Pages

Wednesday 16 April 2014

Tips Penjimatan Rumahtangga Siri 2

Sambungan siri penjimatan rumahtangga. 

Siapa nak baca yang siri 1 , boleh klik di sini: (Tips Penjimatan Rumahtangga Siri 1)

Entry kali ni, saya nak share tentang Credit Card pulak.

Rasanya semua faham, rata2 rakyat Malaysia dijatuhkan bankrup C kerana gagal membayar hutang kad kredit, betul kan??

Inilah padahnya kalau tidak pandai merancang. Sedangkan kalau nak diikutkan, penggunaan kad kredit sangat banyak manfaatnya kalau kita pandai mencari peluang.

Tips yang boleh diguna jika anda hendak menggunakan kad kredit:

1) Tulis siap2 list barang nak beli dan budget allocation - cth: kalau anda nak belanja RM300 utk grocerry rumah, tulis siap2 list brg tu dan pastikan duit ada. Lepas tu, baru anda boleh guna kad kredit. Lepas dah guna - esoknya terus buat bayaran ke kad tersebut (tru online je pun bayar).

2) Setiap kali nak swap - ukur baju di badan sendiri, kalau u nak swap RM1000, fikir dulu, boleh ker u bayar nanti. Jgn guna dulu baru fikir camner nak bayar. Tu bermaksud u memang jenis "biar papa asal bergaya" - biar berhutang asal dapat beli barang. 

3) Bayar hutang on time - saya pemegang kad kredit sejak tahun 2006 lagi (sejak start bekerja). Sepanjang saya guna kad kredit, saya tidak pernah bayar lewat mahupun bayar yang minimum payment tu. (mungkin ada sekali 2, tp tu pun sebab saya terlepas pandang awal2 tu sbb asyik travel). Setakat ni, rekod saya CLEAR dari hutang. Alhmdulillah... 

Mungkin ada yang kata, sekarang ni boleh dh guna Debit Card tetapi saya masih tak prefer guna debit card. Sbb banyak kes yang terswap dua kali, and duit u pun ter tolak 2 kali. Kalau guna kredit card, u just cancel kan je instructon yg pertama tu, tp kalau debit card - nak pulang kan semula duit u, fuh leceh. Banyak sangat protokolnya.

Lagipun pakai debit card, tak banyak point yang boleh dpt. hehe....

Antara kebaikan kad kredit yang saya rasa setakat ini adalah:

1) Selamat - tidak perlu nak bawa banyak sgt cash dalam wallet. Kalau wallet kena curi, just call bank minta block kad, tapi kalau u bawa RM cash banyak dalam wallet, alamat sedeqah je lah kat pencuri tu.

2) Mudah - bila kita nak isi minyak di Petronas ke, tak perlu nak ke kaunter, just swap kad kat sebelah pump tu. Selain tu, bila kita nak travel, pun senang. Tak perlu nak tukar duit banyak sangat, just bring ur card (tetapi make sure baki hutang ZERO, nanti tak pasal2 kad tu tak leh guna). Pun sgt senang bila kita nak tido kat hotel ke.. bg kad instead of bayar cash.

3) Boleh participate dgn contest2 yang dibuat oleh bank2 pengeluar kad kredit. So far, saya dan suami dah menang few hadiah. Antaranya kami pernah dapat TV LCD 32" jenama Sharp, kami pernah menang handphone Motorola, kami pernah dapat Apple Ipod Nano, kami juga pernah dapat Croccodile Trolley bag.


Apple Ipod Nano - ni ala2 mcm walkman

Sharp 32" LCD TV - kami dapat masa tahun 2010, masih guna sampai sekarang

Crocodile Trolley bag - memang berbaloi kami dapt beg ni. Beg ni dah merantau ikut kami ke seluruh pelusuk dunia. hehe. Senang sebab boleh tarik mcm beg2 nak travel tu. Skang bag ni masih kami pakai cuma dah koyak (too much used) :P


Motorola handphone - saya pakai hampir 1 tahun lebih sebab masatu hp saya rosak. Dan saya malas nak beli baru. Jadi sgt berbaloi dpt hp PERCUMA ni. Sekarang, hp ini dipakai oleh bibik saya :P




4) Boleh dapat cash back - yang ini, bergantung pada offer yang dibuat oleh bank. So far, bank yang paling best bagi cash back adalah AMBANK (ikut pengalaman saya). Pernah dulu AMBANK bg 20% cash bank selama 5 bulan.

20% cash back utk barangan grocery bernilai RM100 ke atas
20% cash back utk petrol RM50 ke atas

Jadi kami hanya bayar RM80 sahaja bila berbelanja RM100 di Giant/ Carrefour/ Tesco etc & RM40 sahaja utk duit petrol instead of RM50. Best kan?? 

Biasa kami shopping awal bulan, sekali shopping mau dekat RM300, so instead of bayar RM300, kami sebenarnya bayar RM240 je.

Sekarang ni pun AMBANK ada buat 20% cash back bermula 2 Dec 2013 sehingga 30 April 2014. Tp yang ini daily cash back. Hurm, nak abis dah pun promosinya.

So far, saya rasa bank yang paling senang nak dapat hadiah/ menang contest is Ambank. Hadiah2 kat atas tu, kebanyakannya menang dr contest AMBANK. Kalau Maybank, yg best adalah hadiah utk redeem point je. Contest dia xbest sgt dan susah nak menang.

Bank2 lain - saya dah survey (CIMB/ STD Chatetered/ MBF/ Public) semua tak menarik dan ada yang tak offer Islamic credit card pun. So bye bye jer lah....

5) Boleh redeem point dari perbelanjaan yang kita guna melalui kad kredit

Kalau kad kredit Maybank; setiap RM1 = 1 point, kalau guna VISA di PETRONAS, RM1 = 5 point, kalau guna AMEX pulak, RM1 = 3 point setiap kali swap (kat mana2 pun), cuma tak banyak tempat yang terima AMEX.

So kalau u setiap bulan isi minyak di Petronas sebanyak RM300, u dah dapat 1500 point. 9 bulan dah boleh dpt 13500 point. Dah boleh dapat RM50 shopping voucher.

Tapi kalau u bayar cash - dapat ke point tu? hehe....

Ok, antara barangan yang telah pun saya redeem dr Credit card:


Ini barang yang pertama sekali saya redeem tahun 2008. Dan sampai sekarang, saya masih guna vacuum ni. Dah 6 tahun guna, tak ada beli vacuum baru pun. Jimat kan??


Ear Thermometer - redeem tahun 2009. Dan sampai sekarang, saya masih gunakan ia utk check tahap demam anak2 saya. 5 tahun dh berlalu - setakat ni baru ganti battery sekali jer. Best kan??

First Aid Kit - ni redeem sekali dgn Ear Thermometer. Ok ini benda yang paling tak patut utk di redeem. Membazir je, sbb xguna pun. Sampai item kat dalamnya dah expired spt Iodin, Bonjela etc. Membazir 8000 point ku. huhu.


Car vacuum - ini pun masih guna sampai sekarang. Oklah, tak derlah kerap guna sgt pun. Malas nak basuh kereta sendiri, hantar kedai je. hehe :P

Cordless Drill - setakat ni berbaloi juga redeem sbb suami guna utk pasang ampaian rumah, pasang tempat sangkut LCD TV dsb.


Casio Ladies Watch - hah yang ini saya redeem sbb jam Swatch saya telah dipecahkan oleh anak. 1 tahun lebih jugak pakai, now jam ni dah berpindah milik ke tgn adik saya sbb saya dh dpt jam baru dr hubby (from Amsterdam! hehe)

Hesstar 16' fan - saya redeem ni and letak kat rumah ibu di Melaka. Berbaloi redeem sbb masih digunakan until now.

Ini paling tak guna redeem. Huh! Membazir je point aku...

Caltex voucher. Jimat duit petrol RM100


Mungkin ada yang tertanya2, banyaknya kami belanja setiap bulan sampai boleh redeem banyak barang. Ok, yang ini kena pandai.... jgnlah u pergi swap kad semata2 nak dpt point. 


Ikut keperluan u.. kalau u memang jenis belanja RM300 setiap bulan, so swap RM300 jer lah. Walaupun point tu lambat nak jadi banyak, sekurang2nya adalah juga point dari tak ada kan??

RM300 = 300 point. 10 bulan dah 3000 point, dah boleh dapat sebuah jam tgn kanak2 PERCUMA. Kalau 20 bulan dah 6000 point. Tu kalau betul u belanja RM300 sebulan.

Tapi rata2 rakyat Malaysia berbelanja lebih RM300 sebulan. Bukan berbelanja benda merepek, tapi memang khas utk keperluan rumah. Paling kurang pun mesti RM1k sebulan (duit minyak + grocerries + toll). So dari bayar cash, baiklah guna kad kredit. Dapat juga 1000 point setiap bulan. 12 bulan dah 12000 point, dh boleh dapat shopping voucher RM50.

Mcm saya dan suami, kami banyak guna kad atas urusan kerja. Husband saya memang out station memanjang. Bila out station, sah2 dia tido hotel. So banyak lah dia dapat swap kad dia. Dulu dia pernah attach stau projek selama 3 tahun, so sepanjang 3 tahun tu, dia memang stay di hotel. So boleh calculate lah berapa amount dia swap setiap hari (RM300 X 20 hari X 3 tahun = RM216,000). So dia dapatlah 216,000 point. Banyakkan??

Pastu beliau juga selalu ke overseas, jadi perbelanjaan di overseas semua guna kad kredit. Maka berlambak2 lah point dia dapat.

Mcm saya pulak... selain guna kad kredit utk perbelanjaan isi rumah & minyak kereta, saya juga gunakan kad kredit utk order barang2 Shaklee. Purata jualan saya setiap bulan adalah sebanyak RM10K, jadi setiap bulan saya akan swap sebanyak itu, maka setiap bulan saya dapatlah 10,000 point.

psst: semalm pos laju baru je delivver RM400 Giant Voucher. Tu hasil point yang saya kumpul few months dari transaksi bisness Shaklee saya. hehe...

Ok, berbalik kepada penjimatan berbelanja menggunakan kad kredit > perkara ini akan jadi betul2 jimat jika anda pandai mengambil peluang. 

Basically jimatnya adalah pada:

- point yang boleh diredeem
- cash back yang dioffer oleh certain2 bank kad kredit

Tetapi, sekiranya anda masih belum mampu MENGAWAL NAFSU BERBELANJA anda, saya syorkan JANGAN GUNA kad kredit lagi yer...

Macam saya, saya memang ada satu excel file yang saya guna utk track setiap perbelanjaan kad kredit saya. Katakan saya swap RM100 di Giant, saya akan tulis kat excel tu RM100. Dan setiap hari saya akan check transaksi bank saya; tally atau tak jumlah outstanding yang keluar. Ini mengurangkan kadar ke "overan" saya utk guna lebih2...dan mengurangkan risiko kad saya "diguna" oleh pihak lain. (pernah sekali, Shaklee tersalah caj atas kad saya, saya dapat trace dan buat report. Dan dapat semula duit tu. Sbb tu saya akan selalu check transaksi bank saya)

Ok, ini sahaja tips penjimatan menggunakan kad kredit. Anda timbang2 lah sendiri berbaloi atau tak utk apply kad kredit. Jika rasa tak berbaloi, maka janganlah apply.

Tips ni hanya utk mereka yang sudah ada kad kredit (pemegang kad kredit sedia ada).

Kalau rasa2 nak guna kad kredit atas "perbelanjaan orang lain", jomlah join Shaklee. Nanti customer order brg dr anda, mereka bayar cash, anda gunalah kad kredit utk orderkan. Pastu bayar semula.... senang kan?? 

Next entry, saya akan cerita bab penjimatan yang lain pulak yer....

Stay tune ~

Nota 2019: 

Entry ini saya tulis pada April 2014. Sekarang June 2019, saya dah redeem lebih banyak lagi. Saya pernah redeem flight ticket MAS utk ibu ayah saya dan anak2 saya,  saya pernah redeem Business Class MAS utk ke Shanghai & Dubai , dan banyak lagi points yang saya redeem.. 

Semua points yg saya dapat sebab business Shaklee. Bukan perbelanjaan sendiri.



Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?





Hubungi saya untuk khidmat konsultansi secara percuma! Juga untuk mendapatkan jadual makan vitamin yang terbaik untuk anda...


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176

No comments:

Post a Comment