Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, 20 May 2014

Written on

Best ke Travel ni???

Ish, jeles2x bila tgk mentor2 Shaklee ku sedang bercuti overseas. Ini jeles yang positif ok??

Rasa jeles ini yang akan buat saya bangkit utk terus kuat berusaha mencapai impian saya. Utk lebih serius & focus pada bisness saya. Hah, nilah PUSH FACTOR saya....

Ada juga yang tanya saya, kan dh banyak kali travel, kenapa nak travel lagi??? (hehe...ye ker banyak??)

Tp seriusly best sgt travel u! Bagi saya, harta benda seperti rumah yang mewah, kereta yang gah & simpanan yang banyak dalam bank bukanlah satu kepuasan bagi saya. Kepuasan bagi saya adalah apabila saya dapat melawat ke luar negara especially negara 4 musim.

Sebab tu, kalau u all tgk, kereta saya biasa2 je.. walaupun saya dan suami dah mampu pakai kereta mewah. Dua buah kereta kami, dah Shaklee tolong bayarkan, so apa yang tak bolehnya nak ambil kereta yang lebih mewah kan? kan?

Tetapi itu bukan prinsip kami. Cukuplah sebiji honda city & sebiji estima utk memenuhi keperluan kami sekeluarga. 

Rumah?? Sampai sekarang kami xde plan pun nak renovate rumah ke apa, nak tukar sofa baru ke apa, nak tukar perabot baru ke apa... cukuplah dgn apa yang ada sekarang. Simple & comel. hehehe~

Rumah kami di setia Alam tu masih kosong, nak sewakan rasa cam sayang pulak. bayar dah ler mahal, RM3k sebulan... uish sayang2x. Tak pe, beli rumah banyak sbb tu aset. Tapi bab nak renovate rumah... nanti dulu. Baik kami simpan duit utk pi travel anak beranak.

Azam saya sekarang?? Saya dah siap2 list tempat yang saya nak pergi. In shaa Allah jika diizinkan utk menunaikan Haji, lepas selesai Haji, saya akan tour around world! Yuhuuuuu..... yabeda bidu...

Btw, saya suka travel WITHOUT agency. Lebih privacy & challenging. Kali pertama saya dan hubby travel adalah ke Paris. Memang kami redah abis lah kat sana, dgn bahasa yang tak faham, dgn tgk map yang tunggang terbalik sampai kena tanya orang. Dah tu, xsemua reti cakap English.

Tapi yg bestnya... kami rasa enjoyyy sgt2, rasa romantik sgt2. hikhikhik ~

Lepas tu, kami travel ke Italy, pun without agency, sendiri2...

Then, kami melancong ke Istanbul, Amsterdam pun dgn sendiri....

Bagi saya, melancong guna agency sgt penting kalau kita bawa orang tua i.e our parents sbb mereka ni cepat penat. Kalau kita dok try n error, kang kesian pulak kat mereka. Kami pernah melancong ke Melbourne, bersama my parents in law. Without agency... mmg haru. sian mak & arwah abah ku waktu tu. huhu ~

Btw, utk anda yang plan utk melancong, jgn lupa bekalan2 yang penting seperti supplemen, universal charger, back up food like snacks etc (ini penting bila nak travel ke negara yg bukan non muslim), baju2 yg bersesuaian (kalau pergi negara sejuk, bawa 3 helai baju pun dah cukup), duit & credit card yang mencukupi serta MAP negara yang anda nak lawati.

Ok bagi saya tu ajer yang penting. Nanti saya nak buat satu entry TIPS bagaimana anda MAMPU untuk melancong ke luar negara. Jgn risau, pergi overseas ni bukan utk orang2 kaya jer.. yang kerja biasa2 ni pun boleh tau utk pergi melancong jika u all betul2 bertekad nak pergi. Ada caranya...

So start lah pasang impian dari sekarang....

Jom kita mengembara ke seluruh pelosok dunia.... yesza!!



Melbourne 2010








Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176

Share on Facebook



Share this case:

0 comments:

Post a Comment

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Follow by Email

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.