Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, 7 May 2014

Written on

Pencarian Bibik Kini Bermula

Kontroversi tak tajuk? kiki....

Ok, tajuk ini tiada kena mengena dgn yg hidup mahupun yg sudah mati. Ia hanya kena mengena dgn kehidupan saya sahaja. 

Maaflah, lama sgt rasanya tak update blog. FB pun, saya xbuka sejak ari ahad yg lalu (4 Mei 2014). Sebenarnya saya sgt2 busy dlm minggu pertama di bulan May.

Bayangkan, hari terakhir closing, saya perlu menghadiri meeting AGM pada malam tersebut (30 April). Keesokan harinya (1 Mei), kami sekeluarga dijemput utk lunch di Hotel Mariot, Putrajaya.

2 Mei pula, saya perlu bersiap2 utk ke Kota Kinabalu, Sabah bagi menghadiri Magic Session KK yang dijadualkan pada 3 Mei 2014. Memandangkan sudah alang2 nak ke Sabah, jadi saya merancang untuk bawa ibu & ayah bercuti sekali. Yerlah, dulu2 tak mampu nak belanja mereka naik flight, sekarang saya bawa mereka terus naik Malaysia Airlines, dan perbelanjaan mereka di sana ditanggung 100% oleh saya. Suka sgt tgk mereka excited bila dapat naik pesawat MAS. Tak per, saya akan tulis entry khas kisah percutian kami di Sabah......

Berbalik kepada tajuk ini, kenapa saya tulis "pemilihan bibik kini bermula"?? Haih, nak dijadikan cerita, hari terakhir di Sabah, bibik saya tiba2 cakap hendak pulang ke Indonesia pada bulan hadapan. Terkejut + geram sebab last minit baru dia cakap.

Sebenarnya memang ikut perjanjian, beliau akan pulang pada bulan June 2014, tetapi few months back (tak silap bulan 3 aritu) beliau tiba2 berubah fikiran, dan kata nak pulang pada August 2014. Jadi saya pun senang hati, dan saya bercadang untuk mencari pengganti pada bulan 7 nanti. 

Masa dia bgtau yang dia nak pulang bulan 6 ni, saya tak tahu nak kata apa. Tak nak bagi balik, tak sampai hati pulak, nanti dia jadi tak seronok bekerja lagi. Lalu saya pun setuju (walaupun dlm hati, Tuhan sahaja yg tahu).

Saya bgtau ibu, ibu cakap, doalah banyak2 agar dipermudahkan urusan...

Kami sekeluarga sampai ke Semenanjunag pada jam 10.30 malam, hari Isnin (5 Mei 2014). Masatu rasa sgt2 penat, ditambah perasaan yang bergolak memikirkan di mana utk mencari pengganti bibik. Sukar sebenarnya saya tiada pembantu, kerana suami saya jauh. Walaupun kini, saya sudah bergelar Working-At-Home_mother, tetapi tidak mampu untuk saya handle anak2 seorang diri di saat suami jauh. 

Jadi mempunyai seorang bibik adalah perkara wajib buat sementara waktu dalam keluarga kami. Mungkin apabila anak2 sudah agak besar & pandai berdikari, waktu tu kami tidak lagi memerlukan pembantu rumah.

Malam itu, selepas tidurkan anak2, saya berdoa pada Allah; saya benar2 dalam keadaan buntu. Saya mohon agar Allah tunjukkan saya jalan & permudahkan urusan saya. 

THE POWER of DOA'

MashaAllah, kuasa doa... tiba2 Allah dtgkn ilham utk saya bertanya dgn group sahabat2 alumni UTP saya, dan 2 sahabat saya respons dgn memberi contact no agent pembantu rumah. Allah.. syukur alhamdulillah!

Bayangkan, sebelum ini.. sukar sgt2 saya hendak cari agent yang ok. Saya gagal untuk contact semula dgn agent Indonesia yang saya berhubung suatu ketika dahulu (mungkin beliau telah bertukar no tel), ada juga agent yang dikenalkan oleh rakan, tetapi harganya.. fuh mahal melampau sampai mencecah RM10K. Kemudian, saya cuba cari sendiri pembantu dari Indonesia melalui kenalan bibik mertua saya... tetapi ada masalah juga. Orang tersebut tiba2 buat hal, demand macam2.... Sebab itulah, sewaktu bibik yg ada sekarang kata, hendak extend masa bekerja di rumah kami, saya jadi lega sgt2..... tetapi aturan Allah, tiba2 beliau berubah fikiran pulak...

Maka esoknya, saya berjaya berhubung dgn 2-2 agent tersebut. Agent pertama mengenakan bayaran sebanyak RM6500, manakala agent kedua RM6000. Akhirnya saya memiilih agent kedua memandangkan calon2 pembantu rumah telah sedia ada di rumah beliau.

Memandangkan ibu & ayah saya masih ada di rumah kami lg, maka tanpa berlengah, saya terus ajak mereka utk melihat calon2 bibik di rumah agent tersebut. 

Setiba di rumah agent itu, kami disambut oleh seorang wanita yang agak berusia, rupa2nya wanita tersebut adalah agent dari Indonesia. Beliaulah yg jadi "supplier" utk agent2 di Malaysia...

Di situ, ada 6 orang pembantu rumah yang baru sampai dari Indonesia... maka keluarlah seorang demi seorang memperkenalkan diri masing2.

Nak tahu siapa calon2nya??? 

Calon2 nya adalah.....

TADA!!




Meh saya kenalkan setiap seorang, bermula dari yang kiri sekali:

1) Nama: Melawati/ Asal: Acheh/ Umur: 44 tahun/ Anak: 2 orang

2) Nama: Warniam/ Asal: Medan/ Umur: 59 tahun/ Anak: 5 orang

3) Nama: Isma/ Asal: Medan/ Umur: 40 tahun/ Anak: 4 orang

4) Nama: Seri Alya/ Asal: Jawa/ Umur: 40 tahun/ Anak: 2 orang

5) Nama: Kasyani/ Asal: Sumatera/ Umur: 43 tahun/ Anaj: 7 orang

6) Nama: Yani/ Asal: Medan/ Umur: 34 tahun/ Anak: Tiada lagi



Dan di bawah ini pulak, ibu Rahmah; agent dari Indonesia....


Ibu saya bergamabr bersama Ibu Rahmah


Nampak macam orang kampung je kan. Hah, don't judge a book by its cover...

Kalau di Indonesia.... beliau ni orang kaya tau. Kenapa saya tahu?? Sebab agent indonesia saya yang dahulu juga mcm ni, sgt2 kaya....

Ibu Rahmah ni siap cakap: "Saya nampak buruk pakai mcm ni kan?? Tapi jgn terperanjat bila jumpa saya lain di Indonesia..."

Saya tergelak dgn ibu. Memang saya tahu, dia ni kaya, banyak duit...

Kemudian beliau sambung lagi:

"Nanti kalau datang Medan, tak perlu tido di Hotel, tido di rumah saya sahaja. Saya bawa pusing2 keliling Medan..."

Saya sempat ambil no telefon ibu rahmah ni.. nanti boleh dia bawa saya jalan2 di medan lepas ni. Yg penting, saya dh ada contact "supplier" dr Indonesia. kiki...

Tidak lama selepas itu, agent Malayisa ni sampai ke rumah. Nama agent ni Hj Rxxx.

Setelah berbincang, beliau akhirnya setuju untuk mengenakan bayaran sebanyak RM5800 sahaja (not RM6000). Alhamdulillah....

Maka, saya pun terus membuat keputusan utk memilih mana satu pembantu yang saya berkenan.

Cer teka yang mana pembantu rumah yang saya pilih???

Hehe.....saya sambung di entry berikutnya yer.


Stay tune ~




Ainul...
Working-at-home-mother

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, kita yang harus berusaha mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176









Share on Facebook



Share this case:

4 comments:

  1. Sy teka yg no 5 tu..btul x..haha

    ReplyDelete
  2. salam... boleh tak ainul share no contact agent ni... ada family terdekat mencari maid..

    ReplyDelete
  3. Haslinda, boleh wassup tel saya : 013-6971176. Nanti saya send no tel agent tu yer :)

    ReplyDelete

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Follow by Email

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.