Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday 28 January 2015

Written on

Bahagiakan Mereka Sementara Ada Peluang...

Alhamdulillah, sekarang sudah selamat tiba di Dubai. Dubai lagi.... hehe.

Ini trip ke-4 saya ke Dubai.

Trip 1 (Okt 2014): Pergi seorang - naik MAS airlines.

Trip 2 (Nov 2014): Pergi seorang - masa ni naik Business Class MAS. hehe, nak jugak cerita :P

Trip 3 (Dis 2014): Pergi dgn ibu and anak2 - time ni cuti sekolah, kami naik Emirates airlines.

Trip 4 (Jan 2015): Pergi dgn mak mertua dan adik- kali ni hubby suh bawa adik sbb nak minta tlg adik tolak mak mertua dalam wheel chair, al maklum, saya kan tgh sarat mengandung sekarang :P (nasib kakak mu ada duit utk sponsor. hehe) - kami naik Qatar Airways

....dan ini adalah trip saya terakhir sebelum melahirkan anak. Doktor dah bagi warning, saya hanya boleh travel till 8 Feb sahaja. huhu :(

KL - Dubai dah macam balik kampung pulak. Tapi semuanya ini tak akan terjadi kalau Allah tak izinkan, yer kerana dgn izin Allah jualah, saya boleh berada di tahap sekarang; TIME & FINANCIAL Freedom.

Kalau dulu bekerja as Engineer, mungkin saya tidak berpeluang merasa keadaan seperti ini.

Anyway, tak nak cerita pasal Shaklee atau bisness kali ni.

Just nak ceritakan kegembiraan dan passion saya. Saya ni mmg sgt excited bab2 travel ni. Saya suka melancong ke overseas, dan itu adalah impian saya sejak dari zaman sekolah lagi.

.....dan kini, rasa passion ini dapat saya salurkan buat insan2 tersayang dalam hidup saya.

Alhamdulillah, Allah beri peluang utk saya belanja ibu dan mak mertua saya datang melancong ke Dubai.

Semua kos duit tiket kapal terbang adalah 100% saya sponsor.... dgn duit bonus Shaklee saya.

Hubby pula, sponsor semua kos2 perbelanjaan kami sepanjang di Dubai (makan, transport etc).

Tiada apa yg menggembirakan melainkan melihat insan2 yg kita sayangi bahagia dan gembira.

In shaa Allah, cuti sekolah akan datang, saya berazam nak bawa anak2 bersama ibu dan ayah saya pula.

Trip aritu, ayah tak dapat pergi sbb ada sedikit masalah dgn imigresesn. Yerlah, ayah saya kan dijatukan bankrup C... jadi beliau terhalang utk ke luar negara. Jadi azam saya, saya nak bantu clearkan status bankrup C ayah, dan kemudian nak bawa ayah dtg melancong ke Dubai.

Walaubagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana biarpun ayah masih tidak berpeluang utk ke luar negara, tetapi saya tetap berpeluang membawa ayah menaiki flight MAS utk ke Sabah. Entry nya ada di sini:

Akhirnya Impian Membawa "Mereka" Tercapai!!

Pesan saya....

Berikhtiarlah utk membahagiakan kedua ibu bapa kita sementara Allah masih bagi peluang kpd kita, sementara Allah masih pinjamkan umur mereka lagi.

....kerana percayalah, sangat besar keberkatannya apabila kita membahagiakan hati kedua org tua kita. Sgt barakah!!

Semoga kita sama2 berazam utk menjadi anak yg terbaik buat kedua ibu bapa kita. Sayang sgt pada ibu dan ayah!

Bersama dgn mak mertua; hari kedua di Dubai (jan 2015)

Dalam aero train di KLIA

My Last trip bersama ibu ke Dubai (Dec 2014)

Bersama ibu di Global Village, Dubai


Semoga Allah mudahkan saya utk membawa ayah pula datang melancong ke Dubai. Ameen....

Ibu dan ayah yg sgt ku sayangi....




Moga entry ini bermanfaat buat semua..

Wassalam....







Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)


sms/whatsapp: +6013-6971176

Share on Facebook



Share this case:

4 comments:

  1. i was touching while reading your entry for this. even u already have yr own family but u still care of yr parent. even u quite worth in financial but u still use it for other happiness. hopefully i will be like u oneday. amin..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..syukur..sebak baca..insyAllah, ini juga impian Hani. Doakan semoga tercapai seperti akak..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih purple lady. In shaa Allah, buat baik pada ibu ayah tidak pernah rugi

    ReplyDelete
  4. Hani, akak doakan semoga impian hani akan tercapai... The Power of Visualisation, percayalah!

    ReplyDelete

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.