Pages

Saturday 26 April 2014

Saat Kau Ku Tinggalkan.....

Saya kini berada di rumah ibu, di Air Molek, Melaka... bawa anak2 pulang menziarahi tok ibu & tok ayah mereka.

Tenang rasanya bila dapat duduk di kg tempat saya membesar. Teringat zaman kanak2 saya di sini :)

Ketika selesai solat zohor td, tiba2 anak saya yang ketiga, Muhammad Fateh datang dan memeluk saya. Tiba2 hati saya tersentap apabila mengingati sesuatu.....

Tahun 2010.....

Masih terbayang2, saat paling getir saya melalui detik2 kehidupan saya. Tika itu, bibik saya baru melarikan diri, suami saya pula berada di luar kawasan (out staion), anak sulong saya, Ammar baru berusia 1 tahun ++ dan saat itu, saya sedang mengandung anak kedua..

Waktu itu pula, saya tinggal di kejiranan yang sangat menyedihkan. Ya, perumahan kos rendah, rumah yang saya sewa adalah single storey. Kebanyakan jiran2 saya adalah para ibu yang tidak bekerja, suami hanya bekerja biasa2. Saya memilih perumahan itu kerana sewanya murah dan ia dekat dgn tempat kerja saya.




Malas rasanya ingin berbicara tentang hal ini, tetapi cukuplah semua tahu, bahawa jiran2 saya mengetahui rancangan bibik saya ingin melarikan diri tetapi ianya tidak diberitakan kpd saya. Hanya selepas bibik saya berjaya melarikan diri, barulah mereka membuka mulut.

MashaAllah, hendak menitis air mata apabila mengingati setiap ujian yang saya lalui tanpa suami di sisi. 

Hendak bergantung kpd keluarga saya, mereka juga susah. Setiap kali mereka ingin datang menziarahi saya, saya perlu berikan duit minyak & toll buat mereka kerana mereka juga mengalami kekangan kewangan. Mana mungkin saya mampu menghulurkan duit kpd mereka setiap masa di kala kewangan saya juga masih belum stabil. Setiap bulan, hanya RM300 sahaja yang mampu saya hulurkan, meskipun jumlah itu masih tidak cukup buat keluarga saya :(

Saya mengalami stress yang sangat kuat... bila anak saya meragam, saya jadi cepat emosi, saya kerap memarahi Ammar yang waktu itu sangat perlukan perhatian.

Sebulan sahaja saya mampu hantar Ammar ke baby sitter... saya tak boleh teruskan kehidupan saya seorang diri bersama anak saya. Setiap kali hendak hantar Ammar ke baby sitter, Ammar tidak mahu duduk di car seat. Saya drive dalam keadaan saya memeluk anak saya, perut yang kian membesar, suami yang hanya dapat bertemu seminggu/ 2minggu sekali...

Perancangan Allah itu Maha Hebat. Kebetulan adik saya yang ke-7 baru sahaja selesai SPM, maka ibu membenarkan beliau utk tinggal di rumah saya buat sementara waktu sehingga saya bersalin (waktu itu, saya menjadi trauma utk mengambil pembantu rumah yang baru, bermcm2 fikiran yang muncul, dan yang pasti, saya tidak mahu mempertaruhkan anak saya utk dijaga oleh orang asing yang baru).

-----------------------------------------------

Apabila anak ketiga saya memeluk saya tadi, tiba2 hati ini tersentuh apabila mengenangkan saat saya terpkasa tinggalkan Ammar kerana dihantar out station oleh syarikat tahun 2010.

Saya tinggalkan Ammar di rumah ibu, dan sepanjang ditinggalkan, Ammar tidak mahu dgn sesiapa kecuali dgn adik saya. Ke mana adik saya pergi, dia akan ikut. 

Dari lenggok bahasa badannya, mungkin anak sekecil itu ingin memberitahu "Ummi, ammar rindu ummi. Cepatlah balik ummi..." Tetapi, apakan daya, anak kecil seusia 1 tahun ingin berkata begitu.

Dan apabila saya pulang, dia hanya mahu memeluk saya, tidak mahu lepaskan. Allahukabar... 





-------------------------------------------------------------------------------------------------

Duhai anak ku, Muhammad Ammar....

Ummi ingat sayang, saat kau, ummi tinggalkan... hatimu meronta ingin melihat ummi, kau hanya ada ummi yang dekat dgn mu. Abah juga rindu padamu, tetapi apakan daya, abah terpaksa berjauhan demi tuntutan kerja... 

Duhai permata ku, Muhammad Ammar....

Maafkan ummi kerana tidak mampu bersamamu di saat kau perlukan perhatian...
Maafkan ummi kerana tidak sabar melayan karenahmu di kala ummi perlu handle rumahtangga seorang diri.....
Ummi perlu keluar bekerja, sayang, demi untuk kebahagiaannmu....
Tok ibu perlukan sokongan duit setiap bulan, adik2 ummi juga perlukan bantuan ummi....
Mana mungkin ingin biarkan abahmu menanggung keluarga kita seorang diri....

Ketahuilah anakku...

Ummi & abah bekerja agar kami dapat memberikan yang terbaik buatmu...
Kau adalah amanah Allah buat kami....
Tidak mungkin akan kami sia2kan...
Maafkan ummi kerana tidak mampu untuk menjaga mu saat kau sedang membesar....
Waktu itu, ummi tiada pilihan sayang.....

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, kini Allah anugerahkan saya nikmat yang sangat2 saya nantikan selama ini. Be Working-At-Home-Mama!!

Terima kasih Allah atas tarbiyyah ini... atas ujian yang Kau berikan. Sesungguhnya semua ini menjadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur dan dekat dgn Mu....

In shaa Allah, azam saya kini adalah untuk membantu para ibu yang sedang menghadapi dilema seperti saya suatu masa dahulu....

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, kita yang harus berusaha mencarinya ~



Ainul...
Working-at-home-mother

~ From Air Molek with Love ~





Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176

No comments:

Post a Comment