Allah... saat ini, air mata tidak dapat dibendung. Selama hampir sebulan lebih suami bersama saya dan anak2, sesuatu yg sangat2 indah kami rasakan.
Terima kasih Allah kerana beri peluang suami ku berada di sisi dari sebelum kelahiran sehingga aku melahirkan. Sesungguhnya aku tahu, ujian ini sangat sedikit buat diriku berbanding mereka di luar sana yg jauh lebih hebat diuji....
Bila hati ini sedih, segera saya kenang setiap cerita/ berita yg saya baca di Facebook, blog etc. Betapa di luar sana... terlalu ramai yg ujian mereka jauh lebih hebat, jauh lebih susah, jauh lebih menderita berbanding diri ini.
Sungguhpun begitu, saya masih manusia biasa... kadang2 saya merasa terlalu lemah untuk hadapi keadaan ini. Bila ini berlaku, saya akan menangis sepuas2nya...sambil saya "berkomunikasi" dgn Maha Pencipta.
Waktu ini, seluruh jiwa saya terasa begitu rapuh, begitu kerdil, begitu terseksa...saya seakan seperti budak kecil yg sedang mengharapakn dakapan, pelukan dari si ibu.
Waktu ini lah, saya berdoa, mohon Allah beri kekuatan... Saya akan menangis, merayu, mengemis di hadapan Pencipta...dan kala ini, hati ini terasa begitu dekat dgn Tuhan. Terasa Allah sedang mendengar setiap rayuan, setiap tangisan diri ini.
Ya Allah, syukurnya kerana dilahirkan sebagai seorang Islam.....
Syukurnya ya Allah dgn nikmat Islam, nikmat Iman yg Engkau berikan.....
Aku berjanji ya Allah, selagi mana aku hidup di atas muka bumi Mu, aku akan sedaya upaya menunaikan setiap suruhan Engkau, melaksanakan setiap tuntutan syariat yg Engkau gariskan....
Duhai hati2 yg sedang hebat diuji di luar sana....bertabahlah!!
Sesungguhnya ujian Allah tidak bermaksud membuatkan hambaNya bersedih....
Tetapi berbahagilah kerana terpilih untuk diuji...............
Yakinlah yg Allah itu sangat dekat, Dia sgt dekat dgn kita, malah lebih dekat dari urat leher kita.
Sesungguhnya Dia Maha Mendengar setiap Doa
Sesungguhnya Dia Maha Mendengar setiap rintihan
Sesungguhnya Dia Maha Melihat setiap titis air mata
Ujian itu tanda sayangnya Allah terhadap kita....
Waallahua'lam....
Terima kasih ya Allah kerana beri aku peluang untuk mengandung dan melahirkan sekali lagi. Semoga Kau kurniakan nikmat ini buat sahabat2 ku di luar sana yang masih menanti cahaya mata.
Ainul...
"Working-at-home-mother"
~ Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~
Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
sms/whatsapp: +6013-6971176
0 comments:
Post a Comment