Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday 15 April 2014

Written on

Tips Penjimatan Rumahtangga Siri 1

Memandangkan ramai yang bertanya saya tips2 penjimatan barangan rumah, jadi saya luangkan sedikit masa berkongsi apa yang saya praktiskan sepanjang saya mendirikan rumahtangga.

Utk makluman semua, saya memang orang yang berjimat & berkira2 dalam setiap perkara yang saya lakukan... eh eh, nk cover diri tu kedekut lah tu :P

Tapi tak semua perkara saya berkira yer. Ada juga beberapa benda yang saya tak kisah kalau nak belanja banyak contohnya seperti pergi travel, belanja ibu ayah, zakat, sedeqah dan bab2 makan. hehe :P

Memang sejak dari awal perkahwinan lagi, saya dan suami bukanlah jenis yang suka bershopping, kami suka beli barangan keperluan rumah je. Maka sudah semestinya shopping2 complex seperti Jusco, Parkson, Midvalley, The Curve, dan seumpamanya bukanlah tempat yang menarik hati kami.

Kami suka pergi Giant, Carrefour, Tesco dan seumpanya sebab kat situ, barangan keperluan rumah adalah lebih lengkap dan menjimatkan (bila ada promosi).

Biasanya saya dan suami akan pergi shopping sekali banyak (buat stok) bila time ada promosi. 

Antaranya:

1) Cereal Milo/ Honey Star/ Koko Crunch - harga biasa RM13.99 (Economy pack), harga promosi boleh mencecah sehingga RM9.90. So bila time promosi, kami akan beli sehingga 8 kotak. Biasa sekotak, our kids akan makan utk sebulan, jadi 8 kotak utk 8 bulan (every month jimat RM4)

2) Susu kotak Dutch Lady - harga biasa RM5.50 sekotak, bila promosi boleh mencecah RM4 sekotak. Jadi kami akan beli 3 dozen terus (36 kotak). Biasa, our kidz minum 2 kotak seminggu, jadi sebulan total 4 kotak. 36 kotak utk 9 bulan (every month jimat RM6)

3) Tisu kotak/ Tisu gulung - bila promosi, harga boleh turun sehingga RM2, so kami akan beli dalam 2-3 stok.

4) Sabun basuh baju - pun kami akan beli time promosi. So bila promosi, beli sampai 4-5 pack.

Dan ada few brg lagi yang kami suka beli sekali banyak, buat stok di rumah seperti susu formula our kids, kicap, sos, spaghetti dll...


Gambar hiasan


Note: Pastikan beli barangan yang tahan lama i.e expiry date nyer masih lama. Jgn u all beli brg yang sebulan dh expired lak yer...

Sesiapa yang dah selalu shopping barangan rumah, u all dah boleh agak trend shopping2 ni.. biasa mereka akan buat promosi 2-3 bulan sekali.

Contoh: Bulan ni Giant buat promosi Susu Fresh milk murah.. bulan depan Carrefour pulak, sebulan akan datang, Giant akan buat lagi. hah begitulah seterusnya...

Dan barangan basah pun, saya akan beli banyak2 bila ada promosi. Beli utk stok seminggu ke 2 minggu terus, antaranya:

1) Sotong - RM9.90 sekilo, biasa RM16 sekilo
2) Ikan Siakap - RM8 sekilo, biasa RM13-17 sekilo

Tapi sekarang, mcm agak susah nak dpt harga promosi utk barangan basah. Semua naik harga!!

Apa yang wajib ada kat rumah setiap minggu, memang saya akan beli lah even tiada promosi seperti ayam, ikan salmon (my kids sgt suka makan ikan salmon) dan ikan pari (ni umminya yg suka mkn. hehe). Yang lain2 tu mcm udang, sotong, ikan siakap, ikan bawal, ikan terubuk etc, saya beli bila terasa nak makan. 


Kemudian, utk setiap pembelian, tak kisah apa sahaja, shopping ke, isi petrol ke, order Shaklee ke, saya sangat suka gunakan Credit Card. 

Sebabnya?? Saya suka kumpul point dari Credit Card. Even saya hanya nak belanja RM20, kalau boleh guna credit card, saya akan swap. Biarlah orang nak kata "eh, dia ni xde duit ke sampai banyak ni pun nak swap??" - AAK -

Ok, next tips, saya nak cerita tentang Credit card pulak...

Kat mana penjimatannya bila gunakan credit card...

Tetapi AWAS!!! Jangan tersalah guna, akibatnya padah pada diri sendiri. Jika anda orang yang masih tidak pandai menguruskan hutang piutang, saya nasihatkan JANGAN GUNA.

Dan pastikan kalau nak guna sekalipun, gunakan Credit Card Islamic dan make sure bayar on time! (terpaksa guna tanda seru supaya rasa tersentap sikit. hehe).

Ok, stay tune ~



Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?





Hubungi saya untuk khidmat konsultansi secara percuma! Juga untuk mendapatkan jadual makan vitamin yang terbaik untuk anda...


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176


Share on Facebook



Share this case:

1 comments:

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.