Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday 14 December 2014

Written on

Dubai - Persediaan Sebelum Berlepas

Assalammualaikum semua...

Ok, finally berjaya juga buka laptop setelah masuk hari ke -5 tiba di Dubai.

Masa ni tgh otw ke airport. My sister yg tlg drive...


Baiklah, first entry ini, saya nak ceritakan persediaan yg saya telah lakukan sebelum berlepas ke Dubai. Trip ke Dubai kali ni, saya betul2 kena  well-planned & well- prepared sbb kali ni, saya travel bersama anak2. Jadi banyak sangat perkara kena fikir jika travel bersama anak2 kecil ni.

Trip kali ni, saya menaiki Emirates Airlines. Sebenarnya saya nak book Malaysia Airlines, tetapi harga MAS masa saya nak beli tu, tak berapa menarik.


Emirates Airlines Confirmation Booking


Ni harga tiket yg telah saya buat comparisons. Setelah dibuat perbandingan, nampak gaya mcm Emirates adalah pilihan yg terbaik...

Few days after saya dah beli tiket, MAS keluarkan offer... harga return tiket KL - Dubai drop dari RM2800 seorang ke RM1600 seorang. Warghhhh.... nak nangis rasa!!! Manakala tiket flight Emirates yg saya beli pulak, RM2300 seorang. Beza RM700 tu utk satu tiket!

Saya pun call Emirates, tanya camner saya nak cancel kan tiket. Officer Emirates kata, boleh cancel tetapi kena penalty RM500 seorang. Hurm, terus tak jadi nak cancel... sbb gitu gini, sama je. Beza nanti cuma RM1K , dgn kepayahan saya nak isi borang, nak tunggu derang refund, fuh... tak perlah. Dah RM12K keluar, malas nak keluar duit lagi..

Mungkin bukan rezeki kami, so redha jerlah....


Oklah juga naik Emirates. Selesa dan anak2 dapat "selimut comel' sorang satu beserta buku dan color pencils!

Ok, ni antara persediaan yang saya buat sebelum nak travel ke Dubai:

1) PERSEDIAAN ANAK2

- Hah, yg ini sgt2 penting! Sebab travel dgn budak2, kita kena "Expect The Unexpected"
- Antara barang2 yg saya perlu sediakan adalah:

1. Baju yg secukupnya utk 3 orang anak saya; Ammar, Sumayyah & Fateh
2. Vitamins anak2 - saya bekalkan mereka Meal Shakes, Vitamin C Chewable, Omega Guard, dan Nutriferon. Of course semuanya adalah produk Shaklee yg selamat & semulajadi :)
3. Susu, botol susu, botol air, lampin pakai buang yg secukupnya utk si kecil Fateh
4. Makanan mereka seperti Cereal (anak2 saya mmg suka makan cereal waktu breakfast, food lain mereka tak berapa masuk), biskut utk kudapan mereka sepanjang 7 jam dalam flight, dan yg sewaktu dgnnya :)
5. Ubat demam & Thermometer (yg ini sebagai emergency sahaja. In shaa Allah, saya yakin kalau bekalkan mereka nutrisi yg mencukupi, badan mereka boleh melawan segala penyakit yg datang, dgn izin Allah)
6. Buku, color pencils dan toys - hah, ni penting sebab kami berada di Dubai selama 13 hari. Kalau tak bawa semua ni, alamat anak2 saya keep on complaining "Ummi, boringlah. Tak ada apa ke kerja nak buat?" hehe
7. Buku Furqan mereka - travel2 juga, mengaji jgn dilupakan :)
8. Drapolene - nappy cream utk si kecil Fateh (ni pun utk emergncy sahaja)
9. Minyak telon baby - pun as emergency. Walaupun saya tahu, buak2 ni mmg jarang kena kembung, tapi as I said, kena expect the unexpected kan?
10. Vitamin E 30 biji dan Herbal blend- ok, ini penting utk emergency juga. Sekiranya budak2 ni jatuh ke, luka ke, gatal2 ke... dua2 produk ni sgt penting. Remeber, Expect The Unexpected, right?

2) PERSEDIAAN DIRI SENDIRI

- Ok, persediaan diri sendiri pun tak boleh dilupakan. Saya perlu handle 3 kids sepanjang 7 jam dalam flight dan sepanjang 13 hari di Dubai, maka saya juga tidak boleh ambil remeh keperluan diri saya.

1. Baju dan tudung yg secukupnya dan sesuai utk dipakai ketika handle anak2 :)
2. Vitamins - ni sgt2 penting utk saya. Dahler sedang mengandung 5 bulan, lagilah saya tidak boleh abaikan pengambilan nutrisi badan yg secukupnya. Apa yg saya bawa utk diri sendiri:
  • Energising Soy Protein (ESP) - protein sgt penting utk ibu mengandung tau. Dan ESP juga menguatkan rahim. In shaa Allah
  • Vitamin C Sustained Released
  • Vitalea
  • B Complex
  • Alfalfa - saya mmg ambil Alfalfa waktu mengandung, sbb nak buang angin dlm badan. Kalau x, sakit kepala
  • Omega Guard
3. Charger hp jgn lupa
4. Duit yg secukupnya
5. Perfume, Lipstick, bedak - ok, yg ini saya pakai depan hubby je tau. hehe :P

Note: saya tak risau sgt pasal skincare2 ni, sbb saya mmg jenis tak cuci muka, tak pakai moisturizer, tak pakai krim2. Natural beauty gitewww...

3) PERSEDIAAN TRAVEL

- Sebelum bertolak ke Dubai, hubby dah bagitahu "Yang, awak plan itenary sepanjang di Dubai yer. Sebab saya sgt busy, tak sempat nak plan"
- So apa yg saya buat:
  • Google travel agency yg menyediakan pakej pelancongan ke Dubai - yg ini, bukan sbb saya nak hire travel agency, tetapi just nak ambil idea apa tempat2 yg biasa dilawati di Dubai
  • Google blog2 mereka yg dah pernah ke Dubai
  • Survey masa, harga tiket ke tempat yg saya plan nak pergi
  • Finally, buat jadual Itenary

Ini jadual Itenary yg telah siap saya rangka :)

Ok, rasanya tu ajer serba sedikit persediaan sebelum berlepas ke Dubai.

Alhamdulillah, kami dah berada di Dubai selama 5 hari. So far, anak2 semua well behaved (walaupun kadang2 tak larat mak buyong ni nak layan karenah2 bijak pandai mereka). Kesihatan mereka juga setakat ni alhamdulillah.. semoga Allah pelihara kesihatan mereka sepanjang di Dubai dan juga ketika pulang ke Malaysia.

Ok, next entry saya akan ceritakan Trip kami pada Hari ke-3 dan ke-4.

Stay tune ~

psst: Bulan December ni ada 3 promotion utk set2 wanita Gergous.
  • Vitamin E
  • Vitamin C SR
  • Collagen Powder
Walaupun saya di Dubai, tapi kalau u all nak place order, tiada masalah k? In shaa Allah, brg akan sampai hingga ke depan pintu u all :)




Semoga entry ini bermanfaat untuk u olls....


Sekian...



Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)


sms/whatsapp: +6013-6971176










Share on Facebook



Share this case:

2 comments:

  1. Best nye master ainul jalan2 g dubai..siap ada planning semua..teratur..terbaik!!!

    ReplyDelete
  2. TQ jue.. jom kita target travel around d world. hihi...

    ReplyDelete

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.