Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, 1 June 2014

Written on

Jun 2014: Azam Baru Bermula!!

Hurm, rata2 malam tadi, ramai yang update tentang terperangkap dalam jam di lebuhraya PLUS Johor menghala ke Kuala Lumpur. Tahniah buat anda yang sabar menempuh jam tersebut!

Saya masih di kampung Air Molek, Melaka. Mujur juga saya tidak lagi bekerja, kalau tidak, saya juga mungkin antara yang terperangkap dalam jam mlm td (yerlah, Isnin kan kena pergi kerja, maka terpaksa lah balik hari Ahad).

Apapun, cuti saya masih tidak boleh lama di kampung kerana anak sulong saya, Ammar masih lagi bersekolah. Yess, memang dia masih bersekolah tadika, apalah sgt... tetapi saya tidak mahu dia menghabiskan cuti sekolah dgn hanya bermain sahaja. Lagipun bagus Tadika Ammar; jadi rugi sgt2 kalau saya tak bagi Ammar grab all d ilmu yang cikgu dia sampaikan. Kalau sesiapa sedang survey tadika utk anak2 yang berumur 4-6 tahun, I really recommend Tadika Naluri. Boleh rujuk di website ini: (Naluri Kreatif).

Baiklah, berbalik kepada tajuk entry, sebenarnya banyak perkara yang berlaku di bulan May yang memerlukan muhasabah. Suami saya seorang yang sangat "tajam" dalam memerhatikan isterinya sorang ni... 

Maka, setelah beliau post mortem sepanjang bulan May, lalu beliau telah come out dgn re-structure jadual utk isterinya. Sebelum ini, memang saya ada jadual kerja saya, tapi dia tgk saya mcm tak disipilin sangat dgn jadual tersebut, lalu dia buat jadual baru untuk saya.

Hebat kan suamiku?? Monitor isterinya dari jauh.. hehe :P

Btw, buat semua pembaca blog saya, andainya u all pun ada perangai mcm saya; selalu buat kerja last minit, kurang patuhi masa, selalu leka dsb, jadi saya sangat2 syorkan TULIS JADUAL HARIAN anda setiap hari, ocay??

Suami saya sebenarnya suka bila saya bekerja, bukan sebab dia nak saya kerja makan gaji dan tinggalkan anak2, tapi dia cakap, bila saya kerja, saya lebih disiplin.. hehe (sebenarnya bila saya pressure, memang saya akan strict dalam mengatur jadual kerja saya, tapi bila less pressure, maka saya pun banyak meleka). Sebab tu, time kerja engineer dulu, saya nampak mcm berdisiplin, tp sebenarnya saya tgh pressure tu. hehe :P

Ok, selamat menunaikan kerja hari ini. Kalau rasa2 ada hajat utk bekerja di rumah, meh boleh roger saya cay??

Selamat bekerja, jgn ada Monday blues yer. hehe....


Jadual yang suami buatkan. Tapi saya kena edit sedikit sbb dlm jadual tu, xde masa utk saya memasak. kiki




Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~







Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com


+60136971176

Share on Facebook



Share this case:

0 comments:

Post a Comment

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Follow by Email

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.