MashaAllah, begini rasanya bila anak telah memasuki "alam persekolahan yg sebenar".
Saya boleh katakan, sgt2 berbeza antara anak yg masih di tadika dgn yg sudah memasuki sekolah rendah. Ni belum masuk sek menegah lagi. Fuh!
Ini antara perbezaan yg saya rasai antara anak yg bersekolah tadika VS yg bersekolah rendah:
1) Masa di tadika, anak2 masih boleh tidur lewat. Sebab sessi tadika adalah fleksibel, tidak terlalu ketat. Kalau dtg lewat pun, tidak mengapa. Tetapi sek rendah...anak saya tidak boleh tidur lewat kerana perlu bangun awal memandangkan sessi persekolahan bermula di awal pagi. Sekitar jam 7.30am sudah perlu ada di perkarangan sekolah. Kalau lewat, kena ambil nama..dan akan ada warning letter jika lewat lebih 3 hari berturut2.
2) Masa di tadika, anak2 bangun sekitar jam 7.30am. Tetapi sekarang, anak saya perlu bangun sekitar jam 6.30am. Pukul 7.00am dah kena keluar rumah, sbb kena harungi jam. Pukul 7.30am dh kena sampai di sekolah. Tetapi bagusnya, my son berpeluang utk praktis solat subuh. Alhamdulillah, setakat ini, dia tidak pernah miss solat subuh.
3) Homework setiap hari ada, dan setiap hari kena monitor. Yerlah, dh masuk alam sekolah rendah ni, bukan boleh main2 lagi. Mereka dh terikat dgn peraturan. Kalau di tadika, tak buat homework (jika adalah), still acceptable. Tapi kalau di sek rendah, jika tak buat homework ...jgn main2. kena denda dgn cikgu!
4) Alam sekolah rendah sgt berbeza dgn sek tadika kerana anak2 akan berhadapan dgn test sebenar. Kalau di tadika, mana ada test, ujian, exam dsb. Tapi sek rendah, anak2 kena lebih serius disebabkan sistem peperiksaan dan ujian yg dijalankan. Jadi, sebagai seorang ibu, saya perlu ambil berat setiap aktiviti pembelajaran anak2 saya.
5) Disebabkan jadual yg agak padat di sekolah rendah, anak saya sudah keletihan apabila tiba waktu malam. Jadi mereka mmg akan tidur awal sekitar jam 8pm.... dan sesungguhnya, saya sgt rindu pada riuh rendah anak2 saya di waktu malam. Tetapi sekarang...rumah dh jadi senyap sunyi bila jam 8pm. Dan saya pun tak dapat bawa anak2 keluar jln2 waktu mlm seperti sebelum ini... oh rindunya pd anak2 ku :(
6) Setiap hari, saya akan menjadi supermom seperti lipas kudung apabila anak2 pulang dr sekolah. Yerlah, nak kejarkan makan minum mereka, nak monitor homework mereka, nak susun jadual buku utk keesokan harinya, nak prepare bekal utk esok hari, nak tgk kerja KUMON mereka. semuanya kena dilakukan dgn pantas kerana saya tidak ada banyak masa. Selepas maghrib, anak2 dh tak produktif lagi. hehe...
.... oh betapa saya rindu saat anak2 saya masih di tadika lagi. Tetapi nak buat macammana, hidup perlu diteruskan. Inilah putaran roda dunia.
Semoga saya mampu menjadi ibu yg terbaik buat anak2 saya.
Sekarang, saya dpt focus bisness Shaklee hanya di waktu pagi selepas anak2 pergi ke sekolah. Once mereka pulang dr sekolah, no time utk bisness lagi. Bila waktu malam selepas anak2 sudah tidur, masa utk saya rancang jadual keesokan hari dan utk saya focus ibadah saya (baca quran dsb).
Nasihat saya...buat mereka yg sedang menjalankan bisness dgn niat utk berhenti kerja suatu hari nanti, buatlah sungguh2 sementara anak2 masih belum bersekolah rendah. Once anak2 dah masuk ke alam sekolah rendah, trust me... susah anda nak manage semuanya! Anda sudah kena lebih serius memantau perkembangan sekolah anak2... otherwise mereka akan ketinggalan di dunia yg semakin mencabar ini.
Oklah...itu sahaja coretan malam ini. Sehingga berjumpa lagi.
My ammar yg sgt ku rindui. Jadi semakin berdisipilin dah anak bujang saya ni, mandi sendiri, makan sendiri, pakai baju sendiri, gosok gigi sendiri.
My Sumayyah yg sgt matang dan bijak. Sekarng bersekolah di tadika Chinese, dan sibuknya sama mcm sekolah rendah. setiap hari ada homework.
Wassalam....
Ainul...
"Working-at-home-mother"
~ Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~
Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
sms/whatsapp: +6013-6971176
0 comments:
Post a Comment