Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, 28 June 2014

Written on

Doa Suami Ketika Di Mekah

Sekarang saya berada di rumah ibu di Melaka. Tengah2 duduk mengemas, tiba2 ibu memberi sebuah kotak kepada saya. Rupa2nya itu kotak lama yang saya simpan segala pemberian suami dahulu.

Tengah belek2 kotak itu, tiba2 terjumpa satu kertas yang ditulis oleh suami ketika beliau mengerjakan umrah tahun 2003. Waktu itu suami baru sahaja mendapat keputusan utk fly ke UK setelah tamat persediaan di Taylors College.

Sebelum fly ke UK, suami bersama mak & abah beliau mengerjakan umrah dahulu. Waktu itu, saya masih belajar di UTP (Universiti Teknologi PETRONAS).

Kertas yang saya jumpa itu rupanya adalah doa yang suami tulis ketika berada di Mekah.

Saya rasa lebih baik saya tulis di sini kerana kertas tersebut telah hampir lunyai. Setidak2nya saya masih boleh membaca berulang kali doa tersebut di kala saya sedih atau merindui beliau....


Kertas yang sudah lunyai dan hampir terkoyak


---------------------------------------------------------------------------------------------------

Ya allah, ampunkanlah dosaku, berilah segala kerahmatanMu pada diriku. Ya Allah, berilah taufiq & hidayahMu ke dlm diri sanubariku. Ya Allah, aku bertaubat atas segala kesalahan yg telah aku lakukan terhadapMu. Berilah peluang kpdku dan bantulah aku utk memperbaiki kesalahanku. Aku memohon ampun & bertaubat wahai Allah


Ya Allah, ampunkanlah dosa ibu bapaku. Berilah mereka taufiq dan hidayah agar mereka sentiasa berada dlm anugerah xxxxMu (xdpt nk baca sebab tulisan dh kembang). Engkau peliharalah diri mereka sepertimana mereka peliharaku semasa kecil. Ya Allah, berilah kefahaman Islam yang sebenar2nya kepada mereka. Ya Allah, jauhkanlah mereka dari fahaman yang salah. Ya Allah, Kau berilah kekuatan kpd abahku utk berubah kpd yg lebih baik. Kau sihatkan ibuku dgn pelihara dia dari sebarang penyakit.

Ya Allah, Engkau ampunkalnlah dosa ahli keluargaku. Engkau berilah taufiq & hidayahMu kpd keluarga abang Jxx ku. Kurniakan dia anak2 yang soleh. Engkau rahmatilah keluarga abg Exxku, berilah anak2nya dlm keadaan yang sihat dan anak2 yang soleh. Ya Allah, Kau kurniakan kesihatan kpd kakakku, Hxxx. Peliharalah dia dari penyakit kulitnya ya Allah. Ya Allah, berialah Dxxx mendapat isteri yang baik dan selamat berada di US nanti.


Ya Allah, buat kekasihku Ainul, berilah kemenangan dlm piliharaya MPP nanti. Berilah kemudahan kpdnya jika dia dipilih menjadi MPP. Bukakanlah pintu hatinya ketika menerima ilmu, berkatilah ilmu yang Kau kurniakan padanya Ya Allah.Tambahkan keharmonian dlm keluarganya, berilah kejayaan kpd adik2nya dlm bidang pelajaran. Berilah kekuatan kpd ayah & ibunya utk terus mendidik dan mengasuh anak2nya. Ya Allah, berilah kesenangan kpd Ainul utk mendapat 3.5 dalam peperiksaanya. Ya Allah mudahkan bagi Ainul untuk mendapat kerja nanti. 


Ya Allah, dalam perhubungan kami, Engkau redhailah kami. Ya Allah ampunkan segala perkara yang kami lakukan yang menyalahi perintahMu. Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk mentaati perintahMu. Ya Allah, aku sygkan Ainul atas dasar naluriku seorang manusia yang cintakan seseorang. Maka permudahkan perhubungan kami ya Allah. Jauhkan kami dari maksiat yang boleh mebawa dosa. Jauhkan kami dari perkara2 yang boleh meretakkan perhubungan kami. Aku mohon padaMu Ya Allah. Kuatkan jodoh kami, kuatkan jodoh kami sehingga kami dpt bersama di akhirat nanti ya Allah. Ya Allah, senangkan aku pada ibu bapanya, dan senangkan ibu bapanya pada aku. Ya Allah, senangkan ainul pada ibu bapaku, dan senangkan ibu bapaku pada ainul. Ya Allah, berkatilah hidup kami dan berilah kebahagiaan kepada kami....


----------------------------------------------------------------------------------------------------

Menangis saya bila meniti setiap bait2 perkataan dari doa suami. Dan saya berjanji pada diri saya, saya akan sentiasa taat pada suami selagi mana dia tidak membawa saya kepada perkara yang dimurkai Allah....

Ya, Allah... Betapa besar nikmat yang Kau berikan kpd ku, Kau kurniakan aku seorang suami yang sangat2 penyayang & bertanggungjawab. Terima kasih ya Allah....


Semoga Kau merahmati rumahtangga kami dunia & akhirat.....


Wassalam...



Ainul...
"Working-at-home-mother"


Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~







Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com


sms/whatsapp: +6013-6971176



Read More

Share on Facebook



Written on

Ramadhan Kareem Buat Pembaca Blog AinulDzuha.com

Ramadhan Kareem buat semua pembaca2 blog ainuldzuha.com.

MashaAllah, lama sungguh saya tak update blog. Bukan sahaja blog, FB pun kadang2 sempat tgk, kadang2 langsung xdapat nak buka.

Malas sebenarnya nak update masalah atau apa2 kesulitan... sebab hidup ini sentiasa ada pilihan; samada kita ingin memandang sesuatu perkara itu baik atau sebaliknya. Dan saya memandang setiap kesusahan & kesulitan yang saya alami sebagai satu perkara yang indah dalam hidup saya. Ianya satu tarbiyyah dari Allah buat diri yang hina dan kerdil ini.

Teringat satu tazkirah pendek di radio; ujian itu tanda Allah ingin menaikkan darjat seorang hamba. Andai hambaNya redha & sabar dgn ujian tersebut, maka Dia menaikkan darjat hamba tersebut, tetapi andai hamba yang diuji itu tidak redha & tidak sabar, ujian akan menjauhkan hamba tersebut dgn sang Pencipta.

Maka saya memilih utk menjadi hamba yang dilihat olehNya. Kerana hidup saya akan sentiasa tenang & ceria apabila saya merasai bahawa Dia memandang saya dgn kasih sayang & rahmat.

Terima kasih ya Allah atas setiap nikmat & tarbiyyah yang Kau berikan.




Tiada Pembantu Rumah

Sebenarnya saya terpaksa menghantar bibik saya pulang ke Indonesia atas masalah Visa. Beliau sepatutnya pulang semula ke Malaysia pada 18 Jun 2014, tetapi pada hari tersebut, beliau tidak dapat pulang. Beliau terjatuh di bilik air dan kaki beliau tidak boleh bergerak.

Allah... apabila mendengar berita ini, hati ini terus sedih & pilu; sedih atas ujian yang beliau hadapi & sedih apabila mengenangkan saya tidak akan ada pembantu dalam tempoh yang tidak saya ketahui (sebab saya tahu, ianya mengambil masa yang lama untuk proses recovery tulang kaki yang patah). 

Mengambil pembantu yang baru??? Mana mungkin.... sudah hampir RM10K dibelanjakan untuk mengambil pembantu sekarang, dan bibik saya sekarang juga, orangnya baik. Kalau ambil yang baru, belum tentu saya boleh dapat yang baik seperti beliau. Maka terpaksalah saya tunggu sahaja sampai kaki bibik saya sembuh. 

Apabila bercakap soal pembantu rumah; bukan bermaksud saya tidak boleh hidup tanpa pembantu rumah. Saya bukanlah seorang yang "manja" sehinggakan saya tidak boleh TIADA pembantu rumah.

In fact, sedari kecil saya telah dibiasakan dgn kerja2 rumahtangga. Seawal usia 6 tahun, saya sudah menolong ibu membasuh pinggan mangkuk, kemas rumah, menjaga adik2 yang kecil dsb. Ini kerana, keluarga kami besar, adik beradik saya 9 orang dan saya anak kedua. Mungkin Allah beri saya kematangan yang lebih awal kerana ingin meringankan tugas ibu waktu itu....

Pernah dulu saya datang bermain ke rumah jiran, rasanya saya darjah 2 waktu tu. Mak jiran saya keluar, jadi hanya saya & jiran saya sahaja yang ada. Lalu saya cakap pada jiran saya "jom kita kemas rumah awak dulu"

Dan memang saya kemas sungguh2, saya seronok kemas rumah beliau. Apabila mak jiran saya pulang, beliau sangat terperanjat sampai beliau telefon ibu saya:

"Ti.. ainul kemas rumah aku ke? pandai anak kau kemas, bersih rumah aku"

**Ti adalah nama singkatan untuk ibu saya, Siti.

Ya, memang tiada masalah untuk saya uruskan rumahtangga seorang diri. Saya masih mampu menguruskan semua perkara walaupun saya tiada pembantu dan suami jauh. Cuma apa yang membimbangkan apabila tiada pembantu ini, focus saya lari. Focus terhadap anak2, focus untuk ibadah, focus untuk bisness dan perkara2 lain selain soal rumahtangga. Dan saya tidak selesa apabila ini terjadi.

"Hah, mcm tu lah orang yang takde bibik rasa, how they survive..."

Ya, saya akui memang mencabar bg seorang wanita yang terpaksa menguruskan rumahtangga seorang diri; tidak kiralah wanita itu bekerja atau surirumah sepenuh masa. Sangat2 mencabar! Dan saya rasainya kini. Memang penat & meletihkan. Hanya Allah sahaja yang mampu menilai setiap kesusahan yang kita hadapi kan?

Sebab itu, husband dari dulu tidak mahu saya stop dari hire pembantu rumah walaupun waktu itu, saya sudah resign. Sebabnya, beliau nak saya focus pada perkara yang lebih besar selain kerja2 rutin rumahtangga.

"Ya, saya tahu awak boleh buat semua kerja2 rumah, tapi itu bukan standard awak. Lebih baik awak habiskan masa membaca buku, ajar anak2, fikir cara nak develop anak2, fikir how to develop your business dari awak buat kerja2 rumah..."

Itu kata suami ketika saya suarakan pandangan yang saya tidak mahu ada pembantu rumah lagi. (waktu tu Mac 2013; saya sudah resign & oficially bergelar Working-At-Home Mom). 

Hurm, betul juga kata suami. Buat apa saya nak susah payah buat kerja2 rumah sedangkan kami ada pilihan untuk hire pembantu rumah. Lebih baik saya utilize masa saya dgn perkara2 yang lebih banyak memberi manfaat...

Apapun, syukur, keadaan tanpa bibik ini sekurang2nya memberi sedikit pengalaman kpd saya untuk mengurusakan rumahntangga bersama 3 anak2 kecil yang lincah & aktif :) 

Alhamdulillah, Allah bagi saya kekuatan melalui solat tahajjud... Sungguh, tahajjud itu sumber kekuatan saya.

Di atas tikar sejadah, saya luahkan segala2nya:

"Ya Allah, sesungguhnya aku hambaMu yang hina, aku banyak dosa pada Mu ya Allah..
Ya Allah, aku redha atas ujian yang Kau berikan. Andai ini satu cara untuk Kau naikkan darjat ku, terima kasih ya Allah. Terima kasih kerana Kau memiilih aku di antara hamba2Mu yang lain.

Ya Allah, bantulah aku untuk menguruskan rumahtanggaku seorang diri. Ya Allah, bantulah aku untuk mengatasi rasa rindu terhadap suamiku. Ya Allah, bantulah aku untuk mendidik anak2 ku sebaik mungkin.


Ya Allah, aku mohon padaMu. Kau peliharalah kesihatan & keselamatan anak2 ku; Muhammad Ammar bn Mohd Dzuha, Sumayyah binti Mohd Dzuha, Muhammad Fateh bin Mohd Dzuha. Seseungguhnya Ya Allah, Aku tidak mampu melihat apa2 keburukan & kecelakaan berlaku ke atas anak2 ku...


Ya Allah, jadikan aku di antara hamba2Mu yang bersyukur & dekat dgnMu..."

>> Nasihat saya, bertahajjudlah andai rasa diri tersangat lemah & tiada kekuatan :)

Pergi ke mana2 perlu membawa kesemua anak2

Cabaran kedua apabila tiada pembantu ini; saya perlu membawa kesemua anak2 saya untuk pergi ke sesuatu tempat. Tiada masalah sebenarnya untuk membawa Ammar & Sumayyah kerana mereka sudah besar & a bit independent.

Cuma yang jadi masalah adalah Fateh, kerana dia masih kecil & tidak faham lagi dgn bahaya, kemalangan dsb (yerlah, apa yang saya boleh expect dari budak seusia 2 tahun dan masih menyusu badan pulak tu). Pernah beberapa kali, saya perlu drive kereta dalam keadaan saya menyusu beliau (nampak mcm saya ibu yang tidak bertanggungjawab kan, tetapi Allah lebih mengetahui situasi saya ketika itu).

Inilah cabaran seorang isteri yang jauh dari suami & tiada pembantu; sayalah driver, sayalah doktor, sayalah tukang masak, sayalah tukang cuci, sayalah tukang beli barang2 rumah, sayalah mcgyver, sayalah segala2nya....


KaKi Terseliuh

Cabaran ketiga yang saya hadapi di saat pembantu tiada; kaki saya terseliuh akibat termasuk ke dalam lubang! Nampak kelakar kan?? Huhu.. memang rasa mcm kelakar pun ada.

Semua ini berlaku ketika saya ke pejabat pos bersama anak2. Tika itu, saya sedang mendukung Fateh sambil mengendong barang. Ammar & Sumayyah juga menolong saya mengangkat sebahagian barang yang tidak dapat saya pegang lagi dgn kudrat 2 tgn saya (sedih pulak teringat saat ini; betapa kami berempat ni mcm orang susah sgt2. huhu)

Ketika ingin melangkah mendekati kereta, tiba2 saya termasuk ke dalam lubang & pergelangan kaki saya terseliuh. Allahuakbar... sakitnya hanya Allah yang tahu! Saya terpaksa lepaskan Fateh sementara... kerana menahan kesakitan. Beberapa saat kemudian, saya segera mengambil Fateh semula, lalu dengan kaki yang terhenjut2, saya gagahkan diri dukung semula Fateh menghampiri kereta. Waktu ini Ammar sudah hampir menangis.

"Ummi, ammar takut.. ummi sakit ke??" > ye anakku Ammar sangat2 matang dan sangat 'ke abangan'

"Ummi sakit sangat2 Ammar... tapi takper, ummi boleh drive

Saya gagahkan diri untuk drive kereta... ya walau kaki saya sungguh2 sakit tika itu! Saya tahu, tiada siapa yang boleh menolong melainkan Allah, jadi saya mohon kekuatan dari Allah untuk saya bawa anak2 pulang ke rumah dalam keadaan selamat.

Syukur Alhamdulillah, saya selamat sampai membawa anak2 ke rumah. Malam itu, dgn kaki yang terhenjut2 dan sakit, saya gagahkan diri untuk menguruskan anak2; mandikan mereka, masakkan mereka, siapkn keperluan sekolah dan lain2. Cadangan saya; esok baru saya hendak ke hospital setelah menghantar ammar & sumayyah ke sekolah. Fateh akan saya tinggalkan bersama adik saya, Athirah.

Malam itu, saya tidak dapat lena sepenuhnya... kaki saya berdenyut2 sakit. Esoknya, saya lihat, kaki saya semakin membengkak.. sangat2 bengkak!

Selesai mengurusakan Fateh, saya pergi ke klinik dahulu kerana takut. Di klinik, doktor suggest untuk saya buat X ray kerana dikhuatiri ada tulang yang patah. Lalu saya di refer ke Hospital Pakar Az Zahra, Bangi. 

Alhamdulillah, hasil pemeriksaan X-ray, tiada tulang yang patah atau beralih, cuma soft tissue saya cedera. Syukur sangat2!


Kakiku yang sedang dibalut. Nak buat camno, tiada org boleh drive kan, maka terpaksa juga drive sendiri walau kaki sedang sakit. huhu



Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Banyak sebenarnya nikmat yg saya dapat di sebalik kesukaran yg saya tempuhi. Antara hikmah yang saya dapat kutip dr tarbiyyah yg Allah beri:

1) Ammar menunjukkan ciri2 seorang abang yg sangat bagus. Banyak kali sebenarnya saya cakap dgn Ammar "Ammar, ammar kena tunjuk contoh yg baik pada adik2. Ammar pengganti babah tau bila babah xada. Ammar kena jd ketua keluarga pada ummi & adik2"

>> dan bila keadaan kami yg tiada bibik ini , sungguh! Ammar bnyk sgt tolong saya. In fact bila saya terjatuh, dialah yg call suami saya utk beritahu keadaan saya (waktu tu, saya xsempat nk call husband kerana handle fateh & rushing utk solat maghrib & uruskan makan anak2). Oh my handsome ammar :)

2) Dalam keadaan saya kalut uruskan anak2, sales sentiasa masuk. Boleh dikatakan, hampir setiap hari ada org dtg ke rumah beli vitamin Shaklee. Sehari kadang 2 mencecah sehingga RM500! Bayangkan... saya tidak perlu ke ATM untuk draw duit beli barang2 basah, bayar yuran anak dll. Duit sentiasa ada dlm purse! MashaAllah, benarlah...Allah Maha Pemberi Rezeki. 

3) Bila kaki terseliuh, saya dapat rasakan kesakitan yang bibik saya alami. Saya yang baru soft tissue cedera sudah merasai sakitnya bagaimana, inikan pula bibik saya yang kakinya patah! MashaAllah... semoga Allah sembuhkan segera kaki beliau.

4) Anak2 juga semakin berisi hasil dari suapan tangan ummi mereka. Dan ummi mereka juga semakin turun badan hasil dari mop lantai, vacuum rumah dsb. kiki :P

5) Saya berpeluang mendoakan anak2 ketika mandi & menyuapkan makanan mereka. Setiap kali memandikan mereka, saya akan berdoa di dalam hati; "Ya Allah peliharalah setiap anggota tubuh anak ku (sambil sebut nama mereka seorang demi seorang) dari melakukan kejahatan & maksiat" Saya akan berdoa sambil sambil saya sabun & shampoo mereka... dan ketika menyuapkan makanan, saya akan berdoa "Ya Allah semoga makanan yang ku masak ini akan menjadikan anak2 ku sihat & beriman kepadaMu" - kalau ada bibik, sudah tentu saya tidak berpeluang mendoakan mereka sebegini kan?

6) Keadaan tanpa pembantu & suami yang jauh ini membuatkan saya memahami bagaimana keadaan hidup ibu2 tunggal yang terpaksa menguruskan rumahtangga seorang diri sambil mencari rezeki. Dan perasaan ini membuatkan saya berazam untuk terus berusaha menjadi kaya agar saya dapat membantu & memberi lebih banyak lagi kpd mereka yang memerlukan.

Alhamdulillah... sudah hampir 2 minggu tanpa pembantu, syukur saya masih mampu melaluinya. Biasalah, asam garam rumahtangga. Saya pasti tersenyum apabila mengenangkan saat2 ini terutama ketika anak2 sudah besar :)

Inna Maal Usri Yusra...

Di sebalik kesusahan , pasti ada kesenangan. Itu janji Allah. Dan saya benar2 beriman dgnnnya....

psst: di saat saya perlu handle semua perkara seorang diri, saya sangat2 bergantung pada Ostematrix. Yerlah, nak uruskaan anak2, nak menyusu anak lagi, nak urusakn rumah, pergi sana sini... penting tau kalsium yang cukup. Sangat2 penting untuk seorang wanita 31 tahun seperti saya :)

Oklah, get to go. Saya sekarang di rumah ibu di Melaka, sebab tu ada peluang sikit nak update blog. Kalau x, anak2 asyik dok melekap 24 jam jer. hehe...

Seronok sangat dapat bersahur dgn keluarga. Teringat zaman kecik2 dulu :P

Waakhirun kalam, Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak buat semua pembaca2 blog saya & rakan2 Muslim yang saya kenali di seluruh pelusuk dunia. Semoga Ramdhan ini menjadikan kita hamba yang semakin dikasihi olehNya. 


... juga semoga saya mampu hadapi hari2 seterusnya dgn lebih tenang & tabah!

Wassalam...




Ainul...
"Working-at-home-mother"


Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~







Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com


sms/whatsapp: +6013-6971176







Read More

Share on Facebook



Thursday, 12 June 2014

Written on

S.O.H.O. Impianku

Actually, saya tengah susukan baby sekarang ni... hehe ~

Tapi tiba2 saya mcm nk keluar kan fikiran ini ke taman2...

Maka button google ku tekan, mencari2 imej Small Office Home Office di Garden, tapi takde satu pun yg menepati citarasa....

Konsep S.O.H.O IDAMAN saya adalah:

1) White + Green concept
2) A lot of glass/mirror to see outside
3) Garden just around d corner
4) Simple
5) Complete - near toilet, bed, have space to perform Solat, small pantry to have tea, coffee etc
6) Can't easily seen by public - sbb saya nk free, no wear tudung, wear office attire yg cantik2 :P

hihi...

Jom visualize!!







Ok, ini sahaja yg mampu ku tulis di saat baby ku sedang menyusu (xdelah baby sgt pun, dh 2yrs++ pun).

Waakhirun kalam, berniagalah, kerana sesungguhnya 9/10 sumber rezeki ada dalam perniagaan....

Pasti ada barakahnya!!



Ainul...
"Working-at-home-mother"


Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~







Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com


sms/whatsapp: +6013-6971176


Read More

Share on Facebook



Wednesday, 11 June 2014

Written on

Akhirnya Impian Membawa "Mereka" Tercapai!!

Akhirnya impian membawa ibu & ayah menaiki pesawat MAS tercapai.....

Juga impian membawa mereka ke hotel2 mewah terlaksana.....

In shaa Allah, next will be Overseas Travelling with them.....

Siapalah aku tanpa mereka???

Sanggupkah aku membiarkan impian insan2 yang membesarkan aku dari kecil hingga dewasa terkubur begitu sahaja???

Ya, mungkin ini nampak "sebelah mata" bagi mereka yang berduit, tetapi tidak bagi kami....

Sesungguhnya, jauh di sudut hati ini, aku sgt2 bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang tidak mewah & tidak berharta....

Kerana dalam setiap kesenangan yang ku perolehi, akan ku titip & hargainya sepanjang hidup ini....

Kerana aku tahu, betapa susah untuk mencari sesuap rezeki....

Hanya mereka yang benar2 merasai, akan menghargai....

Terima kasih Allah kerana menjadikan medium perniagaan sebagai Platform untuk aku capai semua impian; medium untuk aku menggembirakan hati insan2 yang terlalu banyak berkorban untuk ku!!


Ibu & ayah dalam pesawat Malaysia Airlines

Di Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

Palace Hotel

Ming Garden Residences Hotel

Sunway Resort Hotel & Spa

Ibu breakfast di Sunway Hotel


Pullman Hotel Putrajaya

Dinner bersama ibu di IOI Mariot Hotel, Putrajaya

Belanja ibu di Laman Grill Steakhouse




Berniagalah, kerana sesungguhnya 9/10 sumber rezeki ada dalam perniagaan....



Ainul...
"Working-at-home-mother"


Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~







Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com


sms/whatsapp: +6013-6971176

Read More

Share on Facebook



Written on

Aku dan Shawl

Dah lama sebenarnya saya teringin nak pakai shawl. Tapi susah nak jumpa shawl yang labuh2. Memang setiap kali beli, saya akan test depan hubby dulu, bila dia bagi green light utk pakai, baru saya akan pakai...

Tapi malangnya, shawl2 yang saya pernah beli dulu2, semua kena "reject" dgn mr hubby; semua tidak comply syarat yang memuaskan hati beliau. Pendeklah, tak cover bahagian tepi lah, jaranglah dsb..

Last2 mr hubby akan cakap: "Yang, pakai tudung biasa jerlah. Saya lg suka tgk awak pakai tudung mcm yg pakai sekarang"

Hurm, tapi biasalah, perempuan kan?? Mesti nak test itu ini, mesti nak try sesuatu kelainan...

Ramai yg suggest, cari di online sahaja, tp bg saya, bab2 baju, tudung, saya lebih prefer beli secara offline atas sebab kepuasan. Kalau beli buku ke, toys ke, brg2 memasak ke, saya prefer online jer.. lebih banyak pilihan. Kalau bab2 baju, tudung... takut tak sesuai pulak.

Maka usaha untuk mencari shawl yang labuh2 tetap diteruskan, sehinggalah suatu hari, akhirnya berjaya juga saya jumpa satu butik yang ada menjual Shawl labuh, berat & tak jarang... Materialnya dari satin, dan memang best!

Dan rupanya butik tu dekat je dgn rumah saya. heeee ~

Maka apa lagi, banyaklah tudung yang saya borong:

~ purple
~ merah
~ pink belacan
~ hijau
~ brown
~ kuning



Shawl yang dipakai sewaktu National Conference baru2 ini


Ok, itu sahaja entry kali ni. Sebenarnya saya dah draft entry ni lama dah, tp asyik tertangguh je untuk tulis bahagian "Penutup" nya.


Btw, shawl2 saya yang kena reject tu, terpaksa saya simpan sahaja dalam drawer. Ada juga saya test pada anak gegurl saya; Sumayyah. hehe ~ Boleh tgk di sini: Bila Anak Perempuanku Ber 'Shawl'.....

Nanti kan kemunculan butik eksklusif saya suatu hari nanti ~ ~ ~

Vision Board, I'm coming!!!




Ainul...
"Working-at-home-mother"


Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~







Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com


sms/whatsapp: +6013-6971176
Read More

Share on Facebook



Tuesday, 3 June 2014

Written on

Maafkan Saya Wahai Para Bloggers!

Maaf sgt2... saya ni sebenarnya masih 'baby' lagi dlm dunia blogging. Jadi banyak benda saya masih belajar.

Dan salah satunya, saya perlu hargai mereka yang follow blog saya. Yess, saya tahu ada button Followers, yess saya nampak siapa yg follow, tapi saya boleh tak tahu yg saya boleh follow mereka semual dgn click di nama mereka?? huhu, naif sungguh aku ni!

Bila tgk2 list2 Followers saya, baru saya sedar... sombongnya aku sebab xfollow dia balik!!

Ok, bagi saya masa yer, in shaa Allah satu persatu saya akan follow; yess... yg  mana ada dlm senarai Followers saya, In shaa Allah, satu2 saya akan follow. PINKY PROMISE :)

Ok jom Dhuha!!

Gambar sekadar hiasan. hehe ~





Ainul...
"Working-at-home-mother"


Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~







Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com


sms/whatsapp: +6013-6971176

Read More

Share on Facebook



Written on

Kombinasi Vitamin E + ESP; Untuk Kulit Awesome!!

Hari ni kita tak yah cerita panjang, mari kita dengar [erkongsian gembira dari para pengguna Shaklee yang sangat berpuas hati menggunakan Vitamin E + ESP.

Jom baca!!

Testimony 1:

Puan Sha: "Xnak xplain byk coz sendiri dah cuba n dah dpat hasilnya....Mmg terbaik...Mmg gojes..,"




Testimony 2:

Puan Umie: 

"Testimoni ESP+VITA E: Ni adalah testimoni sepupu merangkap customer umie. Customer ni br consume Esp+vita E selama 2 minggu dan hasilnya memang menakjubkan.

U all boleh tgk kat gambar tu.. actually kulit dia sensitif dan berjerawat batu. Semasa dia consume br 1 minggu jerawatnya dah kecut.. ramai kawan-kawan ofis dah tegur mukanya makin BERSIH, parut jerawat dah PUDAR.. muka makin CERAH..
untuk pengetahuan u all.. dlm 1 minggu dia boleh whatsapp umie hampir tiap hari sb dia excited jerawatnya dah kecut dan ada perubahan selepas menggunakan produk shaklee ni.. umie pun happy dapat tolong dia... alhamdulillah..."





Testimony 3:

Puan Sue: "Assalamualaikum...Hye guyz just nak share testimoni diri sendiri. Kesan jahitan after xcident makin samar2 dengan penggunaan ESP+ Vitamin E yang konsisten. Boleh jugak sapu Vita E tuh kat parut & jerawat kalau ada. So far sangat berpuas hati. Produk sapu2 parut yang lain mmg x jalan. Makin berjerawat kat area parut tuh lagi ada. So Shaklee jugak D BEST cos dia pelihara dari dalam and gantikan sel-sel yang dah rosak. Cuma kena bersabar, kesan kat setiap orang x semestinya sama. Start Consume Jan13 till Now. Harap2 lepas ni dah ilang terus parut tuh. Malu la kat muka. Ehe!"





Testimony 4:

Puan Nee: "» Consume esp + vit e, kulit jadi gebu & cerah. Da x perlu pakai bedak... «"




Testimony 5:

Puan Ema: "5 Bulan saya menggunakan produk Shaklee...Vit E + Esp = Parut Jerawat 90% semakin pudar.....I Love Shaklee"



Hah, teruja x baca?? Tu baru 5 tuu.. sebenarnya ada banyak feedback yg saya baca dari mereka yg dah menggunakan Vitamin E + ESP. Tapi xlaratlah nak crop satu2 gambar... cukuplah 5 tu yerrr.

So apa lagi, sempena promosi Vitamin E bulan June ini, baiklah adik2 kakak2 maness semua rebut peluang ini. Tak rugi beli untuk pelaburan diri sendiri, betul tak???

Selamat mencuba!!




Ainul...
"Working-at-home-mother"


Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~







Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com


sms/whatsapp: +6013-6971176



Read More

Share on Facebook



 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Follow by Email

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.