Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, 28 June 2014

Written on

Doa Suami Ketika Di Mekah

Sekarang saya berada di rumah ibu di Melaka. Tengah2 duduk mengemas, tiba2 ibu memberi sebuah kotak kepada saya. Rupa2nya itu kotak lama yang saya simpan segala pemberian suami dahulu.

Tengah belek2 kotak itu, tiba2 terjumpa satu kertas yang ditulis oleh suami ketika beliau mengerjakan umrah tahun 2003. Waktu itu suami baru sahaja mendapat keputusan utk fly ke UK setelah tamat persediaan di Taylors College.

Sebelum fly ke UK, suami bersama mak & abah beliau mengerjakan umrah dahulu. Waktu itu, saya masih belajar di UTP (Universiti Teknologi PETRONAS).

Kertas yang saya jumpa itu rupanya adalah doa yang suami tulis ketika berada di Mekah.

Saya rasa lebih baik saya tulis di sini kerana kertas tersebut telah hampir lunyai. Setidak2nya saya masih boleh membaca berulang kali doa tersebut di kala saya sedih atau merindui beliau....


Kertas yang sudah lunyai dan hampir terkoyak


---------------------------------------------------------------------------------------------------

Ya allah, ampunkanlah dosaku, berilah segala kerahmatanMu pada diriku. Ya Allah, berilah taufiq & hidayahMu ke dlm diri sanubariku. Ya Allah, aku bertaubat atas segala kesalahan yg telah aku lakukan terhadapMu. Berilah peluang kpdku dan bantulah aku utk memperbaiki kesalahanku. Aku memohon ampun & bertaubat wahai Allah


Ya Allah, ampunkanlah dosa ibu bapaku. Berilah mereka taufiq dan hidayah agar mereka sentiasa berada dlm anugerah xxxxMu (xdpt nk baca sebab tulisan dh kembang). Engkau peliharalah diri mereka sepertimana mereka peliharaku semasa kecil. Ya Allah, berilah kefahaman Islam yang sebenar2nya kepada mereka. Ya Allah, jauhkanlah mereka dari fahaman yang salah. Ya Allah, Kau berilah kekuatan kpd abahku utk berubah kpd yg lebih baik. Kau sihatkan ibuku dgn pelihara dia dari sebarang penyakit.

Ya Allah, Engkau ampunkalnlah dosa ahli keluargaku. Engkau berilah taufiq & hidayahMu kpd keluarga abang Jxx ku. Kurniakan dia anak2 yang soleh. Engkau rahmatilah keluarga abg Exxku, berilah anak2nya dlm keadaan yang sihat dan anak2 yang soleh. Ya Allah, Kau kurniakan kesihatan kpd kakakku, Hxxx. Peliharalah dia dari penyakit kulitnya ya Allah. Ya Allah, berialah Dxxx mendapat isteri yang baik dan selamat berada di US nanti.


Ya Allah, buat kekasihku Ainul, berilah kemenangan dlm piliharaya MPP nanti. Berilah kemudahan kpdnya jika dia dipilih menjadi MPP. Bukakanlah pintu hatinya ketika menerima ilmu, berkatilah ilmu yang Kau kurniakan padanya Ya Allah.Tambahkan keharmonian dlm keluarganya, berilah kejayaan kpd adik2nya dlm bidang pelajaran. Berilah kekuatan kpd ayah & ibunya utk terus mendidik dan mengasuh anak2nya. Ya Allah, berilah kesenangan kpd Ainul utk mendapat 3.5 dalam peperiksaanya. Ya Allah mudahkan bagi Ainul untuk mendapat kerja nanti. 


Ya Allah, dalam perhubungan kami, Engkau redhailah kami. Ya Allah ampunkan segala perkara yang kami lakukan yang menyalahi perintahMu. Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk mentaati perintahMu. Ya Allah, aku sygkan Ainul atas dasar naluriku seorang manusia yang cintakan seseorang. Maka permudahkan perhubungan kami ya Allah. Jauhkan kami dari maksiat yang boleh mebawa dosa. Jauhkan kami dari perkara2 yang boleh meretakkan perhubungan kami. Aku mohon padaMu Ya Allah. Kuatkan jodoh kami, kuatkan jodoh kami sehingga kami dpt bersama di akhirat nanti ya Allah. Ya Allah, senangkan aku pada ibu bapanya, dan senangkan ibu bapanya pada aku. Ya Allah, senangkan ainul pada ibu bapaku, dan senangkan ibu bapaku pada ainul. Ya Allah, berkatilah hidup kami dan berilah kebahagiaan kepada kami....


----------------------------------------------------------------------------------------------------

Menangis saya bila meniti setiap bait2 perkataan dari doa suami. Dan saya berjanji pada diri saya, saya akan sentiasa taat pada suami selagi mana dia tidak membawa saya kepada perkara yang dimurkai Allah....

Ya, Allah... Betapa besar nikmat yang Kau berikan kpd ku, Kau kurniakan aku seorang suami yang sangat2 penyayang & bertanggungjawab. Terima kasih ya Allah....


Semoga Kau merahmati rumahtangga kami dunia & akhirat.....


Wassalam...



Ainul...
"Working-at-home-mother"


Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~







Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com


sms/whatsapp: +6013-6971176



Share on Facebook



Share this case:

3 comments:

  1. Ala kak Ainul niii... Buat mengalir air mata je pagi2 ni... huhu

    ReplyDelete
  2. Bagusnya Dzuha. Bangga jadi cucu korang berdua :)

    ReplyDelete
  3. alamak..korang, baru perasan komen ni. segannyer.... hihi. alah, u all pun sama..in shaa Allah, mohon kita semua diberi kebahagiaan dunia dan akhirat

    ReplyDelete

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Follow by Email

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.