Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday 10 April 2014

Written on

Bagaimana menubuhkan syarikat Sdn Bhd??

Ok hari ini kita berbual perkara yang advance yer...

"Bagaimana hendak menubuhkan syarikat Sdn Bhd"

Kalau u all memang berhajat nak kembangkan bisness, maka eloklah tubuhkan sebuah syarikat.

Sebelum itu, mari kita kaji dulu perbezaan antara Syarikat Enterprise & Syarikat Sdn Bhd.

Kalau google, berlambak info tentang perbezaan kedua2 jenis perniagaan ini. Memandangkan saya bukanlah pakar dalam bidang ini, maka saya hanya senaraikan perbezaan yang saya faham antara kedua2 jenis perniagaan ini hasil dari pembacaan & pemahaman saya. Kalau salah, sila komen yer.. nanti saya betulkan.


1) Syarikat ENTERPRISE
- ada 2 jenis samada perseorangan (milikan tunggal) atau perkongsian
- kos menubuhkan adalah murah
- prosedur menubuhkan adalah mudah
- modal kecil kerana perniagaan dalam industri kecil & sederhana
- cukai dikenakan ke atas pemilik syarikat
- tidak perlu audit akaun syarikat & tidak perlu ada meeting
- keuntungan 100% kepunyaan pemilik kerana pemilik & syarikat adalah satu entiti; pemilik = syarikat
- segala hutang & masalah ditanggung oleh pemilik syarikat. kalau syarikat bankrup, maka bank berhak untuk menarik segala harta benda kepunyaan si pemilik
- Syarikat Enterprise juga sukar untuk mendapatkan bantuan kewangan dari pihak bank disebabkan size & dasar status perundangannya yang tidak terhad
- andainya pemilik syarikat enterprise meninggal dunia, maka perniagaan enterprise juga tamat, oleh sebab itu, perniagaan enterprise tidak boleh diwariskan kepada anak cucu.....

hurm, xbest kan???

2) Syarikat SDN BHD
- memerlukan sekurang2nya 2 orang pengarah syarikat
- kos menubuhkan lebih mahal (antara RM2k - RM3k)
- prosedur menubuhkan lebih rumit:
* perlu melantik Setiausaha Syarikat (Secretarial Company) yang berdaftar
- modal lebih besar
- cukai dikenakan ke atas syarikat, dan bukan pemilik syarikat (bergantung pada skim percukaian syarikat)
- akaun syarikat perlu diaudit setiap tahun, dan syarikat perlu menghantar laporan tahunan (AGM)
- keuntungan yang diperoleh adalah milik syarikat, pemegang saham hanya boleh mendapatkan dividen
- andai syarikat bankrup, ia tidak melibatkan para pemegang saham
- saham dalam syarikat boleh dipindah milik; andainya pemegang saham mati, syarikat tidak terkubur seperti syarikat enterprise. Jadi perniagaan ini boleh diwariskan kepada anak cucu melalui pindah milik saham syarikat.

Ok, jadi boleh teka yang mana satu jenis perniagaan yang saya nak tubuhkan??

Of coz SDN BHD!!

Nama syarikat saya adalah ......... (nanti dah officially registered, saya umumkan yer).

Ok, carta organisasi syarikat sdn bhd adalah seperti berikut:

1. Pemegang saham - orang yang memegang kepentingan ekuiti (hak milik dalam syarikat) 

2. Lembaga Pengarah -  dilantik oleh Pemegang Saham sebagai pembentuk dasar syarikat (menetapkan hala tuju syarikat)

3. Pengurusan - diilantik oleh Lembaga Pengarah untuk mengurus & mentadbir syarikat i.e dilantik oleh Lembaga Pengarah untuk bekerja di syarikat

Note: Pemegang saham boleh orang yang sama dgn Lembaga Pengarah

Baiklah, bagaimana pula  cara menubuhkan Syarikat Sdn Bhd??

1) Anda perlu melantik Setiausaha Syarikat yang berlesen untuk menubuhkan syarikat Sdn Bhd (tidak boleh dilakukan sendiri)

2) Segala dokumen & borang2 akan diuruskan sendiri oleh Setiausaha Syarikat yang dilantik. Mereka yang akan melakukan kesemuanya, anda hanya perlu menyediakan ongkosnya. Apabila Sijil Pemerbadanan (borang 9) dikeluarkan oleh SSM, ia menandakan anda sudah boleh memulakan perniagaan syarikat sdn bhd anda

Ok, itu sahaja...

Saya akan tulis entry terbaru apabila nama syarikat saya sudah berjaya didaftarkan.

Sekian....






Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?





Hubungi saya untuk khidmat konsultansi secara percuma! Juga untuk mendapatkan jadual makan vitamin yang terbaik untuk anda...


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176




Share on Facebook



Share this case:

0 comments:

Post a Comment

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.