Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday 17 September 2014

Written on

Weekend Husband and Wife

Hurm, best ke jadi pasangan jarak jauh ni???

Pendapat saya....

Ada masa ok, dan ada masa, rasa nak menangis jer :(

Tp apa yang saya nampak, terlalu banyak hikmah yang Allah bagi dalam keadaan ini. Benarlah, di sebalik kesulitan, pasti ada kemudahan.

Saya dah jadi pasangan jarak jauh for almost 8 years! Fuh, lama betul... tak sedar kan, masa berlalu begitu pantas! Anak pun dah nak masuk empat, Alhamdulillah :)

Tapi hubby promised, give him time for about 4-5 years lagi, after this dia akan masuk office, so dah tak perlu nak tinggal jauh2 mcm ni lagi.

Ada few tips yang saya nak kongsikan utk mereka yang hidup berjauhan dgn pasangan. Ni berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa. Kalau rasa ok, bolehlah dipraktikkan...

1) Perlu selalu doa utk pasangan dan rumahtangga
- setiap hari, selesai solat fardhu, jgn lupa sedeqahkan Fatihah buat suami/ isteri. Semoga hatinya sentiasa terikat dgn kita


2) Sentiasa jujur antara satu sama lain
- suami/ isteri kena jujur. Kalau nak ke mana2 tu, inform pasangan terutama yang bukan melibatkan soal kerja seperti keluar minum dgn kwn ke, keluar shopping  dsb.
- Elakkan keluar dgn orang yang berlainan jantina walaupun keluar beramai2. Tak kisahlah u nak keluar lunch dgn ofismate ke, kalau ada je yang berlainan jantina, TOLONG jangan ikut sekali.
- INGAT! Syaitan ini sentiasa mencari peluang utk merosakkan anak adam. Walaupun anda keluar beramai2, tapi jelingan mata tetap antara 2 pihak. U akan nampak "uish, cantiknya perempuan ni, uish lawanya baju dia pakai, uish cantik dia make up, uish handsomenya lelaki ni bla bla bla..."
- masa saya kerja dulu, saya lebih rela keluar lunch sorang2, pergi makan sorang2... sbb rakan2 kerja saya mostly lelaki. Kalau terpaksa keluar, saya mmg akan inform hubby, and saya pastikan, saya duduk di tempat yang jauh dari budak2 lelaki.
- my hubby lagilah... dia lagi malas nak join any event yang melibatkan makan2, celebrate any event etc. Seingat saya, memang dia tak pernah keluar makan dgn rakan2 ofis beramai2 terutama yang ada perempuan. Dia lagi tegas, and he's the one who always remind me masa waktu kerja dulu....

3) Jaga pandangan mata, jaga perkataan dan jaga pergaulan
- kita pun tahukan, mata adalah senjata panahan syaitan.
- tolong jaga pandangan mata anda ketika keluar bekerja, ketika bermeeting, ketika berdiskusi terutama dgn mereka yang berlainan jantina.
- jangan nak bergurau senda terlebih2 dgn mereka yang berlainan jantina dgn anda
- Tak kisahlah mereka tu isteri orang ke, suami orang ke, anak dara ke, trainer ker, KEY nya - jaga pandangan mata, jaga tutur perkataan, dan jaga pergaulan. Be Professional when you are working.
- Elakkan perkara yang boleh mendatangkan fitnah seperti meeting berdua, keluar makan berdua, buat kerja berdua dsb.

4) Jangan ambil remeh tentang ROMANTIK antara pasangan
- hah, ni tlg jgn ambil mudah!
- xkisahlah dah kawin 10 tahun ke, 5 thn ke, dah anak 2-3 orang ke, jgn sesekali tinggalkan ayat2 romantik dgn pasangan
- setiap hari, jgn lupa sms isteri/ suami, bertanya khabar, ber I Love You, ber I Miss You dgn pasangan.
- mungkin nampak remeh tp kesannnya sgt besar!
- nasihat utk para suami, lelaki ni kdng2 nampak benda ni remeh... tapi u tahu tak, betapa gembiranya isteri u kalau dpt sms syg dr u. Dahler dia penat bekerja, uruskan anak2, uruskan rumahtangga seorang diri tanpa u di sisi, bygkan seronoknya dia bila dpt sms syg dr u?? Takkan benda simple mcm ni u tak boleh nak buat utk gembirakan isteri u?
- utk isteri pulak, kena cakap kalau u nak suami u be romantik. Tak boleh harap, dia akan faham. Tak pun, u yang mulakan dulu...start sms him, awal2 mungkin nampak pelik...tapi `as time goes by, ianya dh tak jadi pelik dah. entah2 suami u yang akan ternanti2 sms u (mmg lah dia buat2 tak tahu, but actually dia suka tu). hihi...

5) Beri komitmen yang tinggi utk keluarga
- Perlu ingat, anda keluar bekerja utk siapa???
- Ramai yang kata, mereka bekerja utk keluarga, utk menyara anak2 tetapi mereka lupa... keluarga bukannya robot. They need physically and emotionally feed. Bukan duit semata2.
- Menyediakan keperluan rumah, kereta, makanan, pakaian belum menjadikan anda seorang suami/ayah yang sempurna.
- Setiap hari, luangkan masa utk berkomunikasi dgn isteri dan anak2. WAJIB!!
- Yes, mungkin anda penat seharian bekerja tetapi Ingat, tanggungjawab anda bukan di tempat kerja semata2. Jarak bukan alasan utk anda tidak berkomunikasi dgn anak2.
- Sebab itu menjadi seorang ibu/ ayah bukan tanggungjawab yang kecil. Anda perlu berikan komitmen yang tinggi buat keluarga anda.
- Sekurang2nya call lah 5 minit sehari, ber Whatsapp ke, Video call ke, install lah Skype ke. Bermacam2 teknologi di zaman sekrang, dunia semua di hujung jari. Tinggal nak buat atau tak nak jer...

6) Tinggalkan semua gadget ketika bersama keluarga
- dahler u jarang bersama anak2, bila sesekali pulang... jgnlah asyik nak melekat dekat hp, ipad, laptop dsb.
- kalau boleh, off terus hp supaya masa u pulang bercuti jumpa anak/isteri, xdelah dpt call dari boss u, dr ofis u dan lain2`. Kalau perlu jugak, set time... mungkin 10pm ke atas, baru u check hp/ email dsb.
- luangkan masa bermain dgn anak2 dgn melakukan pelbagai ativiti yang kreatif :)

bermain pasir dgn anak2 pun dah buat mereka happy :)

makan bersama pun saat yang anak2 suka sgt :)


Saya mmg cukup pantang kalau suami saya balik, boss dia call.. rasa nak hempuk je hp tu. Dahler suami aku kerja almost 24/7.. sabtu ahad pun masuk kerja, time dgn aku...tolong jangan kacau ok? hihi... emo pulak :P


7) Bawa keluar bercuti, berjalan dan beriadah
- Luangkan sedikit masa melakukan aktiviti di luar rumah. Tidak perlu ke tempat2 yang jauh atau mahal, cukuplah sekadar bawa ke taman2, bermain sama2 di padang.
- Like my kids, mereka actually sgt suka keluar rumah even sekadar ke pasar mlm. Bila suami pulang, kami suka bawa mereka pergi taman2 di Putrajaya, pergi cycling, pergi swimming etc.
- Tak derlah sampai nak pergi bercuti ke luar negara selalu. or nak ke shopping selalu. Main badminton kat luar rumah pun dh kira ok.
- Memang kadang kita penat, yerlah dh puas masa habis kat ofis, sesekali rasa nak berehat je di rumah... boleh rehat tp as i said, off semua gadget. Ok??

Bawa pergi ofis Shaklee pun ok jugak :)


Oklah...rasa nya tu jer kot sedikit tips yang boleh dikongsi. Yang pasti, kalau pasangan kita itu jujur, baik dan bertangguungjawab, jgn terlalu risau. Improve lah sedikit demi sedikit... kalau yg jenis mmg tak reti nak call selalu, cubalah kerapkan sedikit ... berusaha utk jadi yang terbaik di mata pasangan anda.

Saya juga tidak nafikan, sepanjang perkahwinan kami, memang ada masa kami bergaduh, merajuk, marah, geram dsb. Biasalah, adat berumahtangga. Tapi jgn gaduh terlalu lama... kenalah salah seorang mengalah, pujuk dsb. OK?

Tapi, kalau pasangan kita memang jenis yang playboy, tak jujur, tak bertanggungjawab...suruhlah dia apply mana2 tips kat atas... hurm tak menjadi juga.

Kalau dah mcm tu, bagi saya... tinggalkan jer. Buat apa nak buang masa pada orang yang tak jujur, tak setia, tak bertanggungjawab, kan? Else pergilah dapatkan khidmat kaunseling dan jangan lupa berdoa banyak2....

Picture edited by hubby. Dia buat ni masa saya tgh merajuk dgn dia. kiki :P


Oklah, rasanya itu ajer yang dapat disampaikan. Harap dapat memberi manfaat buat yang membaca. Memang susah hidup berjauhan ni, tetapi ingatlah.. tidak Allah uji seseorang itu melainkan dgn kemampuannya.

Fa inna ma'al 'usri yusra....
Maka Sesungguhnya setelah kesulitan ada kemudahan....
Terima kasih Allah atas segalanya 




Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)


sms/whatsapp: +6013-6971176

Share on Facebook



Share this case:

0 comments:

Post a Comment

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.