Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, 20 May 2013

Written on

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Memilih Shaklee....


Hah, saya nak jawab beberapa soalan yang sangat femes dari customer2 saya:
>> Why Shaklee?
>> Kenapa Shaklee?
>> Tak ada ker vitamin lain yang lebih baik dari Shaklee? Asyik2 Shaklee jer...
 
Ok, Jom kita tengok, apa yang best nyer Supplemen Shaklee ni sampai saya ni "Asyik2 Shaklee jer"
 
Sepuluh Sebab Mengapa Shaklee Adalah Pengeluar Supplemen Yang Terbaik Di Pasaran:
 
1) Shaklee telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian setiap tahun untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan produk2 nya.
- anda berani ke nak cuba produk yang tiada ujian dilakukan ke atasnya? saya xberani....
 
2) Setiap produk Shaklee diuji 100% bagi menjamin serta memastikan bahawa setiap bahan yang ditunjukkan di label  hadir dalam jumlah yang sesuai
- jangan tertipu pada produk yang 'claim' menggunakan bahan2 terbaik tetapi kadar kandungannya hanya beberapa % dan disebabkan 'claim' tersebut, mereka boleh menjual dgn harga yang tinggi > padahal sedikit sahaja bahan yang terbaik yang digunakan.
 
3) Semua bahan-bahan dalam produk Shaklee diiktiraf  di bawah protokol Shaklee yg sangat ketat, di  mana kesemuanya diuji dengan 350 bahan kimia tercemar , termasuk racun perosak, racun herba, logam berat, sisa-sisa pelarut, dan lain-lain
- anda masih percaya bahawa produk yang anda ambil sekarang bebas dari sebarang bahan kimia??
 
4) Para Saintis Shaklee mencipta formula agar bahan-bahan aktif utama berada dalam setiap produk dalam memastikan keberkesanan yang klinikal, dan ianya  jauh lebih tinggi daripada syarikat-syarikat di pasaran dunia
- hah, masih tak yakin dgn produk Shaklee??
 
5) Setiap produk Shaklee dirumuskan dengan bahan-bahan pemakanan yang telah dikaji secara meluas untuk mengesahkan tahap keselamatan dan keberkesanannya. Produk Shaklee tidak mengikut "Arah aliran," tetapi menggabungkan bukti saintifik dan / atau epidemiologi keperluan dan manfaat.
- "arah aliran" ni serupa mcm ikut musim. Contoh: ada satu musim, semua nak guna madu dalam produk...pastu 5 tahun lepas tu, semua nak cipta produk yang ada kolagen. hah, macam tu lah lebih kurang.
6) Shaklee menggunakan sistem berteknologi tinggi untuk meningkatkan bioavailabiliti - dan sistem ini diuji bagi mengesahkan kadar nutrisi yang berkesan dalam sistem penyerapan badan
 
7) Semua bahan-bahan yang digunakan diterima dari sudut pandangan falsafah Shaklee, beserta penelitian yang terperinci tentang keselamatan produk. Shaklee tidak hanya menerima Sijil Analisis seperti kebanyakan syarikat-syarikat lain terima, bahkan Shaklee akan melakukan ujian semula (re-test) untuk pencemaran bagi mengesahkan Sijil Analisis tersebut adalah tepat.
 
8) Shaklee berpegang kepada komitmen yang tinggi  untuk memastikan tiada penggunaan pemanis, bahan tiruan dan bahan pengawet tambahan. Shaklee hanya menggunakan Non - GMO (Genetic Modified Organism) protein soya
- Contoh GMO: benih2 yang dihasilkan di makmal, sayur2 yang dihasilkan secara komersil. Benih GMO ni boleh mengubah DNA, sebab tu anak2 kita sekarang banyak yang alergi dsb. So jangan bangga sangat bila bagi anak makan tomato, karot. Berkemungkinan itu adalah GMO (unless yang tanam sendiri - tu pun tgk juga baja nya dari mana). Better makan pucuk manis, pegaga, sayur2 kampung, sah2 tak diubah genetik nya.
Awas! Jangan tertipu..kebanyakan sayur2 & buah2an menggunakan racun perosak, baja kimia etc. Kerana itu kita memerlukan supplemen.
 
9) Shaklee membangunkan banyak piawaian dan protokol untuk pembuatan yang kini dirujuk sebagai Amalan Pengilangan Baik (GMPs).
- Kat Malaysia ni, banyak dah produk2 yang menggunakan GMP (Good Manufacturing Practice), boleh dengar banyak iklan2 produk di radio yang mem promote GMP
 
10) Bukti berterusan prestasi produk Shaklee ditunjukkan oleh:
•Lebih 100 penerbitan saintifik, 90++ di dalam jurnal
 
• Kajian Landmark (The Landmark Study), di mana kajian ini menunjukkan bahawa orang-orang yang mengambil suplemen Shaklee dalam tempoh 20 tahun mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mengambil supplemen langsung atau yang mengambil single-multivitamin
 
Tahukah anda, Mary telah menggunakan produk Shaklee selama lebih 20 tahun, manakala kembarnya menggunakan produk lain. Rasa2nya siapa yang nampak lebih sihat & muda??


Sekian dulu, untuk mengetahui sebab mengapa badan kita memerlukan supplemen, boleh baca entry saya di sini (7 Sebab Mengapa Badan Kita Memerlukan Vitamin).
 
Wassalam ~



Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?




Hubungi saya:

Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176


Read More

Share on Facebook



Thursday, 16 May 2013

Written on

Berbaloikah Membeli Shaklee Untuk Pregnancy?


Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang Allah kurniakan kerana kita masih bernafas sehingga ke hari ini.

Rentetan dari entry saya berkaitan GBS (GBS), saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya semasa mengandungkan anak pertama sehinggalah anak yang ketiga. In shaa Allah, saya cuba untuk menulis berdasarkan pengalaman yang saya lalui, dgn tidak bias kepada mana2 pihak.
Saya mengenali perkataan GBS dari sejak mengandung anak pertama lagi, Muhammad Ammar kerana pada waktu itu, saya telah di diagnose oleh doktor sebagai "GBS carrier" atau "Pembawa GBS" yang positif.
Bagaimana doktor boleh mengesan bahawa saya "GBS carrier"? Sewaktu mengadung, saya sering mengalami kontraksi kecil seperti perut mengeras, perut sakit, kdng2 sukar utk bergerak. Lalu apabila diberitahu kepada doktor, doktor segera mengambil sampel "swab faraj" dan apabila dibuat ujian ke atas sampel tersebut, ternyata saya membawa kuman GBS dalam faraj.
Oleh kerana ini adalah pengalaman pertama, maka saya serahkan semuanya kepada doktor. Apa ubat yang doktor bagi, saya ambil. Dan saya juga tidak berani untuk mengambil apa2 vitamin selain yang dibekalkan oleh doktor.
Apabila anak pertama saya lahir, doktor telah melakukan ujian darah ke atasnya dan terbukti, anak saya dijangkiti GBS. 

Sejurus selepas bersalin, doktor pakar kanak2 segera datang berjumpa saya dan suami di bilik wad, dan memberitahu bahawa anak kami perlu diberi suntikan antibiotik selama 3 hari berturut2. Maka terpaksalah saya 'stay' di wad bersalin sehingga rawatan antibiotik dihabiskan.
Perkara ini berlanjutan ketika saya mengandungkan anak yg kedua, Sumayyah. Perkara yang sama juga berlaku, anak kami dikesan dijangkiti kuman GBS sejurus selepas dilahirkan. Dan rawatn antibiotik yang sama turut diberikan kpd anak kedua kami ini.

(AWAS!! GBS boleh mendatangkan bahaya kepada bayi sekiranya tidak diberi rawatan yang sepatutnya)
Apabila mengandung anak yang ketiga, Muhammad Fateh, saya telah bertekad bahawa saya perlukan sesuatu yang lain untuk anak saya. 

Azam yang paling kuat adalah untuk menyusukan anak saya sepenuhnya sehingga dia berumur 2 tahun (abang dan kakak nya hanya mampu diberi susuan penuh sehingga 6 bulan, dan selepas itu, susu badan saya mulai merudum walaupun saya masih 'pump' di ofis. Mungkin pada waktu itu, saya sentiasa stress dan penat dgn rutin harian saya).

Kenapa saya sungguh2 bertekad untuk tidak bercampur susu selain susu ibu?

Kerana, saya telah melihat sendiri bagaimana perkembangan anak pertama & kedua saya apabila mereka mula diberi susu formula; tahap kesihatan mereka semakin menurun dan sentiasa perlu 'warded' dalam tempoh pembesaran mereka.


Dalam tempoh 6 bulan ke satu tahun, banyak kali ammar warded kerana demam panas dan cirit-birit, dan semuanya berlaku selepas saya introduce susu formula 

Sumayyah juga sama; asyik warded selepas saya introduce susu formula
Sungguh! Terlalu pilu untuk dikenangkan....(kerana itu, sehingga kini, saya sanggup mengeluarkan duit yang banyak demi untuk memberi yang terbaik kpd kedua2 permata hati saya ini).
Asbab yang kedua, kenapa saya perlukan kelainan untuk anak ketiga saya ini?

Sebabnya, saya telah bertanya kepada pharmacist di hospital tentang vitamin yang di prescribe oleh doktor.

Pada waktu itu, saya telah dibekalkan oleh doktor 2 jenis Vitamin; Obimin & Neuro Gain. 

Pertanyaan saya kepada pharmacist di hospital Columbia tersebut; adakah vitamin yang diberikan ini sintetik atau semulajadi? Dengan terseyum, beliau menjawab "This is sintetic, mam"

Dushhhh...saya tersentap. Terus saya stop makan semua vitamin tersebut. Dan bermulalah episode saya mengenali Shaklee.
Sungguh sahabat2...!! Berbeza  rasanya apabila saya makan yang semulajadi dgn yang sintetik. Terlalu banyak! Kisah ini ada saya kongsikan dalam entry saya terdahulu (Vitamin Shaklee terbaik untuk ibu mengandung).
Antara manfaat besar yang saya rasai:
1) Tiada kejang urat semasa saya mengandung anak ketiga
2) Less back pain ketika mengandung anak ketiga
3) Badan still energetic even waktu tu saya terpaksa travel sejauh 120 km setiap hari; berulang alik ke tempat kerja (Senawang - Kajang)
4) Komitmen kerja yang tinggi pada waktu itu membuatkan saya terpaksa pulang sekitar jam 8-9 malam setiap hari, dgn keadaan saya yang sedang sarat mengandung 7/8 bulan. Namun, syukur saya masih mampu untuk drive pulang ke rumah, dan pada waktu itu, suami sangat jauh (berada di Amsterdam).
5) Dan yang paling ketara, anak ketiga saya disahkan BEBAS dari jangkitan GBS!
Allahuakbar! Syukur, Allah telah menemukan saya dengan apa yang saya cari selama ini.


Dan Alhamdulillah, sehingga ke saat ini (17 Mei 2013), anak saya Muhammad Fateh (11 bulan) masih tidak pernah warded walau sekali pun. (Nauzubillah, mohon Allah jauhkan dan memelihara kesihatan anak2 saya).
Dari cerita dan pengalaman saya ini, adakah puan2 rasa BERBALOI saya ambil Vitamin Shaklee???
Jawapan saya: SANGAT BERBALOI!
Walaupun saya mendapat vitamin secara PERCUMA di hospital Columbia (kerana kos pemeriksaan saya di cover sepenuhnya oleh PETRONAS), namun saya tidak sanggup memperjudikan anak ketiga saya ini dgn mengambil yang sintetik.

Saya tidak bermaksud untuk menidakkan vitamin yang diberikan oleh doktor; malah mungkin puan2 di luar sana serasi dgn vitamin tersebut.

Namun, pengalaman yang saya lalui sudah cukup mengajar saya JANGAN BERKIRA DGN HAL2 BERKAITAN KESIHATAN.
Maka saya tutup entry saya ini dengan satu kesimpulan:
IT IS A BIG WORTH  BUYING & PAYING FOR THE NATURAL PRODUCTS!!
 (AND OF COURSE SHAKLEE VITAMINS ARE ALL NATURALS)

Sekian dulu, in shaa Allah saya akan sambung semula entry saya 'Bagaimana GBS boleh dikesan dengan lebih awal dan Apa pencegahannya'.

Moga ada manfaat untuk semua.....
Wassalam ~

Note: Entry ini ditulis pada Mei 2013. Alhamdulillah, kini anak ketiga saya sudah pun berumur 2 tahun 5 bulan pada Nov 2014 (until now, dia tidak pernah sekalipun warded due to high fever or etc. Demam, batuk dan selsema juga boleh dikira sejak dari lahir sehingga sekarang... malah ubat2 juga sudah lama kami tidak ambil dari doktor. Dan saya juga berjaya memberi penyusuan penuh kepada Muhammad Fateh sehingga dia berusia 2 tahun. Alhamdulillah). 

Moga Allah pelihara kesihatan anak saya dan anak puan2 semua dari sebarang penyakit dan masalah. Ameen....

Maaf andai entry ini ada menyinggung hati insan lain. Sila abaikan sekiranya ia tiada kaitan dgn hidup anda di luar sana. Saya berkongsi hanya kerana ingin membantu ibu2 yang mengalami nasib seperti saya suatu masa dahulu. Moga dgn perkongsian ini, memberi sedikit solusi buat ibu2 yang senasib dgn saya suatu masa dahulu :)


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?





Hubungi saya:

Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176



Read More

Share on Facebook



Wednesday, 15 May 2013

Written on

Awas!! Jangkitan Group B Streptococcus (GBS) Terhadap Ibu Mengandung

Hari ni terasa nak menulis tentang pregnancy....

Saya cuba gali info tentang GBS since saya pun salah seorang GBS carrier...

Ok, boleh tgk sumber di sini (GBS)

1. Apa itu GBS?

GBS atau nama panjangnya Group B Streptococcus adalah salah satu bakteria yang biasanya hidup dalam badan manusia. Dianggarkan, 1/3 daripada kita “membawa” bacteria GBS  ini di dalam usus badan tanpa kita sedari.
 
Bacteria GBS
Kira-kira 1/4 wanita juga adalah ‘pembawa’ bacteria GBS dalam faraj mereka. Kebanyakan wanita tidak mengetahui bahawa mereka dijangkiti GBS kerana kebiasaannya, ia tidak mendatangkan masalah atau menunjukkan gejala2 tertentu.
Walau bagaimanapun, (dalam kes-kes yang jarang berlaku), GBS boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian di kalangan bayi yang baru lahir.



GBS boleh menyebabkan jangkitan yang teruk pada bayi yang baru lahir, terutamanya pada minggu pertama selepas kelahiran (dikenali sebagai 'jangkitan permulaan awal'). Ia biasanya boleh menyerang bayi yang dilahirkan secara normal oleh ibu, dan tidak kepada bayi yang dilahirkan secara Csarean (C-section).
 
2. Bagaimana saya boleh tahu jika saya membawa GBS?
Terdapat ujian yang disediakan untuk mengesan jangkitan GBS. Ia boleh dilakukan dengan mengambil sampel 'swab faraj' dan diuji di makmal.
Kebanyakan wanita hamil mendapati bahawa mereka mempunyai GBS ini secara kebetulan, apabila doctor mengambil ‘swab faraj’  untuk memeriksa sesuatu yang lain. Jangkitan GBS ini boleh datang dan pergi; ada wanita yang mempunyai ujian positif terhadap jangkitan GBS pada awal kehamilan, tetapi tidak mempunyai GBS ketika tiba tempoh untuk melahirkan.
Jadi, adalah penting bagi wanita hamil untuk mengetahui bila bayi cenderung untuk dijangkiti bakteria GBS dan apa tanda-tanda jangkitan GBS terhadap bayi.
 
3. Saya sedang mengandung, apa yang perlu saya tahu mengenai GBS?
Bayi yang terdedah kepada GBS sebelum atau semasa kelahiran akan mengalami beberapa kesan buruk.
Walaubagaimanapun, masih tiada penejelasan yang sebenar mengapa sesetengah bayi boleh terkena jangkian GBS manakala yang lain tidak (saya sendiri pun telah mengalaminya bila mana anak pertama & kedua dijangkiti GBS, tetapi anak yang ketiga tidak dijangkiti langsung walaupun saya adalah pembawa GBS). Apa yang pasti , jangkitan GBS terhadap bayi yang baru lahir boleh dielakkan.
Wanita yang berisiko tinggi boleh diberikan antibiotik Intravena sama ada dari ketika ingin melahirkan atau ketika air ketuban telah pecah (whichever comes first) sehingga saat bayi dilahirkan.
Caesareans tidak digalakkan untuk mengambil antibiotic ini kerana GBS menjangkiti bayi melalui faraj ibu yang melahirkan.
Dan dalam kes yang jarang berlaku, GBS boleh menyebabkan jangkitan pada rahim dan saluran kencing bagi ibu2 yang baru mengandung.
 
4. Adakah bayi saya berisiko mendapat jangkitan GBS?

Ada beberapa faktor yang boleh membantu anda untuk mengesan samada bayi anda dijangkiti GBS atau tidak. Antaranya:




1.           Anda telah mula menunjukkan tanda untuk melahirkan sebelum 37 minggu kehamilan

2.           Air ketuban anda pecah dalam tempoh 18 jam atau lebih sebelum melahirkan

3.           Suhu badan anda meningkat 38degC/ 100 degF atau lebih semasa proses kelahiran

4.           Doktor telah mengesan bahawa anda pembawa GBS dalam faraj/ rectum anda semasa hamil

5.           Bakteria GBS telah dikesan dalam air kencing anda semasa menagndung (sekiranya ini berlaku, rawatan segera perlu dilakukan dan beberapa langkah berjaga2 perlu diambil semasa tempoh melahirkan)

5. Bagaimana proses kelahiran bayi saya perlu dilakukan?

Kajian menunjukkan bahawa dengan antibiotik intravena boleh mencegah jangkitan GBS kepada bayi yang baru lahir.

Bagi bayi yang berisiko tinggi, sebaik sahaja ia dilahirkan:




1.           Bayi perlu diperiksa oleh Pakar Kanak2 dengan serta merta
2.           Jika kedua-dua ibu & bayi sihat, dan anda telah diberi rawatan penuh dengan antibiotik intravena semasa proses melahirkan, bayi masih boleh diberikan antibiotik intravena
3.           Jika kedua-dua ibu & bayi sihat, tetapi anda tidak menerima rawatan penuh dengan antibiotik intravena semasa proses melahirkan, bayi boleh bermula pada antibiotik intravena sehingga doctor mengesahkan bayi anda bebas jangkitan;
4.           Jika anda atau bayi menunjukkan tanda-tanda jangkitan GBS, bayi  harus diberi rawatn antibiotik intravena SERTA-MERTA.


6. Apakah tanda-tanda jangkitan GBS pada bayi?

Jika bayi anda dijangkiti GBS, gejala berikut boleh berlaku selepas beberapa jam kelahiran:

1.       Bayi mempunyai masalah pernafasan

2.       Tekanan darah tidak stabil/ rendah

3.       Masalah buah pinggang

4.       Kurang menyusu

5.       Bayi nampak lesu


Malah, terdapat beberapa komplikasi yang lebih teruk seperti  Pneumonia, Meningitis atau Sepsis.
Jadi jangan ambil mudah yer soal GBS ini. Biasanya tanda yang paling senang untuk kita kesan samada kita ini pembawa GBS atau tidak, boleh lihat pada kadar discharge @ keputihan kita. Dan jika ada, segeralah minta doktor menjalankan 'swab faraj' test agar kita dapat melakukan pencegahan awal.

Alhamdulillah, bila saya mula amalkan vitamin Shaklee sejak kandungan mencecah 4 bulan, bayi saya tidak didiagnose mendapat jangkitan GBS, walaupun saya adalah pembawa GBS yang positif.

Dan ini sangat berbeza ketika saya mengandung anak pertama & kedua (yang hanya makan vitamin yang diberikan oleh hopsital), kedua2 anak2 saya terpaksa diberi rawatan antibiotik selama 3 hari berturut2 kerana masalah jangkitan GBS. Alhamdulillah, anak yang ketiga bebas dari jangkitan.

Sesungguhnya apa yang berlaku telah pun berada dalam perancangan Allah. Apa yang kita boleh lakukan sebagai hamba, berusaha & bertawakkal kerana Dia lah sebaik2 tempat meminta pertolongan.

Sekian dulu, moga entry ini memberi manfaat untuk sesiapa yang membacanya.

Waallhua'lam...


Wassalam ~


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?




Hubungi saya:

Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176
Read More

Share on Facebook



Written on

Tawaran Istimewa Sempena Hari Ibu & Hari Guru....

Bulan Mei ini memang bulan istimewa untuk kaum Wanita....

Shaklee buat promo paling best, khas untuk para Gorgeous di luar sana!

Tada....


Vivix ~ Tonik Ajaib Untuk Para Wanita yang inginkan awet muda....

My mom consume Vivix every month; she feels healthy & younger. hehehe...

Inilah my mom:



Siapa ingin dapatkan hadiah terbaik untuk ibu anda, boleh sms/ whatsapp saya: 013-6971176


** psst.... bulan ni, saya pun ada buat promo jugak :)

FREE POSTAGE UNTUK SEMUA PELANGGAN SAYA SAMADA DI SEMENANJUNG ATAU SABAH/ SARAWAK UNTUK SEMUA PRODUK SHAKLEE

Sekian dulu, nanti kita sambung lagi yer...

Wassalam ~


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?




Hubungi saya:

Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176
Read More

Share on Facebook



Written on

Saya Yang Suka Travel

Assalammualaikum semua!!

Hari ni malas nak cerita pasal Shaklee. Saya nak perg 'mengembara minda' saya ke dunia luar. hahaha..Sebenarnya nak mengenang semula saat2 travel saya zaman dulu kala.

Sejak kecil, saya memang suka jalan2. Mungkin kerana family yang hobinya suka jalan2, maka kami adik beradik semua kaki jalan. Tapi kami jalan dekat2 Malaysia jer...al maklum, bukan orang senang. Jalan pun naik van, sebab kami adik beradik ramai. Paling advance pun, naik feri gi Langkawi dan Pulau Tioman. Naik kapal terbang? Jauh sekali....

inilah keluarga kami. ramaikan??? ish ish ish

So saya ni xpernah lah merasa naik kapal terbang dari kecik sampai abis Universiti. Dan saya selalu terfikir, camner lah orang naik kapal terbang tu yer? Camner mereka masuk dalam perut kapal terbang tu dari atas tanah? Memang jakun sungguh....

Tapi oleh kerana semangat yang tak pernah padam, saya selalu berangan nak naik kapal terbang. Dari form 5 lagi. Dulu berangan nak sambung belajar kat overseas, sebab nak naik kapal terbang. Tapi result SPM xpower sangat, maka belajarlah saya di Universiti Teknologi PETRONAS. Walau apapun, saya tetap bersyukur sebab di universiti itulah saya bertemu 'roomate' saya skang, mr hubby yang best! (sebelum dia dapat fly ke UK).

inilah cik abe saya (gambar: di biliknya masa study di UK)

Nak dipendekkan cerita, suami saya bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master di UK. So kami plan kawin dulu, then baru dia further studies. Proses pernikahan kami sangat carli caplin; suami hanya pulang ke Malaysia 2 minggu sebelum majlis kahwin kami. HIV test? Dia pos ic ke Malaysia, dan abangnya yang menyamar jadi 'dirinya' utk buat ujian HIV. Teruk kan? hahaha...

Kami hanya buat majlis di sebelah perempuan, sebelah lelaki lepas dia balik Malaysia for goods i.e. abis Master.

Maka bermulah episode indah dalam hidup saya > satu demi satu Allah makbulkan impian saya.

Tahun 2006:
* berjaya mengenggam degree
* berjaya dapat kerja awal dgn starting gaji RM2500 (tak sempat nak rasa 'tanam anggur')
* berkahwin dgn jejaka pilihan hati saya Mohd Dzuha :P

Tahun 2007:
* travel ke overseas; Sheffield, Paris, London, Italy (yuhuuuu, akhirnya berjaya naik kapal terbang! Emirates Airlines)
* berjaya memiliki kereta sendiri; Honda City Vtec (yang masih pakai sampai sekarang)
* husband pun berjaya dapat kerja xlama lepas balik Malaysia

Tahun 2008:
* mengandung anak pertama
* trip to Korea & Singapore (naik kapal terbang lagi. hehehe....kali ni naik MAS)

Berbalik cerita travel tadi, saya sebenarnya memang nakkkkkkkkk sgt2 gi overseas. Seriusly! Dari kecik lagi, saya suka baca news paper setiap kali bulan puasa. Kan ada ruangan 'Salam Perantauan'. So saya berangan2 suatu hari nanti gambar saya pun akan keluar dalam tu. hahaha...tp sampai skang, xpernah keluar pun. kikikiki...

Apapun, rasanya berkat buat baik pada ibu/bapa juga berkat kawin awal, Allah tunaikan hajat saya 7 tahun selepas itu. Lepas kawin, berderet saya dapat jalan2 gi overseas.

Memang saya suka giler dapat travel overseas. Rasa fikiran ni tenang, rasa lapang n tak rasa stress compared kalo asyik duduk kat Malaysia jer. So guys, kumpullah duit utk pergi mengembara.... seriusly berbaloi!

Dan apa target saya sekarang? Saya nak dapatkan FREE 6 STAR TRIPS DARI SHAKLEE. In shaa Allah, aim saya untuk melancong dan menikmati percutian mewah yang ditaja 100% oleh Shaklee next year...

Jom saper2 nak join saya, mari kita jana pendapatan dgn Shaklee. Tak rugi buat Shaklee...bonus dapat banyak, kawan2 bertambah, kesihatan badan bertambah baik. Dan ada peluang pergi melancong pulak tu.

** psst...semalam bonus Shaklee masuk (15/5/13), dan alhamdulillah bonus saya RM6K++. Oklah, saper nak bg kan? kan?

Anyway, sebelum saya tutup entry ini, saya kongsikan gambar2 trips saya zaman dulu kala...Happy Watching!


Note: Gambar2 di bawah ni masa pergi Sheffiiled (February 2007)

 
 
 




Note: Gambar2 di bawah ni pulak sewaktu melawat Paris (February 2007)





Note: Gambar2 ni pulak masa di Sheffield waktu summer (July 2007)






Note: Yang ini pulak, sewaktu melawat Italy (July 2007)





Note: Melawat London (July 2007)






Note: Melawat Korea June 2008 (masa ni mengandungkan ammar; my 1st baby)






Note: Melawat Singapore (Jan 2008)  - masa ni lum preggy. patut letak gambar ni dulu. aiseh...



 

Note: Melawat Melbourne (Oktober 2010)






Note: Melawat Hengelo (April 2012)




Note: Melawat Istanbul April 2012 (masa ni tgh sarat preggy my 3rd baby)







Note: Melawat Amsterdam (April 2012)






Tahun 2013??? In shaa Allah kami gi holiday cuti sekolah akan datang. Dekat2 sini jer...

Tahun 2014?? Saya akan pastikan dapat ke overseas secara PERCUMA, ditaja sepenuhnya oleh Shaklee!

Sekian dulu coretan petang ini

Wassalam ~


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?




Hubungi saya:

Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176
Read More

Share on Facebook



 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Follow by Email

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.