Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, 18 September 2014

Written on

Mari Kita Make Over!

Dah petang2 camni, mohlah kita stop pasal Shaklee. Kita bual santai2 je yer...

Anyway, ptg ni nak cerita satu benda. Sejak saya jadi Working-at-home-mother ni, saya discover satu hobi baru. hehe...

Nak tahu apa hobinya??

Saya suka make over sesuatu tempat!! Ala2 Eric Decor giteww....

Btw, saya ni bukanlah banyak duit lagi yang boleh buat saya "asal nak, beli.. asal suka, beli.."

Walaupun bonus Shaklee dah aummm, tapi setiap bulan, perbelanjaan saya utk diri sendiri hanya 5% dr bonus. Yang lain2, saya infaq, zakat, bg ibu ayah, bayar hutang keluarga, savings etc.

So bila nak make over sesuatu tempat, saya akan pastikan budegt saya tidak melampaui batas. Paling tinggi pun dlm RM1K.

Ok, petang ni saya nak tunjuk satu tempat yang saya dah make over. Actually, banyak tempat lagi saya dah mula make over sikit2, tapi kali ni cerita tempat ni dulu.

So apa tempatnya??

Tada... ni dia!

Family hall di tingkat atas...


Frankly speaking, saya memang xsuka lepak kat family hall ni. Tgk pun xde selera kan??

Bagaimana idea utk make over ni datang??

Suatu hari, suami saya cakap "Yang, I think, I nak ubah lah ruang ni, mungkin boleh jadi ofis Shaklee u. Bilik Shaklee sekarang, boleh jadikan bilik Sumayyah ker. Ruang ni mcm tak fully utilize jer"

Hurm, memang betul cakap suami... tempat ni mcm tempat sarang nyamuk jer.

Then as usual, suami saya memang xde masa nak buat banyak benda. Yerlah, balik pun kadang 2-3 minggu sekali, sampai jumaat malam, isnin pagi dah terbang semula... ari sabtu ahad pulak, biasa kami penuh dgn program.

Then, saya ni mmg suka buat surprise dekat suami. Fikir punyer fikir, hurm why not aku yg make over sendiri tempat ni... nanti suami aku balik, sure dia happy! Lelaki kan suka sesuatu yang berbeza dari semasa ke semasa??

Maka idea pun mulalah dicari.

Ok, ni steps yang saya buat sebelum make over:

1) Lukis pelan utk make over - pelan susun atur perabot, pelan how to make the place as tempat lepak2 keluarga especially bila ada tetamu datang di ruang bawah, pelan utk jadikan tempat ni seronok buat anak2

Ok, konsep family hall yang saya rasa budak2 suka nak duduk:
- colorful
- banyak buku
- ada access tv
- ada tempat nak baring, tidur
- tak panas

2) Mula mencari perabot yang sesuai - setelah pelan dilukis, maka page IKEA mulalah dibuka. Saya memang suka barangan IKEA, tapi yang mampu milik jerla.. saya tak beli yg mahal2, saya beli yang paling tinggi pun, harga dalam RM400.. more than that, saya tak beli! Jadi kena kreatif bila u survey barangan IKEA. Biasa saya suka barangan yang berharga puluh2 ringgit jer... rasa berbaloi sgt beli sbb cantik tapi murah! hehe...

3) Senaraikan barangan and SHOP them! - bila pergi IKEA, saya akan pastikan saya pergi dalam masa sejam sahaja! Ambil barang 1/2 jam, dan q utk bayar 1/2 jam... Jadi sangat penting utk saya list down barang2 yang saya nak beli tu siap2... sbb saya tak suka buang masa jalan2, window shopping... oh my time is so precious. Cewah!

So apa barang yang saya list n shop??

1) Rak buku RM99
2) Lampu lantai RM59
3) Pasu RM9.90
4) Tumbuhan tiruan RM7.90
5) Jam dinding RM2.50
6) Bingkai gambar RM14.90 (saya beli 2 so jadi RM29.90)
7) Carpet hijau RM129
8) Meja kopi RM79
9) Kusyen polkadot RM49.90 x 2 = RM99.80
10) Mentol RM14.90 + RM9.90 = RM24.80 (kan lampu lantai saya perlu 2 mentol)
11) Battery RM5.90 (ada 10 biji - ni utk letak kat jam dinding. murah giler battery ni!)
12) Tempat simpan remote tv RM9.90

Total = RM556.60# - hah, murah x?? Murah kan??

Ok, finally... semua barang sudah siap dibeli. Maka proses make over bermula...

Layout pertama... hurm, saya tak puas hati dgn susunan ini. So kena ubah!



Layout kedua.. hah, yang ini, saya puas hati. So proceed!

Then finally... siaplah proses make over Family Hall saya.

Dan inilah dia wajah Family Hall saya yang telah di make over....

Tada!! Lawa tak?? Berapa bintang saya boleh dapat ni?? hihi...

Pandangan di siang hari....


Btw, saya buat semua ni sendiri tau! Masa ni saya tak ada bibik, dan masa ni, kaki saya terseliuh lagi. Tapi sebab azam yang tinggi, maka semuanya diketepikan. Cer tgk jam di dinding tu, masa siap ni, pukul 1.20 pagi tau, saya start make over time anak2 saya dah tidur. Semua proses make over, seperti pindahkan buku2, alihkan rak almari buku yang lama, angkat itu ini...dibuat sendiri ok??


.....dan kini, saya lagi suka buat kerja Shaklee di Family hall dari bilik Shaklee sendiri. haha...


Ok itu sahaja bicara santai di petang hari.


Sehingga berjumpa lagi....


Wassalam....



Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)


sms/whatsapp: +6013-6971176
Read More

Share on Facebook



Wednesday, 17 September 2014

Written on

Weekend Husband and Wife

Hurm, best ke jadi pasangan jarak jauh ni???

Pendapat saya....

Ada masa ok, dan ada masa, rasa nak menangis jer :(

Tp apa yang saya nampak, terlalu banyak hikmah yang Allah bagi dalam keadaan ini. Benarlah, di sebalik kesulitan, pasti ada kemudahan.

Saya dah jadi pasangan jarak jauh for almost 8 years! Fuh, lama betul... tak sedar kan, masa berlalu begitu pantas! Anak pun dah nak masuk empat, Alhamdulillah :)

Tapi hubby promised, give him time for about 4-5 years lagi, after this dia akan masuk office, so dah tak perlu nak tinggal jauh2 mcm ni lagi.

Ada few tips yang saya nak kongsikan utk mereka yang hidup berjauhan dgn pasangan. Ni berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa. Kalau rasa ok, bolehlah dipraktikkan...

1) Perlu selalu doa utk pasangan dan rumahtangga
- setiap hari, selesai solat fardhu, jgn lupa sedeqahkan Fatihah buat suami/ isteri. Semoga hatinya sentiasa terikat dgn kita


2) Sentiasa jujur antara satu sama lain
- suami/ isteri kena jujur. Kalau nak ke mana2 tu, inform pasangan terutama yang bukan melibatkan soal kerja seperti keluar minum dgn kwn ke, keluar shopping  dsb.
- Elakkan keluar dgn orang yang berlainan jantina walaupun keluar beramai2. Tak kisahlah u nak keluar lunch dgn ofismate ke, kalau ada je yang berlainan jantina, TOLONG jangan ikut sekali.
- INGAT! Syaitan ini sentiasa mencari peluang utk merosakkan anak adam. Walaupun anda keluar beramai2, tapi jelingan mata tetap antara 2 pihak. U akan nampak "uish, cantiknya perempuan ni, uish lawanya baju dia pakai, uish cantik dia make up, uish handsomenya lelaki ni bla bla bla..."
- masa saya kerja dulu, saya lebih rela keluar lunch sorang2, pergi makan sorang2... sbb rakan2 kerja saya mostly lelaki. Kalau terpaksa keluar, saya mmg akan inform hubby, and saya pastikan, saya duduk di tempat yang jauh dari budak2 lelaki.
- my hubby lagilah... dia lagi malas nak join any event yang melibatkan makan2, celebrate any event etc. Seingat saya, memang dia tak pernah keluar makan dgn rakan2 ofis beramai2 terutama yang ada perempuan. Dia lagi tegas, and he's the one who always remind me masa waktu kerja dulu....

3) Jaga pandangan mata, jaga perkataan dan jaga pergaulan
- kita pun tahukan, mata adalah senjata panahan syaitan.
- tolong jaga pandangan mata anda ketika keluar bekerja, ketika bermeeting, ketika berdiskusi terutama dgn mereka yang berlainan jantina.
- jangan nak bergurau senda terlebih2 dgn mereka yang berlainan jantina dgn anda
- Tak kisahlah mereka tu isteri orang ke, suami orang ke, anak dara ke, trainer ker, KEY nya - jaga pandangan mata, jaga tutur perkataan, dan jaga pergaulan. Be Professional when you are working.
- Elakkan perkara yang boleh mendatangkan fitnah seperti meeting berdua, keluar makan berdua, buat kerja berdua dsb.

4) Jangan ambil remeh tentang ROMANTIK antara pasangan
- hah, ni tlg jgn ambil mudah!
- xkisahlah dah kawin 10 tahun ke, 5 thn ke, dah anak 2-3 orang ke, jgn sesekali tinggalkan ayat2 romantik dgn pasangan
- setiap hari, jgn lupa sms isteri/ suami, bertanya khabar, ber I Love You, ber I Miss You dgn pasangan.
- mungkin nampak remeh tp kesannnya sgt besar!
- nasihat utk para suami, lelaki ni kdng2 nampak benda ni remeh... tapi u tahu tak, betapa gembiranya isteri u kalau dpt sms syg dr u. Dahler dia penat bekerja, uruskan anak2, uruskan rumahtangga seorang diri tanpa u di sisi, bygkan seronoknya dia bila dpt sms syg dr u?? Takkan benda simple mcm ni u tak boleh nak buat utk gembirakan isteri u?
- utk isteri pulak, kena cakap kalau u nak suami u be romantik. Tak boleh harap, dia akan faham. Tak pun, u yang mulakan dulu...start sms him, awal2 mungkin nampak pelik...tapi `as time goes by, ianya dh tak jadi pelik dah. entah2 suami u yang akan ternanti2 sms u (mmg lah dia buat2 tak tahu, but actually dia suka tu). hihi...

5) Beri komitmen yang tinggi utk keluarga
- Perlu ingat, anda keluar bekerja utk siapa???
- Ramai yang kata, mereka bekerja utk keluarga, utk menyara anak2 tetapi mereka lupa... keluarga bukannya robot. They need physically and emotionally feed. Bukan duit semata2.
- Menyediakan keperluan rumah, kereta, makanan, pakaian belum menjadikan anda seorang suami/ayah yang sempurna.
- Setiap hari, luangkan masa utk berkomunikasi dgn isteri dan anak2. WAJIB!!
- Yes, mungkin anda penat seharian bekerja tetapi Ingat, tanggungjawab anda bukan di tempat kerja semata2. Jarak bukan alasan utk anda tidak berkomunikasi dgn anak2.
- Sebab itu menjadi seorang ibu/ ayah bukan tanggungjawab yang kecil. Anda perlu berikan komitmen yang tinggi buat keluarga anda.
- Sekurang2nya call lah 5 minit sehari, ber Whatsapp ke, Video call ke, install lah Skype ke. Bermacam2 teknologi di zaman sekrang, dunia semua di hujung jari. Tinggal nak buat atau tak nak jer...

6) Tinggalkan semua gadget ketika bersama keluarga
- dahler u jarang bersama anak2, bila sesekali pulang... jgnlah asyik nak melekat dekat hp, ipad, laptop dsb.
- kalau boleh, off terus hp supaya masa u pulang bercuti jumpa anak/isteri, xdelah dpt call dari boss u, dr ofis u dan lain2`. Kalau perlu jugak, set time... mungkin 10pm ke atas, baru u check hp/ email dsb.
- luangkan masa bermain dgn anak2 dgn melakukan pelbagai ativiti yang kreatif :)

bermain pasir dgn anak2 pun dah buat mereka happy :)

makan bersama pun saat yang anak2 suka sgt :)


Saya mmg cukup pantang kalau suami saya balik, boss dia call.. rasa nak hempuk je hp tu. Dahler suami aku kerja almost 24/7.. sabtu ahad pun masuk kerja, time dgn aku...tolong jangan kacau ok? hihi... emo pulak :P


7) Bawa keluar bercuti, berjalan dan beriadah
- Luangkan sedikit masa melakukan aktiviti di luar rumah. Tidak perlu ke tempat2 yang jauh atau mahal, cukuplah sekadar bawa ke taman2, bermain sama2 di padang.
- Like my kids, mereka actually sgt suka keluar rumah even sekadar ke pasar mlm. Bila suami pulang, kami suka bawa mereka pergi taman2 di Putrajaya, pergi cycling, pergi swimming etc.
- Tak derlah sampai nak pergi bercuti ke luar negara selalu. or nak ke shopping selalu. Main badminton kat luar rumah pun dh kira ok.
- Memang kadang kita penat, yerlah dh puas masa habis kat ofis, sesekali rasa nak berehat je di rumah... boleh rehat tp as i said, off semua gadget. Ok??

Bawa pergi ofis Shaklee pun ok jugak :)


Oklah...rasa nya tu jer kot sedikit tips yang boleh dikongsi. Yang pasti, kalau pasangan kita itu jujur, baik dan bertangguungjawab, jgn terlalu risau. Improve lah sedikit demi sedikit... kalau yg jenis mmg tak reti nak call selalu, cubalah kerapkan sedikit ... berusaha utk jadi yang terbaik di mata pasangan anda.

Saya juga tidak nafikan, sepanjang perkahwinan kami, memang ada masa kami bergaduh, merajuk, marah, geram dsb. Biasalah, adat berumahtangga. Tapi jgn gaduh terlalu lama... kenalah salah seorang mengalah, pujuk dsb. OK?

Tapi, kalau pasangan kita memang jenis yang playboy, tak jujur, tak bertanggungjawab...suruhlah dia apply mana2 tips kat atas... hurm tak menjadi juga.

Kalau dah mcm tu, bagi saya... tinggalkan jer. Buat apa nak buang masa pada orang yang tak jujur, tak setia, tak bertanggungjawab, kan? Else pergilah dapatkan khidmat kaunseling dan jangan lupa berdoa banyak2....

Picture edited by hubby. Dia buat ni masa saya tgh merajuk dgn dia. kiki :P


Oklah, rasanya itu ajer yang dapat disampaikan. Harap dapat memberi manfaat buat yang membaca. Memang susah hidup berjauhan ni, tetapi ingatlah.. tidak Allah uji seseorang itu melainkan dgn kemampuannya.

Fa inna ma'al 'usri yusra....
Maka Sesungguhnya setelah kesulitan ada kemudahan....
Terima kasih Allah atas segalanya 




Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)


sms/whatsapp: +6013-6971176
Read More

Share on Facebook



Monday, 15 September 2014

Written on

Warga Sabah Yang Awesome!

Alhamdulillah, berkesempatan juga saya menulis entry khas ketika turun utk Coaching team Sabahan di bawah Leader mereka Azrina Masri.

Fuh lama saya berhutang entry ni dgn mereka. Dah draft punyer lama, tp as usual, bila tiba bahagian penutup, selalu je pending....

Oklah, straight to the point. Pada 20-22 June 2014, saya dan suami telah turun utk short trip ke Sabah bagi bertemu dgn anak cucu cicit Shaklee kami di sana. Kami turun ke Kota Kinabalu dahulu, memandangkan saya bertolak dari KLIA, manakala suami bertolak dari Bintulu. Esoknya, kami berdua menaiki flight terus ke Sandakan. Dan pada hari Ahad, kami berdua terbang semula ke Kota Kinabalu. Dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kami berpisah mengikut destinasi masing2, saya pulang ke Kuala Lumpur, manakala hubby pulang ke Bintulu.

Masa ni dlm flight dari Sandakan ke Kota Kinabalu


Team Sabahan yang kami jumpa ini adalah di bawah susur galur Azrina Masri, cucu Shaklee saya. Sebenarnya Azrina ni kawan sekolah saya ketika di SMKA Sharifah Rodziah. Tapi tak sangka kan, sekarang menjadi cucu Shaklee saya :)

Syukur sgt2... Shaklee menjadi medium utk saya kenal orang2 di Sabah, padahal saya langsung tiada saudara mara di sana. Mengenali mereka2 ini, terasa ukhwah yang sangat2 rapat biarpun kami sebelum ini, hanya kenal di alam maya....

Apabila berkunjung ke sana, tidak dapat saya gambarkan perasaan ini, terlalu baik layanan yang mereka berikan. Lebih dari ikatan persaudaraan.....

Terima kasih yang tak terhingga buat team Sabahan yang awesome!!


Sessi coaching yang bertempat di Sandakan (rumah Puan Azrina)

Suami sedang menyampaikan presentationnya :)

Makan malam bersama setelah selesai sessi coaching di siang hari


Sure semua nak kenal kan siapakah team Sabahan yang hebat ini?? Jom kita berkenalan lebih dekat lg dgn mereka.

Ok, saya mulakan dahulu dgn leader mereka... Puan Azrina Masri. Beliau baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 14 September 2014 yang lalu. Tahniah..barakallah buat Azrina dan suami!

Inilah dia Puan Azrina, schoolmate saya dahulu, kini merangkap cucu Shaklee saya. Manis orgnya kan?? Sekarang berada di rank Coordinator, in shaa Allah sedikit masa lagi akan naik ke Senior Coordinator. 

Ketika majlis perkahwinan beliau. Sedih sgt tak dapat hadir, tapi apakan daya... saya sedang morning sickness yang agak teruk, tak mampu nak travel ke Sabah :(


Ok, di bawah Azrina...ada 3 orang Leader yang hebat:

1) Supervisor Janaria Masri

Janaria ni kakak kandung Azrina. Cantik orangnya kan?


2) Senior Supervisor Mastina Masir (in shaa Alalh, bakal Coordinator sikit masa lagi)

Mastina..orangnya super duper cantik, macam model. Tapi maaf, sudah berkahwin, ada 2 orang anak sudah. Kalau cari nama beliau di FB pasti tak jumpa, sbb FB nya adalah MuMy Cumil :)



3) Senior Supervisor Hajah Hamrah Lase (juga bakal Coordinator sikit masa lagi, in shaa Allah)

Manis sgt orgnya. Bila jumpa depan mata, wajahnya lebih cantik dan sejuk mata memandang :)
Saya suka dgn semangatnya dalam bisness Shaklee, nanti saya akan buka entry khas kisah perjalanan mereka dalam bsiness Shaklee. Sangat menyentuh hati! Semoga Allah mengabulkan setiap impian mereka....


Ok..tiga di atas ni adalah 1st level Azrina. Di bawah ini adalah 2nd & 3rd level Puan Azrina (kira level ke-4 & ke-5 di bawah saya). Mari kita berkenalan dgn mereka pula..

Puan Shahriana - Senior supervisor (1st level Puan Hajjah). Muda dan manis orangnya, anak dah besar tapi maintain awet muda giteww :)

Sis Risah Raha - supervisor (2nd level Puan Mastina), sgt jelita orangnya. Fuh, bab bisness...beliau sgt kencang, salue sgt. Bayangkan, ada cafe, bisness tupperware, business Shaklee lagi. Suka saya dgr beliau cakap, kenapa beliau nak buat juga bisness Shaklee..sbb beliau nampak masa depan yg lebih jauh dgn bisness Shaklee ini. Yurps, bisness Shaklee adalah bisness jangka panjang, bisness yang boleh diturunkan kepada anak cucu.



Hurm, sebenarnya ada ramai lagi yang kami jumpa, tapi saya tak perasan pula FB mereka. Tak per, lepas ni saya akan turun ke sana lagi, saya akan mengenali mereka dgn lebih dekat lagi. Sessi aritu sgt sekejap, dan kami pun agak terkejar2 dgn masa. Yerlah, hubby masih lagi bekerja...sian pulak dia kalau nak minta stay lama sedikit di Sabah.

Apapun.... jauh di lubuk hati ini, saya sangat2 yakin, mereka2 ini PASTI akan berjaya dalam Shaklee, pasti akan lahir ramai Master dari group Sabahan ini. PASTI!! The time will come... In shaa Allah!!

Yang penting, DUPLICATE sahaja apa yang mentor2 telah lakukan....


[Visualize + Effort + Have Faith = SUCCESS!!]

Serve the people, the Money Will Follow.....

Berkongsi untuk memberi

Berkongsi utk sama2 menerima 

Semoga Allah mudahkan urusan kami semua dalam melaksanakan Jihad Ekonomi ini.

Wassalam....


Ainul...
"Working-at-home-mother"


Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~







Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com


sms/whatsapp: +6013-6971176











Read More

Share on Facebook



Thursday, 4 September 2014

Written on

Saat Ku Jatuh Cinta Dengan Shaklee... Siri 2


Januari 2012: Secara rasminya aku menjadi ahli Shaklee

June 2012: Anak yang ketiga selamat dilahirkan

Aku menyambung cuti berpantang sehingga Aug 2012, memandangkan ketika itu masuk bulan puasa.

Aku berpantang sendirian bersama anak2 dan maid, suami ketika itu berada di Amsterdam. Dia hanya pulang utk tempoh 2 minggu sahaja ketika anak kami baru dilahirkan.

Aug 2012: Waktu itu, perasaan ku meronta2... aku semakin resah gelisah menanti hadirnya Sept 2012. Aku tidak mahu lagi bekerja!!

Sungguh! Aku sgt2 tertekan!

Ya Allah, Kau melihat betapa air mata ini terlalu banyak keluar ketika meniti saat itu.

Sehinggalah suatu hari......

Tiba2 aku tergerak membuka Secret Group upline ku bila ternampak notifications di FB.

Aku tersentap membaca success story ahli2 Shaklee di bawah Group kami. MashaAllah, sampai bila aku nak berada di takuk yang sama?? Sampai bila aku cuma merelakan keadaan sekarang mendominasi aku?? Sampai bila aku perlu menangis tanpa lakukan apa2?? Sedangkan mereka juga mengalami nasib yg sama sepertiku, mereka juga ibu yg bekerja, mereka juga bukan datang dari keluarga yang senang, tetapi sekarang, lihat hidup mereka?? Boleh bekerja dari rumah dgn income puluh2 ribu sebulan!! Boleh support mak ayah beribu2 ringgit sebulan!

Oh tidak, sampai bila Ainul??? Sampai bila kau nak terus pasrah dgn flow hidup kau sekarang??

Maka turning point ku bermula.....

Sept 2012: Aku mula bekerja tapi dalam kepala ini, sudah nampak cahaya dan bayang2 utk aku resign sedikit masa lagi. Yeah, walau aku sendiri tidak tahu bagaimana caranya....

Aku mula membuka mulut, berkongsi kebaikan produk Shaklee dgn rakan2 sekerja. Ada yang mengejek, ada yang reject, ada yang mentertawakan, tetapi tidak kurang juga, ramai yang berminat. Jadi aku hanya focus pada yang berminat....

Ke sana sini, aku bercerita ttg Shaklee, sehinggakan dgn cleaner pun, aku turut berkongsi kebaikan produk Shaklee.

Malu?? Siapa kata aku tak malu?? Engineer jual produk supplemen... haha, malu sgt2 okeh??

Tapi tekad dan matlamat ku mengatasi segala2nya. Alah, produk Shaklee ni bagus, apa yang aku nak malu?? Cuma berkongsi... mereka nak atau tak, terpulanglah, betul tak??

Dalam pada malu nak berkongsi, tidak sangka ramai rupanya yang membeli sehingga aku pun tak perasan, di hujung bulan, aku dah buat order almost RM3K! Fuh boleh tahan banyak jugak.....

Dan bulan tu, dptlah aku bonus Shaklee sebanyak RM380, oklah saper nak bagi kan??

Oct 2012: Aku mula luaskan empayar Shaklee ku dgn mula berkongsi di alam maya. Saat itu, baru nak tulis blog purely utk share pasal Shaklee. Mula berceloteh di alam FB.

Nampak macam perjalanan bisness ku ini smooth je... tetapi dugaan dan cabaran, hanya Allah yang Maha Tahu. Berapa ramai yg unfriend aku di FB bila aku mula bercerita ttg Shaklee, berapa ramai yang mengutuk, berapa ramai yang memandang sebelah mata...

Tapi aku sudah bertekad.... walau apa terjadi, there is NO TURNING BACK!!

The Power of Visualization; aku sudah nampak apa yang aku nak capai.

Sept 2012 - Feb 2013 > 6 bulan sahaja, aku jelas dgn apa yg aku buat.

Tempoh 6 bulan bekerja sambil berkongsi kebaikan produk Shaklee adalah tempoh yang cukup pahit saat itu (tetapi sekarang, aku rasakan ianya adalah saat yg paling indah).

Sepanjang 6 bulan itu, tidurku hanya 3 jam sehari!! No TV, no lepak time, no EXCUSES!! No gossip time...

Tahajjud ku setiap malam....

Berjurai2 air mata bila ku mengadu kpd  Dia...

Ya Allah, aku tidak mampu bekerja lagi... tolonglah aku ya Allah....

Suami jauh, anak2 rapat dgn bibik, aku stress bekerja... nak berhenti kerja tak dapat....

Siapa nak tanggung keluargaku di kg?? Boleh ke harap duit suami semata2?? Duit simpananku sepanjang 6 tahun bekerja pun, tak sampai RM10K!

Setelah 6 bulan.... akhirnya, Mac 2013, secara rasminya aku bergelar SURI RUMAH sepenuh masa. Di saat itu, semua menentang keputusanku utk resign. Semua!! termasuk ibu....

Ibu sangat sedih bila mengetahu hasratku utk berhenti kerja. Yerlah, waktu bekerja pun, aku hanya mampu beri ibu RM300 sebulan sahaja, bila sudah tidak bekerja... bagaimana aku nak beri wang kpd ibu lagi??

Tapi jauh di sudut hati, aku berjanji....

Ibu, aku akan bahagiakan dirimu! Aku akan tebus semula kekurangan ini, mungkin aku tidak mampu beri wang belanja sebanyak itu dlm masa terdekat, tapi aku yakin...aku boleh beri lebih sedikit masa lagi.... ya, masa itu akan tiba!! Soon.....

.....dan kini, syukur alhamdulillah. Hidupku transformed 100%.

Dulu hanya mampu bagi RM300, sekarang boleh beri RM3K-RM4K sebulan buat perbelanjaan ibu dan adik2.

Boleh bayar hutang keluarga sedikit demi sedikit, boleh infaq 4 angka sebulan, boleh bayar zakat puluh2 ribu setahun....

Hebat bukan kuasa bisness??

Hurm, kenapa aku semakin jatuh cinta dgn Shaklee??

Kerana produknya yang terbukti SENTIASA SELAMAT, BERKESAN, MESRA ALAM dan HALAL.

Sebelum Shaklee mengeluarkan sesuatu vitamin, beribu2 ujian klinikal dijalankan ke atas produk tersebut.

Jadi, kalau ada yang mengatakan bahawa produk Shaklee ni bahaya, minta maaf.... aku TIDAK TERKESAN langsung!

Sebab aku taksub ke dgn Shaklee?? Oh tidak!! Aku tidak mengagungkan syarikat Shaklee, tapi aku berpegang pada Sunnatullah.

Sunnatullah mengatakan... Man Jadda Wajjada, siapa berusaha dia yang akan berjaya walau orang kafir sekalipun....

...dan ilmu itu adalah milik setiap orang yang berusaha mendapatkannya. Tidak kira muslim atau bukan muslim.

Aku percaya dengan kualiti penghasilan produk2 Shaklee, aku percaya dgn teknologi pemprosesan makanan yang mereka miliki, aku percaya dgn standard produk yang mereka keluarkan, kalau tidak masakan sudah lebih 50 tahun Shaklee masih lagi berada di pasaran??

Peluang melawat ke HQ Shaklee di San Fransisco baru2 ini membuka mata ku seluas2nya....

Hebat sungguh idea yang Allah kurniakan buat mereka sehingga mereka mampu menggunakan alam sumber ciptaan Allah utk kegunaan manusia itu sendiri....

Vivix yg dihasilkan dari anggur Muscadine yang saiznya sebesar bola golf mampu merawat mereka yang diabetes, kanser dsb??

Carotomax dari sumber tomato mampu mengurangkan tahap kerabunan seseoarang??

Nutriferon dari sumber biji labu mampu meningkatkan imuniti seseorang??

...dan banyak lagi!! Wah, hebat bukan sumber alam ciptaan Allah??? Cuma sayangnya, orang barat yang discover semua ini, dan bukan kita.

Tetapi adakah kerana lambatnya kita, umat islam menguasai teknologi ini, maka kita bodoh sombong menidakkan kebaikan produk Shaklee hanya semata2 ia datangnya dari Barat?? Atau lebih specicfik dari negara Amerika yang sokong Zionis??? >> tak tahu cek nak cakap apa mek oiii....


Hurm, apa lagi yang buat aku jatuh cinta dgn Shaklee??

Terlalu banyak!! Tidak cukup rasanya utk menulis dalam satu entry.

Cuma apa yang aku boleh kongsikan....

Sangat besar barakah berniaga... Anda cuma perlu terjun ke dalamnya utk anda merasainya sendiri :)

Percayalah!!

Man Jadda Wajjada.....

Di luar bangunan Shaklee HQ San Fransisco

Dalam bangunan Shaklee.. ofisnya sgt cantik dan luas mata memandang. hihi

Gambar pengasas Shaklee; Dr. Forest C Shaklee

Barisan Scientist Shaklee


Ainul...
"Working-at-home-mother"


Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~







Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com


sms/whatsapp: +6013-6971176

Read More

Share on Facebook



Wednesday, 3 September 2014

Written on

Saat Ku Jatuh Cinta Dengan Shaklee

Detik2 pahit sebelum mengenali Shaklee...

"Wall aku ni, penuh je pasal Shaklee, menyampah!"

"Asyik2 tgk pasal Shaklee.... ee"

Benarlah, orang kata jgn terlalu membenci sesuatu, nanti kita jatuh cinta padanya.

Suatu hari.....

Hati tiba2 terdetik ketika baru disahkan mengandung anak ketiga:

"Aku baru anak dua, tp dah muka mcm org tua. Betul ke cukup khasiat aku makan ni?"

"Aku konon nak menyusu anak sampai 2 tahun, tp ammar sumayyah sampai 6 bulan je, pastu susu merudum. Kenapa susu aku merudum walaupun aku selalu pam? Sebab aku stress ke? Sebab aku penat ke?? "

"Aku baru umur 28 tahun, tp kenapa aku rasa badan aku dah xfit? Tak kan nak biarkan keadaan mcm ni berlarutan?? Aku ada suami, tak nak lah tak cantik, tak comel depan mata suami..."

"Anak dah masuk tiga, tak kan aku masih nak bodoh sombong lagi?? Aku perlu ikhtiar utk kesihatan aku dan anak2 aku"

Lalu....

Nov 2011, aku mula reply msg SID yg pm aku (mak Shaklee ku sekarang. hihi).

Tanggal Januari 2012, dgn sahnya aku menjadi ahli Shaklee. Bukan untuk berbisness, tapi niat semata2 utk kegunaan aku dan anak2.

Wah, penawar apa yang aku temui???

Kenapa anak2 ku yang setiap bulan demam, selsema batuk, kini dah kurang sakitnya??

Kenapa aku yang sarat mengandung, yg perlu travel ke tempat kerja sejauh 110 km setiap hari masih bertenaga walaupun kdng2 sampai rumah lewat mlm???

Wah, ini memang betul2 ajaib!!

8 bulan menjadi pengguna tegar Shaklee.....

Sehingga lahirnya anak yg ku kandung selama 9 bulan....

Berpantang dgn SET BERPANTANG SHAKLEE mmg awesome!!

SubhanAllah.....

Makin aku jatuh cinta dgn Shaklee!!

....dan cinta itu kini bersambung apabila aku mengetahui lahirnya Jutawan2 Muslimah dari group Shaklee kami.

Senior2 UTP ku yg kini menggenggam 5 angka bonus setiap bulan. wah ini tidak boleh jadi!!

Takkan mereka boleh, aku tak boleh???

....dan cinta itu semakin kuat dan kuat. Sehinggalah satu hari, turning point ku bermula.

Ainul, This is the time!!

>>> bersambung di next entry









Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~







Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com


sms/whatsapp: +6013-6971176


Read More

Share on Facebook



 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Follow by Email

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.