Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, 29 November 2014

Written on

Angelina Jolie vs Ainul Shahrazad??

Wah wah..

Bukan main lagi tajuk entry kali ni.

Sebenarnya ni bukan post utk perasan yer, ni post utk penjelasan.  Haha, lawak x??

Baru2 ni, bila saya upload few gambar saya di FB, ada rakan2 yg komen kata muka saya mcm Angelina Jolie versi pakai tudung.

Adush, Angelina Jolie tu pun saya tak kenal siapa orangnya....

Bila dh beberapa org berkata demikian,  saya pun mulalah google nak tgk camner rupa si Angelina Jolie yg org dok kata sama mcm saya...

Ok, bila google...barulah kenal bagaimana rupa si Angelina Jolie ni.

Hurm, dr pandangan mata saya ni, xde lah rupa sgt pun dgn si Angie ni.

Dia jauh lebih cantik, ok...

Saya?? Cukuplah suami je yg kata saya cantik, org lain tgk tak cantik pun xpe...

Saya pun belek lah gambar si Angie, apa yg buat org kata muka kami sama.

Sampailah adik saya sendiri yg buat perbandingan dgn gambar di bawah:


Saya kiri sekali, 2 seterusnya adalah si Angie ni.

Actually, part bibir je yg mungkin agak sama. And ada few angle bila saya ambil gambar, yg nmpk iras2 sahaja...

Tapi kalau tgk saya in real, xde lah rupa sgt pun...



Hah, ini lah dia si Angelina Jolie...  (Fuh, mmg cun. Saya suka perwatakan perempuan begini, nampak garang dan kerek sikit).

Ni muka saya yg mungkin ada kot rupa si Angie ni:





Dan paling tak tahan... Suami saya tiba2 whatsapp bila saya send gambar dgn anak2 (di atas) dan tanya:

"asal bibir besar?? Mcm Angelina Jolie.. "

Huh... Abg ni saja je tau!!

Apapun... Saya adalah saya. Dan kalau tgk in real, mmg xde rupa si Angie ni tau. Camera angle / trick je...

In shaaAllah,  lepas bersalin ni, saya akan dapatkan berat badan 45kg. Yeah, days my aim target!

Hah, time tu, kita tgk...Masih ada rupa lg X dgn si Angie ni :p

Ok, saja je nak bicara santai arini... Tgh nk menghadap mood closing Shaklee di bulan November. 

December nanti, in shaaAllah saya dan anak2 akak ke Dubai. Bercuti di sana.

Nantikan cerita2 menarik kami di sana.

Oh ye, walaupun jasad di Dubai, tapi Business Shaklee saya tetap on yer. Saya still berkongsi, coaching Anak cucu,  dan entertain customer2 saya. Kata bisness online kan?  Semuanya di hujung jari...

So stay tune ~


Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)


sms/whatsapp: +6013-6971176

Read More

Share on Facebook



Written on

Logo Syarikat Keluarga Kami

Alhamdulillah...

Akhirnya dapat juga kami setup syarikat keluarga kami. In shaaAllah,  syarikat yg bakal diwariskan kepada anak cucu kami...

Tertubuhnya syarikat Ainul Dzuha Global Sdn Bhd,  adalah dari legasi perniagaan Shaklee kami....

Yess, Shaklee bukanlah perniagaan jangka pendek,  bukannya Part time atau full time career, ianya adalah Lifetime Career...

Hurm, sekarang dalam fasa memilih logo Syarikat.

Boleh Sahabat2 beri cadangan yg mana sesuai utk syarikat kami??







Inilah Legasi perniagaan Shaklee kami... Bonus Shaklee kami boleh diwariskan kepada Anak cucu kami... Syukur alhamdulillah :)



Terima kasih atas cadangan semua...

Sayang korang semua kerana Allah....


Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)


sms/whatsapp: +6013-6971176

Read More

Share on Facebook



Saturday, 22 November 2014

Written on

Dessert Safari In Dubai!

Alhamdulillah, trip kedua ke Dubai berpeluang melawat Desser Safari. Ok, saya upload gambar je dulu...later saya cerita yer. Dah 5 hari tinggalkan anak2, maka terpaksa qada' semula masa bersama mereka....

Meanwhile, enjoy photo first....




















Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)


sms/whatsapp: +6013-6971176

Read More

Share on Facebook



Thursday, 20 November 2014

Written on

Business Class Atau Economy Class kah Kita Dengan Allah??

Alhamdulillah,  saya selamat sampai Malaysia, jam 8am. Sekarang on the way pulang ke rumah, adik saya merangkap PA saya yang drive kereta.

Sekadar sedikit renungan,  apabila trip kali ni saya menaiki business class MAS...

Sangat2 berbeza layanan, servis, kondisi etc antara business class dgn economy class.

Agaknya Begitulah keadaan kita di padang mahsyar nanti....

Siapa yg banyak amalannya, juga yg mendapat syafaat ,  sudah pasti "layanannya " berbeza dgn yg tidak...

Jadi bagaimanakah pengakhiran kita semua nanti??

Makanan di business class 

Makanan di economy class

Beza sungguh kan?? Belum masuk dari segi kaunter Check in, lorong imigresen,  laluan ke dalam flight, seat antara business class dgn economy class...

Ayuh, marilah kita berazam untuk mendapat tempat "business class " di hadapan Allah kelak....


Sekian...


Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)


sms/whatsapp: +6013-6971176

Read More

Share on Facebook



Wednesday, 19 November 2014

Written on

Mudah Ke Saya Capai Semua Yang Saya Impikan....Siri 2

Assalamualakum....

Sambungan dari kisah yang dahulu. Boleh rujuk entry ini untuk Siri 1 (Mudah Ke Saya Capai Semua Yang Saya Impikan??)

Untuk makluman semua,  sekarang saya berada di Dubai, melawat husband di sini. Anak2 semua tinggal di Malaysia sebab saya datang utk 5 hari sahaja, dan mereka masih lagi bersekolah (ammar & sumayyah).




In shaaAllah,  cuti sekolah bulan 12 ini, saya akan bawa mereka semua datang ke sini.

Oh ya, ini kali kedua saya datang melawat husband. Dan trip kedua ini, saya menaiki business class MAS.

Berselfie dalam Business Class Flight :P


Alhamdulillah,  tidak pernah terfikir saya berpeluang merasa semua ini....

Tidak pernah terfikir saya akan ada kebebasan wang dan masa seperti sekarang ini.

"Dan nikmat Tuhanmu yang manakah yg hendak kamu dustakan??"

Sahabat2, rakan2 bloggers....

Saya ingin kongsikan kisah saya dahulu sebelum saya sampai ke tahap sekarang.

Saya bukanlah terus senang utk peroleh apa yg saya miliki sekarang.  Terlalu tinggi "harga yg perlu saya bayar" utk sampai ke tahap ini (oh, mata ini sudahpun mula bergenang air mata).

Saya berkahwin dgn suami pada usia 23 tahun, sejurus tamat degree dr Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).

Mungkin keberkatan berkahwin awal, Allah mudahkan jalan untuk saya mendapat pekerjaan dgn awal. Sewaktu menduduki peperiksaan semester akhir lagi, saya sudahpun dipanggil bekerja dgn gaji permulaan RM2500 di kilang ON Semiconductor, Senawang.

Alhamdulillah,  saya tidak menganggur terlalu lama setelah tamat belajar. Hanya 2 minggu sahaja berada di rumah, dan selepas itu saya sudah melaporkan diri untuk bekerja.

Sungguh, peluang ini sangat besar bg saya kerana saya tidak mempunyai apa2 simpanan waktu itu,  malah keluarga saya juga tiada sebarang simpanan...

Saya berkahwin 100% atas duit gaji yg saya peroleh dan sedikit bantuan dari hantaran suami (RM6K). Malah gaji saya juga habis setiap bulan untuk perbelanjaan keluarga saya....

Saya selalu berangan bahawa hidup saya akan berubah selepas berkahwin. Sama seperti cerita2 fairy tale.. N finally they lived happily ever after 

Masakan tidak, husband saya waktu itu juga adalah pelajar jurusan kejuruteraan.  Dan sudah pasti, apabila tamat belajar, beliau juga akan bergelar engineer sama seperti saya....

"Engineer berkahwin dgn Engineer" sudah pasti hidupnya akan menjadi perfect, itulah tanggapan saya tika itu....

Tetapi cerita dongeng tidak sama seperti kehidupan realiti. Saya masih mentah untuk mengetahui betapa banyaknya dugaan yg bakal saya hadapi dlm kehidupan di bumi Malaysia ini.

Tempoh 1 tahun perkahwinan,  saya masih tidak merasa apa2... Masih dalam dunia heaven orang kata. Waktu itu, husband berada jauh di bumi UK, saya pula bekerja seperti biasa di Malaysia... Duit gaji habis setiap bulan untuk perbelanjaan diri sendiri dan keluarga saya (setiap bulan, duit gaji saya dihabiskan utk membeli keperluan keluarga, brg2 makanan, brg dapur, bilik air (shampoo, ubat gigi, sabun dsb).. Al maklumlah,  keluarga saya ni besar. Masa tu, hanya saya dan kakak.yg sudah bekerja... 7 org adik masih belajar.

Masa ni, saya masih tidak mempunyai kenderaan lagi. Saya ke tempat kerja dgn menumpang kereta atau motor housemate saya tika itu... Maka lagilah saya tidak merasa terbeban apa2 tika itu kerana tiada komitmen bulanan yg perlu saya bayar.

Saya ada bercerita dlm entry sebelum ini yg saya berpeluang melawat husband di UK sebanyak 2 kali. Saya ke sana bukan kerana saya ada lebihan simpanan, tetapi nk dijadikan cerita, syarikat tempat saya bekerja membayar bonus kpd semua Engineer yg mengikat kontrak selama 2 thn di situ. Sebanyak RM7K wang Cash diberikan kpd sesiapa yg bersetuju menandatangani kontrak atas projek The Apprentice syarikat tika itu...

Dan duit kontrak yg dpt itulah, saya gunakan untuk membeli tiket ke UK sebanyak 2 kali.

Ya semua ini aturan Allah...  mungkin kerana berbuat baik pd ibu ayah, Allah mudahkan rezeki saya..Allah kabulkan impian yg saya simpan sejak sekian lama...

Besar sungguh barakah apabila kita menggembirakan hati org tua...

Kalau ikut logik, mana mungkin saya punyai peluang utk melancong ke luar negara dlm keadaan wang simpanan yg RM0!! Suami juga bukan org senang...yg boleh tanggung saya sesuka hati. Tambahan pula, waktu tu beliau masih lg belajar. Mana lah ada duit yg bnyk utk tampung isterinya...

Sejurus tamat belajar, suami pulang ke Malaysia,  dan alhamdulillah,  beliau juga tidak menganggur terlalu lama. Satu bulan kemudian,  beliau berjaya mendapat tempat di Petronas, dan main office nya di Kuala Lumpur. Alhamdulillah...

Waktu itu, saya cukup merasakan kehidupan kami sangat perfect. Kami mula membeli kereta. Alhamdulillah,  dptlah kami membeli Honda City dgn hasil simpanan suami sebagai down-payment.

Waktu itu juga, saya masih tidak tahu Nature pekerjaan suami bagaimana. Saya masih tidak tahu bahawa saya "bakal" ditinggalkan suami selalu...

Sebulan selepas suami mula bekerja...barulah saya rasai kepayahan hidup sebenar.

Allah... Saya sangkakan saya hanya perlu berpisah dgn suami satu tahun sahaja (ketika beliau belajar), rupa2nya it's not the ending of the story.

Dalam sebulan, kami hanya dapat bersama 1-2 minggu sahaja! Selebihnya, suami dihantar out station oleh Petronas.

Hanya tangisan yg menemani saya setiap kali suami keluar out station. Mana mungkin saya berhenti kerja dan mengikut suami.

Kami bukan org senang... Setiap bulan,saya masih perlu menampung perbelanjaan ibu dan adik2. Ditambah sudah punyai komitmen utk membayar kereta... Ianya lebih menyukarkan utk saya mengambil keputusan utk berhenti kerja.

Duit simpanan tiada, rumah juga masih belum ada.. Gaji suami tika itu juga baru RM3K. Mana mungkin saya tergamak membebani suami seorang diri.

Apabila saya mengandung,  saya semakin tertekan utk terus bekerja. Tetapi apakan daya, saya tiada pilihan ketika itu.

Pernah saya terlepas ckp dgn suami, "kalau saya tahu kerja abg begini, saya takkan kahwin dgn abg". Waktu itu, saya sgt2 tertekan...

Di saat pasangan lain sedang berbahagia,  dpt masak utk suami, dpt menumpang belaian suami setiap mlm, dpt menghabiskan hujung minggu bersama suami, tetapi saya?? Saya terpaksa melalui semua itu berseorangan...

Tetapi suami saya seorang yg sgt2 penyabar. Beliau sering berpesan..

"Sayang, ada org yg hidupnya lebih susah dari kita. In shaaAllah,  suatu hari nanti, kita tidak akan berpisah sebegini. Hidup kita akan stabil suatu masa nanti. Tetapi awak perlu bersabar"

Saya tahu, bukan kehendak suami utk melalui semua ini. Tetapi inilah lumrah yg perlu dilalui oleh pasangan muda di Malaysia.

Saya melalui semua ini tahun demi tahun... Dari anak pertama sehingga lahirnya Anak ketiga.

Sungguh Sahabat2... Terlalu banyak keperitan dan tangisan yg dtg sepanjang tempoh itu.

Sepanjang tempoh itu, terlalu banyak dugaan yg saya hadapi.... Dan saya pasti, kalau anda tahu semua itu, anda juga tidak sanggup utk melaluinya!! (saya tulis ni pun, dlm keadaan air mata yg deras mengalir).

Tetapi Allah itu sangat2 Maha Penyayang...

Kuasa DOA.. Doa yg saya pinta setiap masa,  doa yg saya rayu dgn linangan air mata...doa yg tidak henti2...

Akhirnya,  Allah temukan saya dgn Shaklee. Setelah hampir 6 tahun hidup saya penuh dgn linangan air mata, akhirnya "masa"itu tiba jua...

Saya sendiri tidak menyangka, Shaklee menjadi asbab utk saya dapat apa yg saya impikan selama ini.

Shaklee menjadi asbab saya akhirnya berjaya resign dan menunaikan apa impian saya selama ini...

6 tahun saya diuji, rupa2nya Allah ingin memberi "hadiah" terbaik untuk saya....

Ada saya kongsikan sedikit kisah saya di sini: Selangkah Ke Tapak Baru; Master Coordinator

Tahukah anda, sepanjang tempoh 6 tahun perkahwinan :

🍁 saya belajar utk berhadapan semua kes seorang diri (kereta accident, anak warded, bibik lari, etc)

🍁 Saya belajar menjadi semua profession (sayalah ayah, sayalah ibu, sayalah doktor, sayalah driver, sayalah tukang bayar semua bil2, sayalah in Charge utk keperluan keluarga , kdng2 saya juga menjadi mcgyver di rumah)

🍁 Saya juga menjadi "bank" (sumber kewangan) utk keluarga saya

🍁 Saya juga berhadapan dgn pelbagai kerenah dan masalah di tempat kerja

Dan itu tidak termasuk masalah dalaman keluarga saya....

....semua itu kadang2 buatkan saya menjadi terlalu lemah.

Rupa2nya itulah tarbiah dari Allah. Dia ingin jadikan saya seperti permata, Dia ingin beri "kesenangan " yg lebih besar dari itu... Dia ingin jadikan saya seorang wanita berjiwa kental, wanita yg berdikari yg hanya bergantung dan berharap hanya kpd Pencipta, bukannya pd makhluk ciptaanNya ...

Ya Allah , terima kasih atas semua ini....

Cuma apa yg ingin saya sampaikan... Walau apa jua dugaan dan cabaran:

1) carilah Allah sebagai tempat untuk mengadu, utk ceritakan segala2nya, bukan dgn manusia

2) jgn sesekali menunjukkan perkara2 negatif/ menceritakan masalah di hadapan umum, seperti Facebook etc. Ingatlah , apabila anda menceritakan keburukan, anda sebenarnya membuka aib diri anda sendiri. Sebolehnya saya tidak akan menceritakan masalah saya kepada sesiapa kecuali suami saya.

3) sentiasalah bersyukur dgn apa yg anda perolehi. Benar, saya rasa tertekan hidup yg sentiasa berjauhan dgn suami, tetapi apabila saya memikirkan nasib ibu tunggal , nasib wanita yg dimadukan , nasib isteri yg punyai suami yg tidak bekerja/ yg tidak bertanggungjawab memberi nafkah, saya jadi insaf. Dan saya sgt2 pegang dgn firman Allah :

....apabila kamu bersyukur , Kami akan tambahi nikmat (Ibrahim :7)

4) sekiranya anda rasa tertekan dgn hidup sekarang , carilah peluang utk mengubah hidup anda. Keluarlah dari comfort zone anda... Ingatlah , tidak Allah ubah nasib kita melainkan kita yg mengubahnya terlebih dahulu . Hidup ini sentiasa ada pilihan, percayalah ... Dan inilah yg telah saya lalui selama ini.

Kalaulah saya tidak bertindak, sudah pasti hidup saya masih sama seperti dahulu. Stress, tertekan , duit tidak cukup, terpaksa bersedih meninggalkan anak2, dsb.

Di zaman kini, segalanya memerlukan duit. Untuk kita menjadi kaya, hanya ada 2 jalan sahaja iaitu:

1) pegang jawatan yg besar

Atau

2) berniaga

....Dan saya memilih pilihan kedua. Kerana tidak mungkin saya berpeluang memilih pilihan pertama di usia sekarang .

Saya seorang yang sentiasa ber Impian Besar. Impian saya dalam hidup ini terlalu besar.

Kerana impian yg besarlah, yg menolak saya hingga sampai ke Tahap ini. Syukur Alhamdulillah .... Allah "sambut" doa saya yg begitu lama saya pinta.

Semoga apa yg saya ceritakan ini, menjadi sumber inspirasi dan semangat utk anda bertindak dan berubah demi mencapai impian anda.

Jangan takut untuk bermimpi....

Sekian...


Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)


sms/whatsapp: +6013-6971176

Read More

Share on Facebook



Monday, 17 November 2014

Written on

Master Celebration Master Kam Maria & Mohd Firdaus

Assalammualaikum my dearie blog readers!

Sekarang saya berada di Dubai (Emirates Grand Hotel). Waktu sekarang adalah jam 4 pagi, bersamaan dgn jam 8 pagi waktu Malaysia.

Saya bertolak ke Dubai pada 16 November, selepas menghadiri majlis Master Celebration anak Shaklee saya; Master Maria & Firdaus atau nama glamor yg org suka sebut; Mascel.

Sebelum itu, biar saya ceritakan sedikit apa sebenarnya Mascel ni....

Dalam Shaklee, ada 7 pangkat yang perlu di daki:
  • Supervisor
  • Senior Supervisor
  • Coordinator
  • Senior Coordinator
  • Key Coordinator
  • Senior Key Coordinator
  • Master Coordinator
Setiap satu pangkat itu, ada syarat dan kriteria yang perlu dipatuhi dan of coz ada kesitimewaannya sendiri yang para distributor Shaklee setiap bulan akan cuba mencapainya (kalau nak tahu lebih, meh join group saya, nanti saya cerita n guide yer).

Alhamdulillah, saya sudahpun mencapai pangkat yang tertinggi sekali iaitu Master Coordinator. Boleh lihat perjalanan hidup saya di sini (Selangkat Ke Tapak Baru; Master Coordinator).

Hurm, apa yang bestnyer dapat capai ke rank tertinggi dalam Shaklee ni?? Baaaaaaanyak sangat keistimewaannya sahabat2 (tak dapat saya nak ceritakan semuanya. Anda perlu masuk dan merasainya sendiri!).

..... dan salah satu keistimewaannya adalah Master Celebration!!

Mascel ni sebenarnya ala2 "Graduation Day" bagi mereka yang telah berjaya merangkul gelaran Master Coordinator dalam Shaklee. Yerlah, sebelum nak naik ke rank Master Coordinator, ada 6 rank yang perlu di naiki dahulu. Seolah2 kita masuk ke Universiti Shaklee. hehe...

Jadi, Mascel ni diadakan sebagai satu pengiktirafan dari Shaklee buat para SID mereka yang telah bertungkus lumus mengembangkan organisasi mereka dan memperluaskan perkongsian agar lebih ramai orang berpeluang merasai kebagusan produk2 Shaklee.

Tahu tak berapa kos untuk Mascel ni?? Ianya adalah lebih kurang RM50K! Banyak kan??

.... dan Shaklee memberi pilihan "bila" dan "di mana" kita ingin mengadakan Mascel kita... kita boleh pilih nak buat Mascel ni di mana2 Hotel 5 Bintang di seluruh Malaysia! Siap dapat 1 bilik free lagi tau sponsored by Shaklee.

So Mascel ni bolehlah juga dikira sebagai Majlis Perkahwinan sekali lagi (atau Anniversary) buat para Master Shaklee. hehe...

Hurm, bila saya nak buat Mascel saya ni?? In shaa Allah, lepas bersalin nanti saya fikirkan yer. Tak dapat nak plan lagi sebab saya sedang mengandung anak ke-4 dan suami pun berada jauh dari Malaysia. Jadi susahlah saya nak plan Majlis Anniversary kami ni :P

Btw, sedikit latar belakang anak Shaklee saya; Master Maria.

Sebenarnya kami ni biras; suami saya dan suami kak Maria adik beradik. Kak Maria ni dulu juga seorang Engineer, sama seperti saya. Dan kami sebenarnya sama2 terbuka hati utk berbisness selepas bersalin. Yerlah, 2-2 nak resign, 2-2 dah tak de hati nak kerja. Jadi bila balik ke kampung suami, kami ni selalulah borak2 pasal bisness apa nak buat.

Pada waktu itu, saya sudah terbuka hati untuk mencuba bisness Shaklee, manakala kak maria pula nampak peluang perniagaan dari bisness MLM yang lain.

Nak dijadikan cerita, kak Maria terbuka hati untuk mencuba bisness Shaklee apabila melihat saya berjaya resign dari profession Engineer saya selepas 6 bulan saya focus pada Shaklee. Dari situ, pandangan beliau ke arah Shaklee mulai berubah.

Dan...pada Mac 2013, kak Maria berjaya naik ke rank pertama dalam Shaklee iaitu Supervisor (waktu ini, saya berada di rank Coordinator). Dan selepas itu, setiap bulan beliau naik rank dan dalam masa 9 bulan sahaja, beliau telah berjaya naik ke rank tertinggi iaitu Master Coordinator! Fuh, mmg dahsyat!

Btw, beliau naik Master lebih awal dari saya, (selepas 2 tahun saya buat Shaklee, baru saya berjaya naik Master, tapi beliau hanya mengambil masa 9 bulan sahaja!). Dan bonus Shaklee beliau pun lebih besar dari saya tau walaupaun saya upline beliau. Hah... adil bukan sistem perniagaan Shaklee ni?? Kalau upline goyang kaki, janngan mimpi Shaklee akan bagi bonus besar walaupun anda mempunyai downline yang berjaya. Who works hard, they will get it....

Beruntung kak Maria kerana ada suami support dari belakang dan beliau mula ber Shaklee di saat blog mereka telah mempunyai ramai followers. Bayangkan, setiap hari pasti ada 3-4 orang akan register di bawah kak maria dan mereka ini datangnya dari blog beliau. Hebat bukan!  So, para blogggers, potensi anda untuk berjaya dalam Shaklee sangat besar jika anda betul2 menghargai peluang yang datang!

Bukan mudah untuk menjadikan blog kita no 1 di rangkain Google. Saya sendiri mula ber blog masa awal2 saya buat Shaklee. Di saat itu, blog saya pun masih 0 followers (dan saya masih belajar sehingga kini, menapak selangkah demi selangkah dalam dunia blogging).

Tapi buat para bloggers, sekiranya anda sudah mempunyai ramai followers, percayalah.... lebih mudah untuk anda berjaya jika menggunakan teknik yang betul. Sama seperti anak Shaklee saya ini, Master Maria.

Bayangkan, di saat saya struggle untuk mencari dan menarik minat masyarkat diluar sana ke arah Shaklee, tetapi anak Shaklee saya ini dgn mudah menarik orang untuk join Shaklee di bawah group mereka. Bukan setiap bulan yer, bukan setiap minggu yer...tetapi SETIAP HARI. Fuh, hebat bukan???

So para bloggers.... apa lagi??? Jadikan blog ini suatu medium untuk anda mengubah masa hadapan anda. Siapa tahu, dengan sedikit perkongsian anda, anda telah berjaya membantu lebih ramai orang. Dan bila anda berjaya membantu lebih ramai orang, jangan risau... anda TERPAKSA kaya dan berjaya. In shaa Allah...

Bak kata Robert Kiyosaki:

"Serve The People, The Money Will Follow"

Ok, jom kita layan gambar sekitar "majlis pengantin baru: Master Maria & Firdaus ni....

Bersama dengan cicit2 Shaklee saya, bakal Supervisor Azie & Kira :)

Pengantin yang diraikan

PM Cery (founder group Jutawan) bersama pengantin perempuan (cantik kan?)

Pengantin perempuan bersama nenek Shaklee ku, Master Nur Zahirah

Master Nur Zahirah dan Master Zura Betty (sbb baca success story Zura Betty lah, saya terbuka hati utk buat Shaklee. Alhamdulillh, banyak pahala beliau)

Pasangan pengantin sedang masuk ke dalam dewan

Saya sedang memberikan ucapan. Auwwwww, malunyer I ~

Ni lah Mak Shaklee saya yg saya syg sangat, Master Hafsah dan juga adik saya, Master-to-be Athirah




Ok, sehingga berjumpa lagi di next entry...


Wassalam....



Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)


sms/whatsapp: +6013-6971176



Read More

Share on Facebook



Thursday, 6 November 2014

Written on

Sertai Kami Demi Sebuah Impian!

Alhamdulillah, 1st official video utk Empire Mummy Shaklee saya....

Video ni tak derlah perfect sgt, in shaa Allah... akan ada penambah baikan dari semasa ke semasa.

Seronok pulak buat video ni. Awal2 dulu, saya memang ZERO lah pasal buat2 video ni, sampaikan saya sanggup upah orang, sanggup nak bayar ribu2 ringgit jika orang tersebut berjaya menghasilkan video utk group saya atau life saya...

Tapi, benarlah... kalau kita rajin, tidak banyak beri alasan, mahu utk belajar, segala2nya pasti TIDAK MUSTAHIL!

Begitu juga dgn bisness Shaklee ini. Kalau anda betul2 berusaha di samping keyakinan (faith) yg tinggi, anda juga boleh berjaya.

NOTHING IS IMPOSSIBLE!

Pilihan di tgn kita...






Sehingga berjumpa lagi di next entry...


Wassalam....



Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)


sms/whatsapp: +6013-6971176




Read More

Share on Facebook



Tuesday, 4 November 2014

Written on

Mudah Ke Saya Capai Semua Yang Saya Impikan??

Assalammualaikum dan selamat pagi semua rakan2 bloggers saya!

Hari ni saya ada event di Shaklee HQ, so sebelum pergi.. saya just nak update blog sedikit.

Kalau perasan, saya banyak update pasal hidup saya yang banyak travel, hidup sebagai suri rumah bekerjaya dgn 5 angka sebulan, update pasal life saya yg sangat amazing bersama suami dan anak2...

Ada ke yang terfikir, senang nyer si Ainul ni dapat itu ini... senang nyer si ainul ni dpt pergi overseas selalu.... si ainul ni, mcm nak berlagak je asyik2 cerita tentang life dia yang seronok...

kalau ada yang berfikiran begitu... saya mohon maaf. Tidak terdetik saya nak menunjuk2 apatah membangga diri. 

Satu perkara yang saya nak anda tahu... bukan mudah untuk saya sampai ke tahap hidup seperti sekarang. 

Berjalan ke Luar Negara

Anda tahu tak, berapa lama saya simpan impian saya ini untuk jejakkan kaki ke luar negara?? Saya orang susah.. adik beradik saya ramai, keluarga dikelilingi hutang piutang, pernah ayah tidak bekerja utk beberapa tahun, dan ibu yang menyara kami 9 org adiki beradik!

Saya simpan angan2 utk ke luar negara sejak saya berumur 15 tahun lagi! Apabila saya mendapat 8A dalam PMR, saya terus memilih jurusan Sains sebab saya nampak masatu, jurusan Sains ada banyak peluang utk belajar di luar negara. 

Saya ni lemah sgt Bahasa Inggeris. Masa UPSR, saya dpt semua A kecuali English. PMR pun begitu, semuanya A kecuali English. Tapi saya tak pernah putus asa. 

Saya tahu, kalau saya berangan nak ke luar negara, saya mesti pandai English. Makanya, setiap kali kelas BI, kamus English-Malay sentiasa ada dlm tgn. Tak pernah miss! Sampaikan cikgu BI saya pernah ckp dalam kelas "Guys, cuba u tgk Ainul... time kosong je, dia sentiasa pegang kamus, and sentiasa refer pada dictionary while all of u are talking.." (padahal saya tgk kamus sbb saya banyak tak faham apa yg cikgu ckp kan. hihi)

Masa di tingkatan 5 pula, saya rajin tulis essay tentang life saya hidup di luar negara. Saya suka tgk map... and saya bayangkan saya sudah berada di negara tersebut (masatu, saya berangan nak pergi Nottingham, UK). Setiap hari ok saya tulis essay tersebut! 

Lepas tulis, saya akan pass pada cikgu BI saya di bilik guru, konon2 nak suruh dia buat spelling check. Padahal, saya sgt excited nak ceritakan "kehidupan bayangan" saya di luar negara... 

Ditambah lagi, cikgu BI saya masatu mmg pelajar lulusan luar negara, so dia pun rajin cerita dlm kelas life dia di overseas dulu. Saya akan dgr betul2 setiap kali beliau bercerita pasal Overseas...

(alhamdulillah, berjaya juga saya dapat A dlm English 111A masa SPM2000).

Di rumah pula, saya suka cerita angan2 saya pada adik2. Pernah sekali saya dapat belon yg boleh naik ke atas (hidrogen kot), dan lepas tu, saya tulis angan2 saya nak ke luar negara atas belon tu. Lepas tulis..saya pergi ke luar rumah, dan saya terbangkan belon tersebut ke angkasa sambil disaksikan oleh ibu dan adik2. Konon2 dgn harapan, ia akan membawa IMPIAN saya ke sana suatu hari nanti... (haha, lawak pulak bila ingat semula).

Saya ni orang susah... seumur hidup waktu sekolah dulu, tidak pernah sekalipun merasa naik kapal terbang. Jadi saya sgtlah jakun kalau dapat pergi airport... hantar/ambil sedara mara yg baru balik umrah/haji. Perasaan EXCITED tu tak tergambar! 

Tetapi saya frust sgt bila saya gagal interview utk ke luar negara (sbb speaking saya hancusss). Saya akhirnya continue study di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dlm course Engineering. Tapi impian nak ke overseas tu tidak pernah terkubur!! Pernah saya risik2 dgn lecturer...nak buat praktikal ke luar negara (hehe...berangan je lebih, tp result pun xdelah gempak sgt) :P

Akhirnya... masa itu tiba jua bila mana bakal suami bercadang meneruskan pelajarannya ke bidang Master selepas habis Degree di Sheffield, UK. Beliau pulang ke Malaysia selama 2 minggu utk perkahwinan kami, dan kemudian terbang semula ke UK. Kami berpisah buat sementara waktu.

..... dan tanggal Feb 2007, itulah pertama kali saya merasa naik kapal terbang apabila berpeluang melawat suami di sana (saya hampir tersilap nak masuk kapal terbang..my flight supposed to go Manchester, tp saya beratur di Q utk ke Australia. Nasib stewardess tu tahan..kiki)

Bayangkan... impian dari tahun 1998, tetapi tahun 2007..9 tahun selepas itu, baru Allah kabulkan impian saya! Sungguh..Allah itu tidak zalim.. Allah itu Maha Penyayang, Maha Mendengar... (waktu ni, air mata saya sudah pun mengalir)...

Sahabat2... 

Saya nak anda tahu, bukan mudah utk saya capai impian saya ini. Di sebalik gambar saya yang happy di luar negara, saya juga diuji dgn perpisahan bersama suami selama setahun (suami di UK, saya di Malaysia), malah kami masih berjauhan sehingga kini (dah nak masuk anak ke-4 pun). Saya juga diuji dgn masalah kewangan... saya juga diuji dgn pelbagai ujian yang buatkan saya hampir menangis setiap hari...

Tetapi, yakinlah... Tidak Allah sia2 kan setiap titisan air mata yg keluar, tidak Allah sia2 kan setiap doa yang kita pohon pd Nya...

Apa yang menjadi sumber inspirasi saya masa tu adalah melihat dan membaca kehidupan mereka yang kaya, yang selalu dpt travel overseas selalu... saya suka baca kisah mereka, dan saya tak pernah rasa mereka berlagak... sbb setiap kali saya baca kisah mereka, saya akan mula bayangkan...saya juga berada dalam life tersebut. Sungguh!!

Melihat life orang2 kaya...tidak sedikitpun terdetik di hati ini perasaan kesal dgn life yang saya lalui... tetapi semangat saya semakin berkobar utk dpt apa yang mereka juga dapat.

.... dan akhirnya, berderet saya dapat naik kapal terbang dan berjalan ke luar negara. Antaranya:

1) UK (Manchester, Sheffiled, London)
2) Paris
3) Italy
4) Korea
5) Singapore
6) Melbourne
7) Phuket, Thailand
8) Istanbul
9) Amsterdam
10) Dubai
11) Abu Dhabi
12) USA

Best kan?? The Power of DREAMING BIG!!

Ok.. next entry, saya akan ceritakan pengalaman dan impian menjadi W.A.H.M ie. suri rumah berpendapatn tinggi. (alhamdulillah, pendapatan saya kini lebih RMxxK sebulan). Bukan nak berlagak, tapi saya nak ianya menjadi sumber inspirasi buat anda semua.... nanti saya akan ceritakan jerit perih utk saya sampai ke tahap ini k? So stay tune ~

Mean while, happy watching my photos!


Dlm train ke airport utk gi Paris

Sheffield Winter 2007

Paris winter 2007

Italy Summer 2007

Korea 2008

Singapore 2008

Melbourne 2010

Amsterdam 2012

Istanbul 2012

Phuket 2013


Los Angeles 2014

San Fransisco 2014

Abu Dhabi 2014

Dubai 2014




Sehingga berjumpa lagi di next entry...


Wassalam....



Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)


sms/whatsapp: +6013-6971176





Read More

Share on Facebook



 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Follow by Email

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.