Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday 26 February 2014

Written on

Tips Mendapat Zuriat

Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, ingin memperoleh zuriat. Namun ada kalanya rezeki masih belum menyebelahi kita.

Walau betapa beratnya dugaan yg kita rasa, ingatlah:

"Tidak Allah uji seseorang hamba itu melainkan dgn kemampuannya"

dan yakinlah dgn janji Allah:

"Di sebalik kesusahan ada kesenangan"

Walaupun anda masih belum dikurniakan zuriat, jangan sesekali putus asa dgn rahmat Allah. Jgn sesekali mengeluh, putus asa, dan menyalahkan takdir. Tetapi apa yang anda perlu lakukan adalah:

> Usaha mencari ilmu tentang kesuburan dan kehamilan
> Banyakkan bersedeqah kpd anak yatim
> Banyakkn berdoa, istighfar, beselawat ke atas Nabi.

Mungkin Allah nak bagi anda hargai sesuatu sebelum anda benar2 memperolehinya. 

Ok, mari kita lihat dulu apakah faktor2 penyebab sukar hamil.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

~ Tiub fallopian tersumbat
~ Endometriosis
~ Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
~ Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
~ Masalah hormon
~ Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
~ Menopous sebelum waktunya
~ Masalah tiroid
~ Fibroid

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan lelaki pula:

~ Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
~ Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
~ Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
~ Menghidap hernia
~ Gangguan hormon
~ Salur sperma tersumbat
~ Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita):

~ Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
~ Stress dan tekanan
~ Pemakanan yang tidak sihat
~ Kekurangan zat
~ Amalan merokok atau meminum alkohol
~ Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
~ Terdedah kepada pencemaran
~ Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

1) Bersenam

Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

2) Mengelakkan pencemaran


Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

3) Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Ok, apa kah cadangan supplemen yang boleh meningkatkan kesuburan?

Mari kita lihat senarainya di bawah:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma.

Untuk wanita, B Complex penting untuk menjaga sistem peranakan. Folic asid di dalam B complex diperlukan bagi merangsang foliccle (organ pada ovari yang merembeskan hormon untuk pelepasan ovum)

Vitamin C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vitamin C juga sangat bagus untuk kecantikan kulit :)

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Lecithin - digelar "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak (menyebabkan lemak terapung dalam darah) dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. Sekaligus membantu penururnan berat badan.

Penting bagi pasangan yang ingin mendapatkan zuriat utk memiliki berat badan yang sihat. Boleh juga berikhtiar dgn pengambilan Lecithin bagi yang mengalami tiub fallopio tersumbat (tetapi jgn beranggapan akan hilang 100%)

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma (meningkatkan penghasilan air mani)

Note: Suami akan pening jika mengambil zinc tetapi jarang melakukan seks sebab air tidak lepas (so bagus sgt2 ambil zinc supaya suami sentiasa bersama dgn anda)

Alfalfa – membantu masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

GLA - membantu mengawal atur haid dan hormon kesuburan

CoQ10 - membekalkan tenaga, meningkatkan ketahanan tenaga batin ketika bersama terutamanya bagi suami yang merokok!


Uish, banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua kah? 

Jangan risau... bukan semua anda perlu ambil. 

Saya akan berikan konsultansi secara PERCUMA andainya anda ingin mengetahui lebih lanjut. Dan oh yer, setiap pembelian dari saya, anda akan diberi JADUAL EKSKLUSIF pengambilan vitamin, jadi tidak timbul soal "banyaknya nak makan, habis ke nak makn semua ni" kerana semua mengikut jadual.

Yang pasti, ambil sekali, pasti nak lagi :)

Remember: Vitamin Shaklee bukannya ubat; makan sekali pastu terus ok... Vitamin Shaklee hanya menyedia & melengkapi kekurangan nutrisi dalam badan kita. Once badan kita cukup nutrisi yang diperlukan, ia sendiri akan bertindak untuk memberbaiki "dirinya" sendiri.



Semoga info ini bermanfaat buat semua....



Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?





Hubungi saya untuk khidmat konsultansi secara percuma! Juga untuk mendapatkan jadual makan vitamin yang terbaik untuk anda...


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176
Read More

Share on Facebook



Friday 14 February 2014

Written on

I Miss UK!

Maaflah semua, lately saya memang nak "mengembarakan" otak saya ke luar negara....

Entahlah, rasa macam dipanggil2 untuk ke luar negara.

Frankly speaking, dalam banyak2 negara yang saya lawati, the most interesting, the most exciting, the most beautiful & peaceful country was UK!

Walaupun saya hanya dapat tinggal sekejap sahaja ketika di Sheffield, tetapi pengalaman datang makan ke rumah senior post grad, pengalaman beli barang grocerries di shopping UK, pengalaman beli kasut, baju ketika di outlet shopping, pengalaman menaiki kereta di jalanraya Sheffield, pengalaman makan di restoran Muslim, semuanya tidak akan saya lupakan! Serisuly best u....

Ok, abang... u damnly have to bring me there one fine day; pinky promise to me???

Jom ikut saya mengembara!



makan dgn abang di kebab restoran

outlet shopping

masa ni baru sampai je dr Msia

Makan time!

Ni hari terakhir di Sheffield, suddenly snow turun! mmg excited sgt!

Jalan2 cari barang...

Breakfast di rumah suami

Tengah tunggu train

Dalam train ke bus ni ek? xingat lak

window shopping

action je ni :P

we're in Love :)

Mari pilih sweeties...

Makan time..

Fuh manggo lassy kat sini mmg marvelous, tp xde gambar pulak

Bersama dgn mak kwn suami

Makan2 di rumah post grad. Entah apa khabar kak wan sekarang?

Di hadapan rumah kak Wan...

Tgh tunggu train nak gi beli coklat di outlet


saja tangkap gambar kedai2 di sana :P

Strawberry picking!

Hah, yg ini kena bayar tau

Pandai abg ambil gambar :P

Love u mr arrogant!

Outlet shopping lg!

Castleton mountain... yer ke ? entah, xingat


Konon2 titanic la tu :P

kereta sewa je :P

Selamat Datang ye puan2 dan tuan2


I Love this scene! So natural mcm Shaklee. hehe... :P



Read More

Share on Facebook



Monday 10 February 2014

Written on

Ya Allah, Rahmatilah Umurku!

Sejak akhir2 ni, saya sering memikirkan bagaimanakah kesudahan hidup saya....

Mungkin disebabkan orang2 terdekat saya yang pergi menghadap Ilahi (arwah nenek pada 14 December 2013, arwah abah pada 2 Feb 2014) menjadikan fikiran saya sering berlegar2 akan hal kematian.

Pernah saya utarakan isu ini kpd suami:

"Abang... bagaimana nasib anak2 kita kalau kita tak ada?"

Suami dgn tenang menjawab:

"Awak tak perlu risau nasib mereka. Risaukan apa yang kita bekalkan buat mereka"

Saya bertanya lagi kerana masih tidak puas hati dgn jawapan suami.

"Setiap kali berdoa, abang doa x minta umur kita dipjgkan dgn keimanan?"

Suami menjawab sambil tertawa kecil:

"Yang, umur kita dah ditetapkan.....Kita bukan doa umur yang panjang, tp doa umur yang diberkati"

Perbualan kami kemudiannya berhenti setakat itu.

Namun saya masih mencari2 penjelasan yang tepat dari jawapan suami.

Sehinggalah saya temui jawapan "Apa sebenarnya maksud KEBERKATAN itu sendiri"

Selalu kan kita berdoa agar kita dikurniakan rezeki yang berkat? Saya percaya, ramai antara kita pasti tidak lepas dari berdoa mohon keberkatan rezeki yang kita perolehi.

Kita juga sering mendengar kuliah2 agama tentang akibat rezeki yang tidak berkat. Antaranya:

1) Jiwa tidak tenang walaupun harta banyak
2) Wang masih tidak mencukupi walaupun gaji besar
3) Harta cepat terhakis/ habis melalui perkara2 luar jangkaan:
- kebakaran
- kesakitan
- pecah rumah/ dirompak dsb
- masalah bertimpa2

dan banyk lagi...

Ayat mudahnya: Rezeki yang berkat adalah rezeki yang mencukupi walaupun tidak banyak.

> Gaji RM4K tp masih cukup
> Gaji RM20K tp masih ada bahagian utk bersedeqah, keluarkan zakat, tolong orang dsb

Tetapi bagaimana pula dgn umur yang berkat??

Dan kemudian baru saya faham apabila saya hubungkan rezeki yang berkat dgn umur yang berkat.

Rezeki yang berkat: Harta diperoleh dimanfaatkan sebaiknya
Umur yang berkat: Umur yang ada sekarang dimanfaatkan sepenuhnya

Saya tahu, ajal saya telah ditetapkan sejak roh saya ditiupkan ke rahim ibu...

Lalu, adakah kerana ajal saya telah tetap, saya tidak perlu membuat apa2?? Tidak... sebab saya sendiri pun tidak tahu bila Allah tentukan ajal saya.

Andai ajal saya pada umur 40 thn, maka adakah bila sampai waktu tersebut, saya sudah cukup bersedia??

Mungkin saya boleh berikan analogy umur yang berkat dan tidak berkat seperti berikut:

Si X akan mati pada usia 30 thn....

Andai Allah memberkati umur si X, maka pada waktu ajal menjemput, si X telah cukup bersedia:

1) amalan kebaikan sudah banyak dilakukan sepjg hidup
2) tiada hutang yang ditinggalkan sepjg hidup samada hutang dgn Allah atau sesama manusia
3) keluarga si X ditinggalkan dlm keadaan yang terjamin; isteri mempunyai kewangan yg kukuh utk meneruskan kehidupan membesarkan anak2, anak2 semuanya ditinggalkan dlm keadaan iman & Islam yang jitu dlm diri mereka
4) si X tiada musuh dgn sesiapa; semua orang menyayangi si X

Tetapi andai Allah tidak memberkati umur si X, maka pada waktu ajal menjemput:

1) si X meinggalkan banyak hutang
2) anak2 & isteri ditinggalkan dalam keadaan yang tidak terurus
3) anak2 masih tidak tahu solat, masih tidak kenal Allah, isteri juga tidak menutup aurat dgn sempurna, dsb
4) ramai orang membenci si X

Ya, mati pada umur yang sama TETAPI dalam 2 keadaan yang berbeza!

Lalu saya tanamkan dalam diri ini:

Aku perlu manfaatkan umur aku sebaiknya...

Aku perlu lebih banyak memberi...
> memberi didikan agama yang sempurna pada anak2
> memberi infaq sebanyak2nya pada Agama
> memberi masa sebaik2nya utk berjuang dlm Agama
> memberi sepnuhnya hati & diri utk selalu koreksi diri; berusaha memperbaiki diri, memperbaiki amalan, memperbaiki akhlak diri..
> membantu lebih ramai orang

Ya... Shaklee juga adalah sebahagian dari jihad ku utk Agama....

Lalu kata2 yang sering ditanakamkan dlm minda ku sejak dr zaman universiti berlegar2 dalam fikiran ini:

"Ainul, ingatlah.. kalau kau menolong agama Allah, Allah pasti menolongmu!"

Ya, kalau apa yang saya lakukan sekarang adalah utk Agama Allah, maka perlukah saya khuatir andainya Allah ingin mengambil nyawa saya?

Saya pasti Allah akan memelihara anak2 saya sebagaimana saya berusaha utk memelihara Agama Allah...saya pasti Allah akan memelihara insan2 yang saya sayang kerana saya juga berusaha menjadi hamba yang Dia cintai.

"Wahai Allah, letakkanlah akhirat di hatiku & dunia di tgnku"

Ya Allah, berkatilah keluargaku. Sesungguhnya aku sangat menyayangi mereka... Terima kasih ya Allah kerana hadirkan mereka dalam hdupku.







Read More

Share on Facebook



Sunday 9 February 2014

Written on

Perginya Abah Kami (Hj Mat Saad bin Hassan 1945 - 2014)

Tanggal 2 Februari 2014....

Perginya insan teristimewa buat suami saya, iaitu ayah beliau, Hj Mat Saad bin Hassan....

Sungguhpun beliau hanya lah ayah mertua saya, tetapi pemergian beliau sangat memberi kesan pada diri ini kerana abah menghabiskan sisa2 terakhir hidupnya di rumah kami di Bangi.. Allahuakbar, terasa rindu sangat pada arwah abah...

Kronologi kisah:

28 Januari 2014 (Selasa) : 

# Mak & abah datang dari Parit Buntar, Perak ke rumah kami di Bangi. Mereka sampai lebih kurang jam 1.00 tgh hari dgn menaiki kereta yang dipandu oleh anak lelaki mereka (abang suami saya).

# Tujuan mak & abah datang adalah kerana ingin menghadiri majlis perkahwinan adik saya, Athirah di Melaka yang akan berlangsung pada 1 Februari 2014.

# Pada waktu ini, suami saya masih berada di Sarawak. Beliau akan pulang ke Semenanjung pada hari Khamis (30 Janauri 2014).

# Semasa makan tengah hari, bibik sempat menggoreng ikan terubuk masin yang saya beli di Kuching ketika bertemu suami saya. Tidak sangka, rupanya abah suka sangat makan ikan terubuk tersebut....

# Apabila suami menelefon, abah banyak kali berpesan, minta suami saya bawa balik ikan terubuk masin lagi... ya Allah, masih segar lagi riak muka abah yang seronok makan ikan terubuk tersebut.

# Pada malamnya, saya membawa mak & abah keluar utk dinner bersama anak2 dan bibik. Kami makan malam di Restoran Indonesia, Cibiuk. Seronok sangat rasanya dapat bawa mak & abah keluar makan...

Abah di hujung sekali... berbaju biru muda. Rajin abah layan Ammar makan di sebelahnya.

29 Januari 2014 (Rabu):

# Awal2 pagi lagi abah bangun dan pergi ke surau di belakang rumah kami untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah.

# Kemudian, seawal jam 7 pagi, abah pergi berjogging (berjalan kaki) di taman sebelah rumah kami.. seingat saya, abah dapat berjalan sebanyak 3 pusingan. Masih segar lagi dalam ingatn saya, tika saya bertembung dgn abah yang baru pulang dr taman. Ketika itu, saya baru hendak keluar menghantar anak2 ke sekolah tadika. Muka abah happy sangat! Rasa segar sgt muka abah waktu tu!

# Pada waktu petang juga, abah keluar sekali lagi ke taman. Saya sendiri tidak tahu yang abah keluar ke taman... masa tu saya ingin keluar ke kedai utk membeli makanan rabbit kami. Saya bertembung dgn abah yang baru lepas berbual2 dgn rakan2 joggingnya (warga emas juga).

"oo.. abah gi jogging" (saya tersenyum melihat abah).

"Abah, ni kunci rumah. mak suh bawa td sbb mak nak tido sekejap.." kata saya sambil menghulur kunci pada abah.

"oo.. ok2. Nak gi mana ni?" tanya abah sambil mengambil kunci tersebut.

"Kitaorang nak gi kedai jap, nak beli makanan rabbit. Nasib baik jumpa abah.. tak tahu pun abah pergi taman. kalo x, sian abah kena tunggu kat luar" saya berseloroh.

Masa ni, nampak abah tersangat happy. Sukar hendak saya gambarkan keadaan muka abah waktu itu.. saya jadi seronok sebab lihat abah happy ketika berada di rumah saya.


Inilah taman di sebelah rumah saya; tempat abah keluar berjogging...


# Sebenarnya.. jauh di sudut hati saya... saya seakan pelik dgn reaksi abah. Sebelum ini, tidak pernah abah ingin keluar untuk ke taman apabila datang ke rumah saya. Tetapi kali ni, abah mcm sgt exited utk explore kawasan rumah saya. Manakan tidak, abah pergi ke surau melalui pintu belakang rumah kami (oh yer, pintu belakang rumah ni, jarang kami buka, selalu kami lalu pintu depan sahaja. Tapi abah suruh bibik buka sebab dia nak ke surau lalu pintu belakang), lepas tu pagi & petang abah keluar ke taman....abah juga turut layan ammar &sumayyah di belakang rumah kami (sambil main dgn arnab).

# Jujurnya, saya sebagai menantu sangat bahagia apabila melihat mertua saya seronok tinggal di rumah saya. Saya biarkan sahaja abah melakukan aktiviti yang beliau suka...

30 Januari 2014 (Khamis):

# Esoknya, abah memulakan rutin harian yang sama; pergi ke Surau utk solat Subuh, dan keluar berjogging.

# Pada waktu tgh hari pula, saya bercadang untuk ke Alamanda (Putrajaya) untuk membeli baju kemeja suami. Saya ajak mak & abah pergi sekali, tetapi abah tidak mahu ikut. Hanya mak yang  pergi...

# Masa di Alamanda, saya sempat membeli sepasang baju kemeja utk abah; jenama Pierre Cardin. Mak yang pilhkan baju tersebut, saya hanya jadi tukang bayarnya. hihi....

# Sejurus kami pulang ke rumah, saya happy sgt bila melihat abah excited masa nak try baju tersebut...

# Waktu petang, saya dan mak bersiap untuk ke Airport bagi mengambil suami saya yang akan tiba dari Bintulu, Sarawak.

# Abah pula. tinggal di rumah... sebab abah kata, hendak pergi ke pasar malam. Oh yer, abah juga pergi ke pasar malam rumah kami dgn berjalan kaki! Hebatkan? Nampak mcm abah suka sangat dgn environment di situ.

# Setelah mengambil suami, kami terus pulang ke rumah. Setiba di rumah, abah beli banyak makanan dari pasar malam. Abah belikan rambutan, durian, duku, nangka dan macam2 lagi! Malam tu, kami sangat seronok dapat makan bersama2. Suami saya ni, anak bongsu mak & abah, dan beliau ni pun, seorang yang sgt kelakar. Dgn adanya suami sekali, situasi rumah malam tu jadi sangat meriah! hehe....

31 Januari 2014 (Jumaat):

# Pagi tu saya bangun awal pagi. Setelah melakukan solat tahajud, saya keluar dr bilik tidur & membuat sedikit kerja di bilik Shaklee. Masa ni, saya dgr mak & abah dah bangun.

# Rupa2nya pagi tu, anak2 mak & abah yang no 1 & 2 akan datang ke rumah saya. Abang ipar saya yang no 1, baru sahaja sampai dari Jakarta, manakala abg ipar yang kedua, baru sampai dari Kota Bharu, Kelantan.

# Jujurnya, sangat sukar untuk bertemu beramai2 dgn adik beradik suami kerana semua sibuk dgn urusan kerja masing2. Abang sulong suami, bekerja di Jakarta (Oil & Gas company), yg kedua doktor di Kelantan, manakala suami saya bekerja di Sarawak. Hanya anak lelaki yang no 4 yg selalu bersama abah sebab mereka tinggal bersama. Tiga anak abah yang lain, semua duduk jauh2. Tetapi pada hari itu, seakan Allah telah mengatur perancanganNya; secara kebetulan semua baru pulang untuk bercuti dan mereka berkumpul di rumah saya!

# Teringat kata2 dr ayah saya; abah seronok sangat semasa bercerita dgn ayah ketika di Melaka. Abah kata, beliau rasa gembira dapat berjumpa dgn anak2 nya sebelum bertolak ke Melaka. Allahuakbar....Terima kasih ya Allah kerana mengatur pertemuan ini!

# Masa tiba di Melaka, kami terus ke rumah ibu & ayah, melihat persiapan terakhir untuk kenduri adik keesokan harinya.

# Setelah makan tgh hari, kami bergerak ke Bayou Lagoon Resort utk check in hotel. Saya telah book apartment hotel dgn 2 bilik tidur. LEpas check in, kami semu keletihan dan terus tidur sehingga waktu asar/

# Selepas bangun tidur & menunaikan solat jamak asar + zohor, kami semua bersiap untuk turun mandi ke lagoon di hotel tersebut. Abah dan mak hanya duduk memerhatikan saya dan suami bersama anak2 mandi di situ.

# Waktu menulis ni, rasa nak berjujuran air mata saya sebab saya teringat abah excited nak ambil gambar saya dan anak2 masa kami dah selesai mandi. Siap abah suruh kami berdiri betul2 utk beliau ambil gambar menggunakan hp beliau. Allahuakabar... rindunya kat abah!

# Malam tu, kami bergerak semula ke rumah ibu sebab adik saya akan bernikah pada malam tersebut. Waktu ni, keadaan agak sibuk, dan saya pun tak berapa ingat apa yang abah lakukan. Yerlah.. masa ni tgh excited tgk adik sendiri menikah. Rasanya abah bersama dgn suami saya waktu pernikahan sedang berlangsung.

1 Februari 2014 (Sabtu):

# Abah dan mak seperti biasa bgn awal dan solat subuh berjemaah. Kemudia mak kejut kami utk solat.

# Selesai solat, kami kejut anak2 pulak utk prepare pergi breakfast di Hotel.

# Semasa breakfast, abah mmg berselera makan. 2-3 round jugak abah pusing buffet sarapan di situ. Dan yg kelakar nya, masa kami dah selesai makan dan keluar dr cafe, kami tercari2 abah. Rupanya abah masih di cafe.. masa ni abah tgh nak makan ubat. Oh yer, abah ada penyakit diabetes & darah tinggi tapi masih dalam keadaan yang terkawal. Tidak pernah sampai kena masuk hospital dsb.

# Setiba di bilik hotel, kami pun bersiap2 utk check out dan bergerak ke rumah ibu.

# Abah memang seronok tgk cucu2 nya pakai baju flower boy & flower girl.

Sumayyah & Fateh; abah sedang duduk di sofa. Nampak x kopiah putih di sofa? Itulah abah :)

# Setiba di rumah ibu, tiada siapa di rumah kecuali pengantin. Jadi kami semua bergerak ke dewan.

# Masa di dewan, saya tidak berapa perasan apa aktiviti abah dan mak. Sebab saya sibuk layan tetamu dan adik beradik yang lain.

# Cuma ayah ada bgtahu (selepas abah meninggal), abah duduk bersendirian di hujung dewan memerhatikan orang ramai yang hadir. Ayah cuba ajak abah berbual dan bertemu dgn mereka yang hadir, tetapi abah tidak mahu, abah mahu bersendirian... (Allahukabar, andainya saya dan suami tahu, waktu tersebut adalah hari terakhir sebelum abah pergi, pasti kami akan spend masa berbual2 dgn abah. Benarlah! Ajal itu rahsia Tuhan, kerana itulah Allah mengingatkan kita utk sentiasa bersedia menghadapi mati)

# Semasa sessi mengambil gambar pula, puas suami memujuk abah utk bergambar sekali, tetapi abah tidak mahu. Jadi hanya kami dan mak yang mengambiil gambar bersama pengantin.

Hanya mak yang naik ke pentas utk mengambil gambar bersama pengantin.


# Selepas sessi mengambil gambar, kami semua bergerak dari dewan utk check in di Homestay (homestay tersebut dekat je dgn rumah ibu dan ayah, satu Taman Air Molek juga).

# Kami semua menunaikan solat zohor dan selepas itu berehat. Saya tidur sekejap bersama anak2, Waktu ni, abah juga berehat di bilik. Suami pula terus ke dewan semula utk melihat perkara2 yang boleh dibantu lg. Mak turut ikut suami sekali...

# Saya tidak tahu apa yang berlaku.. sampailah suami pulang ke rumah, waktu ni baru saya tersedar dr tidur. Fuh, mmg keletihan sungguh.

# Petang itu, saya tinggalkan bibik dgn anak2 di homestay, manakala saya dan suami pergi ke rumah ibu kerana ada tetamu yang hadir. Jadi hanya mak, abah, bibik n anak2 sahaja yang berada di homestay.

# Terus terang, sepanjang hari tersebut, saya mmg tak berapa ingat apa aktiviti abah, sbb saya sibuk dgn family saya. Abah pula duduk dalam bilik sahaja (mungkin tidur,  mungkin berehat atau mungkin mengaji).

# Hanya pada waktu malam, setelah semua urusan selesai di rumah ibu, barulah kami dapat bersama; mak, abah, suami, saya dan anak2 berkumpul di ruang hadapan sambil menonton TV. Suami berbual2 dgn abah dan mak, tetapi tidak terlalu lama, sebab beliau keletihan. Selepas itu, suami terus masuk tidur.

** Entry akan bersambung lagi... 

Read More

Share on Facebook



 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.