Tapi dun worry, saya bukannya nak bincangkan isu kahwin dua ni, cuma saya tertarik sgt2 dgn sharing dr satu forum yang saya baca. Tergelak2 saya baca luahan hati suami ni.
So, I cannot tahan to share in my blog. Maaf, mungkin bahasa si suami ni straight to d point (ada bahasa yang tak manis), tp oklah.. supaya terang dan jelas. Sebab rakyat Malaysia ni, kadang tak faham kalau kita guna bahasa kiasan kan?
Jom baca luahan hati seorang suami tentang berkahwin dua. Sure u all akan tergelak2 bila baca ni. hihi. (saya pun dok gelak dari tadi)
-----------------------------------------------------------------
LUAHAN HATI SUAMI DAPAT
KAWIN LAGI
Saya sendiri sebagai
lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya
bahawa umur saya dah melewati 40 tahun.
Life starts begin at 40.
'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku.
Bila berangan tentang nak
kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih-sengih aje lah I at that
time.
'Dunia ni dah terbalik
gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni
bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!'
Tak tahulah kalau isteri
I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang,
rasa-rasanya tak nak lah.
Sebab apa ?
Bila
mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin dengan anak dara,
katakan umur 22 tahun.
Memang lah seronok beb.
Seronok benda yang kat dalam seluar dalam tu aje lah.
Tentang makan minum,
pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik
teringatkan my first wife.
Tak perlu nak ajar, I
suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena
gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan
segala gala nya lah.
Tak perlu I bagitau, dia
dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau
kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran ...semua dia dah tahu. Tak
perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ...
Rasa2, dapat ke isteri
muda, kalau I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah
dia muda, I kan dah tua.
Mesti dia kata I ni
mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah,
sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan...
Isteri muda ni bukan
macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa
isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.
Eh, budak 20-an zaman
sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan
henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling
korok pun mesti nak Honda atau Toyota. Perempuan muda sekarang
mana main naik Proton atau Perodua.
Kalau I tak bagi
barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak
malam-malam. (hahaaa.....lawak giler)
Sedangkan dengan isteri
tua, awal-awal kahwin naik motorsikal beshpa cabuk
pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah
motor tu. Ahh ... terkenang juga
zaman 'miskin' dulu tu.
Rumah dengan bini tua
dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis,
dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.
Oh, untuk isteri muda,
terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat
tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ...
Dah umur 40-an ni, darah
tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... hari
minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ...
Lebih haru lagi, tentu
anak-anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan
banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai
jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin
baru.
Takut mereka menjauhkan
diri dari I, malah akan membenci pula. Disebabkan masyarakat
kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak
mereka kahwin lebih dari satu.
Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu
kecik sangat lagi dia masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari
anak-anak. Sudah tentu, rumah isteri
muda, tengah hiruk pikuk dengan anak-anak kecil (kan dah ada experience
dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia
menguruskan anak-anak)
Sedangkan di rumah isteri
tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang
seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik
terkini dan juga kehidupan mereka.
Duduk rumah bini muda, I
yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby
mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.
Tak boleh jadik nih.
Banyak benda yang kena repeat. Mula-mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua.
Bila dah ada
anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri
pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak
larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju
anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri
muda buat semua tu.
Silap haribulan orang
kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling
takut, orang ingat isteri muda tu anak I ...lagi haru ...
Balik rumah mertua pula,
teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan
anak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak
letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu
ini. Kalau dia nak bercakap
tentang tu, cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita
dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik
umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur
nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu...
Hish banyak lah lagi.
Bagi korang yang suka
berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih, silakanlah.
Tapi bagi I, selagi hayat
dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak
lah mendabik dada. Cakap besar.
Tapi sekadar menurutkan
nafsu dan benda dalam seluar tu, rasanya tak pernah kurang
pun layanan isteri pertama terhadap I.
Keluarga ni, kita bina
keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam
kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je. (pe laa..asyik crite suar dlm jek..)
Hadapi hari esok yang
tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang
dari mula. Pengorbanan isteri
(walaupun kadang kala dia pernah merungut, salah kita juga,
cuai dan mengabaikannya) . Apa apa pun semuanya
bermula dengan kita. Insaflah.
Kalau nak ikut nabi, rasa-rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu
tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun
terlambat atau terlepas. (yaa..bethul3...)
Baca Quran pun
sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut
sunnah Nabi apa nama tu. Tak payah lah yang lain
lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya
amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang
menyuarakan pendapat di ruangan ni.
Membuktikan mereka
sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih.
Macam nabi konon. ye ke?
Bab kawin-kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda
dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. (suar dlm lagikkk!!! hisss..)
Cuba bab menegakkan agama
Islam, masih lagi terkial kial.
Wallahualam.
suami orang-
LU PIKIR LA SENDIRI!!
------------------------------------------------------
Haha, best tak baca?? Seriusly, saya suka giler baca luahan brother ni. Ups, bukannya saya anti poligami yer, tetapi saya tak setuju kebanyakan kes poligami yang berlaku di Malaysia.
Anyway, bagi saya simple... dalam rumahtangga ni, suami isteri kena banyak & selalu berkomunikasi. Jangan harapakan pasangan kita tu faham apa yang kita rasa.
Sebagai contoh: Suami nak isteri tu layan dia sepenuh hati, nak isteri tu cantik, seksi dsb... hah, kenalah cakap terus terang dgn isteri. Janganlah expect si isteri tu nak faham ngko jer.. berbuallah ketika anak2 sudah tidur, bgtau apa yg u nak dari isteri u.. then dgr pula luahan hati isteri u. Mungkin isteri u penat bekerja, penat jaga anak, penat urus rumahtangga sampai dia pun terlepas pandang soal penjagaan diri terhadap suami. So suami, kenalah cari ikhtiar, carikan pembantu rumah ke, belikan supplemen ker, tolong isteri sekali dlm hal2 rumahtangga ke...
Utk isteri pula, katalah u nak suami u romantik, nak selalu belai u, atau nak suami selalu dgr luahan hati u.. so ckplah elok2 dgn suami. Mmg kadang lelaki ni, tak suka ckp benda yang remeh temeh ni (kita rasa bnda ni penting, tp dia pulak rasa remeh), tp kena keep on cakap. Cakaplah dgn nada hormat dan sayang...
"Abang, saya suka kalau abang selalu dgr saya cerita"
"Abang, saya suka bila saya masak, abang puji kalau sedap, dan komen kalau kurang sedap dari abang diam seribu bahasa"
"Abang, saya kecik ati tau, bila abang selalu cerita sesuatu pd kwn2 abang, kan saya ni isteri abang.. saya nak jadi org pertama yang tahu masalah abang, susah senang abang, sbb saya sayanggg sgt kat abang"
"Abang, saya suka kalau abang selalu dgr saya cerita"
"Abang, saya suka bila saya masak, abang puji kalau sedap, dan komen kalau kurang sedap dari abang diam seribu bahasa"
"Abang, saya kecik ati tau, bila abang selalu cerita sesuatu pd kwn2 abang, kan saya ni isteri abang.. saya nak jadi org pertama yang tahu masalah abang, susah senang abang, sbb saya sayanggg sgt kat abang"
Hah, mcm tulah lebih kurangnya...
Btw, saya pernah dengar ceramah dari ustaz mohd amin di ikim.fm. Beliau ada bgtau 3 keperluan suami & 3 keperluan isteri yang perlu dijaga.
Utk suami, si isteri kena jaga 3 perkara ini. Andai berjaya jaga 3 perkara ini, in shaa Allah suami akan sayang dan tak cari lain:
1) Seksual
2) Pakaian
3) Minuman
Utk isteri pula, si suami kena jaga 3 perkara ini supaya isteri berasa bahagia apabila bersama si suami:
1) Nafkah
2) Sentuhan
3) Perkataan
Rasa2nya, utk bab suami.. mmg dh terang lagi clear kan??
Utk bab isteri, ramai suami yang terlepas pandang. Kalaulah si isteri tu boleh cari lain, agaknya dah ramai kot suami yang kena madu dek kerana mengabaikan 3 perkara ini.
1) Nafkah - in shaa Allah, yang ni mungkin lelaki2 budiman tak terlepas pandang. Nafkah makan, tempat tinggal, nafkah anak2, semua mampu buat.
2) Sentuhan - yang ni, tolonglah sensitif sikit yer. Kadang2 isteri ni bukannya nak demand seksual sgt pun, tetapi cukuplah si suami belai rambut, pegang tangan, dah cukup buat si isteri brtambah sayang pada suami.
My friend pernah share satu ayat "men give love to get sxx, women give sxx to get love"
Mungkin separuh betul separuh tak betul... tapi yang pasti, rajin2ah belai isteri yer, kerana dgn sentuhan, sure isteri bertambah sayang padamu, dan tak kan compare dgn suami orang lain lagi. hikhik ~
3) Perkataan - hah, yg ni pun kena sensitif juga. Perasan tak, bila isteri cakap "abang ni gemuklah" - si suami dgr tu, mcm masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Tapi kalau suami cakap bnda yang sama kat isteri "Awak ni gemuklah" > hah, si isteri akan ingat sampai dia mati ok. So para suami, sila hati2 dgn words yang anda nak cakap pada isteri.
Oklah, dah melalut ke benda lain pulak. Ok lets focus pada closing Shaklee..
psst: buat para suami, meh lah beli supplemen utk isteri. Kata nak isteri cantik & menawan kan, kenalah berikan yang terbaik buatnya. Tak giteww?? hehe (y)
Antara supplemen yang saya sgt2 cadangkan utk isteri anda:
1) Collagen
2) Alfalfa
3) Vivix
4) Vitamin C
5) Ostematrix
Hah, banyak ke?? Dun worry, khidmat konsultansi disediakan secara PERCUMA :)
Antara supplemen yang saya sgt2 cadangkan utk isteri anda:
1) Collagen
2) Alfalfa
3) Vivix
4) Vitamin C
5) Ostematrix
Hah, banyak ke?? Dun worry, khidmat konsultansi disediakan secara PERCUMA :)
Wassalam....
Ainul...
"Working-at-home-mother"
~ Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~
Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176
"Working-at-home-mother"
~ Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~
Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176
0 comments:
Post a Comment