Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday 4 September 2014

Written on

Saat Ku Jatuh Cinta Dengan Shaklee... Siri 2


Januari 2012: Secara rasminya aku menjadi ahli Shaklee

June 2012: Anak yang ketiga selamat dilahirkan

Aku menyambung cuti berpantang sehingga Aug 2012, memandangkan ketika itu masuk bulan puasa.

Aku berpantang sendirian bersama anak2 dan maid, suami ketika itu berada di Amsterdam. Dia hanya pulang utk tempoh 2 minggu sahaja ketika anak kami baru dilahirkan.

Aug 2012: Waktu itu, perasaan ku meronta2... aku semakin resah gelisah menanti hadirnya Sept 2012. Aku tidak mahu lagi bekerja!!

Sungguh! Aku sgt2 tertekan!

Ya Allah, Kau melihat betapa air mata ini terlalu banyak keluar ketika meniti saat itu.

Sehinggalah suatu hari......

Tiba2 aku tergerak membuka Secret Group upline ku bila ternampak notifications di FB.

Aku tersentap membaca success story ahli2 Shaklee di bawah Group kami. MashaAllah, sampai bila aku nak berada di takuk yang sama?? Sampai bila aku cuma merelakan keadaan sekarang mendominasi aku?? Sampai bila aku perlu menangis tanpa lakukan apa2?? Sedangkan mereka juga mengalami nasib yg sama sepertiku, mereka juga ibu yg bekerja, mereka juga bukan datang dari keluarga yang senang, tetapi sekarang, lihat hidup mereka?? Boleh bekerja dari rumah dgn income puluh2 ribu sebulan!! Boleh support mak ayah beribu2 ringgit sebulan!

Oh tidak, sampai bila Ainul??? Sampai bila kau nak terus pasrah dgn flow hidup kau sekarang??

Maka turning point ku bermula.....

Sept 2012: Aku mula bekerja tapi dalam kepala ini, sudah nampak cahaya dan bayang2 utk aku resign sedikit masa lagi. Yeah, walau aku sendiri tidak tahu bagaimana caranya....

Aku mula membuka mulut, berkongsi kebaikan produk Shaklee dgn rakan2 sekerja. Ada yang mengejek, ada yang reject, ada yang mentertawakan, tetapi tidak kurang juga, ramai yang berminat. Jadi aku hanya focus pada yang berminat....

Ke sana sini, aku bercerita ttg Shaklee, sehinggakan dgn cleaner pun, aku turut berkongsi kebaikan produk Shaklee.

Malu?? Siapa kata aku tak malu?? Engineer jual produk supplemen... haha, malu sgt2 okeh??

Tapi tekad dan matlamat ku mengatasi segala2nya. Alah, produk Shaklee ni bagus, apa yang aku nak malu?? Cuma berkongsi... mereka nak atau tak, terpulanglah, betul tak??

Dalam pada malu nak berkongsi, tidak sangka ramai rupanya yang membeli sehingga aku pun tak perasan, di hujung bulan, aku dah buat order almost RM3K! Fuh boleh tahan banyak jugak.....

Dan bulan tu, dptlah aku bonus Shaklee sebanyak RM380, oklah saper nak bagi kan??

Oct 2012: Aku mula luaskan empayar Shaklee ku dgn mula berkongsi di alam maya. Saat itu, baru nak tulis blog purely utk share pasal Shaklee. Mula berceloteh di alam FB.

Nampak macam perjalanan bisness ku ini smooth je... tetapi dugaan dan cabaran, hanya Allah yang Maha Tahu. Berapa ramai yg unfriend aku di FB bila aku mula bercerita ttg Shaklee, berapa ramai yang mengutuk, berapa ramai yang memandang sebelah mata...

Tapi aku sudah bertekad.... walau apa terjadi, there is NO TURNING BACK!!

The Power of Visualization; aku sudah nampak apa yang aku nak capai.

Sept 2012 - Feb 2013 > 6 bulan sahaja, aku jelas dgn apa yg aku buat.

Tempoh 6 bulan bekerja sambil berkongsi kebaikan produk Shaklee adalah tempoh yang cukup pahit saat itu (tetapi sekarang, aku rasakan ianya adalah saat yg paling indah).

Sepanjang 6 bulan itu, tidurku hanya 3 jam sehari!! No TV, no lepak time, no EXCUSES!! No gossip time...

Tahajjud ku setiap malam....

Berjurai2 air mata bila ku mengadu kpd  Dia...

Ya Allah, aku tidak mampu bekerja lagi... tolonglah aku ya Allah....

Suami jauh, anak2 rapat dgn bibik, aku stress bekerja... nak berhenti kerja tak dapat....

Siapa nak tanggung keluargaku di kg?? Boleh ke harap duit suami semata2?? Duit simpananku sepanjang 6 tahun bekerja pun, tak sampai RM10K!

Setelah 6 bulan.... akhirnya, Mac 2013, secara rasminya aku bergelar SURI RUMAH sepenuh masa. Di saat itu, semua menentang keputusanku utk resign. Semua!! termasuk ibu....

Ibu sangat sedih bila mengetahu hasratku utk berhenti kerja. Yerlah, waktu bekerja pun, aku hanya mampu beri ibu RM300 sebulan sahaja, bila sudah tidak bekerja... bagaimana aku nak beri wang kpd ibu lagi??

Tapi jauh di sudut hati, aku berjanji....

Ibu, aku akan bahagiakan dirimu! Aku akan tebus semula kekurangan ini, mungkin aku tidak mampu beri wang belanja sebanyak itu dlm masa terdekat, tapi aku yakin...aku boleh beri lebih sedikit masa lagi.... ya, masa itu akan tiba!! Soon.....

.....dan kini, syukur alhamdulillah. Hidupku transformed 100%.

Dulu hanya mampu bagi RM300, sekarang boleh beri RM3K-RM4K sebulan buat perbelanjaan ibu dan adik2.

Boleh bayar hutang keluarga sedikit demi sedikit, boleh infaq 4 angka sebulan, boleh bayar zakat puluh2 ribu setahun....

Hebat bukan kuasa bisness??

Hurm, kenapa aku semakin jatuh cinta dgn Shaklee??

Kerana produknya yang terbukti SENTIASA SELAMAT, BERKESAN, MESRA ALAM dan HALAL.

Sebelum Shaklee mengeluarkan sesuatu vitamin, beribu2 ujian klinikal dijalankan ke atas produk tersebut.

Jadi, kalau ada yang mengatakan bahawa produk Shaklee ni bahaya, minta maaf.... aku TIDAK TERKESAN langsung!

Sebab aku taksub ke dgn Shaklee?? Oh tidak!! Aku tidak mengagungkan syarikat Shaklee, tapi aku berpegang pada Sunnatullah.

Sunnatullah mengatakan... Man Jadda Wajjada, siapa berusaha dia yang akan berjaya walau orang kafir sekalipun....

...dan ilmu itu adalah milik setiap orang yang berusaha mendapatkannya. Tidak kira muslim atau bukan muslim.

Aku percaya dengan kualiti penghasilan produk2 Shaklee, aku percaya dgn teknologi pemprosesan makanan yang mereka miliki, aku percaya dgn standard produk yang mereka keluarkan, kalau tidak masakan sudah lebih 50 tahun Shaklee masih lagi berada di pasaran??

Peluang melawat ke HQ Shaklee di San Fransisco baru2 ini membuka mata ku seluas2nya....

Hebat sungguh idea yang Allah kurniakan buat mereka sehingga mereka mampu menggunakan alam sumber ciptaan Allah utk kegunaan manusia itu sendiri....

Vivix yg dihasilkan dari anggur Muscadine yang saiznya sebesar bola golf mampu merawat mereka yang diabetes, kanser dsb??

Carotomax dari sumber tomato mampu mengurangkan tahap kerabunan seseoarang??

Nutriferon dari sumber biji labu mampu meningkatkan imuniti seseorang??

...dan banyak lagi!! Wah, hebat bukan sumber alam ciptaan Allah??? Cuma sayangnya, orang barat yang discover semua ini, dan bukan kita.

Tetapi adakah kerana lambatnya kita, umat islam menguasai teknologi ini, maka kita bodoh sombong menidakkan kebaikan produk Shaklee hanya semata2 ia datangnya dari Barat?? Atau lebih specicfik dari negara Amerika yang sokong Zionis??? >> tak tahu cek nak cakap apa mek oiii....


Hurm, apa lagi yang buat aku jatuh cinta dgn Shaklee??

Terlalu banyak!! Tidak cukup rasanya utk menulis dalam satu entry.

Cuma apa yang aku boleh kongsikan....

Sangat besar barakah berniaga... Anda cuma perlu terjun ke dalamnya utk anda merasainya sendiri :)

Percayalah!!

Man Jadda Wajjada.....

Di luar bangunan Shaklee HQ San Fransisco

Dalam bangunan Shaklee.. ofisnya sgt cantik dan luas mata memandang. hihi

Gambar pengasas Shaklee; Dr. Forest C Shaklee

Barisan Scientist Shaklee


Ainul...
"Working-at-home-mother"


Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~







Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com


sms/whatsapp: +6013-6971176

Share on Facebook



Share this case:

0 comments:

Post a Comment

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.