Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday 10 June 2019

Written on

3 Sebab Utama Mengapa Tidak Ramai Dapat Ubah Hidup

Apa beza usaha aku sehingga aku dapat tunaikan Impian Ibu & arwah ayah?

Ada orang punyai niat & Impian yang sama, tetapi masih tak dapat juga.

Masih tak dapat bawa mak ayah pergi Umrah, masih tak dapat senangkan mak ayah, masih tak mampu bawa mak ayah mentadabbur bumi Allah.

Ada juga yang masih mengharapkan duit mak ayah lagi, masih biarkan mak ayah bertungkus lumus cari duit di usia tua mereka.

Maaf, aku bukan nak mendabik dada. Aku pun, banyak lagi yang tak sempat nak buat untuk arwah ayah.

Sebenarnya aku bingung bila kadang2 ada yang bertanya, sempatkah mereka berbakti pada mak ayah mereka? Boleh kah mereka ada peluang beri kesenangan pada mak ayah mereka?

Aku rasa, jawapan nya ada di bawah.

Aku dapat posting ini dari Tuan Zaidi, salah seorang Sifu yang aku follow.

Point yang beliau share, rupanya mmg aku praktis dalam kehidupan aku.

Mungkin korang boleh follow jika rasa sesuai dgn life masing2.


3 SEBAB UTAMA 95% TIDAK AKAN MENJADI KAYA
=========================

1. Mindset - Mempunyai minda / pemikiran orang miskin

》》 betul, aku cukup benci dgn kehidupan miskin.

Sebab aku dah lalui dari kecik. Jadi aku membesar dalam keadaan aku nak jadi orang kaya.

Aku sentiasa berfikir perkara2 yang high class, sentiasa aim nak bagi yang best2 utk ibu & ayah.

Kerana fikiran2 itulah, tindakan aku mungkin berbeza dari orang lain yang asyik banyak berikan alasan.


2. Sikap & Tabiat - Memiliki sikap & tabiat orang miskin

》》 antara tabiat & sikap orang miskin ; cukuplah dgn apa yang ada. Tak suka tgk kejayaan orang lain. Tak nak follow steps orang yang berjaya.

Sebabnya ada 3; malas, tak sanggup nak struggles & tak nak keluar dari comfort zone.


3. Tidak bertindak biarpun peluang di depan mata - Menunggu bulan jatuh ke riba dengan 1001 alasan.

》》 yess, yang ni pun aku agree. Too slow in action. Asyik tangguh je.

Dan penyebab utama juga, malas nak doa n malas nak bangun tahajjud.

Aku ingat lagi kata2 ini:

"Doa disaat tahajjud adalah umpama anak panah yang tepat mengenai sasaran."- Imam As-Syafie

Aku sgt pegang benda ni, dan mmg setiap kali aku bangun tahajjud, aku akan guna senjata doa giler2 utk merayu, menangis depan Allah. Aku nak banyak duit supaya aku boleh bayar hutang ibu ayah & bahagiakan mereka.

Doa ketika tahajjud sgt2 powerful, dan ramai tahu benda ni.

Tapi sedihnya .. ramai TAHU tetapi ramai yang TIDAK MAHU bertindak.

Kalau kita jauh dgn Allah, rasa2nya Allah nak gerakkan ke mata, tangan, badan kita untuk berubah & bertindak? Memang tak.

Jadi bila ada apa sahaja peluang depan mata, mmg kita akan nampak susah je. Banyak je alasan kita akan bagi .

Aku tahu, aku tak sempurna. Aku pun kadang2 banyak leka & lalai.

Dan aku hanya share ni sebagai motivation . And as reminder utk diri sendiri.

Banyak lagi sebenarnya perkara yang aku kena buat utk berbakti pada ibu & arwah ayah.

Aku sudah kehilangan seorang, dan aku tak nak buang masa utk berbakti pada ibu yang masih hidup.

Untuk jaga dan gembirakan isteri kesayangan ayah ni.

- - - - - - - - - - - - -

Ayah, ainul syg ayah sangat2. Terlalu sayang.

Terima kasih, ayah kerana asbab ayah lah, ainul lahir di dunia.



Belanja ibu ayah makan di hotel ketika selesai kelas Nutrisi Shaklee di Bayview Hotel, Melaka. 

Sakitnya menanggung rindu ini. 😔

Rindu yg tiada penghujung.....


AL-FATIHAH
ABDUL RAZAK BIN HAJI TALIB
13 DISEMBER 1956 - 07 JUN 2019
03 SYAWAL 1440H



Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)



sms/whatsapp: +6013-6971176

Share on Facebook



Share this case:

0 comments:

Post a Comment

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.