Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday 15 January 2014

Written on

Kepada Yang Malu Nak Berniaga.....

Entry ni khas ditujukan buat mereka yang malu nak berniaga....




Saya post semula perkongsian dari moyang Shaklee saya; Presidential Master Cery @ Kak Cery (pioneer Group Jutawan Shaklee).




Kak cery dan saya dulu satu universiti, tp kami tak kenal pun masa di Uni. Masuk Shaklee, baru kami kenal lebih rapat.




Jemput baca Kisah Benar perjalanan beliau dalam bisness online; dari kecil, kemudian bergelar seorang Engineer PETRONAS, dan akhirnya bergelar Working-At-Home-Mama (suri rumah 6 angka sekarang ok, bonus Shaklee dh RM600K sebulan. Beliau beli kereta BMW X6 secara CASH, no riba, no interest bank etc).




Ok lah... baca dulu kemudian nilaikan sendiri....




By: Kak Cery




Sebut pasal berniaga, teringat kecil2 dulu, mak saya jual macam2 nak menyara kami. Al maklum, ibu yang tak berapa nak tunggal... so manalah ada pendapatan tetap. Kuih, nasi lemak, kerepek...haa kitaorang 3 beradik lah yang angkut sekali bawa pergi sekolah petang tu...cuma saya lah malu sikit...tapi ikut jugaklah jual macam2...Ada darah meniaga kot dalam bdn ni...Mak saya ckp, ayah kandung saya pun berniga jugak..tapi bukan jual kuih nasi lemak mcm kamilah...dia meniaga standard sikit...Itu yang mak saya ceritalah, kalau tipu, maknanya saya pun tipulah...sebab saya pun tak berapa kenal dia...haha...


Okey bukan nak cerita sejarah lama...tapi apa yang saya nak kongsikan di sini adalah, rasa malu nak berniaga... Tipulah kalau siapa2 yang nak berniaga takde rasa malu. Tak kisahlah apa jua jenis perniagaan pun...betul tak? Saya pun pelik kenapa nak rasa malu, sedangkan perniagaan adalah perkara penting dalam Islam... 9/10 punca pendapatan datang dari berniaga. Model terbaik Nabi kesayangan kita juga berniaga sejak umur 12 tahun...


Perniagaan menjadi satu terminologi yang sering disebut dalam Al-Quran. Contoh ayat Al-Quran: "Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-teragan, mereka mengharapakn sejenis perniagaan yang tidak akan rugi (35:29)"


"Wahai orang-orang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kau dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Alah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian iulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (61:10-11)"


Kenapa Allah menyebut perniagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan tetapi boleh juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul.


Saya ni bukanlah sempurna sangat dan memang takde sijil2 nak mengajar orang ni. Tapi apa yang saya ceritakan adalah berdasarkan pengalaman saya. Bercerita tentang rasa malu...termasuklah saya sendiri...Saya sendiri rasa malu ketika mula2 nak beniaga online dahulu. Walhal online je pun...bukan ada orang nampak muka saya...bukannya kena ketuk pintu rumah orang malam2 buta...ya ampunnn malu rasa macam kena menari tak pakai baju tengah jalan...Malu rasa macam mintak sedeqah...Malu rasa macam nak merompak...Malu fikir apa orang cakap...kot tak cukup duit ke budak ni..Agaknya kalau dulu2 mak saya fikir malu, rasanya kami adik beradik makan pasir je la jwbnya. tak pun makan rumput. hahaha...


Memang saya ni pemalu, tanyalah ahli keluarga dan kawan2 rapat saya. Sebab tu, bila saya berjaya dalam perniagaan melalui online n..kwn2 pelik...Kalau saya tak lawan rasa malu dulu, agaknya saya tak rasa kemanisan berniaga sekarang..sangatttt manissss...masyaAllah...Alhamdulillah atas kurniaan ini...Cabaran dan dugaan berniaga sangat kuat...


Kita kena tanya balik, kenapa harus MALU?? Lepas tu, tanya diri sendiri balik, kenapa kita kena berniaga? Suka2? Ikut2 orang? Nak cepat kaya?? Kalau kita berniaga tanpa sebab yang jelas..haa tu yang jadi MALU TAK BERTEMPAT... Kita bukannya buat sesuatu yang haram. Kita hanya berkongsi...berkongsi apa yang kita rasa, membimbing mereka yang memerlukan...lepas tu dapatlah imbuhan dan bonus dari company...dan pelbagai lagi kebaikan berniaga...priceless..


Sebab tu waktu baru2 nak start, saya LAWAN rasa malu, saya email semua orang beritahu apa yang saya jual. Saya tulis blog... impian saya sangat besarrr...lebih besar dari rasa malu tu.. Sebab tu buat jer.. (Ikutkan memang malu oooo nak tulis blog dan nak update Facebook..maluuuu. kerja PETRONAS tapi meniaga produk kesihatan...malu makkk tauuuu...hahaha). Tapi saya ckp dgn diri saya... "ala online sahaja...orang bukan nampak pun aku...aku ada produk yang bagus, jadi kenapa harus malu nak berkongsi...aku dah rasa kelebihan produk ini..kenapa nak sembunyi...aku tak mintak atau paksa diaorag beli... Kalau nak beli, aku tolong. Kalau taknak sudah...aku pun tak sakit hati"... Jadi kenapa harus malu??.. Patutnya malu kalau tak berusaha bersungguh2 untuk mengubah diri sendiri. Patutnya malu kalau tak ambil peluang belajar dan mengajar.


Kesimpulannya, tanamlah dalam diri anda yang anda hanya berkongsi bukan menjual.. (memanglah berniaga kena menjual. dah nama pun meniaga..mana ada berniaga tak menjual...cuma kalau nak hapuskan rasa malu dan tak nak fikir perkataan keramat "menjual"... maka tanamlah dalam diri anda yang anda hanya berkongsi...sharing and not selling...berkongsi kerana ingin mengejar impian membantu yang tersayang...berkongsi kerana nak orang lain rasa apa yang anda rasa..haa itu topik lain pulak...tapi awal2 ni..buang rasa malu tak bertempat tu...


Ingat yer bahawa perniagaan bukan sahaja melibatkan perkara jual beli barang fizikal. Malah ia juga melibatkan seluruh aspek kehidupan kita, mengubah diri menjadi lebih baik dan lebih kreatif (bersikap jujur, adil, toleransi, etc), membina ukhwah...Haa, kalau tak berubah2, itulah2 yang patut malu.


Ok, in shaa Allah, ada peluang masa, nanti saya tulis lagi panjang2 ye..semoga bermanfaat.


Gambar hiasan: Sekitar Zaanse Schans, Amsterdam.




Hah, camner... rasa teruja tak baca kata2 kak cery ni?




Untuk makluman semua, kata2 pembakar semangat dari kak cerylah yang buat saya TEKAD utk mulakan langkah pertama; iaitu berniaga! Dan semestinya berniaga Shaklee...




Kalaulah dulu saya malu nak berniaga, sudah pasti saya tidak sampai ke tahap ini; bergelar suri rumah 5 angka sebulan, dapat melancong ke 5 star trip, dapat bagi ibu RM1K setiap bulan, dapat infaq 4 angka setiap bulan, dapat keluarkan zakat puluh2 ribu setahun...




Kalau lah dulu saya asyik fikirkan cakap2 orang... saya tak kan dapat apa yang saya rasai sekarang! Sungguh!


Jadi ayuhlah semua..mari kita mulakan azam baru 2014...dgn mengambil kira keadaan ekonomi negara kita yang semakin parah, mulakan lah langkah pertama! Ingatlah.. masih ramai saudara2 Islam kita yang memerlukan bantuan kita. Kalau hidup kita sendiri susah, bagaimana kita mampu memberi sumbangan yang lebih utk mereka?


Fikir2kan....



Share on Facebook



Share this case:

0 comments:

Post a Comment

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.