudah abis...kiki. :P



Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?





Hubungi saya untuk khidmat konsultansi secara percuma! Juga untuk mendapatkan jadual makan vitamin yang terbaik untuk anda...


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176

Share on Facebook



Share this case:

0 comments:

Post a Comment

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.