Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, 29 May 2014

Written on

Sekolah Buat Anak2 Ku

Saya sangat2 kelam kabut baru2 ini kerana saya tidak sedar tarikh2 penting untuk sessi persekolahan anak pertama saya, Muhammad Ammar.

I think, thats my biggest enemy; selalu buat last-minute job. Mujur hubby menjadi tempat untuk saya check and balance. Banyak perkara yang saya buat untuk mengatasi masalah ini; antaranya come out dgn jadual. 

Mcm2 jadual saya buat demi memastikan saya tidak selalu buat kerja last minit. Antara jadual yang saya buat; jadual maid, jadual belajar anak2, jadual hafazan anak2, jadual Shaklee saya dsb. Alhamdulillah, semua hasil dari tarbiyyah suami saya.. hehe :P

Mungkin sebab itu, Allah temukan saya dgn suami saya sekarang. He's very perfect for me; walaupun kami tinggal berjauhan, tapi beliau berjaya didik saya utk lebih berdikari, berdisipilin (walaupun sometimes culas jugak. hehe), ajar saya untuk berfikir secara kritis, dan bukan secara emosi. Banyak sebenarnya saya belajar dari beliau.


“Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati akan kebesaran Allah (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami)” - Adz-Dzariyaat: 49


Berbalik kepada tajuk, sebenarnya, untuk sessi persekolahan Ammar, dah banyak kali hubby remind saya untuk survey sekolah. Tapi entah bagaimana, saya tidak ambil berat sangat, kerana sangkaan saya, ianya semudah untuk mendaftar di Kingdergarten. 

Malangnya, sangkaan saya meleset. Mendaftarkan anak ke sekolah rendah tidak semudah mendaftar di tadika. Jadi para ibu sekalian, please alert jika ada anak2 anda yang akan memasuki alam sekolah rendah.

Dan resultnya??? Permohonan ke sekolah yang kami hajati telah pun ditutup. warghhh...

Sebenarnya ini plan kami utk ketiga2 orang anak2 kami:

1) Muhammad Ammar
- kami bercadang utk menghantar beliau ke sekolah swasta (Islamic School). Sekolah yang sama mcm sekolah kebangsaan cuma ianya bukan direct bawah kerajaan. Dalam plan kami, ada 3 sekolah yang dalam pemerhatian kami:
* Sekolah Rendah Al-Amin
* Sekolah Rendah Seri Abim
* Sekolah Rendah Agama Integrasi

> Malangnya disebabkan kelewatan saya melihat jadual utk pendaftaran, maka Sek Al Amin & Integrasi telahpun ditutup pendaftarannya. Dan hanya Sek Seri Abim yang masih dibuka.

Alhamdulillah, telah selamat saya hantarkan permohonan Muhammad Ammar.

2) Sumayyah
- kami bercadang untuk menghantar gegurl kami ini ke sekolah aliran Cina (chinese school).
- Reason?? In shaa Allah serikandi kami ini bakal menjadi duta buat PAS dalam menyampaikan dakwah terhadap golongan Cina. 
- Ini adalah misi besar saya dalam pembentukan anak2

3) Muhammad Fateh
- anak soleh kami ini, akan kami hantar ke Tahfiz School
- bersesuaian dgn namanya seperti Sultan Muhammad Al Fateh, kami mahu dia mendalami ilmu2 Al Quran dengan lebih mantap.

Do we neglect Ammar & Sumayyah?? Tidak... kami mahu memberi kepelbagaian kepada anak2 kami. 

In fact, saya sedang dalam proses mendidik Ammar & Sumayyah menghafaz Al Quran. 

Saya percaya, jika anak2 sudah didedahkan dgn Al Quran sedari kecil, in shaa Allah mereka mampu menguasai ilmu2 dunia yang lain.

Remember: Education is the Powerful Weapon in Life. Maka didiklah anak2 sebaik mungkin.

Kejarlah Akhirat dalam mendidik anak2, in shaa Allah "Dunia" akan mengejar mereka dari belakang.

Tidak guna berimpikan anak sebagai Pilot, Engineer, Doctor, Architect andai Ilmu Islam tidak ditekankan dalam pembentukan diri mereka sedari kecil....

Maka ini lah juga salah satu sebab, saya perlu mempunyai azam untuk menjaga anak2 saya sendiri dgn tgn saya dari rumah. 

Kerana saya yakin, tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia.

Dan syukur alhamdulillah, Shaklee menjadi medium untuk saya merealisasikan impian saya ini. Thanks Allah!





Ummi sayang sangat2 anak2 Ummi kerana Allah



Ainul...
"Working-at-home-mother"


Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~







Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com


+60136971176




Read More

Share on Facebook



Sunday, 25 May 2014

Written on

Braces dan Saya

Assalammualaikum my dearie pembaca blog ~

Maaf sgt2.. beberapa hari terpaksa ku tinggalkan blog kerana ada few urusan.

Hurm, hari ni sebenarnya masih banyak urusan , jadi saya nak update sikit jer..

Ingat tak saya pernah share tentang Silap mata yang dijamin jadi?? Kalau siapa2 nak tengok post tu, boleh baca di link ini: (Silap Mata Yang Dijamin Jadi

Then apa pula kaitan tajuk entry ini dgn Silap Mata??

Sebenarnya awal bulan 3 aritu, saya bagi assignment kat diri saya & juga anak2 Shaklee saya. Apa assignment nya??

"Tulis 101 Perkara Apa Yang Anda Ingin Lakukan Sebelum Anda Mati"

Hah, tersentap tak baca??

Actually assignment ni pun ada kaitan dgn silap mata di atas. Maka tanpa ragu2, saya pun mulalah memikirkan & merancang 101 perkara yang ingin saya lakukan sebelum saya mati.

Fuh, jenuh juga nak mikir 101 perkara. And tahu tak, until now, saya baru dapat fikir 60 perkara yang saya nak lakukan sebelum saya mati.

Antara 60 perkara yang saya tulis, salah satunya adalah saya nak buat Braces. Sebenarnya saya dah lama sgt nak buat braces, sejak dari zaman sekolah menengah lagi. 

Saya dah dipanggil pun untuk menerima rawatan Braces dari kerajaan ketika di sekolah menengah, tetapi saya tak jadi nak terima masa tu atas satu sebab; ustazah saya ada bercerita tentang mengubah ciptaan Tuhan, dan masa tu dia panggil nama saya. Lebih kurang lah ayat dia mcm ni

"Hah, mcm Ainul.. kalau esok2 nak betulkan gigi, terpulanglah. tepuk dada tanya iman"

Kebetulan, masa beliau cakap isu ni, saya memang dah ada appointment dgn doktor kerajaan utk buat braces.

Lalu saya terus batalkan niat saya utk continue braces. Haha, lawak tak?? Padahal buat braces, bukannya mengubah ciptaan Allah...

Tapi satu yang saya pegang masatu "Aku akan buat braces bila aku dh bersuami. Biarlah sekarang gigi aku mcm ni, biar bakal suami aku terima aku dalam keadaan begini, lepas sah menjadi isteri, baru aku nak cantikkn gigi utk suami"

Setelah 8 tahun berkawin, saya masih lagi tak buat2 braces. Alasan tak buat?? Banyak faktor yang menyebabkan saya delay niat tersebut, sehingga tak sedar, dah hampir 8 tahun kawin, masih tak buat2 lagi.

Jadi, memang kenalah assignment ini dgn impian saya yang dah berkurun dipendamkan itu. 

Maka saya pun tulislah Impian "Nak buat Braces" di perkara yang ke-45 dalam list 101 "PERKARA YANG SAYA INGIN LAKUKAN SEBELUM SAYA MATI"

Dan kini.....


TADA!!!


Ainul & kawat besinya ~

Zoom in ~ my beaiutiful teeth. hehe :P


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.....



Miracles happen when we believe. Have faith in Allah, have faith in yourself




Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~







Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com


+60136971176
Read More

Share on Facebook



Wednesday, 21 May 2014

Written on

Shopping ~ Heaven ~

Perempuan dan shopping xdpt dipisahkan... (hurm, yer ker??)

Mungkin yer dan mungkin tidak.

Pendapat saya pulak??

Bergantung pada individu. Macam saya, mmg dari dulu saya xsuka sgt bershopping; (satu) sebab baju2 di shopping biasanya tidak memenuhi taste saya (selalu kecik, shapping sgt, ketat, jarang dsb), (dua)... sebab xbanyak duit. kikiki ~

Saya suka beli baju di kedai2 tepi jalan jer, or butik2 muslimah sebab selalunya baju2 di sana lebih longgar dan banyak pilihan utk org mcm saya.

Sekarang???

Alhamdulillah, ada rezeki lebih... barulah mood shopping saya datang. Setiap bulan adalah peruntukan dlm RM1K utk saya shooping as a reward utk saya (setelah allocation utk zakat & my parents diagihkan).

Jadi apa yang saya beli as a reward???

Saya akan beli baju yang saya tak boleh pakai di luar i.e baju orang2 muda sekarang. Dah tu, kalau xboleh pakai kat luar, buat apa beli???

Of coz lah pakai di rumah, utk suami. Buat apa nak beli baju mahal2 utk tatapan orang luar, yer dak???

Ok.. ini prinsip saya. Saya suka perhatikan orang2 free hair punyer pakaian. Samada pakaian ke tempat kerja, pakain leisure, atau pakaian ketika dinner....

Saya akan beli dan pakai di rumah depan hubby. Best tau, bagi saya , ianya satu kepuasan.

Siapa kata orang bertudung tak boleh pakai skirt pendek?? Siapa kata orang bertudung tak boleh pakai dresss?? Siapa kata orang bertudung tak boleh pakai baju kain terbelah?? Siapa kata orang bertudung tak boleh pakai legging??? Haha, nampak lawak kan??

Tapi seriusly, para wanita shud feel it! Pakailah di rumah... nanti suami u tgk u, dia dah tak heran tgk perempuan kat luar sana... haha :P

Bagi saya, selain utk suami, kita juga akan rasa keyakinan yang tinggi bila dah memakai pakaian mcm tu. Actually kita muslimah ni lagi lawa tau dari mereka2 yang tak bertudung tu...  tak percaya?? pi try satu baju n duduk depan cermin, mesti u all suka tgk diri u all....

Alhamdulillah, Allah sayang sgt para wanita sehingga Dia wajibkan wanita menutup aurat / berhijab. Sebab wanita ni indah ciptaannya, rugi sgt2 siapa yang pamerkan diri mereka pada orang yang tidak sepatutnya...

Anyway, hari ni dah selamat saya shopping baju2 rumah saya. Bibik saya pernah cakap time dia ikut saya shopping) : "Uish, mahal baju ni puan, xkan nak pakai kat rumah??"

Then I'm answering her "Baju mahal lah pakai kat rumah, buat apa baju mahal nak pakai kat luar.." Tersenyum jer dia dgr. hehe ~

Total shopping baju arini: RM900. Fuh puas hati, 4 blouse, 2 skirt & 2 maxi. Semua baju utk pakai di rumah :P


Shoping 2 kedai, Belle & Ms Read ~




Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com


+60136971176
Read More

Share on Facebook



Tuesday, 20 May 2014

Written on

Best ke Travel ni???

Ish, jeles2x bila tgk mentor2 Shaklee ku sedang bercuti overseas. Ini jeles yang positif ok??

Rasa jeles ini yang akan buat saya bangkit utk terus kuat berusaha mencapai impian saya. Utk lebih serius & focus pada bisness saya. Hah, nilah PUSH FACTOR saya....

Ada juga yang tanya saya, kan dh banyak kali travel, kenapa nak travel lagi??? (hehe...ye ker banyak??)

Tp seriusly best sgt travel u! Bagi saya, harta benda seperti rumah yang mewah, kereta yang gah & simpanan yang banyak dalam bank bukanlah satu kepuasan bagi saya. Kepuasan bagi saya adalah apabila saya dapat melawat ke luar negara especially negara 4 musim.

Sebab tu, kalau u all tgk, kereta saya biasa2 je.. walaupun saya dan suami dah mampu pakai kereta mewah. Dua buah kereta kami, dah Shaklee tolong bayarkan, so apa yang tak bolehnya nak ambil kereta yang lebih mewah kan? kan?

Tetapi itu bukan prinsip kami. Cukuplah sebiji honda city & sebiji estima utk memenuhi keperluan kami sekeluarga. 

Rumah?? Sampai sekarang kami xde plan pun nak renovate rumah ke apa, nak tukar sofa baru ke apa, nak tukar perabot baru ke apa... cukuplah dgn apa yang ada sekarang. Simple & comel. hehehe~

Rumah kami di setia Alam tu masih kosong, nak sewakan rasa cam sayang pulak. bayar dah ler mahal, RM3k sebulan... uish sayang2x. Tak pe, beli rumah banyak sbb tu aset. Tapi bab nak renovate rumah... nanti dulu. Baik kami simpan duit utk pi travel anak beranak.

Azam saya sekarang?? Saya dah siap2 list tempat yang saya nak pergi. In shaa Allah jika diizinkan utk menunaikan Haji, lepas selesai Haji, saya akan tour around world! Yuhuuuuu..... yabeda bidu...

Btw, saya suka travel WITHOUT agency. Lebih privacy & challenging. Kali pertama saya dan hubby travel adalah ke Paris. Memang kami redah abis lah kat sana, dgn bahasa yang tak faham, dgn tgk map yang tunggang terbalik sampai kena tanya orang. Dah tu, xsemua reti cakap English.

Tapi yg bestnya... kami rasa enjoyyy sgt2, rasa romantik sgt2. hikhikhik ~

Lepas tu, kami travel ke Italy, pun without agency, sendiri2...

Then, kami melancong ke Istanbul, Amsterdam pun dgn sendiri....

Bagi saya, melancong guna agency sgt penting kalau kita bawa orang tua i.e our parents sbb mereka ni cepat penat. Kalau kita dok try n error, kang kesian pulak kat mereka. Kami pernah melancong ke Melbourne, bersama my parents in law. Without agency... mmg haru. sian mak & arwah abah ku waktu tu. huhu ~

Btw, utk anda yang plan utk melancong, jgn lupa bekalan2 yang penting seperti supplemen, universal charger, back up food like snacks etc (ini penting bila nak travel ke negara yg bukan non muslim), baju2 yg bersesuaian (kalau pergi negara sejuk, bawa 3 helai baju pun dah cukup), duit & credit card yang mencukupi serta MAP negara yang anda nak lawati.

Ok bagi saya tu ajer yang penting. Nanti saya nak buat satu entry TIPS bagaimana anda MAMPU untuk melancong ke luar negara. Jgn risau, pergi overseas ni bukan utk orang2 kaya jer.. yang kerja biasa2 ni pun boleh tau utk pergi melancong jika u all betul2 bertekad nak pergi. Ada caranya...

So start lah pasang impian dari sekarang....

Jom kita mengembara ke seluruh pelosok dunia.... yesza!!



Melbourne 2010








Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176

Read More

Share on Facebook



Monday, 19 May 2014

Written on

Suami Kahwin Dua??

Hah, yang ni memang tajuk kontroversi. Sgt2 kontroversi kan??

Tapi dun worry, saya bukannya nak bincangkan isu kahwin dua ni, cuma saya tertarik sgt2 dgn sharing dr satu forum yang saya baca. Tergelak2 saya baca luahan hati suami ni.

So, I cannot tahan to share in my blog. Maaf, mungkin bahasa si suami ni straight to d point (ada bahasa yang tak manis), tp oklah.. supaya terang dan jelas. Sebab rakyat Malaysia ni, kadang tak faham kalau kita guna bahasa kiasan kan?

Jom baca luahan hati seorang suami tentang berkahwin dua. Sure u all akan tergelak2 bila baca ni. hihi. (saya pun dok gelak dari tadi)

-----------------------------------------------------------------


LUAHAN HATI SUAMI DAPAT KAWIN LAGI

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun.

Life starts begin at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku.

Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih-sengih aje lah I at that time.

'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!'

Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.

Sebab apa ? 

Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. 

Memang lah seronok beb. Seronok benda yang kat dalam seluar dalam tu aje lah.

Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife.

Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah.

Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran ...semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ...

Rasa2, dapat ke isteri muda, kalau I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua.

Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan...

Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.

Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota. Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua.

Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam. (hahaaa.....lawak giler)

Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal beshpa cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu.

Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.

Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ...

Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ...

Lebih haru lagi, tentu anak-anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru.

Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula. Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. 

Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi dia masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak. Sudah tentu, rumah isteri muda, tengah hiruk pikuk dengan anak-anak kecil (kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak)

Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.

Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.

Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula-mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua.

Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu.

Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ...lagi haru ...

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu, cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu...

Hish banyak lah lagi.

Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih, silakanlah.

Tapi bagi I, selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.

Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu, rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I.

Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je. (pe laa..asyik crite suar dlm jek..)

Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut, salah kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.

Kalau nak ikut nabi, rasa-rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. (yaa..bethul3...)

Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni.

Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih.
Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin-kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. (suar dlm lagikkk!!! hisss..)
Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial.

Wallahualam.


suami orang-

LU PIKIR LA SENDIRI!!

------------------------------------------------------

Haha, best tak baca?? Seriusly, saya suka giler baca luahan brother ni. Ups, bukannya saya anti poligami yer, tetapi saya tak setuju kebanyakan kes poligami yang berlaku di Malaysia. 

Anyway, bagi saya simple... dalam rumahtangga ni, suami isteri kena banyak & selalu berkomunikasi. Jangan harapakan pasangan kita tu faham apa yang kita rasa.

Sebagai contoh: Suami nak isteri tu layan dia sepenuh hati, nak isteri tu cantik, seksi dsb... hah, kenalah cakap terus terang dgn isteri. Janganlah expect si isteri tu nak faham ngko jer.. berbuallah ketika anak2 sudah tidur, bgtau apa yg u nak dari isteri u.. then dgr pula luahan hati isteri u. Mungkin isteri u penat bekerja, penat jaga anak, penat urus rumahtangga sampai dia pun terlepas pandang soal penjagaan diri terhadap suami. So suami, kenalah cari ikhtiar, carikan pembantu rumah ke, belikan supplemen ker, tolong isteri sekali dlm hal2 rumahtangga ke...

Utk isteri pula, katalah u nak suami u romantik, nak selalu belai u, atau nak suami selalu dgr luahan hati u.. so ckplah elok2 dgn suami. Mmg kadang lelaki ni, tak suka ckp benda yang remeh temeh ni (kita rasa bnda ni penting, tp dia pulak rasa remeh), tp kena keep on cakap. Cakaplah dgn nada hormat dan sayang... 

"Abang, saya suka kalau abang selalu dgr saya cerita" 
"Abang, saya suka bila saya masak, abang puji kalau sedap, dan komen kalau kurang sedap dari abang diam seribu bahasa" 
"Abang, saya kecik ati tau, bila abang selalu cerita sesuatu pd kwn2 abang, kan saya ni isteri abang.. saya nak jadi org pertama yang tahu masalah abang, susah senang abang, sbb saya sayanggg sgt kat abang"

Hah, mcm tulah lebih kurangnya...

Btw, saya pernah dengar ceramah dari ustaz mohd amin di ikim.fm. Beliau ada bgtau 3 keperluan suami & 3 keperluan isteri yang perlu dijaga.

Utk suami, si isteri kena jaga 3 perkara ini. Andai berjaya jaga 3 perkara ini, in shaa Allah suami akan sayang dan tak cari lain:

1) Seksual
2) Pakaian
3) Minuman

Utk isteri pula, si suami kena jaga 3 perkara ini supaya isteri berasa bahagia apabila bersama si suami:

1) Nafkah
2) Sentuhan
3) Perkataan

Rasa2nya, utk bab suami.. mmg dh terang lagi clear kan??

Utk bab isteri, ramai suami yang terlepas pandang. Kalaulah si isteri tu boleh cari lain, agaknya dah ramai kot suami yang kena madu dek kerana mengabaikan 3 perkara ini.

1) Nafkah - in shaa Allah, yang ni mungkin lelaki2 budiman tak terlepas pandang. Nafkah makan, tempat tinggal, nafkah anak2, semua mampu buat.

2) Sentuhan - yang ni, tolonglah sensitif sikit yer. Kadang2 isteri ni bukannya nak demand seksual sgt pun, tetapi cukuplah si suami belai rambut, pegang tangan, dah cukup buat si isteri brtambah sayang pada suami.

My friend pernah share satu ayat "men give love to get sxx, women give sxx to get love"

Mungkin separuh betul separuh tak betul... tapi yang pasti, rajin2ah belai isteri yer, kerana dgn sentuhan, sure isteri bertambah sayang padamu, dan tak kan compare dgn suami orang lain lagi. hikhik ~

3) Perkataan - hah, yg ni pun kena sensitif juga. Perasan tak, bila isteri cakap "abang ni gemuklah" - si suami dgr tu, mcm masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Tapi kalau suami cakap bnda yang sama kat isteri "Awak ni gemuklah" > hah, si isteri akan ingat sampai dia mati ok. So para suami, sila hati2 dgn words yang anda nak cakap pada isteri.

Oklah, dah melalut ke benda lain pulak. Ok lets focus pada closing Shaklee..

psst: buat para suami, meh lah beli supplemen utk isteri. Kata nak isteri cantik & menawan kan, kenalah berikan yang terbaik buatnya. Tak giteww?? hehe (y)

Antara supplemen yang saya sgt2 cadangkan utk isteri anda:

1) Collagen
2) Alfalfa
3) Vivix
4) Vitamin C
5) Ostematrix

Hah, banyak ke?? Dun worry, khidmat konsultansi disediakan secara PERCUMA :)





Wassalam....



Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176

Read More

Share on Facebook



 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Follow by Email

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.