Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday 11 June 2014

Written on

Aku dan Shawl

Dah lama sebenarnya saya teringin nak pakai shawl. Tapi susah nak jumpa shawl yang labuh2. Memang setiap kali beli, saya akan test depan hubby dulu, bila dia bagi green light utk pakai, baru saya akan pakai...

Tapi malangnya, shawl2 yang saya pernah beli dulu2, semua kena "reject" dgn mr hubby; semua tidak comply syarat yang memuaskan hati beliau. Pendeklah, tak cover bahagian tepi lah, jaranglah dsb..

Last2 mr hubby akan cakap: "Yang, pakai tudung biasa jerlah. Saya lg suka tgk awak pakai tudung mcm yg pakai sekarang"

Hurm, tapi biasalah, perempuan kan?? Mesti nak test itu ini, mesti nak try sesuatu kelainan...

Ramai yg suggest, cari di online sahaja, tp bg saya, bab2 baju, tudung, saya lebih prefer beli secara offline atas sebab kepuasan. Kalau beli buku ke, toys ke, brg2 memasak ke, saya prefer online jer.. lebih banyak pilihan. Kalau bab2 baju, tudung... takut tak sesuai pulak.

Maka usaha untuk mencari shawl yang labuh2 tetap diteruskan, sehinggalah suatu hari, akhirnya berjaya juga saya jumpa satu butik yang ada menjual Shawl labuh, berat & tak jarang... Materialnya dari satin, dan memang best!

Dan rupanya butik tu dekat je dgn rumah saya. heeee ~

Maka apa lagi, banyaklah tudung yang saya borong:

~ purple
~ merah
~ pink belacan
~ hijau
~ brown
~ kuning



Shawl yang dipakai sewaktu National Conference baru2 ini


Ok, itu sahaja entry kali ni. Sebenarnya saya dah draft entry ni lama dah, tp asyik tertangguh je untuk tulis bahagian "Penutup" nya.


Btw, shawl2 saya yang kena reject tu, terpaksa saya simpan sahaja dalam drawer. Ada juga saya test pada anak gegurl saya; Sumayyah. hehe ~ Boleh tgk di sini: Bila Anak Perempuanku Ber 'Shawl'.....

Nanti kan kemunculan butik eksklusif saya suatu hari nanti ~ ~ ~

Vision Board, I'm coming!!!




Ainul...
"Working-at-home-mother"


Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~







Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com


sms/whatsapp: +6013-6971176

Share on Facebook



Share this case:

0 comments:

Post a Comment

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.