Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday 9 February 2014

Written on

Perginya Abah Kami (Hj Mat Saad bin Hassan 1945 - 2014)

Tanggal 2 Februari 2014....

Perginya insan teristimewa buat suami saya, iaitu ayah beliau, Hj Mat Saad bin Hassan....

Sungguhpun beliau hanya lah ayah mertua saya, tetapi pemergian beliau sangat memberi kesan pada diri ini kerana abah menghabiskan sisa2 terakhir hidupnya di rumah kami di Bangi.. Allahuakbar, terasa rindu sangat pada arwah abah...

Kronologi kisah:

28 Januari 2014 (Selasa) : 

# Mak & abah datang dari Parit Buntar, Perak ke rumah kami di Bangi. Mereka sampai lebih kurang jam 1.00 tgh hari dgn menaiki kereta yang dipandu oleh anak lelaki mereka (abang suami saya).

# Tujuan mak & abah datang adalah kerana ingin menghadiri majlis perkahwinan adik saya, Athirah di Melaka yang akan berlangsung pada 1 Februari 2014.

# Pada waktu ini, suami saya masih berada di Sarawak. Beliau akan pulang ke Semenanjung pada hari Khamis (30 Janauri 2014).

# Semasa makan tengah hari, bibik sempat menggoreng ikan terubuk masin yang saya beli di Kuching ketika bertemu suami saya. Tidak sangka, rupanya abah suka sangat makan ikan terubuk tersebut....

# Apabila suami menelefon, abah banyak kali berpesan, minta suami saya bawa balik ikan terubuk masin lagi... ya Allah, masih segar lagi riak muka abah yang seronok makan ikan terubuk tersebut.

# Pada malamnya, saya membawa mak & abah keluar utk dinner bersama anak2 dan bibik. Kami makan malam di Restoran Indonesia, Cibiuk. Seronok sangat rasanya dapat bawa mak & abah keluar makan...

Abah di hujung sekali... berbaju biru muda. Rajin abah layan Ammar makan di sebelahnya.

29 Januari 2014 (Rabu):

# Awal2 pagi lagi abah bangun dan pergi ke surau di belakang rumah kami untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah.

# Kemudian, seawal jam 7 pagi, abah pergi berjogging (berjalan kaki) di taman sebelah rumah kami.. seingat saya, abah dapat berjalan sebanyak 3 pusingan. Masih segar lagi dalam ingatn saya, tika saya bertembung dgn abah yang baru pulang dr taman. Ketika itu, saya baru hendak keluar menghantar anak2 ke sekolah tadika. Muka abah happy sangat! Rasa segar sgt muka abah waktu tu!

# Pada waktu petang juga, abah keluar sekali lagi ke taman. Saya sendiri tidak tahu yang abah keluar ke taman... masa tu saya ingin keluar ke kedai utk membeli makanan rabbit kami. Saya bertembung dgn abah yang baru lepas berbual2 dgn rakan2 joggingnya (warga emas juga).

"oo.. abah gi jogging" (saya tersenyum melihat abah).

"Abah, ni kunci rumah. mak suh bawa td sbb mak nak tido sekejap.." kata saya sambil menghulur kunci pada abah.

"oo.. ok2. Nak gi mana ni?" tanya abah sambil mengambil kunci tersebut.

"Kitaorang nak gi kedai jap, nak beli makanan rabbit. Nasib baik jumpa abah.. tak tahu pun abah pergi taman. kalo x, sian abah kena tunggu kat luar" saya berseloroh.

Masa ni, nampak abah tersangat happy. Sukar hendak saya gambarkan keadaan muka abah waktu itu.. saya jadi seronok sebab lihat abah happy ketika berada di rumah saya.


Inilah taman di sebelah rumah saya; tempat abah keluar berjogging...


# Sebenarnya.. jauh di sudut hati saya... saya seakan pelik dgn reaksi abah. Sebelum ini, tidak pernah abah ingin keluar untuk ke taman apabila datang ke rumah saya. Tetapi kali ni, abah mcm sgt exited utk explore kawasan rumah saya. Manakan tidak, abah pergi ke surau melalui pintu belakang rumah kami (oh yer, pintu belakang rumah ni, jarang kami buka, selalu kami lalu pintu depan sahaja. Tapi abah suruh bibik buka sebab dia nak ke surau lalu pintu belakang), lepas tu pagi & petang abah keluar ke taman....abah juga turut layan ammar &sumayyah di belakang rumah kami (sambil main dgn arnab).

# Jujurnya, saya sebagai menantu sangat bahagia apabila melihat mertua saya seronok tinggal di rumah saya. Saya biarkan sahaja abah melakukan aktiviti yang beliau suka...

30 Januari 2014 (Khamis):

# Esoknya, abah memulakan rutin harian yang sama; pergi ke Surau utk solat Subuh, dan keluar berjogging.

# Pada waktu tgh hari pula, saya bercadang untuk ke Alamanda (Putrajaya) untuk membeli baju kemeja suami. Saya ajak mak & abah pergi sekali, tetapi abah tidak mahu ikut. Hanya mak yang  pergi...

# Masa di Alamanda, saya sempat membeli sepasang baju kemeja utk abah; jenama Pierre Cardin. Mak yang pilhkan baju tersebut, saya hanya jadi tukang bayarnya. hihi....

# Sejurus kami pulang ke rumah, saya happy sgt bila melihat abah excited masa nak try baju tersebut...

# Waktu petang, saya dan mak bersiap untuk ke Airport bagi mengambil suami saya yang akan tiba dari Bintulu, Sarawak.

# Abah pula. tinggal di rumah... sebab abah kata, hendak pergi ke pasar malam. Oh yer, abah juga pergi ke pasar malam rumah kami dgn berjalan kaki! Hebatkan? Nampak mcm abah suka sangat dgn environment di situ.

# Setelah mengambil suami, kami terus pulang ke rumah. Setiba di rumah, abah beli banyak makanan dari pasar malam. Abah belikan rambutan, durian, duku, nangka dan macam2 lagi! Malam tu, kami sangat seronok dapat makan bersama2. Suami saya ni, anak bongsu mak & abah, dan beliau ni pun, seorang yang sgt kelakar. Dgn adanya suami sekali, situasi rumah malam tu jadi sangat meriah! hehe....

31 Januari 2014 (Jumaat):

# Pagi tu saya bangun awal pagi. Setelah melakukan solat tahajud, saya keluar dr bilik tidur & membuat sedikit kerja di bilik Shaklee. Masa ni, saya dgr mak & abah dah bangun.

# Rupa2nya pagi tu, anak2 mak & abah yang no 1 & 2 akan datang ke rumah saya. Abang ipar saya yang no 1, baru sahaja sampai dari Jakarta, manakala abg ipar yang kedua, baru sampai dari Kota Bharu, Kelantan.

# Jujurnya, sangat sukar untuk bertemu beramai2 dgn adik beradik suami kerana semua sibuk dgn urusan kerja masing2. Abang sulong suami, bekerja di Jakarta (Oil & Gas company), yg kedua doktor di Kelantan, manakala suami saya bekerja di Sarawak. Hanya anak lelaki yang no 4 yg selalu bersama abah sebab mereka tinggal bersama. Tiga anak abah yang lain, semua duduk jauh2. Tetapi pada hari itu, seakan Allah telah mengatur perancanganNya; secara kebetulan semua baru pulang untuk bercuti dan mereka berkumpul di rumah saya!

# Teringat kata2 dr ayah saya; abah seronok sangat semasa bercerita dgn ayah ketika di Melaka. Abah kata, beliau rasa gembira dapat berjumpa dgn anak2 nya sebelum bertolak ke Melaka. Allahuakbar....Terima kasih ya Allah kerana mengatur pertemuan ini!

# Masa tiba di Melaka, kami terus ke rumah ibu & ayah, melihat persiapan terakhir untuk kenduri adik keesokan harinya.

# Setelah makan tgh hari, kami bergerak ke Bayou Lagoon Resort utk check in hotel. Saya telah book apartment hotel dgn 2 bilik tidur. LEpas check in, kami semu keletihan dan terus tidur sehingga waktu asar/

# Selepas bangun tidur & menunaikan solat jamak asar + zohor, kami semua bersiap untuk turun mandi ke lagoon di hotel tersebut. Abah dan mak hanya duduk memerhatikan saya dan suami bersama anak2 mandi di situ.

# Waktu menulis ni, rasa nak berjujuran air mata saya sebab saya teringat abah excited nak ambil gambar saya dan anak2 masa kami dah selesai mandi. Siap abah suruh kami berdiri betul2 utk beliau ambil gambar menggunakan hp beliau. Allahuakabar... rindunya kat abah!

# Malam tu, kami bergerak semula ke rumah ibu sebab adik saya akan bernikah pada malam tersebut. Waktu ni, keadaan agak sibuk, dan saya pun tak berapa ingat apa yang abah lakukan. Yerlah.. masa ni tgh excited tgk adik sendiri menikah. Rasanya abah bersama dgn suami saya waktu pernikahan sedang berlangsung.

1 Februari 2014 (Sabtu):

# Abah dan mak seperti biasa bgn awal dan solat subuh berjemaah. Kemudia mak kejut kami utk solat.

# Selesai solat, kami kejut anak2 pulak utk prepare pergi breakfast di Hotel.

# Semasa breakfast, abah mmg berselera makan. 2-3 round jugak abah pusing buffet sarapan di situ. Dan yg kelakar nya, masa kami dah selesai makan dan keluar dr cafe, kami tercari2 abah. Rupanya abah masih di cafe.. masa ni abah tgh nak makan ubat. Oh yer, abah ada penyakit diabetes & darah tinggi tapi masih dalam keadaan yang terkawal. Tidak pernah sampai kena masuk hospital dsb.

# Setiba di bilik hotel, kami pun bersiap2 utk check out dan bergerak ke rumah ibu.

# Abah memang seronok tgk cucu2 nya pakai baju flower boy & flower girl.

Sumayyah & Fateh; abah sedang duduk di sofa. Nampak x kopiah putih di sofa? Itulah abah :)

# Setiba di rumah ibu, tiada siapa di rumah kecuali pengantin. Jadi kami semua bergerak ke dewan.

# Masa di dewan, saya tidak berapa perasan apa aktiviti abah dan mak. Sebab saya sibuk layan tetamu dan adik beradik yang lain.

# Cuma ayah ada bgtahu (selepas abah meninggal), abah duduk bersendirian di hujung dewan memerhatikan orang ramai yang hadir. Ayah cuba ajak abah berbual dan bertemu dgn mereka yang hadir, tetapi abah tidak mahu, abah mahu bersendirian... (Allahukabar, andainya saya dan suami tahu, waktu tersebut adalah hari terakhir sebelum abah pergi, pasti kami akan spend masa berbual2 dgn abah. Benarlah! Ajal itu rahsia Tuhan, kerana itulah Allah mengingatkan kita utk sentiasa bersedia menghadapi mati)

# Semasa sessi mengambil gambar pula, puas suami memujuk abah utk bergambar sekali, tetapi abah tidak mahu. Jadi hanya kami dan mak yang mengambiil gambar bersama pengantin.

Hanya mak yang naik ke pentas utk mengambil gambar bersama pengantin.


# Selepas sessi mengambil gambar, kami semua bergerak dari dewan utk check in di Homestay (homestay tersebut dekat je dgn rumah ibu dan ayah, satu Taman Air Molek juga).

# Kami semua menunaikan solat zohor dan selepas itu berehat. Saya tidur sekejap bersama anak2, Waktu ni, abah juga berehat di bilik. Suami pula terus ke dewan semula utk melihat perkara2 yang boleh dibantu lg. Mak turut ikut suami sekali...

# Saya tidak tahu apa yang berlaku.. sampailah suami pulang ke rumah, waktu ni baru saya tersedar dr tidur. Fuh, mmg keletihan sungguh.

# Petang itu, saya tinggalkan bibik dgn anak2 di homestay, manakala saya dan suami pergi ke rumah ibu kerana ada tetamu yang hadir. Jadi hanya mak, abah, bibik n anak2 sahaja yang berada di homestay.

# Terus terang, sepanjang hari tersebut, saya mmg tak berapa ingat apa aktiviti abah, sbb saya sibuk dgn family saya. Abah pula duduk dalam bilik sahaja (mungkin tidur,  mungkin berehat atau mungkin mengaji).

# Hanya pada waktu malam, setelah semua urusan selesai di rumah ibu, barulah kami dapat bersama; mak, abah, suami, saya dan anak2 berkumpul di ruang hadapan sambil menonton TV. Suami berbual2 dgn abah dan mak, tetapi tidak terlalu lama, sebab beliau keletihan. Selepas itu, suami terus masuk tidur.

** Entry akan bersambung lagi... 

Share on Facebook



Share this case:

0 comments:

Post a Comment

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.