Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday 23 December 2018

Written on

Viral TWB: Muka Melecur

Assalammualaikum w.b.t.

Haih, berat sebenarnya saya nak tulis ni. Tapi rasanya terpaksa tulis juga.



Heboh satu Malaysia dengan kes muka seorang wanita yang melecur akibat menggunakan perkhidmatan mobile Spa dari salah seorang bekas pelajar TWB.

Accident ini terjadi pada 9 December.

Hanya pada 12 December, barulah si mangsa menghubungi saya.

Dan pada 13 December, kes ini mula diviralkan.

(Hanya dalam 1 hari saya tahu kes ini, mereka dh mula viralkan. Belum sempat saya buat apa2 - dh kena viral)


Ini 1st WhatsApp dia pd saya.

Tanpa beri salam, terus terjah tanya soalan TWB ada license ke apa.

Saya pun terkejut.

Mmg ikut step TWB, kami akan minta nama penuh, no IC dan lain2.

Info ini penting supaya kami dpt pastikan org tersebut adalah "genuine" (not scammer, atau SID , atau sekadar nak risik).

Memang tak lah utk saya bagi info lebih2 mcm lesen ke apa.

Lagi pula, masa tu, saya tgh setelkan banyak urusan:

- Program Detox TWB
- Training Spa TWB

Saya share conversation yg seterusnya yer:




Awalnya, bila saya baca cerita si Zalina ni .. saya mmg agak terkejut n a bit marah.

Seolah Beautician yg do the service tu lepas tangan.

Then saya cuba call Beautician terlibat iaitu Jojie.

Masa saya call Jojie, Jojie pun terkejut. She said:

"Dia contact akak ke? Adush, saya dh cakap dah.. ini xde kaitan dgn akak atau TWB. Ini Spa saya.

Dah nama accident, bukan saya sengaja pi curah air panas tu kat muka dia ke apa.  Steamer tu terjatuh.

Dia minta saya belas2 ribu kak. Mana saya ada duit. Saya ckp, kalau nk bg RM 1k saya boleh bg. Dan saya boleh ikhtiarkan utk bg supplement Shaklee yg lain.

Tapi dia ckp, bil hospital belas2 ribu. Dah tu,  saya cakaplah .. kenapa p swasta, kenapa x pergi GH kalau x mampu. Dia pun tahu kewangan saya mcm mana. Bukan saya orang kaya pun.

Hari2 dia pressure saya kak. Sampai saya murung, sampai saya ckp .. akak nk saya buat apa? Nak saya bunuh diri baru akak puas?"

.... dan bnyk lagi lah conversation saya n jojie, which saya nampak mmg Jojie tidak lepas tangan. N Zalina keep on pressuring her.

Ok lepas saya call Jojie n dpt gambaran sebenar, then saya reply semula WhatsApp si Zalina tu.


10.40am msg saya - I'll get back to Zalina

Then saya call Jojie.

11.16am - saya contact semula si Zalina ni.

Dan saya bgtau, accident ini tiada kaitan dgn TWB.

Saya minta dia discuss baik2 dgn Jojie. Sebab mereka adalah kawan.

(Dlm masa yg sama, saya plan nak kutip sumbangan dan dtg ziarah)

Tapi bila si Zalina ni ckp .. saya lepas tgn. N mula kata, saya kena bertanggungjawab sbb semua bawah saya. dan kata saya make money on this business  .. mmg saya geram lah!

Kau msg aku pun xde adab. Tiba2 bgtau minta aku bertanggungjawab without knowing the business module.


Then saya reply lah .. bg analogy ttg kelas masakan.



Screenshot saya reply ni ... difwd oleh zalina pada netizen. Apa lagi .. semua kecam saya lah, maki saya, tuduh saya yg bukan2.

Saya bagi analogy ni .. sbb nk bg senang faham.

TWB tiada kaitan dgn sebarang kecuaian mana2 bekas pelajar TWB .

Ibarat awak pergi kelas memasak. Then awak masak. Tiba2 awak cuai, x perasan ada telur lalat. Then customer sakit.

Patut kah customer salahkan cikgu yang ajar memasak?

Ni analogy nak bg senang faham. Bukan nak sama kan muka ko dgn masakan, yer Zalina.

Saya nak bgtau ...

There's no employer employee relationahip dlm TWB.

Selepas training, Beautician bebas menjalankan Service Spa atas nama mereka sendiri.

TWB tidak ada ambik keuntungan sesen pun dari setiap service Spa yg mereka lakukan.

Of course, TWB ada license & module with SOP.

(Kita ada no pendaftaran SSM yg sah dan setiap tahun, syarikat bayar cukai without FAIL)

TWB dah beri latihan kpd lebih 600 orang.

Kalau setiap 600 orang ni, buat facial pd 5 orang sahaja.. means dah lebih 3,000 muka yg bekas pelajar TWB pegang n buat service.

Kalau lah training ini tidak mengikut SOP, sudah tentu banyak complaints yg kita dpt.

As i said, yg berlaku ini adalah disebabkan KEMALANGAN.

Steamer terjatuh.

Bukan Produk yg ada masalah, bukan juga sebab steamer meletup ke apa.

Macam kita masak air .. tiba2 cerek terjatuh. Adakah salah cerek? Atau salah wiring?

NO! It was an accident.

Dan accident can happen anywhere even kpd seorang yg dh Professionally Trained! Betul x?

Ok saya tidak menyebelahi Jojie. Cuai tetap cuai; dan mmg salah.

Sungguhpun begitu, Jojie tidak lepas tangan.

Saya sendiri baca conversation antara Jojie dgn si Zalina ni. Jojie sentiasa follow up dgn Zalina.

Tapi Zalina ni banyak twist cerita.

Dia kata, Jojie yg paksa dia ambik service. Dia x nak pun. Tapi sebab kasihan kawan, dia terima juga.

Padahal kalau tgk conversation mereka, Zalina yg nak. Bukan Jojie paksa ke apa. Tiada langsung unsur PAKSAAN.

N Zalina sendiri tahu, full facial treatment mmg ada Steamer .

Ok malas dah saya nak cerita pasal Zalina n Jojie.

Saya share semua screenshot saya dgn Zalina.

Anda nilaiah sendiri yer ..


Saya terpaksa blok zalina sekejap sebab saya ada banyak kerja.

Masa tu, saya tgh nak gerak balik melaka sbb ada Training, then nk prepare barang2 ke Singapore.

Saya tak nak mood saya affected sbb dok baca dia marah2 .

Then esoknya.. saya reply.

Saya pun kesian dan simpati dgn apa yg terjadi pada Zalina.

 

 


Korang baca .. elok je saya ber WhatsApp dgn Zalina .

Siap si Zalina ni kata, dia tahu TWB x salah 100%.

Dia pun faham, dah nama Accident.

Tapi rupa2 nya .. lepas selesai conversation saya dgn Zalina,

Zalina n kawannya make jokes on my whatsapp.

Belum sempat saya buat apa2, belum sempat saya nak atur utk hulurkan sumbangan ...

Kawan si Zalina .. Narquiyah Viral kan isu ini.

Siap blame saya, letak page saya, FB saya .

Letak pula screenshot saya ttg kelas masakan (org yg baca sepintas lalu, mmg nmpk saya ni kejam lah)

Zalina pun turut sama twist cerita..  kata saya sombong lah, buruk2kan saya dan mcm2 lagi!

Dalam masa satu hari sahaja, beribu orang share dan serang page saya dgn makian dan cacian.

Semua assume, yg cuai ini adalah Staff TWB! Ya Allah ...

Sampaikan saya terpaksa unpublish page saya (tak sanggup nak baca ayat hodoh dari netizen. Melampau betul)

Dahsyat nya fitnah yg si Narquyah ni buat.

FB saya pun kena serang. Siap cakap..

"Staff ko baraikan muka orang, dan ko pula sedang seronok berjalan di Singapore"

Apa lah punye manusia.

Tanpa tahu hujung pangkal, p serang mcm tu je.

Dan waktu inilah .. orang2 yg kena remove dari Support Group TWB akibat masalah diri sendiri, tampil menambah rencah.

Cerita yg buruk2 tentang TWB. Siap simpan dendam lagi dgn Founder TWB. Padahal diri sendiri yg ada masalah. Allah ...

Ish .. banyak lagilah benda buruk yg x sanggup saya nak cerita.

Saya sampai depress. Baring je atas katil.

Mcm tu sekali fitnah yg org buat pd saya.

Hasil dari Zalina twist cerita n hasil dari viral fitnah si Narquiyah.

16 December, saya dan suami buat report polis terhadap Narquiyah. Atas viral yg mereka buat.

Then suami contact lawyer, kami plan nk buat saman Fitnah.

Lawyer bgtau.. utk kes ni, mmg saya boleh menang.

Tapi kata Lawyer, tak berbaloi nak saman. Sebab org yg fitnah ni bukan jutawan. Esok2 kena bayar, bukan dia boleh bayar pun.

Mungkin kena masuk penjara kalau dia tak boleh nak bayar.

Hurm, tak kan lah saya begitu kejam nk humban si tukang viral ni masuk penjara kan.

Then saya discuss dgn suami .. kami malas lah nak fikir.

Better kami move on.

Buang masa utk saya lawan orang yg kurang cerdik.

Nama saya busuk?

Tak mengapa lah .. saya Ada Allah

Orang yg bijak, mereka akan menilai dan tidak akan judge sembarangan.

Pada 21 December, saya, suami n adik saya, Athirah; dipanggil oleh Shaklee.

Shaklee nak tahu the whole cerita sebab si Narquiyah ni, dgn berani nya, call Shaklee n make complaints on me.

Saya bertudung putih pink


Selepas berbincang dgn Shaklee, Shaklee pun setuju yg kami tidak ada liable utk case ini.

Cuma Shaklee minta, kami datang ziarah Zalina n hulurkan sedikit bantuan. Sebab apa pun, benda dah jadi. Zalina tetap mangsa.

Shaklee pula, akan call Narquiyah utk explain yg saya tidak boleh disabitkan dgn kes ini dan minta Narquiyah take down the post.

Ok.. kami setuju. Plan kami utk dtg ziarah Zalina n bg sumbangan RM 5k ehsan ke atas beliau.

Malangnya, beliau tak nak berjumpa pun dgn kami.

Bukan main, x nk jumpa. Nak main dgn lawyer 

Hurm  ..

Then esoknya, saya pun pergi berjumpa dgn Jojie (dah x jadi nak jumpa Zalina kan? Plan asal nak dtg ziarah Zalina)

Adik saya Athirah dan saya yg bertudung pink belacan


Dan hasil perjumpasn dgn Jojie:

Reveal lah the true story.

Dari cara Zalina WhatsApp dgn Jojie, mmg dia ada intention nak dpt pampasan besar.

Dia tahu Jojie tak de duit, so dia up case ni pada Shaklee and founder TWB dgn harapan, there's "someone " who can take responsibility utk bayar the compensation.

Baca betul2 whatsapp Zalina pada Jojie ni

Kesimpulannya:

1) Zalina mmg bnyk twist cerita
2) Narquiyah mmg jenis suka buat viral (dia org business, faham2 je lah)

Tak pelah ..

Anda boleh terus burukkan saya, fitnah nama saya.

Terus jaja cerita yg tidak benar pada saya.

Mungkin Mahkamah dunia anda terlepas, tetapi Mahkamah Tuhan, anda takkan terlepas.

Berapa ribu yg baca cerita hasil dari post  FITNAH awak, Narquiyah

Rantaian dosa fitnah yg awak bawa

Awak jawab lah depan Allah nanti!

Buat netizen .. yg simply curse saya, siap suruh saman saya sampai tinggal spender..

Alhamdulillah, kerana case ini .. anda telah dpt kepuasan. Kepuasan utk MEMBULI.

Tapi tuduhan anda yg tidak benar terhadap saya, saya serah kan pada Allah.

Business saya tidak terjejas pun dgn kutukan dan cacian anda. Malah lebih banyak rezeki yg masuk pada team TWB saya.

Utk mereka yg baca blog saya, pesan saya pd semua & pd diri sendiri:

Jangan simply judge bila kita terbaca any berita yg viral. Selidik dan buat lah sedikit pembacaan/ study terlebih dahulu.

DO NOT SIMPLY JUDGE!

Sakit sungguh kena fitnah sebegini. Sungguh!

Patutlah Islam kata:

"Dosa Fitnah Itu Lebih Besar Dari Membunuh"

Hanya suami, ibu, ayah dan adik beradik yg tahu keadaan saya.


Tapi saya yakin, Allah sedang nak beri yg lebih besar dan hebat buat saya.

Saya yakin, tahun 2019 .. lebih banyak IMPIAN saya yg bakal tercapai

Sesungguhnya tidak Allah jadikan sesuatu itu dgn sia2.

TWB akan lebih gemilang tahun 2019 dan ke atas.  Saya pasti!

To all TWBians .. let's FOCUS utk capai IMPIAN yg lebih besar 💪










Share on Facebook



Share this case:

19 comments:

  1. Alhamdulilah done baca.Doakan Yg terbaik buat master & keluarga.😊
    Master slalu ingatkan sy, kita ade Allah..serah segalanya pdNya. Sy Brlajar kuat dr master juga. SALAM sayang 😘
    Kita manusia mmg x lepas dr kesilapan..Tp kita belajar jadi manusia yg mulia dgn memaafkan.sy pun jadi kuat dgn ujian ini. 🌻💪

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kak Ainul.. amin Ya Rabb.. Moga terus cemerlang kak..

    ReplyDelete
  3. semoga akak terus berjaya, ape ape pun pendapat saya Saman je kak, saman tauladan, supaya jadi pengajaran untuk tidak seronok sangat bila berjaya viral benda yang tak sepatutnya. orang mcm tu memang nak kena tindakan sket supaya nanti lebih berakal bila nak bercerita. biar die rasa macam mane plak kena pressure nak selesaikan. bia die ada tanggungjawab atas setiap wording dia buat. ape2 pun semoga TWB terus berjaya.

    ReplyDelete
  4. Stay strong sister,mmg kdg2 bnyk benda yg susah kita nak explain coz people refuse to understand. That's why I stop explaining myself to people..serah pd Allah..Allah xkan bebankan hambaNya lebih dari yg mereka mampu..

    ReplyDelete
  5. K anah rasa u should proceed dengan saman tu. Memang bukan untuk dapat duit, tapi pengajaran penting buat tukang viral. Anyway, yeah Allah ada kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye btl. setuju dgn kk anah. sebab kadang2 dorg hnya berani pompang2 kt luar.. tp bila dh jmpe polis (statement)huhuhu br tau langit tinggi rendah.. jgnkn msk penjara, dok lokap pn dia dh rasa menyesal

      Delete
  6. InsyaAllah, Allah ada. Akak doakan 2019 tahun gemilang buat TWB. Sesungguhnya tidak Allah jadikan semua dengan sia sia. Pasti ada hikmah atas setiap yang berlaku.

    ReplyDelete
  7. Su doakan Semoga dipermudahkan urusan ainul dan TWB 2019

    ReplyDelete
  8. Stay strong Dear Ainul. Akak tahu Ainul ialah insan terpilih yang sangat kuat dan tabah. Ujian itu tanda ada sesuatu kebaikan yg lebih besar akan datang. Allah sayang. Dalam diam Akak dah lama mengikuti kisah Ainul. Dan Akak tahu Ainul sentiasa di pihak yang benar. Semoga Allah mudahkan urusan dan memberi petunjuk kepada mereka yang manzalimi Ainul ye...Take care...🤗

    ReplyDelete
  9. Fuh, sy rasa patut proceed je. Ada jaminan nanti dia tak masuk penjara rasanya..tp takpa kak ainul yang ku kenali memang baik and malas layan org mcm ni..semoga TWB cemerlang 2019

    ReplyDelete
  10. In Shaa Allah...Allah sentiasa ada di sisi hambaNya..rasanya Ainul teruskan je saman tu bagi mereka buat viral tanpa usul periksa sedar kesilapan mereka. Bukan pasal pampasan tapi untuk kesedaran supaya next time bila nk buat viral dia org siasat dulu perkara betul.

    Keep moving Ainul...u are the strong person..ujian ni Allah bagi kerana Ainul mampu hadapi dan hadiah istimewa menanti... ������

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah kak ainul. Semoga kak ainul lebih kuat. Allah s.w.t sentiasa ade dengan akak..

    ReplyDelete
  12. Stay strong master... Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan...

    ReplyDelete
  13. Teruskan sahaja saman tu utk pengajaran. Lepas tu minta dia buat permohonan maaf secara terbuka dan viralkan.

    ReplyDelete
  14. Semoga tambah kuat master...semua ini pasti ada hikmahnya yang luar biasa. Biar kita bersabar dan hanya Allah yang tahu dan akan menolong kita.

    ReplyDelete
  15. Be strong kak.
    Semoga Allah Permudahkan segala kesukaran buat akak sekeluarga & the TWB.

    saya personally mmg sokong kalau akak teruskan saman tu. yup biar sebagai pengajaran utk si pemfitnah.

    ReplyDelete
  16. Kuatkan hati dan terus istiqamah dengan dengan zikir kak ainul. In shaa Allah ada hikmah. Saya doakan akak cepat 'sembuh'dari tekanan fitnah dunia ini. In shaa Allah aminnn=)

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah, didoakan Allah sentiasa melindungi mas dan keluarga serta seluruh keluarga TWB kita. Terima kasih MAS for being with us <3

    ReplyDelete

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.