Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, 27 May 2014

Written on

Kos Seorang Pembantu Rumah Indonesia RM10K???

Hah, terkejut tak baca?? Fuh, meniaga orang lagi untung dari meniaga unta ~ P. Ramlee

Baru2 ini, saya ada mengambil pembantu rumah yang baru. Sebabnya bibik saya yang ada, dah nak balik ke Indonesia dan tidak mahu menyambung kontrak kerjanya. Yerlah, dah 4 tahun berada di Malaysia, sudah masanya untuk dia pulang & settle down dgn urusan diri sendiri.

Saya mula menggunakan khidmat pembantu rumah ketika anak pertama saya menjangkau usia 6 bulan. Banyak faktor yang menyebabkan kami terpaksa menggunakan khidmat "bibik". Salah satunya kerana husband selalu out station. 

Mempunyai seorang pembantu rumah bukanlah bermaksud kehidupan kami dah macam orang kaya. Hidup kami biasa2 sahaja, sama seperti pasangan muda yang lain. Masih lagi berkira2 dalam soal berbelanja, malah ketika mula mengambil pembantu rumah, kami tinggal di rumah single storey yang biasa2 sehingga lahir anak kami yang ketiga. (bygkan betapa padatnya rumah kami waktu tu. hehe ~)

Baiklah, back to tajuk... setakat ini, saya sudah memmpunyai pengalaman menguruskan 3 proses pembantu rumah.

Bibik 1: Tahun 2009 > kos ambil dari agent di Malasyia RM3500 (potong gaji 2 bulan )

Bibik 2: Tahun 2010 > yang ni ambil direct dari agent Indonesia sebab saya trauma masatu nak ambil bibik dari agent Malaysia. Bibik pertama saya lari dan saya syak, dia pulang ke agent Malaysia tersebut. Jadi saya malas nak deal dgn agent di Malaysia, maka saya cuba risik2 dari maid MIL, contact no agent Indonesianya. Alhamdulillah, dapat. Oh, yer.. Kos ambil dari agent Indonesia juga RM3500 (potong 2 bulan gaji)

Bibik 3: Tahun 2014 > hah, yang ini d latest yang saya uruskan. Kan bibik kedua saya dah nak pulang. Saya cuba juga hubungi agent Indonesia yang dahulu, tetapi gagal. No telefon telah bertukar. Maka terpaksalah saya cari agent di Malaysia. Setelah bertanya dgn sahabat2 alumni UTP, maka saya akhirnya berjaya mendapat contact no agent yang boleh dipercayai. Boleh baca kisah nya di sini (Pencarian Bibik Kini Bermula)

Caj yang dikenakan oleh agent yang saya ambil adalah sebanyak RM6K! Saya dapat diskaun RM200, jadi bayar RM5.8K (potong gaji 3 bulan).

Tetapi ianya tidak berhenti setakat ini sahaja yer ~

Kalau dahulu, caj yang dikenakan untuk seorang pembantu rumah adalah untuk:

1) Membuat passport
2) Mengambil gambar
3) Medical check up di Indonesia (FOMEMA)
4) Memohon visa dari kedutaan Malaysia (VDR) untuk pembantu rumah masuk ke Malaysia
5) Tambang datang ke Malaysia

Total caj: RM3.5K

Bayaran yang dikenakan agent ini tidak termasuk bayaran imigresen yang majikan perlu lakukan, iaitu:

1) Bayarn levi - RM410
2) Bayaran Visa - RM15
3) Bayaran proses - RM125
4) Pass Lawatan Kerja Sementara (PLKS) - RM60
5) Fomema (medical check up di Malaysia) - RM190

Total kos: RM800

Jadi total kos keseluruhan adalah RM3.5K + RM800 - RM650 x 2 (2 bulan tolak gaji) = RM3K#

Boleh rujuk info berkaitan proses ini di website Jabatan Imigersen Malaysia PERMOHONAN PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)




TETAPI.......

Ini kisah 4-5 tahun yang lalu. Sekarang??? 

Sure anda terkejut dgn kos yang dikenakan untuk mendapatkan seorang pembantu rumah. Sangat2 mahal!

Sebabnya?? Kerajaan Malaysia sudah menutup proses mengambil pembantu rumah secara persendirian, dan hanya melalui agent yang berdarftar sahaja yang dibenarkan mengurus pengambilan pembantu rumah asing.

Yang kelakarnya... proses yang baru ini hanya dikenakan ke atas pembantu rumah asing dari Indonesia sahaja! Dari negara lain, prosedurnya masih sama. Pelik kan???

Jadinya, apa yang anda dapat dari agent persendirian sekarang hanyalah kos meng 'supply' seorang warga Indonesia dalam status "Pelancong", dan ianya kini menjangkau sekitar RM5K - RM7K seorang!! (ini memang kena dgn ungkapan P. Ramlee; meniaga orang lagi untung dari meniaga unta) - bayangkan hanya cari orang, buatkan passport, & beli tiket untuk ke Malaysia boleh mencecah sehingga RM7K??? Tak gila ke namanya tu!!

Kemudian, apabila pembantu rumah yang berstatus "pelancong" itu telah sampai di Malaysia, anda perlu contact mana2 agent @ runner Imigresen untuk menguruskan permohonan Visa & Permit Kerja Sementara, dan ianya menelan belanja sebanyak RM4.3k! (kalau dulu, buat sendiri, hanya RM800 sahaja, sekarang?? MashaAllah terkejut mak)

Jadi total kos keseluruhan untuk khidmat pembantu rumah asing dari Indonesia yang saya perlu bayar:

Total = RM5800 + RM4300 - RM700 x 3 (3 bulan potong gaji) = RM8K#

Note: Kos ini juga sama jika anda ingin mendapatkan pembantu rumah dari agent yang berdaftar, cuma saya tidak pasti dari segi potongan gaji, cuti, & warranty. 

Bayangkan betapa banyaknya peningkatan dalam masa beberapa tahun sahaja!

PERBEZAAN KOS DAHULU & SEKARANG:

1) Gaji maid: RM700 - RM650 = RM50
2) Kos agent persendirian: RM5800 - RM3500 = RM2300
3) Imigresen proses: RM4300 - RM800 = RM3500

Merah: Kos sekarang
Biru: Kos dahulu

Apa yang tidak banyak perubahan?? Gaji pembantu rumah... dan juga gaji majikan (yang tidak dinyatakan~)

Apa yang meningkat dgn mendadak?? Kos agent & kos imigresen....

Dan apa yang anda nampak dari situasi di atas???


Those who has power in hands is the PLAYER, and those who NO is the VICTIM!!



Sedihkan???


Maka saya menyeru kepada semua, bertindaklah dari sekarang untuk mengubah kehidupan anda. Anda tidak tahu apa lagi yang akan berlaku selepas ini. GST, kos maid yang mahal melampau, kos nursery mungkin juga sedang meningkat naik, risiko2 lain yang anda tidak tahu, juga kos2 perbelanjaan hidup yang semakin hari semakin meningkat....

Tidak takutkah anda??

Maka, berusahalah untuk menambah isi poket rumahtangga anda dari sekarang. Bagaimana??

Rasululluh telah memberikan contoh teladan yang terbaik ~ BERNIAGALAH!!

Tetapi sayang sekali, umat Islam di Malysia masih jauh ketinggalan dalam urusan berniaga. Kita masih mengekalkan mindset "aku kena makan gaji utk security", ada juga yang sudah mempunyai keinginan untuk berniaga, tetapi takut dgn sindiran2 luar yang datang "aik, dh berniaga dia ni?? hah dah mulalah tu nak meniaga.. xcukup duit ke sampai nak meniaga??" 

Lalu hiduplah kita seperti apa yang kita lalui sekarang, pasrah juga redha lah kita dgn apa yang berlaku....

Sebab kita TIDAK MAHU MENINGGALKAN COMFORT ZONE kita.

Sayang sekali bukan??

Andainya dulu saya masih degil dan tidak mahu meninggalkan comfort zone saya, maka tidaklah saya merasa menjadi seorang suri rumah 5 angka sekarang....

Masih tidak mahu bertindak?? Terpulanglah labu ~~~






Ainul...
"Working-at-home-mother"


Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~







Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com


+60136971176




Share on Facebook



Share this case:

2 comments:

  1. Puan.. cmne nk buat permit maid yg bru dtg ek.

    ReplyDelete
  2. Info yg amat berguna....Terima Kasih.

    ReplyDelete

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Follow by Email

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.