Selesai tidurkan anak2.. saja scroll news feed di FB, nak tgk perkembangan anak cucu Shaklee saya.
Tiba2 saya terpandang satu post di FB (dr page The Rakyat Post), tajuknya:
"Isteri mengamuk si suami tekan ‘like’ di Instagram"
Ceritanya, si isteri ternampak si suami LIKE post2 gambar mahasiwi di MSU yg sedang berbasikal. Apa lagi, terus si isteri komen waktu tu juga, berang dgn tindakan suami. Lalu ada yg screenshot komen isteri tersebut dan menyebarkannya di laman sosial.
Hurm... tak tahu nak kata apa. Sedih ada, kasihan ada, risau pun ada...
Sedih kerana saya faham perasaan seorang isteri. Sudah tentu, setiap wanita yg bergelar isteri akan berasa cemburu dan sakit hati apabila terlihat perbuatan suami (come on, this is normal...)
Kasihan kerana nampak tiada komunikasi yg baik antara suami isteri tersebut.
Risau kerana masyarakat Islam semakin banyak leka dan lalai dgn dunia alam maya; dgn perempuannya yg sibuk tergedik2 pose gambar dan aksi manja di FB, twitter, Intagram hingga menaikkan keghairahan para lelaki, juga dgn para lelakinya yg seperti tidak ada kerja lain melainkan melayan FB, whatsapp, Twitter, Instagram dll.
Benarlah... dunia internet akan menjadi sgt berguna jika digunakan dgn jln yg baik, tetapi ia akan menjadi RACUN yg sangat bahaya apabila di salah gunakan!!
Fitnah akhir zaman.....
Sedih sungguh apabila memikirkan rumahtangga yg runtuh akibat dari perhubungan di laman sosial...
Allahurabbi....
Saya sekadar ingin memberikan sedikit nasihat:
1) Buat para wanita, gadis dan adik2 remaja:
- tolonglah jaga setiap apa yg anda post di laman sosial
- mungkin anda seronok apabila gambar2 anda di LIKE oleh beratus2 orang tetapi INGAT, tidak semua orang yg menonton aksi anda itu pemikirannya baik2. Anda suka ke, bila ada lelaki yg suka melempiarkan nafsu kerana terpandang wajah seksi anda?? Anda bangga ke bila ada suami orang, yg dah punyai anak ramai..syok melihat gambar anda, hingga dia lupa tanggungjawab sebenar sebagai seorang ayah dan suami??
- dan satu lagi, mungkin sekarang anda masih muda remaja, kulit halus mulus, putih gebu...tetapi hidup kita ada putarannya. Anda akan melalui zaman bergelar isteri, zaman bergelar ibu, zaman meningkat usia... waktu itu, cuba bayangkan jika suami anda pula ghairah melihat gambar2 wanita muda... apa perasaan anda??
2) Buat para suami, dan lelaki:
- tolong dan tolong jaga pandangan mata anda walaupun hanya di laman sosial
- jgn lekakan hidup anda dgn melayan FB, Instagram, twitter etc. bukankah lebih elok, jika ada masa terluang sahaja, anda buka Al Quran di handphone?? dari anda membuka FB.
- ingatlah...tanggungjawab anda bukanlah kecil. Anda punyai isteri dan anak2 yg perlu diberi didikan agama sepenuhnya. Jika masa anda banyak dibazirkan dgn melayan cerita2 dan gambar alam maya, anda rasa, anda cukup masa utk mendalami ilmu2 alam rumahtangga? Ilmu2 keibubapaan?
Satu benda yg perlu kita semua ingat:
What We Give, We'll Get Back!!
Apa yg anda buat...anda akan terima sama seperti yg anda beri.
** Kalau anda suka tayang pose2 manja di laman sosial, mungkin suami/ bakal suami anda juga suka melihat pose2 manja wanita lain di laman sosial
** Kalau anda bangga dgn gambar anda yg boleh menarik perhatian lelaki, anda jgn terkejut jika suatu hari nanti suami atau anak anda pula yg lakukan perkara yg sama
** Kalau lelaki suka cari/ lihat perempuan yg tergedik2 posing manja di laman sosial, jgn marah kalau esok2, bila perempuan tu dah jadi isteri anda, dia masih suka buat aksi2 begitu hingga mungkin boleh terjebak kes2 menjalin hubungan intim dgn lelaki lain.
Sungguh...saya sgt2 khuatir dgn keadaan masyarakat Islam di Malaysia. Mungkin rakan2 FB saya tidak ada yg berperangai sebegitu...tetapi bagaimana dgn 2 juta lebih pengguna FB di Malaysia yg lain??
Bagi saya simple....
Dari awal lagi, carilah pasangan yg benar2 mengikut garis panduan Islam....
Bukan yg cantik rupawan, bukan yg kaya dan mewah, bukan yg anda gila2 cintai...
Tetapi yg mampu membawa anda dan keluarga anda menuju syurga Allah.
Ingatlah, jika anda seorang yg sentiasa menjaga maruah diri, menjaga aurat, menjaga pergaulan, yg sentiasa menjaga solat, in shaa Allah...anda juga akan dijodohkan dgn pasangan sedemikian.
Hidup kita terlalu singkat...jgn bazirkan dgn perkara yg hanya bertahan serta seronok utk tempoh 1-3 tahun, tetapi fikirkan utk tempoh kehidupan 20-30 tahun akan dtg.
Kita ada tujuan dalam kehidupan ini... bukan sekadar melayan mata dan nafsu di laman sosial.
Fikir2kan....
Semoga Allah kekalkan jodoh kami, bantu kami dalam menjadi ibu dan bapa yg terbaik buat anak2 kami. Dan semoga kami menjadi pasangan suami isteri yg sentiasa romantis, saling sayang menyayangi, saling rindu merindui antara satu sama lain.
Semoga entry ini bermanfaat buat yg membaca......
Ainul...
"Working-at-home-mother"
~ Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~
Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
sms/whatsapp: +6013-6971176
Terbaik
ReplyDeleteSemoga Allah permudahkan jalan untuk kehidupan ainul, untuk mila Dan untuk semua hamba-Nya
ReplyDelete