Maryam in Perth!
Hajat saya, nak tengok dahulu, ok x hantar Ammar, Sumayyah, Fateh & Baby Maryam ke swimming kelas di bawah academy ni..
Suami saya dah cakap,,
"Maryam xperlu dulu, Yang penting Amamr, Sumayyah & Fateh"
Tapi konon nk rebut free session tu, saya pun xdgr ckp suami..
Bawa juga baby Maryam pergi session tu.
Ok, masa hari kejadian... memang sgt lah ramai orang!
Yerlah, nama pun Free Swimming session kan? Sure ramai berebut nak hantar anak2.
Tapi saya tak berapa puas hati dgn keadaan swimming area di situ.
Nampak kotor dan tidak terjaga sgt. Simen pun dh terjongkit2.
Ok, tiba session Maryam swimming.
Maryam sgt comel, ok, swim! Macam baby yg baru lahir. Cara pergerakan kaki dia, sooooo cute!
Sampai Coach swimming tu ckp.. "She's a fast learner"
Dan antara ramai2 yg dtg, Maryam seorang yang paling muda. Yang lain, umur 2 tahun - 3 tahun. Maryam je 1 tahun ++.
Dan masa session tu, ada beberapa kali Maryam terminum air pool.
Inilah pool yang Maryam mandi
Saya jadi x sedap hati.. huhuhuhu.
Balik je rumah, saya cepat2 beri Maryam Nutriferon Shaklee. Lepas tu, saya dan suami bergegas siap utk menghadiri event Shaklee di Sunway Pinnacle.
Pulang ke rumah, dah malam. Saya pun tidur mcm biasa dgn anak2.
Esoknya, Maryam kena sakit mulut. Dia mula tak nak minum susu..
Saya rasa badan Maryam.. sedikit panas. Bila check, temp dalam 37.6degC. Alhamdulillah, x kena demam yg teruk.
Badan Maryam sudah mula memberi respons kepada jangkitan yg menyerang dgn cara, suhu badan naik!
Memang betul. Inilah antara risiko dan bahaya mandi serta berenang di dalam kolam mandi awam,!
Antara risiko nya:
1. Keadaan kolam yang tidak bersih
* Ramai orang dewasa dan kanak-kanak yang membuang air kecil di dalam kolam mandi/renang semasa mereka mandi-manda dan berenang di dalamnya. Bayangkan jika ramai berada di dalam kolam tersebut, tentulah lebih banyak campuran air kencing di dalam kolam. Oleh kerana air kolam banyak, tidaklah kita terbau hancingnya, walaupun air kolam tercemar.
* Kebanyakan orang terus terjun ke dalam kolam mandi/renang tanpa mandi “shower” dan bersihkan badan terlebih dahulu. Ini akan menambahkan kekotoran air kolam tersebut.
* Risiko mendapat penyakit berkait dengan air kolam tercemar adalah tinggi terutamanya bagi mereka yang rendah daya tahan penyakit.
3. Air kencing, peluh dan losyen “sunscreen” mengandungi nitrogen
* ianya memusnahkan klorin bebas yang dibubuh ke dalam kolam mandi/renang bagi membunuh kuman bawaan air.
* Jika ramai orang dalam kolam ini, maka semakin kuranglah klorin yang tinggal untuk membersihkan air. Kuman bawaan air ini boleh menyebabkan sakit jika tertelan atau terminum airnya - dan maryam mmg minum air kolam tu! Oh, siannya baby ummi..
* Klorin membunuh kebanyakan bakteria jika ia berada pada paras tertentu dan sesuai dengan keadaan air. Namun begitu, ada juga organisma, yang menyebabkan sakit, masih boleh terus hidup walaupun dalam air berklorin. Contohnya, parasit seperti Cryptosporidium boleh hidup selama 10 hari dalam air berklorin.
Di antara sakit yang berkaitan dengan kurangnya kebersihan kolam mandi/renang awam ialah cirit-birit, muntah-muntah, kejang otot, demam dan infeksi.
Dan inilah yang terjadi kepada baby Maryam! Infection di mulut! Beserta mild fever. Sebagai tanda badan sedang melawan serangan yang datang!
Saya tak terus bagi ubat demam pada baby Maryam. Saya bagi Nutriferon dahulu, dan saya jerlum Maryam. Memang seboleh2 saya akan elakkan bagi ubat demam. Saya akan "uruskan" demam tersebut terlebih dahulu..
Sebab apa saya tak terus bagi ubat demam??
Sebab nya boleh baca di sini: Demam Panas Bagus Untuk Anak??
Saya dah agak, Maryam akan kena jangkitan. Inilah antara RISIKO membawa bayi ke tempat awam.
Antibody mereka masih belum matang. Dan mereka adalah antara golongan yang paling senang sakit.
Memang tak boleh nak elak sakit ni. Sebab saya sendiri yang dedahkan baby Maryam ke tempat awam.
Yerlah, antara ramai2 yang hadir, mungkin ada yang tidak sihat kan? Dan penyakit juga bermutasi dari satu badan ke satu badan..
Bayangkan.. kalau waktu tu, ada orang dewasa yang bawa virus Difteria, lepas tu berkomunikais dgn bayi kita.. apa akan jadi? arghhhhhh, sian anak kita kan?
Kita ni...orang dewasa, antibody lebih kuat & matang dari bayi.. so kalau kena jangkitan, sure boleh lawan lagi..
Tapi kalau bayi??? Sebab tu, bila bayi kena virus jangkitan yg serius, ianya boleh membawa maut. Nauzubillah!
Tapi saya tak cepat give up! Saya mmg up dose Nutriferon, bagi pada Maryam. Sebab saya yakin.. dgn kuasa alami, yang Allah ciptakan.
Nutriferon yang dihasilkan dari biji labu dan beberapa bahan semulajadi yang lain, telah terbukti mampu meningkakan sistem imunisasi badan..
Saya bagi juga Maryam ubat demam.. 8-10 jam sekali. Bukan sebab demam, tapi nak bagi dia hilang sakit sekejap..
Memang saya x tidur malam, jaga Maryam.
Mulut Maryam penuh dgn Ulcer! Mujur demam xtinggi, dan tiada batuk atau selsema.
Isnin.. Maryam sakit.
Selasa.. masih sakit lagi.
Rabu.. masih sakit lagi
.... dan pagi Khamis, Maryam sudah kembali sihat! Syukur alhamdulillah. Dia dah boleh minum susu, dah boleh makan tanpa menangis!
So nasihat saya..
Seboleh2 elakkan bawa bayi yang berumur 3 tahun ke bawah ke tempat awam.
Dan pastikan kita jaga diet pemakanan anak2. Bantu mereka untuk tingkatkan antibody badan.
Cara saya..
Setiap hari:
- 1 biji Omega (letak dlm bubur)
- 5-6 sudu meal shakes (letak dlm susu)
dan Nutriferon bila perlu.
Pendapat saya.. kalau lah saya x bagi Maryam semua ni, mungkin Maryam akan kena sakit yang lebih teruk! Mungkin demam dia akan hit 38-39 deg, mungkin dia akan kena batuk , selsema etc..
Tapi syukur alhamdulillah, dah hampir 2 bulan Maryam x kena batuk selsema. Last kena masa July 2016 (masa nak pergi Perth).
Sehingga hari ini, masih belum kena batuk atau selsema.
Perkongsian ini adalah dari pengalaman saya, ibu kepada 4 orang anak yang pernah trauma suatu masa dahulu bila anak2 tak sihat.
Saya pernah melalui fasa kritikal bila mana anak2 saya dahulu warded beberapa kali dan sakit hampir setiap bulan!
Tetapi keadaan mereka IMPROVED bila saya mula memasukkan supplemen Shaklee dalam diet harian mereka.
Sekadar berkongsi dgn semua...
Kalau nak tahu info lanjut tentang Nutriferon, boleh baca entry saya yg ini:
Nutriferon - Penemuan Terhebat Dalam Bidang Immunologi
Semoga anak2 kita semua dilindungi Allah S.W.T