Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, 28 January 2015

Written on

Bahagiakan Mereka Sementara Ada Peluang...

Alhamdulillah, sekarang sudah selamat tiba di Dubai. Dubai lagi.... hehe.

Ini trip ke-4 saya ke Dubai.

Trip 1 (Okt 2014): Pergi seorang - naik MAS airlines.

Trip 2 (Nov 2014): Pergi seorang - masa ni naik Business Class MAS. hehe, nak jugak cerita :P

Trip 3 (Dis 2014): Pergi dgn ibu and anak2 - time ni cuti sekolah, kami naik Emirates airlines.

Trip 4 (Jan 2015): Pergi dgn mak mertua dan adik- kali ni hubby suh bawa adik sbb nak minta tlg adik tolak mak mertua dalam wheel chair, al maklum, saya kan tgh sarat mengandung sekarang :P (nasib kakak mu ada duit utk sponsor. hehe) - kami naik Qatar Airways

....dan ini adalah trip saya terakhir sebelum melahirkan anak. Doktor dah bagi warning, saya hanya boleh travel till 8 Feb sahaja. huhu :(

KL - Dubai dah macam balik kampung pulak. Tapi semuanya ini tak akan terjadi kalau Allah tak izinkan, yer kerana dgn izin Allah jualah, saya boleh berada di tahap sekarang; TIME & FINANCIAL Freedom.

Kalau dulu bekerja as Engineer, mungkin saya tidak berpeluang merasa keadaan seperti ini.

Anyway, tak nak cerita pasal Shaklee atau bisness kali ni.

Just nak ceritakan kegembiraan dan passion saya. Saya ni mmg sgt excited bab2 travel ni. Saya suka melancong ke overseas, dan itu adalah impian saya sejak dari zaman sekolah lagi.

.....dan kini, rasa passion ini dapat saya salurkan buat insan2 tersayang dalam hidup saya.

Alhamdulillah, Allah beri peluang utk saya belanja ibu dan mak mertua saya datang melancong ke Dubai.

Semua kos duit tiket kapal terbang adalah 100% saya sponsor.... dgn duit bonus Shaklee saya.

Hubby pula, sponsor semua kos2 perbelanjaan kami sepanjang di Dubai (makan, transport etc).

Tiada apa yg menggembirakan melainkan melihat insan2 yg kita sayangi bahagia dan gembira.

In shaa Allah, cuti sekolah akan datang, saya berazam nak bawa anak2 bersama ibu dan ayah saya pula.

Trip aritu, ayah tak dapat pergi sbb ada sedikit masalah dgn imigresesn. Yerlah, ayah saya kan dijatukan bankrup C... jadi beliau terhalang utk ke luar negara. Jadi azam saya, saya nak bantu clearkan status bankrup C ayah, dan kemudian nak bawa ayah dtg melancong ke Dubai.

Walaubagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana biarpun ayah masih tidak berpeluang utk ke luar negara, tetapi saya tetap berpeluang membawa ayah menaiki flight MAS utk ke Sabah. Entry nya ada di sini:

Akhirnya Impian Membawa "Mereka" Tercapai!!

Pesan saya....

Berikhtiarlah utk membahagiakan kedua ibu bapa kita sementara Allah masih bagi peluang kpd kita, sementara Allah masih pinjamkan umur mereka lagi.

....kerana percayalah, sangat besar keberkatannya apabila kita membahagiakan hati kedua org tua kita. Sgt barakah!!

Semoga kita sama2 berazam utk menjadi anak yg terbaik buat kedua ibu bapa kita. Sayang sgt pada ibu dan ayah!

Bersama dgn mak mertua; hari kedua di Dubai (jan 2015)

Dalam aero train di KLIA

My Last trip bersama ibu ke Dubai (Dec 2014)

Bersama ibu di Global Village, Dubai


Semoga Allah mudahkan saya utk membawa ayah pula datang melancong ke Dubai. Ameen....

Ibu dan ayah yg sgt ku sayangi....




Moga entry ini bermanfaat buat semua..

Wassalam....







Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)


sms/whatsapp: +6013-6971176
Read More

Share on Facebook



Thursday, 15 January 2015

Written on

Kalau Aku Masih Seperti Dahulu.....

[Tahun 2012]

Tahun di mana aku bertekad utk memulakan langkah pertama. Langkah utk merubah kehidupanku. Aku sudah cukup tertekan dgn kehidupan ku sebelum ini...

Kehidupan yg sgt2 memenatkan diri ini...

Aku sgt penat apabila perlu berhadapan dgn kekangan kewangan dan masa.

Aku stress apabila aku tiada masa bersama anak2...

Aku menangis setiap hari apabila terpaksa tinggalkan anak2 demi memenuhi sebuah tuntutan...

Aku seperti nak gila bila anak2 sakit dan aku tidak mampu utk bersama mereka...

Aku berasa cemburu apabila anak2 ku rapat dgn pembantu rumah ku....

Aku sgt tertekan apabila aku perlu hadapi semua ini seorang diri di kala suami ku jauh dari sisi...

Sudah puas aku menangis... yer, aku menangis sejak dr tahun 2008 lagi. Satu persatu ujian yg ku hadapi.

Ujian berhadapan dgn karenah pembantu rumah... aku tersepit. Bukan kerana aku org kaya hingga aku hire seorang maid, tetapi kerana kehidupanku yg sgt terdesak. Pulang kerja lewat mlm, suami tiada di sisi, aku tidak mampu uruskan rumahtangga seorang diri.

Setiap kali ke tempat kerja, aku bertawakkal sepenuhnya kpd Allah... moga Allah pelihara anak2 ku sepanjang aku bekerja, moga Allah jadikan maid aku, baik layanan terhadap anak2 ku biarpun dia selalu melawan kataku...

Aku tiada pilihan melainkan berserah sepenuhnya....

Hanya Allah sahaja mengetahui betapa hati ini seperti dirobek2 setiap kali terpaksa meninggalkan dua org anak ku ini :(

Teratak burukku. Aku bukanlah org kaya..walaupun aku punyai seorang maid. Memiliki pembantu rumah tidak menggambarkan bahawa seseorang itu hidup mewah.



Tahun 2012...apabila lahirnya anak ketiga, Allah bukakan aku jalan. Aku tekad... aku tidak mahu bekerja lagi. Aku perlu cari jalan keluar dr masalah ini.

Teringat satu firman Allah:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka -Ar-Ra'd:11

For things to change, I have to change first!!

Alhamdulillah...Shaklee menjadi asbab utk aku buka mata ku yg selama ini tertutup, yg selama ini hanya tahu berserah tanpa apa2 tindakan!

[2015]

Tahun 2015, kini..sudah hampir 2 tahun aku berhenti kerja. Hidup aku sungguh2 berubah! Anak sulongku telahpun memasuki darjah 1, dan aku rasa syukur sgt2 kerana aku ada di sisi nya ketika ini.. melihat dia bersiap, sarapan, menghnatar dia ke sekolah, memantau kerja sekolahnya...

Aku tidak perlu rushing setiap pagi seperti sebelum ini...

Aku juga sudah tidak pening dgn masalah pembantu rumahku kerana kini aku dpt memantau aktiviti pembantu rumahku live di depan mata. Tiada lagi curi tulang, tiada lagi alasan2 seperti pembantu rumah sebelum ini...

Aku juga punyai kebebasan melawat suamiku pada bila2 masa... ya, kerana aku sudah tidak terikat dgn kerja dan aku punyai wang utk melakukan semua ini. Bila2 masa sahaja, aku mampu menempah tiket kapal terbang utk berjumpa suami.

Ketika suami terikat dgn projek di Sarawak, hampir 2 minggu sekali aku dpt fly melawat suami. Tiada pening kepala..bila rindu, tempah sahaja tiket kapal terbang...

Begitu juga dgn sekarang. Bila2 masa aku rindu dgn suamiku, hanya tempah sahaja tiket kapal terbang, dan aku terus fly ke Dubai! Hampir setiap bulan aku terbang berjumpa suami (kerana suami ku tidak dpt pulang atas tuntutan kerja). Sehinggakan ahli keluarga ku cakap; "aku naik flight serupa macam aku naik bus"


Sesungguhnya, hidupku berubah 110%. Hidupku tidak seperti dahulu; hidup yg tertekan serta tiada wang utk kami suami isteri berjumpa selalu.

Benarlah...9/10 sumber rezeki itu datang dari perniagaan.

Biarpun kini aku sudah bergelar suri rumah, namun setiap bulan aku masih mampu membayar zakat dan infaq hampir RM10K sebulan. Hebat bukan kuasa bisness??

Kenapa aku bercerita semua ini?? Aku tidak terdetik utk mendabik dada, berlagak atau sombong dgn kehidupanku sekarang...

Tetapi aku ingin, cerita ku ini menjadi inspirasi buat semua...

Aku pernah hidup susah suatu masa dahulu...

Aku faham perasaan dan hati seorang ibu yg ingin menjaga anak2 di rumah tetapi tiada pilihan...

Bukan aku ingin kalian merasa cemburu dgn kehidupanku....

Tetapi aku ingin kalian membuka mata,

If there's a will, there's must be a way!!

Aku tidak mengajak kalian utk menjalankan bisness Shaklee...

Tetapi aku ingin kalian membuka mata... berlapang dada, dan bertindak! Jangan biarkan hidup kalian sama, tanpa apa2 perubahan...

Jika kalian punyai keinginan utk menjaga anak2 di rumah, nasihatku...

Solat lah istikaharah...

Solat lah hajat...

Tahajjud lah...

Mohon sungguh2 agar Allah beri kalian jalan utk keluar dr masalah ini. Mohon Allah tunjukkan jalan bagaimana kalian bisa berhenti kerja utk menjaga anak2 di rumah, tetapi dlm masa yg sama.. wang poket kalian masih lagi masuk setiap bulan...

Kerana... itulah doa yg aku pinta sejak sekian lama...sejak dr tahun 2008 lagi!

Aku bukan org senang, keluarga ku punyai banyak hutang...

Aku tidak mungkin berhenti kerja jika aku masih belum dapat kewangan sekurang2 nya seperti zaman aku bekerja makan gaji.

Kerna itu... nasihatku, sementara masih belum terlambat...bertindaklah!!

Yakinlah dgn sunnah nabi...

9/10 sumber rezeki itu dtg dr perniagaan...


Moga cerita ku ini dapat menyuntik semangat mereka yg sedang tercari2 jalan keluar....

Keluargaku syurgaku...


Moga entry ini bermanfaat buat semua..

Wassalam....







Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)


sms/whatsapp: +6013-6971176
Read More

Share on Facebook



Written on

Oh, Rutin Harian Ku Berubah!

Alhamdulillah...sempatlah tulis sedikit update di blog.

MashaAllah, begini rasanya bila anak telah memasuki "alam persekolahan yg sebenar".

Saya boleh katakan, sgt2 berbeza antara anak yg masih di tadika dgn yg sudah memasuki sekolah rendah. Ni belum masuk sek menegah lagi. Fuh!

Ini antara perbezaan yg saya rasai antara anak yg bersekolah tadika VS yg bersekolah rendah:

1) Masa di tadika, anak2 masih boleh tidur lewat. Sebab sessi tadika adalah fleksibel, tidak terlalu ketat. Kalau dtg lewat pun, tidak mengapa. Tetapi sek rendah...anak saya tidak boleh tidur lewat kerana perlu bangun awal memandangkan sessi persekolahan bermula di awal pagi. Sekitar jam 7.30am sudah perlu ada di perkarangan sekolah. Kalau lewat, kena ambil nama..dan akan ada warning letter jika lewat lebih 3 hari berturut2.

2) Masa di tadika, anak2 bangun sekitar jam 7.30am. Tetapi sekarang, anak saya perlu bangun sekitar jam 6.30am. Pukul 7.00am dah kena keluar rumah, sbb kena harungi jam. Pukul 7.30am dh kena sampai di sekolah. Tetapi bagusnya, my son berpeluang utk praktis solat subuh. Alhamdulillah, setakat ini, dia tidak pernah miss solat subuh.

3) Homework setiap hari ada, dan setiap hari kena monitor. Yerlah, dh masuk alam sekolah rendah ni, bukan boleh main2 lagi. Mereka dh terikat dgn pertaturan. Kalau di tadika, tak buat homework (jika adalah), still acceptable. Tapi kalau sek rendah, homework tak buat...sah2 kena denda dgn cikgu.

4) Alam sekolah rendah sgt berbeza dgn sek tadika kerana anak2 akan berhadapan dgn test sebenar. Kalau di tadika, mana ada test, ujian, exam dsb. Tapi sek rendah, anak2 kena lebih serius disebabkan sistem peperiksaan dan ujian yg dijalankan. Jadi, sebagai seorang ibu, saya perlu ambil berat setiap aktiviti pembelajaran anak2 saya.

5) Disebabkan jadual yg agak padat di sekolah rendah, anak saya sudah keletihan apabila tiba waktu malam. Jadi mereka mmg akan tidur awal sekitar jam 8pm.... dan sesungguhnya, saya sgt rindu pada riuh rendah anak2 saya di waktu malam. Tetapi sekarang...rumah dh jadi senyap sunyi bila jam 8pm. Dan saya pun tak dapat bawa anak2 keluar jln2 waktu mlm seperti sebelum ini... oh rindunya pd anak2 ku :(

6) Setiap hari, saya akan menjadi supermom seperti lipas kudung apabila anak2 pulang dr sekolah. Yerlah, nak kejarkan makan minum mereka, nak monitor homework mereka, nak susun jadual buku utk keesokan harinya, nak prepare bekal utk esok hari, nak tgk kerja KUMON mereka. semuanya kena dilakukan dgn pantas kerana saya tidak ada banyak masa. Selepas maghrib, anak2 dh tak produktif lagi. hehe...

.... oh betapa saya rindu saat anak2 saya masih di tadika lagi. Tetapi nak buat macammana, hidup perlu diteruskan. Inilah putaran roda dunia.

Semoga saya mampu menjadi ibu yg terbaik buat anak2 saya.

Sekarang, saya dpt focus bisness Shaklee hanya di waktu pagi selepas anak2 pergi ke sekolah. Once mereka pulang dr sekolah, no time utk bisness lagi. Bila waktu malam selepas anak2 sudah tidur, masa utk saya rancang jadual keesokan hari dan utk saya focus ibadah saya (baca quran dsb).

Nasihat saya...buat mereka yg sedang menjalankan bisness dgn niat utk berhenti kerja suatu hari nanti, buatlah sungguh2 sementara anak2 masih belum bersekolah rendah. Once anak2 dah masuk ke alam sekolah rendah, trust me... susah anda nak manage semuanya! Anda sudah kena lebih serius memantau perkembangan sekolah anak2... otherwise mereka akan ketinggalan di dunia yg semakin mencabar ini.

Oklah...itu sahaja coretan malam ini. Sehingga berjumpa lagi.

My ammar yg sgt ku rindui. Jadi semakin berdisipilin dah anak bujang saya ni, mandi sendiri, makan sendiri, pakai baju sendiri, gosok gigi sendiri.

My Sumayyah yg sgt matang dan bijak. Sekarng bersekolah di tadika Chinese, dan sibuknya sama mcm sekolah rendah. setiap hari ada homework.


Moga entry ini bermanfaat buat semua..

Wassalam....







Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)


sms/whatsapp: +6013-6971176
Read More

Share on Facebook



Thursday, 8 January 2015

Written on

Abah dan Anak2... Segalanya Terlalu Indah!!

Assalammualaikum...

Ok, setelah sekian lama blog ini tidak diupdate, maka malam ini saya gagahkan diri juga utk update sedikit.

Seperti yg sedia maklum, pada 11 Dec 2014 yg lalu, saya dan anak2 telah terbang ke Dubai berjumpa suami di sana. 11 Dec lepas, genap 2 bulan anak2 saya tidak berjumpa abah mereka. huhu... (ummi nyer sahaja yg jumpa setiap bulan memandangkan mereka masih bersekolah lagi, jd xdpt lah nak bawa mereka). Tak perlah, bagi can ummi mereka ber honey moon dgn babah nya. ngeee ~~

Seriusly, sehingga ke hari ini, saya masih rindu suasana di Dubai. sob sob ~

Mungkin saya rindu keadaan ketika kami sekeluarga dapat berkumpul bersama2, saya rindu utk melihat anak2 begitu happy bermain dgn abah mereka, saya rindu utk tidur di lengan suami, saya rindu segala2 nya kenangan di Dubai bersama suami dan anak2. Hanya mereka yg PJJ yang faham perasaan ini :(

Oklah, xnak mood sedih2... saya just nak share gambar2 hubby ketika melayan anak2 sepanjang di Dubai. Sian hubby...dia mesti lagi rindu berbanding saya. Sekurang2 nya saya masih ada anak2 di sisi, tetapi hubby berseorangan di sana.

Ok, jom layan gambar.. Ni semua gambar sepanjang 13 hari kami di Hotel. Gambar jalan2, saya update later yer. zassss ~~

Ketika ingin solat berjemaah bersama. Masa ni hubby baru je blk dr ofis..

Hubby masak bersama anak2. Hotel ni best, siap ada dapur n mesin basuh tau.

Hubby mandikan anak2 di tab

Sessi makan bersama babah tercinta. Suka anak2 dapat mkn bersama dgn babah mereka

Hah, ni hubby tgh demo cara nak guna washing machine hotel to anak2. hehe... Actually hubby nak basuh baju, tapi anak2 semua nak tgk, so semua berkumpul ramai2 kat situ.

Pandangan dari tingkat 35 hotel kami..

Kami stay di Emirates Grand Hotel sepanjang 13 hari di Dubai


Oklah, tu sahaja gambar yg sempat saya ambil. Sebenarnya ada banyak aktiviti di Hotel antara hubby dgn anak2, tapi tak terakam dek hp, hanya terakam di ingatan sahaja.

Sesungguhnya saya rindu sangat dgn hubby....

Buat isteri2 di luar sana, hargailah suami sementara mereka masih ada di sisi. Apabila berjauhan, baru anda akan hargai setiap saat bersama suami.

Kadang2 saya rindu utk dgr laporan trafik setiap pagi di radio, kerana pada masa dahulu, saya lah yang jadi driver utk hantar hubby ke tempat kerja...

Mungkin waktu itu, saya tidak rasa apa2, tetapi apabila sudah berjauhan, sesungguhnya memori itu sgt2 indah buat saya.

Semoga Allah jadikan saya isteri yg tabah dan kuat, serta mampu menjaga maruah diri saya sepanjang ketiadaan hubby di sisi.

Saya tahu...dugaan saya ini sgt2 kecik berbanding mereka yg telah kehilangan suami, ibu2 tunggal, mereka yg sedang ditimpa musibah banjir.

Apalah sgt dugaan saya ini jika hendak dibandingkan dgn mereka di luar sana, mereka jauh lebih hebat diuji. Jadi saya perlu sentiasa bersyukur dgn apa yg saya miliki, biarpun kdng2 hati ini sedikit cemburu apabila melihat rakan2 lain bersama dgn pasangan masing2...

Saya yakin, Allah sudah aturkan sesuatu yg terbaik buat saya, hubby dan anak2...

Sehingga berjumpa lagi.

Wassalam ~



Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)


sms/whatsapp: +6013-6971176





Read More

Share on Facebook



 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Follow by Email

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.