Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday 1 December 2014

Written on

Tua Sebelum Usia....

Assalammualaikum semua....

Ok, hari ni mood nak flash back kisah dahulu kala. Kisah dolu2 sebelum saya mengenali Shaklee.

Untuk makluman semua bloggers dan pembaca, passion saya untuk berkongsi kebaikan produk Shaklee bukanlah semata2 kerana saya ingin mencari customer, inginkan bonus yang banyak, inginkan jualan group yang melambung tinggi atau ingin mengajak orang join Shaklee di bawah group saya. Pendek kata bukanlah atas alasan profit atau duit semata2....
  • Saya register sebagai ahli Shaklee pada Jan 2012.
  • Saya mula berkongsi kebaikan produk Shaklee pada Sept 2012.
Bayangkan, 8 bulan saya mengambil masa untuk benar2 yakin dgn produk Shaklee dan berkongsi dgn semua orang.

Semuanya bermula apabila anak ketiga saya lahir dan disahkan BEBAS dari jangkitan GBS. Sebelum itu, saya memang sudah merasai kelainan apabila mengambil Set Kehamilan Shaklee, tetapi yerlah, bak kata orang, masa tu masih belum cukup confident untuk bercerita dgn semua orang lagi.

Keyakinan saya bertambah kuat apabila sekali lagi saya merasai kelainan apabila mengambil Set Berpantang Shaklee. Sungguh, pengalaman berpantang dengan produk Shaklee adalah sangat2 indah berbanding ketika berpantang anak pertama dan kedua yang hanya mengambil jamu semata2.

Baiklah... saya ceritakan dahulu yer keadaan saya sebelum mengenali Shaklee.

------------------------------------

Ainul Shahrazad (2006 - 2011)

Saya ni orangnya tidak terlalu tinggi. Tinggi cuma 152cm sahaja. Kulit saya a bit cerah, tak delah putih sgt atau gelap sgt. Pendek kata, mmg kulit gadis Melayu lah.

Alhamdulillah, saya tidak ada apa2 masalah alergic, jerawat, atau masalah2 kesihatan yang lain. Sepanjang di universiti, saya memang tidak ambil sebarang supplemen, makan mcm biasa...makan nasi dan lain2. Ingat lagi, lauk feveret saya masa di universiti adalah nasi putih + ayam goreng kunyit + cili padi. hehe... (rasa2nya budak2 UTP tahu dah camner ghupenyer lauk ni).


Bersama dgn sebahagain rakan2 UTP. arghhh...rindunyer kat korang semua!!


Saya berkahwin pada Sept 2006, dan mengandung anak yang pertama pada Feb 2008. Sepanjang tempoh tersebut (dari anak dara sehingga sebelum mengandung), saya memang tidak consume sebarang supplemen. Sebab prinsip saya masa tu, asalkan aku cukup makan, buat apa aku nak tambah supplemen pulak kan?? Lagipun saya bukannya orang senang... makan sekadar apa yg perlu time belajar dulu.

Hanya apabila mengandung, baru saya consume supplemen... itupun vitamin yang dibekalkan oleh doktor.

Saya berkahwin umur 23 tahun, mendapat anak pertama pada umur 25 tahun. Kalau ikut kajian sains pun, memang dari tempoh lahir sehingga usia 25 tahun, badan kita waktu ini sangat aktif dalam menghasilkan kolagen. Orang kata, badan tgh kuat kan?? Masih fit, bergetah, tegang dll....

Ketika hadir anak pertama. Oh suami saya juga pun nampak muda sgt. hehe ~


Tetapi saya tidak sedar, proses aging atau penuaan itu setiap hari berlaku dalam kitaran hidup saya. Saya lupa, bahawa saya tidak selamanya akan muda begini....

Saya lupa, bumi ini bukannya statik... Terlalu banyak faktor2 yang menyumbang kepada proses penuaan kepada badan kita antaranya:
  1. Diet yang tidak seimbang
  2. Kurang aktiviti fizikal
  3. Tekanan
  4. Tidak cukup tidur
  5. Terdedah kpd sinaran matahaari
  6. Pencemaran alam - air, tanah, udara
Saya melalui hari demi hari seperti biasa. Stress, penat di tempat kerja, sesekali makan di luar, keluar shopping, uruskan rumahtangga, pergi bercuti dsb - yerlah, hidup seperti orang biasa.

Pergi kerja, balik kerja, esoknya pergi kerja lagi.. hujung minggu penuh dgn aktiviti samada usrah, bercuti atau pulang ke kampung.

Tanpa saya sedari, tahap kesihatan diri saya semakin menurun hari demi hari. Apabila lahir anak kedua, keadaan saya bertambah worst.

Badan naik, kulit gelap, wajah nampak tua, masalah keputihan makin teruk, dan saya mulai rasa tidak confident di hadapan suami (rasanya semua faham perasaan ini).

Itu belum masuk masalah kesihatan anak2 lagi.... (Ya Allah, nightmare nyer bila saya kenang hidup saya sebelum bertemu Shaklee).

Saya memang tidak percayakan supplemen yang dijual melalui sistem MLM. Sungguh!!

Entah.....mungkin sebab saya kurang membaca, kurang pendedahan, berfikiran prejudis atau ego sombong.

Mungkin juga sebab saya fikir, supplemen yang dijual melalu MLM ni, hanya nak untung semata. Saya lebih percayakan supplemen atau ubat yang dibekalkan oleh doktor atau yang terdapat di farmasi.

Nak kata saya anti supplement.... tak juga. Sebab, saya ambil juga vitamin yang doktor beri ketika mengandung anak pertama dan kedua, saya ambil juga Vitamin C di klinik2 panel ING (mungkin sbb free kot. hehe). Saya pernah juga makan Qaseh , Jus Al Khaira, dan pernah beli Smart Koko buat anak2 saya...

Semua ini pun supplemen juga kan? (supplemen = makanan tambahan).

Tapi mungkin saya ni prejudis terhadap supplemen yang datangnya dari syarikat MLM kot. Lebih2 lagi Shaklee. haha....

Tetapi kuasa Allah... akhirnya pintu hati saya terbuka untuk mencuba Shaklee ketika mengandung anak yang ketiga.

Itu pun setelah badan saya mengalami "kemorosotan" yang sangat teruk...

Ada saya kongsikan sedikit kisah saya di sini: Saat Ku Jatuh Cinta Dengan Shaklee

keadaan saya ketika mengandung anak kedua.. waktu ini saya baru berumur 28 tahun!

selepas melahirkan anak kedua. Fuh gemuk, tembam, gelap!


Benar sahabat2... sangat berbeza jika badan kita cukup nutrisi dengan kurang nutrisi. Saya telah lalui semua ini; saya melihat sendiri bagaimana diri saya menjadi tua sebelum usia walau waktu itu saya baru berusia 28 tahun!

3 tahun saya abaikan kesihatan diri saya. Syukur sgt Allah beri kesedaran kepada saya lebih awal, bayangkan kalau saya masih ego sombong... saya biarkan sahaja proses penuaan berlaku dalam badan saya tanpa saya bertindak apa2... apa lah yang akan terjadi jika saya sudah berumur 35 tahun, 45 tahun, atau 55 tahun! Bagaimanakah keadaan wajah saya, badan saya, dalaman saya ketika itu?? Oh tidak!! Takutnyer.....

Suami saya memang seorang yang baik. Seriusly, beliau tidak pernah komen apa2 dgn saya... beliau sentiasa bersikap positif dgn saya. Kasih syg beliau tidak pernah berkurang walau isteri nya sudah nampak seperti orang tua. erkkkk...

Setiap kali mengandung, sure hubby akan kata "setiap kali awak mengandung, saya makin syg kat awak..."

Tetapi sebagi seorang isteri dan sebagai seorang wanita, sudah pasti, naluri saya inginkan sesuatu yang indah, sesuatu yang cantik...

Saya tidak mahu alasan

"alah, normallah...semakin meningkat usia, wajah jadi mcm ni. asalkan suami syg, badan x sakit, dh cukup"

Saya juga tidak mahu alasan sibuk dgn urusan rumahtangga atau urusan kemasyarkatan, menyebabkan saya biarkan diri saya mengalami proses tua setiap hari tanpa sebarang pre-caution.

Tanggapan saya suatu masa dahulu... apabila saya mengambil supplemen, nanti saya kena consume seumur hidup saya. Tak boleh stop. Kalau stop, nanti jadi makin teruk atau back to original sebelum consume.

Itulah kesilapan saya! Saya confuse antara supplemen dan ubat. Kalau ubat... yess, pengambilan yang berterusan akan menyebabakan badan kita terlalu bergantung pada ubat sehingga ada side effect jika kita berhenti dari mengambil nya.

Tetapi konsep vitamin semulajadi....adalah sangat2 berbeza dgn ubat!

Vitamin ini bukan menjadikan badan kita kuat, tidak menjadikan badan atau kulit kita cantik, pengambilan vitamin juga tidak membanyakkan air susu badan. No No No! Salah konsep itu sebenarnya sahabat2....

Sebenarnya vitamin ini hanya melengkapkan nutris gap dalam badan kita....

Sekiranya badan kita cukup nutrisi yang diperlukan, ia akan bertindak sendiri... Badan kita sendiri yg akan melawan sebarang penyakit yg datang, badan kita sendiri yang akan bertindak memperbaiki sel2 kulit yang sudah rosak, badan kita sendiri yg akan menghasilkan susu badan yg banyak...bukannya vitamin! Vitamin sekadar mencukupkan nutrsi yang diperlukan oleh badan....

Bayangkan kalau badan kita semakin kehilangan nutrisi akibat dari faktor2 yang saya nyatakan di atas, anda rasa, bolehkah badan kita bertindak efektif sepenuhnya??

Kalau anda rasa badan anda memang sudah cukup nutrisi, nah... tidak perlu ambil sebarang vitamin. Seriusly!

Tapi anda kena ingat... kita sekarang hidup di dunia yang penuh pencemaran, dunia yang penuh dgn tekanan, dan makanan2 di pasaran juga hampir semuanya dihasilkan secara GMO (yg sudah diubah suai genetik). Jadi apa yang anda rasa dgn dunia kita sekarang ini??? Cukup sekadar takut?? Cukup sekadar redha atau pasrah dgn apa yg akan terjadi??

Saya bercerita kerana saya sudah melaluinya....

Saya berkongsi kerana saya tidak mahu apa yang terjadi ke atas saya berlaku pada anda semua....

Benar... proses penuaan itu tetap akan berlaku, tetapi kita boleh melambatkan proses tersebut dgn cara mencegahnya lebih awal, bermula dari sekarang...

AWAS!! Proses penuaaan ini akan menyebbakan kualiti hidup anda semakin menurun hari demi hari...

Takkanlah bila wajah dh berkedut, tulang dah rapuh, badan dah lembik, sakit 3 serangkai dah menyerang... baru kita nak bertindak?? Mungkin boleh, tetapi kesannya mungkin tidak sama jika mencegahnya lebih awal bukan??

Saya tidak mengatakan bila anda ambil Shaklee, anda akan terus wow, berubah 100%.. sebab shaklee ni bukannya ubat. dan ia juga bukan seperti produk2 kecantikan yg berlambak di pasaran (yg penuh dgn bahan berbahaya dsb).

Tetapi, in shaa Allah... jika anda konsisten dan disiplin dalam mengambil vitamin Shaklee, anda akan dapat merasai perubahan sedikit demi sedikit.

Terus terang, setelah mengamalkan Shaklee dari Jan 2012 sehingga Dec 2014, saya cukup2 rasa perbezaan dalam diri saya. Saya sangat2 jatuh cinta pada produk Shaklee!!

Jika ditakdirkan suatu hari nanti saya tidak lagi menjalankan perniagaan Shaklee, saya akan tetap menggunakan produk Shaklee..... kerana saya yakin dgn teknologi yg digunakan dalam menghasilkan kesemua produk Shaklee.

Raya August 2014


Nov 2014: sedang mengandung anak yg ke-4


Nasihat saya... sebelum mengambil Shaklee, pastikan anda tahu kenapa anda memilih Shaklee; bukan kerana ikut2an, bukan kerana ramai orang kata produknya bagus, bukan kerana mengikut musim...

Buatlah sedikit study... supaya anda benar2 yakin kenapa anda perlu mengambil Shaklee. Dan supaya tidak timbul:

"aku asyik lupa je nak makan.." > akhirnya result tidak dapat kerana anda tidak konsisten

atau

"aku ambil Shaklee untuk mengandung je.. atau masa dlm pantang je, atau masa tgh susukan anak je. pastu cukuplah"

atau

"hurm, tak berkesan pun aku ambil Shaklee. ah, sama je shaklee ni dgn produk yg lain"

Jika anda tahu bagaimana vitamin Shaklee berfungsi, anda pasti tidak akan berkata seperti di atas.

Dan jika anda tahu betapa tingginya nilai diri anda, sudah pasti anda tidak akan berkira2 untuk mencari sesuatu yg terbaik utk diri anda....

Sesungguhnya kesihatan itu sangat MAHAL harganya! Hanya mereka yg telah kehilangannya yg akan benar2 menghargainya....

Semoga entry ini bermanfaat untuk anda....


Sekian...



Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)


sms/whatsapp: +6013-6971176








Share on Facebook



Share this case:

1 comments:

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.