I think, thats my biggest enemy; selalu buat last-minute job. Mujur hubby menjadi tempat untuk saya check and balance. Banyak perkara yang saya buat untuk mengatasi masalah ini; antaranya come out dgn jadual.
Mcm2 jadual saya buat demi memastikan saya tidak selalu buat kerja last minit. Antara jadual yang saya buat; jadual maid, jadual belajar anak2, jadual hafazan anak2, jadual Shaklee saya dsb. Alhamdulillah, semua hasil dari tarbiyyah suami saya.. hehe :P
Mungkin sebab itu, Allah temukan saya dgn suami saya sekarang. He's very perfect for me; walaupun kami tinggal berjauhan, tapi beliau berjaya didik saya utk lebih berdikari, berdisipilin (walaupun sometimes culas jugak. hehe), ajar saya untuk berfikir secara kritis, dan bukan secara emosi. Banyak sebenarnya saya belajar dari beliau.
“Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati akan kebesaran Allah (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami)” - Adz-Dzariyaat: 49
Berbalik kepada tajuk, sebenarnya, untuk sessi persekolahan Ammar, dah banyak kali hubby remind saya untuk survey sekolah. Tapi entah bagaimana, saya tidak ambil berat sangat, kerana sangkaan saya, ianya semudah untuk mendaftar di Kingdergarten.
Malangnya, sangkaan saya meleset. Mendaftarkan anak ke sekolah rendah tidak semudah mendaftar di tadika. Jadi para ibu sekalian, please alert jika ada anak2 anda yang akan memasuki alam sekolah rendah.
Dan resultnya??? Permohonan ke sekolah yang kami hajati telah pun ditutup. warghhh...
Sebenarnya ini plan kami utk ketiga2 orang anak2 kami:
1) Muhammad Ammar
- kami bercadang utk menghantar beliau ke sekolah swasta (Islamic School). Sekolah yang sama mcm sekolah kebangsaan cuma ianya bukan direct bawah kerajaan. Dalam plan kami, ada 3 sekolah yang dalam pemerhatian kami:
* Sekolah Rendah Al-Amin
* Sekolah Rendah Seri Abim
* Sekolah Rendah Agama Integrasi
> Malangnya disebabkan kelewatan saya melihat jadual utk pendaftaran, maka Sek Al Amin & Integrasi telahpun ditutup pendaftarannya. Dan hanya Sek Seri Abim yang masih dibuka.
Alhamdulillah, telah selamat saya hantarkan permohonan Muhammad Ammar.
2) Sumayyah
- kami bercadang untuk menghantar gegurl kami ini ke sekolah aliran Cina (chinese school).
- Reason?? In shaa Allah serikandi kami ini bakal menjadi duta buat PAS dalam menyampaikan dakwah terhadap golongan Cina.
- Ini adalah misi besar saya dalam pembentukan anak2
3) Muhammad Fateh
- anak soleh kami ini, akan kami hantar ke Tahfiz School
- bersesuaian dgn namanya seperti Sultan Muhammad Al Fateh, kami mahu dia mendalami ilmu2 Al Quran dengan lebih mantap.
Do we neglect Ammar & Sumayyah?? Tidak... kami mahu memberi kepelbagaian kepada anak2 kami.
In fact, saya sedang dalam proses mendidik Ammar & Sumayyah menghafaz Al Quran.
Saya percaya, jika anak2 sudah didedahkan dgn Al Quran sedari kecil, in shaa Allah mereka mampu menguasai ilmu2 dunia yang lain.
Remember: Education is the Powerful Weapon in Life. Maka didiklah anak2 sebaik mungkin.
Kejarlah Akhirat dalam mendidik anak2, in shaa Allah "Dunia" akan mengejar mereka dari belakang.
Tidak guna berimpikan anak sebagai Pilot, Engineer, Doctor, Architect andai Ilmu Islam tidak ditekankan dalam pembentukan diri mereka sedari kecil....
Maka ini lah juga salah satu sebab, saya perlu mempunyai azam untuk menjaga anak2 saya sendiri dgn tgn saya dari rumah.
Kerana saya yakin, tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia.
Dan syukur alhamdulillah, Shaklee menjadi medium untuk saya merealisasikan impian saya ini. Thanks Allah!
Ummi sayang sangat2 anak2 Ummi kerana Allah
Ainul...
"Working-at-home-mother"
~ Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~
Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176
0 comments:
Post a Comment