Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday 8 January 2015

Written on

Abah dan Anak2... Segalanya Terlalu Indah!!

Assalammualaikum...

Ok, setelah sekian lama blog ini tidak diupdate, maka malam ini saya gagahkan diri juga utk update sedikit.

Seperti yg sedia maklum, pada 11 Dec 2014 yg lalu, saya dan anak2 telah terbang ke Dubai berjumpa suami di sana. 11 Dec lepas, genap 2 bulan anak2 saya tidak berjumpa abah mereka. huhu... (ummi nyer sahaja yg jumpa setiap bulan memandangkan mereka masih bersekolah lagi, jd xdpt lah nak bawa mereka). Tak perlah, bagi can ummi mereka ber honey moon dgn babah nya. ngeee ~~

Seriusly, sehingga ke hari ini, saya masih rindu suasana di Dubai. sob sob ~

Mungkin saya rindu keadaan ketika kami sekeluarga dapat berkumpul bersama2, saya rindu utk melihat anak2 begitu happy bermain dgn abah mereka, saya rindu utk tidur di lengan suami, saya rindu segala2 nya kenangan di Dubai bersama suami dan anak2. Hanya mereka yg PJJ yang faham perasaan ini :(

Oklah, xnak mood sedih2... saya just nak share gambar2 hubby ketika melayan anak2 sepanjang di Dubai. Sian hubby...dia mesti lagi rindu berbanding saya. Sekurang2 nya saya masih ada anak2 di sisi, tetapi hubby berseorangan di sana.

Ok, jom layan gambar.. Ni semua gambar sepanjang 13 hari kami di Hotel. Gambar jalan2, saya update later yer. zassss ~~

Ketika ingin solat berjemaah bersama. Masa ni hubby baru je blk dr ofis..

Hubby masak bersama anak2. Hotel ni best, siap ada dapur n mesin basuh tau.

Hubby mandikan anak2 di tab

Sessi makan bersama babah tercinta. Suka anak2 dapat mkn bersama dgn babah mereka

Hah, ni hubby tgh demo cara nak guna washing machine hotel to anak2. hehe... Actually hubby nak basuh baju, tapi anak2 semua nak tgk, so semua berkumpul ramai2 kat situ.

Pandangan dari tingkat 35 hotel kami..

Kami stay di Emirates Grand Hotel sepanjang 13 hari di Dubai


Oklah, tu sahaja gambar yg sempat saya ambil. Sebenarnya ada banyak aktiviti di Hotel antara hubby dgn anak2, tapi tak terakam dek hp, hanya terakam di ingatan sahaja.

Sesungguhnya saya rindu sangat dgn hubby....

Buat isteri2 di luar sana, hargailah suami sementara mereka masih ada di sisi. Apabila berjauhan, baru anda akan hargai setiap saat bersama suami.

Kadang2 saya rindu utk dgr laporan trafik setiap pagi di radio, kerana pada masa dahulu, saya lah yang jadi driver utk hantar hubby ke tempat kerja...

Mungkin waktu itu, saya tidak rasa apa2, tetapi apabila sudah berjauhan, sesungguhnya memori itu sgt2 indah buat saya.

Semoga Allah jadikan saya isteri yg tabah dan kuat, serta mampu menjaga maruah diri saya sepanjang ketiadaan hubby di sisi.

Saya tahu...dugaan saya ini sgt2 kecik berbanding mereka yg telah kehilangan suami, ibu2 tunggal, mereka yg sedang ditimpa musibah banjir.

Apalah sgt dugaan saya ini jika hendak dibandingkan dgn mereka di luar sana, mereka jauh lebih hebat diuji. Jadi saya perlu sentiasa bersyukur dgn apa yg saya miliki, biarpun kdng2 hati ini sedikit cemburu apabila melihat rakan2 lain bersama dgn pasangan masing2...

Saya yakin, Allah sudah aturkan sesuatu yg terbaik buat saya, hubby dan anak2...

Sehingga berjumpa lagi.

Wassalam ~



Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)


sms/whatsapp: +6013-6971176





Share on Facebook



Share this case:

0 comments:

Post a Comment

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.