Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday 14 May 2014

Written on

Tangan Yang Menghayun Buaian Bisa Menggoncang Dunia

Anak2 telah lena tidur, tetapi mata ini masih belum terasa utk beradu...

Ini gara2 terlihat satu status di FB tentang pembuangan bayi... Allahurabbi, saya jadi buntu memikirkan nasib umat Islam di Malaysia.

Di mana silapnya??

Mengapa nilai Islam semakin rapuh dalam diri masyarakat Melayu??

Apabila melihat wajah si kecil yang dibuang; di dalam tong sampah, di dalam tandas, dilontar dari atas bangunan, naluri ibu saya meronta2!! Kejamnya duhai manusia!!

Lebih menyakitkan hati... apabila teringat proses sebelum pembuangan bayi itu berlaku.

Berapa banyak kah kes perzinaan yang telah & sedang berlaku di Malaysia?? Di saat ini, pada ketika ini, berapa ramai mereka yang sedang melakukan perbuatan terkutuk ini???

Ya, saya tidak melihat, anda juga mungkin tidak melihat... tetapi setiap perbuatan itu tidak satu pun terlepas dari pandangan Allah!!

Andai Rasulullah ada saat ini, sudah pasti Baginda sangat2 sedih melihat anak2 muda Melayu Islam di Malaysia yang sudah semakin ketagihan seksual. 

Zina berlaku di merata2 tempat hatta di tempat awam seperti tandas, taman2 dan di tepi jalan!!

Kenapa begitu murah harga dirimu duhai wanita???

Gadis sekolah seusia 10 tahun sudah pernah melakukan s***??

Allahuakbar.....

Duhai Wanita, marilah bersama kita kuatkan pegangan Islam, kuatkan keimanan & ketaqwaan kita agar kita mampu mendidik anak2 kita dari terjebak kepada zina, hatta dari sekecil2 perkara2 yang boleh mendekatkan diri mereka kepada zina.

Kerana ku pasti, tangan yang menghayun buaian itu bisa menggoncangkan dunia. Tangan ibu adalah kekuatan bg seorang anak, andai ibunya rosak, maka rosaklah anaknya, andai ibunya lemah, maka lemahlah anaknya, andai ibunya tiada kuasa & kemampuan, maka hanyutlah anaknya..... 

Tahun 2014.. anak kita mungkin baru seusia 2 tahun, baru seusia 6 tahun, baru seusia 8 tahun...

Dan tanpa kita sedar, masa berlalu dgn begitu pantas hingga.. 10 tahun dari sekarang, anak kita sudah menjangkau 12 tahun, 15 tahun, 17 tahun... dan mereka membesar mengikut acuan apa yang kita tanamkan 10 tahun yang lalu.

Duhai ibu, marilah sama2 kita amalkan doa ini agar zuriat keturunan kita terhindar dari ZINA




Aku berjanji pada diriku.. aku akan menolong para ibu2 tunggal, ibu2 yang disiksa, ibu2 yang hidupnya susah agar mereka mampu bangkit & mampu memelihara semula keluarga mereka....agar mereka punyai pilihan untuk mendidik anak2 mereka, memberi tumpuan sepenuhnya kpd anak2 mereka....agar anak2 itu bisa menjauhi maksiat apabila dewasa kelak...

Kerana itu... aku akan sentiasa terus berimpian untuk menjadi Jutawan; ku letakkan syarat MENJADI KAYA adalah wajib buatku kerana terlalu ramai orang yang susah yang perlu aku bantu...

Semakin besar pendapatan ku, semakin aku rasa tidak cukup kerana semakin ramai orang susah yang aku temui....

Ya Allah, mudahkan aku utk menjadi perantara (medium) penyalur rezeki dari Mu buat mereka yang memerlukan.....

Ya, pada setiap rezeki yang Allah kurniakn, ada hak & bahagian utk orang lain....

Semoga aku akan sentiasa menjadi tempat untuk Allah limpahkan kurnia & rahmatNya....





Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176

Share on Facebook



Share this case:

0 comments:

Post a Comment

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.